Isnin, 31 Januari 2011

mamai dalam ujan

semalam, seharian langit menangis buat aku pon ikut berkabung. jadik aku tak kluo ke mana-mana untuk menghabiskan cuti hujung minggu. pagi-pagi lagi dah pekena cekodok cecah kari bertemankan nescafe... arghhh! peberet! aiik? petang pon cekodok juga! apa pon sempat juga mandi ujan sambil cabut rumput depan laman (alasan)

hari ni, masih lagi langit bersedih. walopon dun tenang sudahpun tenang. langit masih tetap sedih. tidak mau meraikan skali pihak yang menang atau menangisi sesuatu, Allah je yang tau. meredah renyai ke pejabat suatu yang sulit pasal risikonya sangat besar.

esok, adakah langit tidak jemu menangis? sedang orang di kl sudah lama hilang dari kota. sama bergumbira merayakan cuti yang panjang. bebudak pon tak skolah, awal lagi deme seme pakat dah blahhhh. pada yang baru nak stat panas enjin, berhati-hati le ketika memandu. moga sampai ke pangkuan kampung halaman dengan selamat.

lusa? lusa aku dah apply cuti.. nak balik kampung jugak la...
tapi aku penen kepala memikirkan, jalan mana nak lalu ni... banjir!

Jumaat, 28 Januari 2011

anak kecil itu


anak kecil itu belum pun mengerti apa-apa
anak kecil itu belum pun berusia telah kehilangan bapa
anak kecil itu belum pun puas bermanja
anak kecil itu seusia enam tahun kehilangan pula bonda
anak kecil itu dirundung malang bertimpa
anak kecil itu patah dahan kasih mesra
anak kecil itu kematian datuknya sesudah tahun kedua
anak kecil itu tak punya apa-apa
anak kecil itu berpindah pada paman menjaga

kasihan anak kecil itu...
pepatah berkata, "jika kamu mahukan kasih sayang, carilah daripada seorang wanita..."

anak kecil itu telah dewasa
anak kecil itu bertemu jodoh wanita tua
anak kecil itu? sepertinya anak kecil jua
anak kecil itu (?) diselimut tatkala ketakutan tak terkira
anak kecil itu (?) bila semakin tenang jiwanya...

ya habibi, ya habibi! (wahai kekasihku, wahai kekasihku!)
khabarkan kepadaku gerangan melanda
aku sudah tidak sabar mendengarnya

anak kecil itulah Muhammad Rasulullah
yang ketika pulang ke rumah
baiti jannati! baiti jannati!
ditunggu isteri penyejuk hati

psst: tengok camana siti khadijah r.a menyambut suaminya. takde sergahnya. selimut dulu sehingga baginda tenang, baru la bertanya. korang ingat cerita 'madu 3', time p. ramlee balik lambat tu tak? heee cuba ingatkan balikkkkk! untuk makluman hari ni hari jumaat, mandi pon dapat pahala yea...

Khamis, 27 Januari 2011

kawan yang baik: sama ketawa dan menangis

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu dinilai dengan siapa dia duduk dan diukur dengan siapa dia berjalan. Oleh itu, hendaklah engkau perhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.”

satu ketika nasruddin nak jumpa raja. zaman tu, sapa je ada berita yang baik dan dipersembahkan pada raja, raja akan perkenankan hadiah. bila nasrudin dah bercerita, raja pon gembira le lalu baginda bagitau nasrudin, "ok. la ni hang nak hadiah apa, habaq mai ja..."

nasrudin segera jawab, "bagi saya lima puluh sebatan je tuanku..."

"hang niiiii... hemm takpa la..." raja pon tanak tanya apa, terus panggil tukang sebat.

dan doploh lima kali sebatan, nasrudin pon kabo kat raja, "stop! la ni, panggil kawan saya masuk plak. lepas tu bagi separuh hadiah ni kat dia. tadi dia mintak separuh hadiah ni dan saya dah janji nak bagi kalu dapat..."

moral: nak hadiah usaha sendirik... la ni dah banyak kengkawan blogger buat kontes tu, masuk je la.. jangan asik nak ngendeng hadiah yang orang dapat!

Rabu, 26 Januari 2011

ye melayu hebat: ilmu melayu 3

bersembang dengan sorang tentera pangkat beso lepas satu meeting:

"hutan belum (di perak) memang cantik. dulu, saya dok bukak hutan tu dulu. takat bunga palma (rafflesia) tu, dah lama kitorang tengok. dok cincang. bunga tu bagus untuk buat ubat orang bersalin. sungai punya la jernih. ikan toksah kabo la."

"kami masuk kat situ macam-macam jumpa. pnah kitorang jumpa semacam kampung melayu lama. ada pokok durian, manggis, macam-macam la. ada semacam tembok tinggi, mungkin orang melayu yang dok lawan inggeris lari situ kot. ada terowong yang musuh takan nampak dorang kat situ. cantik tempat tu." terukir segaris senyum kepuasan di bibirnya.

"tapi hutan jangan buat pasal. takat jumpa langsuir ni besa la. saya paling suka panggil langsuir!"

"bole panggil ke?" aku tanya macam budak bodo...

"bole!" dia kata. "senang je..." dia balas lagi bila aku tanya camana...

"time masuk hutan, ko bawak kemeyan mekah la paling bagus. bila ko isap rokok, letak kemeyan kat hujung rokok... tak lama kang sampai le dia mengilai-ngilai..." dia ketawa bila ngingatkan reaksi anggota platunnya bila dia stat buat keja tu.

pstt: aku tak ingat susunan yang betul, tapi dia bagitau seblom masuk hutan kena baca salam kepada nabi nuh, salam nabi sulaiman, salam nabi ilyas dan salam nabi khidir (kot ada nama yang aku tertinggal tak pasti la ye)

Selasa, 25 Januari 2011

kaffarah untuk sapa?

"dik! ko baca doa tak masa naik keta tadi?" tu ayat pertama kluo untuk adik pompuan aku yang tengah pucat, lepas berjaya kontrol kereta daripada terbabas. dah lama dah peristiwa keta terbabas di laluan sempit dan hampir masuk longkang tepi kebun getah tu gara-gara mengelak lopak air yang dalam.

tapi pagi ni termenung lagi. "apa la hikmahnya yea... rasanya doa dah baca tadi... dan aku memang selamat la atas jalan raya hari ni." cuma yang tak sedap, aku ke penyebab sepasang kekasih yang bakal nak kawin tak lama lagi jatuh motor waktu mencelah-celah di jalan cheras tadi?

alhamdulillah ada sorang lelaki (barangkali india) yang sudi hantar dorang ke hukm. bila aku menyusul, budak lelaki tu jadik segan pulak dengan aku. aku tau dia budak baik sebab bila aku tipon, nada deringnya kluo bunyi tazkirah. "bagus mamat ni!" getus ati.

berkali-kali dia kata kat aku tak yah risau, dia ok walopon sikunya ada melecet merah yang besar, lututnya juga ada dua calit merah. tunangnya sedang berkerusi roda, berbalut tangan, sedikit darah di tapak tangan dan kaki. aku lagi jadik susah ati. "kang pengantin naik pelamin tangan berbalut payah juga" aku cakap kat awek dia. pada kedua-duanya, aku mintak maaf dan dorang berlapang dada, "dah menda nak jadik bang, tak hari ni kena, mungkin esok" kata awek tu. "abang jangan risau, ni kaffarah saya la ni" kata najib, budak lelaki tu menerima takdir.

aku kata kat kawannya yang kebetulan sama sampai kat bahagian kecemasan hukm, "aku takan senang ati kalu aku berdosa dengan orang. aku tak mau orang cari aku bila kita dah mati nanti"

seblom balik, aku hulur apa yang ada dalam poket dan mintak dia tipon aku lepas ni.

Isnin, 24 Januari 2011

melayu hebat: ilmu melayu 2

waris jari hantu - errr apa ke namanya, ilmu 'pengering rimau' ke hapa:

makcik tu crito lagi:

"maklum la, tok tu orang kampar... moghantau... banyak ilmu eyy"

"satu hari, tok masuk hutan dengan anak sedaro dio cari ikan. monimbo ikan kek (kat) satu lubuk kek rinching. tompek tu memang banyak ikan. bayangkan la, time tu tahun-tahun 1920-an, rinching tu hutan rimbo ..."

"dah dapek duo tin minyak tanah, anak sedaro ey ajak balik..."

"haa, iyolah!" dio kaba.

"totibo anak sedaro donga bunyi angin bukan main kuek dari atas bukit. tak lamo boghonti boto-boto kek dopan tobing tompek dorang monimbo. omak ai bosa ey rimauuuu. leher dongan poghut eyyy mongolambir. gini yoo dok ghonung tok dengan anak sedaro tu..." sambil makcik tu buat aksi tangan terkepak menekan meja rupa macam nak terkam aku je.

"yang dorang ni tokonceng tocirit. tok yang ado ilmu tu pon samo. pucat losi!" makcik ketawa sampai berair mata. atuk kontrol macho sampai mula ingat camana nak baca jampi serapah. bila dah stabil, atuk tanya rimau...

"haa apo hal? ekau dah mintak izin ko kek saidina ali? dah tanyo ko nabi muhammad?" 3x.

"lopeh tu, rimau tu pusing toruih laghi naik balik ko bukit. bilo rimau tu laghi yo, tok dengan anak sedaro pon cabut la. dah tak nampak enau, tak kiro bolukar abih luko-luko. bayangkan la slua yang panjang tingga(l) pareh (paras) ni yo ha..."(aku membayangkan dah jadik macam slua jeans pendek berbulu yang amoi slalu pakai tu)

"pantang dia, kalo rimau dah laghi memang kito tak bule tunggu laie. sikit laie kang rimau tu toghingek dio tu 'pahlawan' dio patah balik, haa mampuih kito..."

"heh! orang yang ada ilmu tu pon terkencing tercirit... kalu kita yang terserempak rimau tu camana la gamaknya." aku mencelah.

psst: kelebihan ilmu tu, orang semua takut kat dia. tapi problem dia, dia tak bule marah. pnah sekali tu atuk marah kat kerbau, dipukulnya dengan kayu kecik. esoknya kerbau tu ditemui mati patah tengkuk. sudahnya ada orang mintak tuk dok jauh dari orang kampung. kang tersilap lompang anak orang susah dibuek eyyy

hebat melayu ni: ilmu melayu 1

3 binatang ni jangan buat main, jangan cakap beso:

gajah
buaya
rimau
(ada yang nambah ular tedung selar)

tu ingatan yang dibagitau sorang makcik kat aku time bersembang tentang keanehan cakap beso pada gajah.

dia pon stat bercrita kisah dolu-dolu:

sedara dia kerja kampung. ada buat semacam kolong (lupa pulak aku istilah yang digunakannya) bela ikan di tengah sungai. waktu tu bini sedang mengandung sulung. pesan orang tua-tua dolu-dolu, kalu pompuan ngandung jangan bawak ke sungai. pantang tu. "aala omak ni... cayo bona. ni haaa den punyo bulu ghomo (roma) samo bosa dengan anak buluh..." sambil dia narik lengan baju.

"jangan..." ulang orang tua tu.

"tak peduli, dibawo ey jugo turun ke kolong tu. apo nak kato. tengoh duduk kek kolong tu, bogoga (bergegar) kolong tu dilando dek boyo. sibaik ada orang nolong. yang dio pucek-pucek muko bawak lari bini eee... haaa mano doo ekau punyo bulu ghomo bosa buluh tadi..."

aku mengekek ketawa sambil membayangkan situasi tu. keanehan tentang cakap beso pada menatang ni khususnya buaya korang boleh tanya pada kaki pancing. tapi tang gajah, aku pnah gak alami masa kecik dulu. hanya dok melaung panggil "gajah!" tiga pat kat tepi ladang sawit, menyahut dia... huiii lintang-pukang kitorang lari...

Sabtu, 22 Januari 2011

hak diambil oleh yang berhak

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.” (maksud firman Allah surah al-zumar : 42).

mohon maaf tak berkesempatan merayau kat blog kengkawan... time tulih ni pon tengah sangap lagi. ngantuk gila...

innalillah dan ucapan takziah buat jiran seblah rumah yang baru je kehilangan isteri... sehari suntuk rakan dan jiran membantu menguruskan khairat kematian hingga le ke tahlil, baru ni nak berehat. semoga Allah mencucuri rahmat wa mawaddah untuk ruh isteri jiran aku ni dan dia serta anak-anak dapat bersabar dalam menempuh ujian Allah ni.

Jumaat, 21 Januari 2011

Majikanku Maha Pemurah

pak habib lintah darat terkenal. bukan takat kedekut bin bakhil, tapi taik idong masinnya ya Allah... tuhan aje yang tau. kalu bole, peluh yang merecik kluo disebabkan panas time claim hutang tu pon nak dituntut daripada orang tu. masin tul taik idong dia, kan? (sapa la buat pepatah camtu, dia pnah rasa ke taik idong?). sebermula critanya:

pak habib nak g kutip hutang kat sebuah rumah. orang tu takde la pulak. bini dia kabo, "hapa pon takde ni". "aku tak kira... ko kena bayo penat aku datang sini!"

"cenggini le, kitorang baru semelih kambing tapi yang tinggal daging tang tengkuk je"

"bole la... janji ko masak." tapi pompuan tu kata takde bahan... minyak masak pon takde (maklum la minyak masak kena sorok lately ni, kan?) perbincangan dibuat dan dipersetujui bahawa pak habib keluo duit beli sup bunjut (adabi kot) tapi orang tu mesti bayo balik... kedukut tul pak habib, kan?

dah siap masak, baru je amik bau, pak habib dengo orang datang minta sedekah. "dah tiga hari aku tak makan..." (saja nambah buat crita jadik sedap). pak habib punya la hangin satu badan, "pi raaa, kalu aku bagi sup ni kat ko, bukannya ko bule jadik kaya. kang tak pasal-pasal aku pulak yang miskin sebab miss sup ni!"

sedihnya ati, Allah je yang tau.. dia pandang pompuan tu. hiba rasanya dibuat cenggitu, pompuan tu g la tengok dalam piok kot ada sikit lagi. "ya Allah!" hampir saja pak habib terlompat dengo pompuan tu menjerit pucat lesi. "meh tengok!" kata pompuan sambil menangis ketakutan.

eeee... pak habib tengok sup dia tadi bertukar darah hitam. menyerbu rasa takut sambil meremang bulu roma pak habib. "wahai wanita..." pak habib cakap dalam gumam... "aku menyesal atas perbuatan aku makan riba selama ni." ringkas crita, pak habib terus taubat dan isytihar sapa nak reta yang ada dalam rumahnya, "sila ambillll!!!" (macam dalam 3 abdul sampai kain baju bini pak habib pon diangkutya)

pak habib jadik papa kedana sampai satu hari bini dia membebel. "kluo rumah keja konon, hasil takde" selamba dek je pak habib jawab, "aku keja dengan seseorang yang sangat pemurah. betapa pemurahnya Dia sampai aku malu nak minta apa-apa. tapi takpe la, satu masa nanti pasti Dia bayar juga upah aku tu"

tu je hari-hari dialog pak habib bila balik dari surau. tetiba satu hari seblom pak habib balik, datang beberapa lelaki dok pikul gandum, bawa sekor kambing, barang dapur dan seguni duit perak. soklan bini pak habib yang heran ni dijawabnya, "majikan kami suruh hantar ni. tolong sampai pesan pada pak Habib bin Muhammad al-Ajami al-Basri, jika dilipatgandakan usahanya lagi, majikan kami akan tambah lagi upahnya"

bila pak habib balik je, mak oi bini dia layan first class "baik tul majikan abang.. bagi macam-macam!" pak habib menonong, "aik! baru saploh hari bekerja, dah begini Dia bayar upahnya?"

psst: argh! korang link kan le dengan n3 seblom ni pada lirik pertama baris ketiga dan 4 tu.

Khamis, 20 Januari 2011

cucuk untuk dekat dengan tuhan

SUFI (Damasutra)

sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
biar rebah dihina kau tak berubah

kau menguasai selautan
yang tersembunyi di genggaman
nafi dan isbat kau sandingkan
sebagai tali pegangan

sufi kau hilang di pandangan
ada di dalam kenikmatan
engkau dan Dia pasti tidak akan terpisah
andai tertutup tirai sufi
yang terang tidak nampak terang
inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

inginku tempuh titianmu
dari kekasih ke kekasih
pengabdianku bersamamu kasih
biar rebah dihina kau tak berubah


sapa reti nyanyi lagu ni, tolong nyanyi kuat-kuat... kuat lagi! kuat lagi! tak dengo la pulak.

sebab tajuknya pon semua sedia maklum, jadik takyah le tafsir. cuma nak bagitau tentang kalimah 'nafi' dan 'isbat' tu je.

dua kalimah tu disandingkan, nafi: la ilaha, isbat: ill Allah. lalu tenggelam le dia dalam alam fana. ibnu rumi kata, dia bersatu dengan Penciptanya. ada orang kata itu wahdatul wujud, wallahu a'lam.

pssst: err faham ke ni... takpe. insyaallah ada kesempatan, kita sambung dengan cerita sufi nanti

Rabu, 19 Januari 2011

makan di kala lapo...

"mama... adik demam!" dalam pelat dia gagahkan juga diri bercakap.

"ye ke adik demam?" lembut suara sambil menjeling roti kat tangan si kecil... "haa tu la asik makan roti tak brenti, dah tak abih... alasan la tu..."

adik buat muka seposen. mula la nak cememeng.

"sekarang, g bagi kat abang-abang ko. sapa bole tolong abihkan..." abangnya yang 4 orang dok ralit tengok tv terus menikus. satu arahan dalam paksaan. adik merayu pada setiap orang suruh abihkan roti gardenia (tolong promosi sikit) yang disapu dengan 'kaya'. unjuk pada chaid, chaid buat bodo sampai adik menangis tersedu-sedu.

"chaimmmmm..." adik menyondol bahu abang yang ketiga pulak. angah cepat-cepat mengesot buat tak dengo. bila sua pada along, "uweeek...!!!" along buat aksi geli-geleman macam nak muntah.

sudahnya adik mengendeng semula kat mama sambil menangis syahdu. dia tau bala apa akan menimpa kalu ketahuan dek ayahnya nanti. "sekarang, baik korang tolong abihkan. kalu tidak lepas ni jangan harap ayah beli roti..."

sudahnya, "adik!!! bagi chaimmmm..." chaim jadik penyelamatttt.

aku tergelak je bila dengo report. memang pantang tul makan tak abih lepas tu main buang tak tentu arah. ayat biasa kat dorang, "lain kali amik sikit-sikit. biar bertambah, jangan tak abih. haaa korang tengok tu (tunjuk kat program tv cam 'Bersamamu'). orang lain menangis nak dapat makanan, korang ikut suka je buangngggg yea!"

pssst: semenjak-dua menjak ni memang hari-hari kena beli roti. nasik pon dah tak laku...

Isnin, 17 Januari 2011

kalu takleh trima, lakarlah sejarah hari depan

ngeh3x... sebenonya dah brapa hari dok upload video nih. berhempas-pulas dok upload tak lepas juga, rupanya saiz beso sangat... dari 300 lebih/10 minit terpaksa la diedit semula jadik bawah 100mb/4 minit mboh tiga pat hari mengerjakannya. tak bule juga last tukar format bagi kecik sikit saiznya. so agak tak bagus le sikit yea.

...

bermenjak-menjak ni masih heboh gak pasal 'paria' dalam silibus sastera sekolah kita yea. susah juga nak terima hakikat pahitnya sebuah sejarah. hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman masa gi singapura tahun lepas. cerita tentang kepahitan sejarah: kesusahan, kesedihan dan penghinaan yang kemudiannya bertukar menjadi suatu azam kuat terpasak kemas memanjat di celah-celah rimba manusia yang gelojoh. benih azam itu akhirnya menjadi buah yang ranum dipetik anak cucu dorang.

teringat kata-kata sorang fasilitator motivasi masa tingkatan 5 dulu: "contohilah pokok di rimba raya, yang terpaksa bersaing idop untuk mendapatkan cahaya mentari. jangan jadi seperti pokok bunga di halaman, dibaja dan disirami saban hari tapi tetap cenggitu jugakkk..."

Sabtu, 15 Januari 2011

hebat juga melayu kita ni

dok baca beberapa komen rakan-rakan buat koi tersengih macam kerang busuk... seminggu cuti berblogging, bukan apa... frust tul upload tak bule la plak. tima kasih pada yang bertanya kabo dan ade juga rupanya orang yang rindu menunggu n3 koi ni yea...

...

dah lama tak dengar khazah melayu yang satu ni. kalu cerita wali songo dulu, dorang berdakwah menggunakan alat muzik selain cara konvensional dalam menyampaikan risalah melayu. orang tua-tua kita dulu pon gitu juga. maklum le, medium hiburan masa dulu tak le secanggih sekarang. tapi kreativiti mereka menyerlahkan kekayaan akal budi bangsa melayu. nada yang lembut, susunan kata yang indah dan menarik, intonasi yang membuai perasaan, menjadikan kesenian bangsa kita ni cukup mengasyikkan...

ni pujangga orang pahang, en. roslan madun masa menyampaikan syair dalam satu bengkel di kelab sultan suleiman, kampung baru bulan lepas...


psst: napa hebat? sebab risalah Islam berkembang dengan santai di nusantara ni walopun ada sedikit pertentangan dalam penyebarannya...

Isnin, 10 Januari 2011

naik BERJAMBUL la keja cenggini

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ المُنتَصِرِينَ

“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” (QS A;-Qashash [28] : 81)

joe: "saja la ikut dorang. aku bukan apa, nak tau betul ke. kendian bule gak dapat pengalaman tengok dorang buat keja tu..." dia bagitau aku bila kitorang sembang tentang pengalaman idop.

joe: "aku pnah ikut dorang cari harta karun kat batu 16 sungai gombak. gila ko! bukit punya la tegak kitorang panjat. aku rasa setengah mampus. bomoh tu kecik je cam ko ni tapi steady je siap bawak barang lagik..." makin seronok dia bila tengok aku mengangguk cam paham.

aku: "camana dorang tau kat situ ada harta karun?"

joe: "huh! dorang ni bule tahannnn... siap buat researh! ikut sejarahnya, dulu masa perang selangor, orang selangor minta bantuan dari pahang. orang pahang bila sampai kat situ dapat tau perang dah setel so dorang patah la balik. tapi sebelom patah balik, harta yang dorang bawak tu ditanam kat situ..."

aku angguk lagi sambil nambah fakta tokoh sejarah perang selangor yang aku ingat; raja mahadi vs tengku kudin...

joe: "nak tau kat mana harta tu ditanam, kena pegi malam. marking dulu. esok tu baru g gali..."

aku: "huiii... jalan lama bentong tu tempat orang bunuh dan buang mayat tu. ko pegi ke?"

joe: "malam tu kitorang pegi situ. risau tul aku. sampai sana, bomoh kata kena tunggu cahaya. cahaya datang dari mana aku pon tak tau. tapi ada la kaedah dia. bila cahaya tuju kat tempat tu, kita tanda la. malam tu lampu depan keta tang driver pecah. bomoh tu kata, ada bomoh lain yang tuju kat dia. kira ada orang lain pon nak masuk situ la..."

joe: "sudahnya, hapah pon takde... aku tak larat daki bukit tu. ikut kata sorang lagi yang g sampai atas tu, dorang jumpa ulo tedung selar dah berjambul dok tunggu situ. jin le tu..." teringat la pulak aku crita Tamar Jalis dok ngikut orang cari harta karun di Beruas dalam buku Bercakap Dengan Jin... sama, dikejo dek ulo jugaaa

psst: dengo crita, kawan dia yang kaki cari harta karun tu idop tak jadi hapa... joe kata, "kesimpulannya kita kena berpijak di bumi nyata laaa."

Jumaat, 7 Januari 2011

hutang tag 2

menara kl dekat gak dengan klcc,
tempat lepak segala PATI;
hutang tag ada 2 lagi ni,
tak jawab kang tak senang lak ati.


ni ha tag dari ati masrif. menda slogan la yang nak aku kabo ni... (kalu kontes petronas tu ble gak hadiah sampai 3 juta)

saya suka blogwalking kerana dapat kongsi pengetahuan dengan kengkawan maya dan "ballighu anni walau ayah(t)" (nabi pesan, "sampaikan dariku walaupun satu ayat...")

aku rangkum skali la yea dengan tag cik nurussalwa...

ni ha soklannya:

1. Apakah hobi anda?
dulu rajin gak membaca, bila dah makin tua ni malas lak jadiknya. gamaknya sibuk berblog le ni...

2. Senaraikan tempat yang anda ingin pergi...
ikut kaki melangkah le... kalu dok ikut arahan atasan (opis) rasanya dah banyak tempat aku merayau dalam negara ni...)

3. Sikap positif yang anda miliki .
aku bule tunggu dua jam sebelum masa appoinment

4. Sikap negatif anda...
tapi aku akan sakit jiwa kalu aku dah kena menunggu seminit dari janji yang ditetapkan

seblom tamat, cam biasa sila TAG 20 blogger (yang tu aku saja tambah bio ramai sikit...)

1. mazru
2. yasin
3. zulkbo
4. kak zakie
5. ustaz abd razak
6. sahrom
7. melatidaisy
8. deena farhana
9. macy
10. kak werdah

11. ashrafi
12. cekgu mohamad
13. cik shinju
14. ati masrif (jawab yang last tu je)
15. aanas
16. ummu
17. kak azieazah
18. ckLah
19. azrina
20. ikan emas

psst:
dataran merdeka jadik saksi,
tempat maksiat time nyambut newyear;
pada yang termiss jangan le amik ati... ,
kot ada lagi nanti insyaallah aku passing punyer.

arghhh! rosak pantun warisan...

Isnin, 3 Januari 2011

bila kena penyakit ni payah sikit nak ubat

amboih! kalu boleh melombong permata camni, maunya dah kaya aku... tapi aku hanya melombong taik mata hari-hari camana nak kaya!



dah! daripada berangan... baik g buat keja...


Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan duka cita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong