Memaparkan catatan dengan label cekgu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cekgu. Papar semua catatan

Selasa, 9 November 2021


 


Isnin, 1 November 2021


 


Sabtu, 11 September 2021


 


Rabu, 8 September 2021


 


Isnin, 31 Mei 2021


 


Sabtu, 3 April 2021


 


Isnin, 8 Mac 2021


 


Rabu, 24 Februari 2021


 


Jumaat, 17 Januari 2020


Imam al-Ghazali menegaskan tentang kepentingan seorang Syeikh, "Seseorang murid perlukan seseorang Syeikh atau Ustaz yang boleh diikutinya, agar Syeikh akan menunjukkannya arah jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-jalan syaitan itu pula terlalu banyak dan mudah pula. Sesiapa yang tidak ada Syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memimpinnya ke arah jalan-jalannya.

Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya ia telah membahayakan dirinya dan membinasakannya. Orang yang bersendirian (tanpa Syeikh) itu adalah ibarat pokok tumbuh sendiri berdaun (rimbun) ia tidak akan berbuah. Maka hendaklah orang yang mengawasi seseorang murid itu ialah Syeikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap Syeikhnya itu."

Selanjutnya, Syeikh Ibnu 'Athaillah as-Sakandari Rahimahullah juga berpesan, "Sayugialah bagi sesiapa yang telah berazam untuk mendapatkan asuhan agama dan menjalani jalan kebenaran untuk mencari seseorang Syeikh dari kalangan ahli al-tahqiq yang menjalani jalan tersebut, yang meninggalkan hawa nafsunya, yang teguh pendiriannya dalam khidmatnya terhadap Tuhannya. Maka apabila murid itu telah mendapat Syeikh tersebut, hendaklah ia taat terhadap suruhannya dan menjauhi apa-apa yang dilarangnya dan ditegahnya."

Seorang Syeikh melantunkan sebuah puisi,
"Bila engkau berjalan tanpa pembimbing, akan memerlukan waktu dua ratus tahun untuk perjalanan dua hari."

Syeikh juga mengatakan, "Mempelajari Ilmu Hakikat perlu limpahan dari rohani guru. Tak bisa dari sekadar akal melalui ruang seperti ini (pembacaan). Harus dibimbing seorang Guru Mursyid yang sanad ruhaninya/keguruan tidak terputus dengan Rasulullah saw kerana bisa tersesat dengan akal sebagaimana dijelaskan Syeikh Abu Yazid Al-Bustami ” Barang siapa berguru tanpa Mursyid maka wajib syaitan gurunya”. Carilah seorang Waliyam Mursida/pembimbing agar tidak gelap didalam gua jasadmu."

Allah SWT berfirman:
وَتَرَى الشَّمْسَ اِذَا طَلَعَتْ تَّزٰوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِيْنِ وَاِذَا غَرَبَتْ تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِيْ فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۗ ذٰلِكَ مِنْ اٰيٰتِ اللّٰهِ ۗ مَنْ يَّهْدِ اللّٰهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۚ وَمَنْ يُّضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهٗ وَلِيًّا مُّرْشِدًا

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas di dalam (gua) itu. Itulah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa disesatkan-Nya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya."
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 17)

Allah SWT berfirman:
فَسْــئَلُوْۤا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

"maka bertanyalah kepada Ahli Dzikir (orang yang mempunyai pengetahuan) jika kamu tidak mengetahui,"
(QS. An-Nahl 16: Ayat 43)
Sayugia bagi yang belum dikurniakan seorang Syeikh akan ditemukan satu hari nanti. Ikhlaskanlah niat untuk Allah. Allah akan mengurniakan kepada mereka yang benar dalam niatnya. Perbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. serta berusaha ke arah jalan yang terpimpin.

Jumaat, 5 April 2019

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir... lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya... Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir... ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.. Syekh Abdul Qadir suka makan ayam.. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja.. lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja.. Kalau begitu ambillah anakmu..
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang.. bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..tuan didik lah anak saya..
ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..
disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..maka anak yang menjadi mangsa..

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu.. Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..
Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru.. Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..
 
 

Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita...
Aamiin.

Khamis, 6 September 2018

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."


(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih


Isnin, 4 Disember 2017



Rabu, 22 November 2017





Selasa, 13 Disember 2016



Khamis, 27 Oktober 2011

cuti skoloh dah dekat, yang nak kawin tu dah apply cuti ke?

*******

"kadang-kadang kelakar juga mengingatkan dorang ni, dorang ni jujur tapi pemalu" kata sorang cekgu baru yang kena mengajar sekolah orang asli di perak.

"pnah satu ketika, dorang naik moto bertiga dan tak bertopi keledar, polis tahan, "ence kalo nak tumpang nanti syaya hanta dorang balik dulu, dah tak muat ni..." terkulat-kulat le polis tu. tapi tak lama kendian orang asli tu datang balik" manis je bila aku tengok cekgu tu tersenyum, "diorang ingat polis nak tumpang le tu"

"cuma yang tak tahan, dorang datang sekolah ikut suka dia je... kekadang cuti sampai tiga bulan"

"haaa? ingat gomen je bule amik cuti cenggitu. bebudak ni pon ada cuti camtu ke?" tanya aku heran sambil dok perati beberapa pelajar orang asli yang menikus dalam LDK ketika menyertai satu program kembara.

"kalo time musim buah tu besa la dorang tak datang sekolah. tapi yang tiga bulan ni sebab cuti kawin!"

hoh! lagi la beso mulut aku melopong.

"tu yang kekadang saya segan tu, ngadap anak murid yang kawin." kata cekgu yang cumel ni dan masih blom berpunya. heee... besanya dorang kawin muda. yang pompuan seawal 14 tahun. yang pompuan pakat tak ke sekolah le bila dah kawin, cuma para suami je yang akan pergi ke sekolah. crita ni mengingatkan aku ketika di pulau bonggi dulu buat penyelidikan.

psst: err... tak brapa nak kebah lagi rupanya. so kurang le berblog dan baru ni masuk lagi air bateri dalam badan. uuuuiii seriau tengok jarum tu... serik tul nak g spital. doktor pon pelik bila aku mintak mc hari ahad "saya kena g opis ari ni!"

Isnin, 15 November 2010

prolog: artikel ni tak berhasrat menyinggung mana-mana guru atau ibu-bapa

pagi-pagi nak gi keja tadi dan le dengo sekilas berita, 'cekgu kena blasah sampai pengsan'. hek eley bebudak sekarang!!!

sambil nemankan member sarapan pagi, kami sembang macam-macam topik sampai masuk bab cikgu masa kami kecil-kecil dulu (takde kaitan dengan brita pagi tadi)

"aku ada satu cekgu dulu, (malas sebut nama) punya le ganas cekgu ni...", kata si joe mengalihkan topik hal anak-anak.

aku tanyakan namanya kot serupa dengan cekgu aku dulu. ops! bukan orang yang sama. tapi ingatan aku mengimbau satu cekgu aku yang mungkin serupa perangai peliknya.

"kalo dalam bilik, dia suka main susun bata... mahjong macam crita p.ramlee tu" joe sambung crita yang tergendala sambil ketawa.

"kalo ko ngadu sakit gigi, dia suruh ko nganga... bila nganga je dia ludah mulut ko..."

huuu aku ketawa, "ganas tulll" bisik ati. dalam masa yang sama, aku terasa nak tanya cuma tak sampai ati... "gamaknya dah berjaya budak tu" gumam ati aku lagi meneka. maklum la kata orang, kalu nak berkat ngaji, dok la depan tok guru biar sampai kena air liur pon takpe... tapi yang ni kesnya masuk terus dalam mulut, mesti lebih berkat ye dak.

"tapi, kan mir... antu camana pon cekgu dulu... orang tetap respek. takde mak ayah yang datang nak mengamuk kat skolah." joe syok sangat melayan nostalgia dia.

"heh! aku ingat dulu, time cuti kalu kitorang tengah main kat laman, tetiba cekgu lalu jenjalan petang dengan motor dia, abih semua bebudak bertempiar lari. malu! kalu bebudak sekarang... (pengsan cekgu dikejakannya)" aku menambah.

psst: aku pon tak reti nak kabo. dalam banyak hal, mak bapak pon satu hal juga. over sangat dalam melayan karenah anak-anak. hal cekgu pon kekadang over tensen juga dan ter'over' pulak mengambil tindakan.

setiap kita ialah ibu bapa dan guru pada anak-anak. tapi mak bapak patut kena tima kasih kat cekgu sebab tolong jaga anak kita. anak yang tak berapa kerat tu pon susah kita nak kontrol, ni ke pulak 30-40 orang satu kelas... tu yang cekgu sakit kepala tu. bebudak pulak lagi over sampai patah riok kejakan cekgu.

Khamis, 5 November 2009

hemmmm... panas tul isu semasa ni yea... tinggalkan dulu

aku memang nakal... tapi bab cekgu aku mesti respek... sebab aku yakin cekgu kena redha bagi ilmu baru bole berkat. satu crita... ada satu ustat yang jadik guru disiplin kami masa form six dulu. dia suka buat spot check kat asrama cari bebudak yang suka mengular, memonteng atau merokok. kerap jugak le ustat ni meronda. kat asrama tu ada satu bilik khas bebudak tingkatan enam saja yang dok situ. tah apa mimpi kengkawan aku, satu hari tu diorang setting gulung bantal dan dipasangnya gebar cantik-cantik macam orang tengah tido mengerekot... kira tido mampuih le tu. pintu bilik tu cam biasa memang tak berkunci cukup le ditutup rapat-rapat.
hari tu seperti biasa ustat pon melaksanakan tugas murninya mencari kaki ponteng. dari kelas kami (form six) ni bule nampak la bilik asrama kami sebab kedudukan bukan le jauh sangat. takat sepelaung aje. jadik bila nengok ustat mula buat spot check... keadaan mula huru-hara dengan beberapa pelajar lari lintang pukang menyelamatkan diri. adegan yang mendebarkan sampai ke kemuncaknya apabila ustat mula memasuki bila form six tadi... kengkawan aku yang dok kelas atas kejang perut menahan ketawa apabila nampak ustat keluo dari bilik tu dengan marah-marah dan membebel. heh! aku tak bule bayangkan bila ustat masuk dalam bilik terus membebel mengejutkan 'budak' yang tengah tido tu tadi. agaknya respon takde, ustat mesti naik hangin punya... argh! korang cuba la try praktis bila kita membebel tapi orang buat dek je.. maunya kena belangkung sekali kot... sudahnya ustat masuk setiap kelas form six dengan marah-marah kerana mempermainkan dia. aku dengar crita insident yang berlaku dalam bilik ni daripada kawan aku yang dok nyorok dalam bilik tu bila tak sempat lari. lawak tul tapi yang pasti aku tak terlibat dalam jenayah juvana tu ye.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak