Jumaat, 20 Januari 2012

napa kena 'naik' saksi?

aku ni takde la tua sangat, bila ada pulak yang panggil tuan lagi la aku gelabah beruk... (jadik tolong la jangan panggil aku tuan). cuma dua tiga menjak ni memang terpaksa jadik bos kat opis sebab bos besar dan lagi besar kat atas aku tak diisi.... maka banyak le yang aku tanggung. termasuk tanggung azab kalo nak kena marah dengan orang atasan.

errr bukan itu yang nak crita. crita sebenar ialah bila member ajak jadik saksi anak dia nak kawin. kami (sorang lagi kawan @ jiran yang diajak jadik saksi) turut berseloroh "heee... saksi 25%!" dan bila imam kata kat bapa si perempuan (jiran kami ni) "nanti kena sediakan duit rm160 untuk bayo tok kadi, saksi dan bla, bla, bla..." sengih kami lagik lebar.

lepas setel urusan isi borang, kami dibawa soru kat sebuah kedai makan. dah tentu banyak crita hal kawin disembangkan. memandangkan aku ni semua anak lelaki, manakala member yang jadik saksi kedua baru dapat anak (semua pompuan) maka isteri jiran aku pon memeriahkan suasana:

"haa bole le amir berbesan dengan rusdi ni nanti..."

aku diam jap, amik napas dan kata, "dua perkara yang tak bole buat main, kawin dan cerai. kalu bergurau pon bole menjadik. haaa jadik statement cenggitu bahaya laa."

kalu le bapak si pompuan yang berkata cenggitu kat aku dan terima offer dia serta cukup syarat saksi maka nikah bole jadik sah. maka anak kita yang kecik-kecik ni kawin le tanpa pengetahuan dia. malangnya bila dia beso nanti dia kawin pulak dengan orang lain. jadik tak heran le kalu ada hadis nabi yang mengabarkan anak zina akan berleluasa kelak.

psst: orang tua-tua kita dulu rajin buat keja gitu, jadik eeelok le kita beringat!

43 orang adijauhari:

@xiiinam berkata...

Assalamualaikum err....tt...tu...err ... encik!

:D

munna berkata...

selalu dgr org buat statement tu... lepas ni kena hati2 bila berkata2

a.samad jaafar berkata...

ramai yg jahil tp diajar..tak mahu dengar pulak.. payah jugak..

nur berkata...

Oh camtu ke.. Mmg kena berhati hati la ni..

Nafisa81 berkata...

uishh...ha'a...yerkk..balik kampun raya cina ni kena tanya abah..penah tak dia cakap cenggitu kat kawan2

akuanakpahang berkata...

Terlajok perahu boleh gostan yak :)

Anaa berkata...

tu la kan... uisshh bahaya ni..
balik ni kena muzakarah ngan bapak budak.. haha, jangan memandai2 nak offer anak kat orang.. ehh anak kita jantan ler..

zaty luvlianncezzz berkata...

lama sudah x dtg cnie. ayat yg msih pnuh makna

Jum hayati di sini (^o^)
kenapa Allah temukan kita dgn orang yg salah?

Abu Aiman berkata...

Salaam. hehe, tu la nak melawak bab kahwin &cerai ni bahaya... takut jadi sungguh

Tea berkata...

Terlajak kata boleh rewind balik.... Dengar semula...

aimaniman berkata...

oooo.. sah ker,.. walaupun lawak jer? akak bab nikah kawen ni kurang arif, sbb cerita macam ni selalu dengar,.. org dulu2 la suka sangat berjanji tentang jodoh anak2...

Woofer Storm berkata...

hati2 bila berbicara,takut makan diri semata2..

slmt pagi^^

Hairun Azmi Hashim berkata...

Entri menarik tuan..:D

Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

zulkbo berkata...

salam..
kalau saya pun tak berani nak berjanji begitu..masa masih jauh lagi..kita pun tak tahu kemana akan pergi anak-anak kita..menetapkan perkahwinan mereka bagi saya satu tekanan..biar Allah je menentukan

ashrafi berkata...

Beringat. Memang sangat-sangat kena beringat.

LIPISLADY berkata...

Sallam Cemomoi,

Bahaya juga yek, kita ni kadang2 bergurau dan berseloroh aja...

Kakzakie berkata...

Sebab itulah bab munakahat ini usah dibuat main. Ada lagi lelaki dah kawen masih suka buat statemanet. "Aku kan bujang, dah ceraikan bini aku pun, esok aku pinang engkau"

Talak tak usah dbuat gurauan. Jatuh talak masih duduk bersama akan lahirlah anak luar nikah. Na'uzubillah...

sahromnasrudin berkata...

gurauan kne hati2 kan...terlepas cakap padah menanti huhuhuhh

MulutPayau berkata...

selalu jugak dgr gurauan macam tu...mmng kena beringat dan berhati2...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Memang orang-orang dulu buat perkara ni.. eloklah diingatkan kepada generasi sekarang...

Sham berkata...

ini yang orang pahang cakap perghpalih weh...

Mohamad berkata...

Barangkali ada yang tidak tahu akan hal seperti ini..niat hanya untuk bergurau..

Nida berkata...

"soru".. wah, dah pandai ngomong jowo... :)

CekWa berkata...

salam pagi Jumaat Cemomoi..!

shameel Iskandar berkata...

gurauan sebegini memberi kesan yg besar dari segi hukum hakam agama. Sepatutnya dihentikan serta merta.

Ad-Dien berkata...

mudahkan perkahwinan dan jangan sukarkan..

Allahumusta'an..

salam ziarah dari blogger pahang juga, saya dari temerloh..

jemput ke blog ye :)

kiwi berkata...

ow..bahaya jugak cmtu..memg kena hati2 la -_-"

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Lama juga tak ziarah blog akhi ni. Sejak akhir-akhir ni mood berblog kejab naik kejab turun. Elok juga ada elaun untuk jadi saksi..:)

Cik SHiNJU berkata...

Erk...xleh yer cakak gitu..
Org tua dulu2 suke bergurau camtu
utk nyakat anok..huhuhu

Ati Masrif berkata...

salam cemomoi,

lama coti :)

baru tau saksi pun kena bayar lani.

hal nak kenen anak sape2 tu selalu
sangat terjadi tapi nasib juga selalunya
orang pompuan yang ckp gitu..bahaya jugakan


p/s: minta pendapat org lelaki
tentang isu kita hari ini ye...jemput datang :)

Ati Masrif berkata...

salam,

melawat tuan rumah yang tak ada
di rumah :)

Ati Masrif berkata...

salam,

dah lawatan bulan april

dah lupa password ke :)

si para para berkata...

hati hati dalam bicara. bimbang tersalah makna.

ZORA berkata...

mcm best je kawin..:)

SEORANG SERI berkata...

Salams Cemomoi,

Apa khabar? Setelah sekian lama. Iris; yang dulunya.

Yas y berkata...

Kenkadang dlm guaru kita tak sedar yg perkataan tu dh membawa kpd perkara yg lain...iskkk...bahaye....

Kump. Adik2 Keluar UMNO berkata...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

aimaniman berkata...

ada informasi walaupun hanya borak di warung kopi... entri yang bagus dan akak suka baca taw..

Jang .. berkata...

salam rodong......koi nyingoh blog aok, setelah lama berehat...

Outbound di malang berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Kakzakie berkata...

Masya-Allah... lama betul menyepi. Bujang kecik pun kakak rasa dah pandai jalan sekarang ni.

Selamat menjalani ibadah puasa dan maaf dari kakak.

miZz_nizZ berkata...

kena hati2la kn time bckp. =)

cik nurussalwa berkata...

Assalamualaikum wbt :)
pakcik, ingat saya lagi? ehem.
haa.. macam tu ea? kena bagitahu kat ayah suruh hati2, t terkawen pulak dengan siapa2 tah. huhuk.

:)