Rabu, 30 September 2009

diari hidop: gilo punyo kojo

Funny Myspace Comments
MyNiceSpace.com
selasa1804199508.00a.m
cuti semester baru aje bermula. stat kerja kilang Top Group, Bangi. kilang tu buat penyaman udara. semalam, aku, bidin, s. amir dan rambo dok kelentong sorang akak yang interview kitorang. ha ha... ngaku takat SPM je, bila dia tanya apsal SPM ok tak sambung blajo, kitorang goreng la kunun kluarga susah la, bagi adik-adik je la blaja, dan tah hapa lagi di'ayat'nya awek tu... last dia gelak... hu hu takyah tipu la, akak pon baru je grade dari UPM. cam ni la, kita pakat underground la, akak amik korang keje. aku dan bidin posting kat bahagian maintainence. dorang lagi tu dok dengan bangla pasang body aircond.
keja memang rileks. gilo apo! kitorang yang takde basic hapa pasal elektrikal disuruhnya baiki lampu, servis aircond, forklift dan mesin. blasah je la... dah orang bagi keja tu buat la, jangan banyak cengkadak. kengkadang, sebijik lampu limpah yang lebih 1000 wat tu kitorang baiki sampai 2, 3 hari. bukan tak siap... senior kat situ Mamat Saira dengan Azhari yang ngajar cenggitu. lepak atas perancah besi dok baiki lampu kat bumbung kilang sambil bersembang. lampu bukan hari-hari rosak. supervisor aku, kitorang panggil apek pasal dia tu cina. mak oi lagi pemaleh tu. mengular dan membuta kuat tu. kengkadang datang kunun nak berlagak kat kitorang "apasal kerja tak siap lagi?" sambil gosok mata merah dia tu... hah sah la tu tido. bila kitorang ketawa, dia sengih-sengih terus blaa. ada la dua bulan aku keje kat situ. dah nak last baru la aku ngaku dengan mamat saira aku ni student, kan napa, dia cam segan la nak kawan ngan aku walaupun beberapa kali dia risik-risik kitorang ni sapa sebab takde gaya bebudak kilang... ha tang tu payah la sikit nak nyamar.

Isnin, 28 September 2009

salam rindu pada teman warga dewan



memandang bangunan baru dbp mengingatkan aku perbualan dengan bos lama , hajah noresah baharom, mantan pengarah jabatan bahasa (masa tu ketua bahagian pbss)ketika sedang mesyuarat di sebuah hotel di kl. kami memerhati kerja-kerja pembinaan bangunan dbp yang sedang rancak dilaksanakan. dah hampir 80% siap bangunannya. spontan aku bercakap dengan dia, "tah sempat ke dak saya merasa dok bangunan baru tu" sambil menghirup teh o panas. bos aku lantas menoleh, "kenapa? awak nak ke mana?" "tak tau la, rasa hati tu begitu" balasku. rupanya betul la, tak dan siap bangunan tu tak lama lepas tu aku dapat kerja tempat lain pada jun 2001. aku tinggalkan dbp dengan berat hati kerana aku sayangkan tempat, warga kerja dan suasana di situ. apakan daya tempat aku bukan di situ. manusia hanya pandai menghargai kita apabila kita telah tiada... kalu tak caya tengok aja pada orang yang dah kembali ke alam barzah. segunung pujian diberikan sedangkan masa hayatnya tak la begitu dipedulikan... manosiaaa

Rabu, 16 September 2009

ramadhan berlalu pergi



menjengah zaman kanak-kanak, raya bererti bulan pendapatan memenuhkan kantung. belumpon semayang raya, operasi mengumpul duit sudah bermula, pantang ada yang sound, "woo kalu nak duit banyak, ko pegi rumah pegawai (rumah kakitangan felda) dia bagi lima posen (peh! masa tu kaya ya amat la dapat lima posen). cuma aku tak penah jadi penunggu kubur walaupun orang kata kat situ lagi lumayan sebab rumah aku jauh sangat nak pegi, terjelir lidah kalu nak balik nanti. strategi nak dapat banyak duit, jangan pegi ramai-ramai kang diorang bagi seposen sorang, jangan duduk lama-lama rugi masa, kalu ada kumpulan lain datang cepat-cepat blah atau gi raya rumah lain dulu, ada orang kata ikut bapak gi tahlil dari rumah ke rumah pon ble tahan habuan tapi leceh la, takde privacy. raya akan berlangsung selama tiga hari so lepas tu bole la kira berapa income. seronok gila la raya ketika itu, kami kumpul biji leroi kering (biji sawit) untuk dibakar sepanjang jalan pada malam hari, pelita ayam dan buluh dah ada di laman rumah, aku tak main sangat mercun sebab duit masa tu sangat bernilai untuk dibazirkan, so sekadar jadi penonton je la. selain dari cara tu nak ngabih duit, ada plak yang bisnes tikam, satu keping kertas 5 sen, nasib la... kira kecik-kecik dah diajar berjudi ye... sekarang raya bererti dok kat rumah layan sarkas kat tv, bebudak sekarang malas nak jalan lebih baik dok tunggu kepala simpang, kawasan perumahan pon banyak yang tutup pintu, so tunggu je la open house

Isnin, 14 September 2009

panahan jiwa

Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com

biasanya lepas tulis sajak baru la aku pindahkan ke dalam media seterusnya, curahan perasaan akan lebih bermakna dengan calitan jiwa. sajak ni aku post pada khamis 6 ogos 2009 lalu dengan sedikit suntingan

raya datang lagi


angkasa raya - tengah tengok anak bulan, tok imam kata
kad raya - tak ramai dah yang guna
hantu raya - raya lebih tapi tak posa
duit raya - cukup ke dak, dah berkira-kira
kuih raya - tunggu malam last sepuluh, tiga
pasar raya - potong harga ke potong kepala
jalan raya - bila semua berebut nak balik jammed gila
lebuh raya - dengar kata ada diskaun tak semua merasa
balai raya - fully booking untuk rumah terbuka
Jabatan Kerja Raya - mula la sibuk jengah prasarana
pilihan raya - ingat! orang bagan pinang ngundi lepas raya
bunga raya - heh takde kena mengena langsung dengan hari raya

Jumaat, 11 September 2009

kuiz: warisan melayu terakhir


melayu takkan hilang
bila melayu hilang
hilang seninya
hilang seni tari
dek rasa geli
hilang seni muzik
dek rasa lembik
hilang seni masak
dek rasa kokak
hilang seni mainan
dek rasa ketinggalan
hilang seni silat
dek rasa tak hebat
hilang seni ukir
dek rasa tak mahir
hilang seni nama
dek rasa tak glamer
...
seni
adat
resam
budaya
bahasa
warisan
dalam lipatan

jawapan kuiz;
askar melayu, keretapi tanah melayu, baju melayu

Selasa, 8 September 2009

sentuhan kecundang


minah mana la aku lukih ni, camana takde langsung feeling haa
Cartoons Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Jumaat, 4 September 2009

nukilan cinta

Funny Myspace Comments
MyNiceSpace.com
abang berat hati nak meluahkankannya. tapi makin dipendam, makin menjadi barah, menanggung beban yang tidak kelihatan, berat tapi tidak sampai membongkokkan badan. sebaliknya membuatkan abang patah semangat... semenjak-dua menjak ini, memang abang berhasrat mengelak diri dari mie. bukan dah berubah hati, jauh sekali membenci, barangkali makan hati. bukan dengan sikap mie, tapi dari suasana yang terjadi. saban hari abang rasa, abang hanya menemui kegagalan hidup. sedikit sebanyak telah merubah pandangan hidup abang sendiri. kengkadang terdetik di hati 'kebaikan sudah tiada tempatnya lagi di dunia ini. kejahatan sama ada dipuji atau dikeji, tetap letaknya di tempat yang tinggi.' tak berguna berbuat baik. bukan abang minta dihargai. yang jelas ia memang tak dihargai... lalu untuk apa berbuat baik... rugikan! malangnya kalau abang berbuat jahat, abang tak sanggup menyesal sampai ke mati. hidup dalam kemurkaan tuhan, itulah yang terdetik kini. abang berputus asa? putus asa dari rahmat Allah? sesekali begitulah! bila teringat dosa, tak sanggup rasanya berputus asa... tuhan marah orang yang berputus asa dari rahmat-Nya.

pada wajah mereka


rindu pada masa lalu, jarak, sempadan dan waktu jadi pemisah, benar kata sang seniman 'barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang meranalah badan'

SALAM KEMERDEKAAN

Khamis, 3 September 2009

1malaysia: singgahsana cinta


satu dua kucing berlari
manakan sama si kucing belang
tadi melayu cina lepas ini
india mari benggali pon datang

Rabu, 2 September 2009

bila pena semangatku menari


Sejarah Kemerdekaan

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Selasa, 1 September 2009

camana la aku nak tenyeh lagi


dah puas tul aku cuba jadi pelukih potret, bila aku jumpa orang yang pandai lukis potret aku mesti tanya apa rahsia melukis potret, teknik ke tak kira apa la... aku penah tanya kat s.amin sahab... iskh! pasal aku jeles tengok orang ble lukis aku tak ble jugak... camana nak buek aa.. kalu ada yang expert nak bagi tip tu tima kasih banyak la aku ucapkan

nak tau bila setan menangis

banyak rahsia yang tersingkap kata pujangga 'rakibtuha nisa aka fi bathniha, wasyammuha fi anfiha, wadhul ... fi ... wa na'muha, masya allooooh!

diari hidop : penganggur, aku paham rasanya

jumaat2305199709.00a.m
untuk kali ke brapa nak interview kerja tak tau la. dah 6 hari aku lepak kat bangi, kat rumah sewa lama, nak cari kerja. aku dah merayau kat kilang onkyu, raza dan sapura. aku dah hantar resume kat kolej ikatan dan puteri resort hotel. dan aku dah pergi ke pejabat ujang yang terbitkan majalah kartun baru 'varia lawak'. semuanya mendukacitakan (kat pejabat ujang ada la la crita lain bila aku jumpa sapa ke namanya, en. akram ke hapa ntah lupa la plak).
hari ni aku cuba lagi. kali ni kat kenny roger's puchong. tempat s. amir dan pak leh training. diorang khabo ada kosong, gi interview dan terus training kat situ je. dah la pegi tu nyaris tak mati excident dengan lori tanah... he he salah aku la nak tunjuk teror, potong lori tanah masa naik bukit. udah tu datang satu lagi lori tanah dari depan, aku tak dan nak potong, last choice aku masuk bawah lori dok control body aku jangan sentuh lori dan dok tengok pergerakan tayar lori, dia laju ke brek ke... lepas je lori tu aku kluo balik, mamat yang bawak lori tu punya hangin dengan aku, agaknya tengok aku dah hilang mesti mati punya ini budak.. dia terus jerkah kat aku "dey thambi lu mau mati ka..." bila aku potong lori dia).
korang bayangkan kali ni aku pulak yang hangin, sampai je kat sana manager tu kata isi borang aje, ikut prosedur biasa... argh! tensennya aku, aku datang siap dengan baju uniform dia baju putih sluo hitam untuk training manager. last balik bodo je la.

cerpen: jangan ekploitasi kami

nini mendengus marah. matanya bulat menelan raut wajah lopi. lopi cuma terkebil-kebil memikirkan nasib yang kian terjepit. sekali-sekala dia menggaru pangkal telinga yang kemerah-merahan. misainya bergerak-gerak bagai daun lalang ditiup angin.
"mereka mesti diusir!" nini melepaskan nafasnya yang teresak-esak di corong rongga dadanya. antara dengar dengan tidak, lopi mengiakan luahan itu. "tapi kita tak mampu melakukan apa-apa terhadap mereka." akhirnyya terpancut keluhan kecewa yang bersarang di hati lopi.
malam itu mereka berkerubung beramai-ramai di tepi longgokan sampah belakang rumah en. jusoh. dari serta pelosok mereka datang untuk sama-sama menangani masalah yang kian meruncing. dulu mereka hidup senang tanpa digugat sesiapa. bebas mencari rezeki di mana sahaja. tapi hari ini mereka terusir dari kediaman yang serba mewah itu. segala anugerah Allah itu bukan lagi milik mereka. hak mereka telah dirampas.
"periuk nasi kita kita semakin terancam." nini memulakan kata-kata aluan. "kedatangan mereka membuatkan hidup kita menderita. dulu mereka begitu hina, merempat dan tak punya apa-apa. tapi hari ini kita pula yang tersepit. kita mesti cari jalan halau mereka."
suasana hingar-bingar seketika. masing-masing berceloteh sesama sendiri memberikan pendapat. nini membiarkan sahaja keadaan itu. ekornya mengelenyar ke kiri dan kanan sama seperti otaknya menerawang mencari jalan penyelesaian.
"kita mesti bertindak segera." apak bersuara lantang mematikan suasana kalut itu. semua mata tertumpu ke arah tikus tua yang tampak goyah bila cuba berdiri tegak. "jangan berlengah lagi, mereka adalah parasit. kapitalis yang merenggut hak kita. mereka tindas kita kerana kita lemah. mereka ekploitasikan sikap toleransi kita. mereka juga adalah penjenayah kejam. kucing-kucing itu telah membunuh dua daripada anak-anakku. semalam jumi kehilangan suaminya. semuanya angkara pendatang asing itu. mereka membawa bencana kepada kita, pemusnah kebahagiaan kita..." raut wajah apak digayuti rasa pilu. apak rasa tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya. hatinya dilapah duka. pelupuk matanya bagaikan disentak-sentak untuk menitiskan air mata. semua hadirin turut melukiskan rasa simpati di wajah mereka. bahkan mereka ada yang senasib dengan apak.

bersambung....

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong