Sabtu, 26 November 2011

,

rupanya hijrah selama-lamanya

kerana lidahku malu untuk berbicara tentang hijrah, maka ia hanya mampu mengungkap rasa:

titik. noktah.

pegang syahadah
kuat ibadah
nescaya kita tak rebah
...

aku tak kesah
tak mau resah
tak mau gelisah
apa lagi gundah
idop tak semenggah
idop rasa tak sudah

aku tau payah
nak kita berubah
aku sedar susah
nak kita berhijrah
jadik aku pasrah

dek kita lain arah
kau ke eropah
kau ingin menongkah
dek kita beza kiblah
aku ingin ke mekah
aku susun langkah
...
pilih kaabah

(10oktober2011)

innalillahi wa inna ilaihi raji'un, baru je dapat perkhabaran nenek aku telah kembali ke rahmatullah petang tadi... nak kena ke melaka la nampaknya ni

Khamis, 24 November 2011

,

seblom hijrah selesaikan utang dulu

walopon aku menyepi masih ada orang bertanya diri, tu yang buat aku hepi... tima kasih kengkawan blogger semua

hoh... ada dua hutang tag yang kena selesaikan daripada orang yang sama... oleh sebab cekgu yang bagi, kena buat time cuti skoloh - tu yang lambat jawab (alasan!)

ada beberapa syarat yang dikenakan, tapi tak dapat le aku nak mematuhinya atas sebab-sebab yang tak dapat dieeelakkan...

No 1. You must post this Rules - patuh!

No 2. Sebelas cerita tentang diri saya?

hehhh! masih ada saham lagi ke ni? takpe la, aku bagi lebih tapi kena ke sini dan sini dan siniiii jugaaaa

jadik aku jawab lebih daripada seblas soklan...

Syarat 3. Kena jawab soalan cikgushikin.

kalu ada soklan objektif senang sikit cekgu!

1. Anda suka air terjun atau tepi pantai? jawapan tak relevan, suka dok kat rumah sambil lukih gambo pantai dan air terjun
2. Tahu berenang tak? lecey la budak kampung tak reti brenang... jawapan cam orang riak la pulak!
3. Dulu masa belajar tak suka bila cikgu buat apa? ada ke patut cekgu sama cekgu bercinta depan kitorang dalam kelas4. Tahu cakap atau tulis bahasa apa selain Bahasa Melayu? jawa tak paham, jawi cuma tulisan bagi bahasa Melayu, jadik arrrob bole laaaa sesikit
5. Pandai guna photoshop tak? go to photo shop reti laaaa
6. Apa pendapat anda bila tengok orang pompuan pakai tudung tapi baju ketat macam sarung nangka? laaa ingatkan nangkaaaaa7. Kenal tak siapa Nik Nur Madihah? serius tak taw... comel tak? kim salam yea...8. Sebut tentang apa-apa yang anda belajar masa sekolah yang anda ingat sampai sekarang. - medula oblongata - kawan putus cinta jadik tolong nasihat kat dia jangan buat tindakan luar kawal hasil tindak balas dari medula oblongata ni tadik
9. Anda baca blog saya, apa tajuk yang paling anda suka? air terjun chamang yang dah lama brangan nak g tapi tak mboh sampai
10. Barang apa yang paling mahal yang anda miliki dan berapa harganya? kalu ikut n3 aku yang dulu, isteri le yang mahal walopon mas kawin dia murah!
11. Suka tak kena tag nih? suka sebab tanda orang suka kat kitaaaaa

Syarat 4. tag 11 orang... aaaa yang ni le aku tak brapa suka. bukan apa kekadang bila orang tengok takde nama dia, rasa semacam je... jadik untuk adil, sapa rasa nak buat homework sambil perati anak baca buku tu sila la jawab tag ni...
satu lagi tag cekgu shikin ni berkaitan kontest daripada blog Double'S. aku mintak mahap bebanyak tak dapat menjawab tag kontes sebab aku pon tak brapa reti bab kontes-mengontes ni... tak pnah join mana-mana kontes blog ni. apa pon tima kasih atas ingatan cekgu shikin walo baru berkenalan tapi mesranya dalam ingatan...

Khamis, 10 November 2011

,

menda tak elok, baik hindari

n3 yang ni untuk renungan anak teruna dan dara la pulak, ketnya kita sebagai ibu-bapa tentu le kesannya lebih besar lagi. peristiwa yang berlaku pada kawan aku ni sangat mengejutkan kluarga, jiran dan rakan-rakan.

...

dah lewat malam, pintu dan tingkap ditutup rapat dan dipastikan berkunci. selepas pasti semua anaknya ada di dalam rumah dia berasa lega dan tenang menuju ke bilik tidur. namun lenanya terganggu bila baru sekejap kendian kedengaran ada orang memanggilnya bertalu-talu...

anak gadisnya ditemui terjatuh dari ketinggian dua tingkat ketika memanjat keluar ikut tingkap. puncanya kerana nak bertemu dengan kawan lelaki yang sedang menunggu di bawah walopon ketika itu telah dinihari.

"sebagai kawan arwah, kamu kena bagitau kat kengkawan lain... kalo roh dia tak tenang orang pertama yang dicari awok le" nasihat kawan aku yang menjadi jiran mangsa pada anaknya supaya bagitau kat kengkawan yang mulut celupar tu. suara sinis mengatakan dia bunuh diri dan macam-macam tohmahan mula kedengaran. gitu le gayanya orang kita ni, cepat beno bawa mulut kalo menda hak tak elok berlaku pada orang lain.

"deme bole berkawan dengan semua orang tapi jangan ngikut dorang!"

"camana ni ni aboh, kejap bule kawan kejap tak bule ikut"

"tak ngape kawan je le, tapi kalo kome merokok usoh ngikut..."

"ooo..."



psst: berat ngat ujian yang melanda kat kawan aku tu... tapi bak kata rakan yang lain, Allah tau hikmah di sebalik kejadian yang tragis tu. barangkali ada kebaikan yang kita tak sedo. apa pon moga Allah berikan kesabaran dan ganjaran rahmah-Nya kepada dia sekeluarga serta mengampuni dosa arwah. moga ia juga menjadi iktibar, tauladan dan sempadan buat kita yang masih bernafas ni.

Sabtu, 5 November 2011

ko simpan daging kurban brapa lama?

time menggugel hal qurban, jumpa hadis ni...

Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia solat sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia solat setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai solat Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia solat, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korbanmu setelah tiga hari." (maksud Hadis Sahih Bukhari)


ramai yang dah sampai kat kampung, kami blom lagi berkemas. apa pon aku ucapkan salam idul adha untuk semua rakan taulan dan pengunjung blog ini... moga ia memberi makna yang lebih besar khususnya kepada para hujjaj dan sesapa yang melaksanakan ibadah kurban pada tahun ini.