Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan

Rabu, 26 Mei 2021


 


Isnin, 24 Mei 2021


 


Isnin, 1 Februari 2021


Rabu, 9 Disember 2020


Isnin, 16 November 2020


Jumaat, 6 November 2020


Isnin, 26 Oktober 2020


Isnin, 19 Oktober 2020


Rabu, 26 Ogos 2020



Selasa, 25 Ogos 2020



Sabtu, 18 Julai 2020



Selasa, 14 Julai 2020


Rabu, 29 Januari 2020

kat rumah, kekadang bila takde menda nk tengok, aku akan dok ngulang video keluarga yang aku buat untuk tatapan anak2. imbauan-imbauan ini ada waktunya, melahirkan kekesalan kerana tak buat yang terbaek untuk mereka pada waktu itu.

ilmu editing yang aku timba, aku manfaatkan untuk dorang sebagai satu bentuk dokumentasi sejarah idop mereka.dan salah satu cara nak peringatkan mereka, aku selitkan ayat suci al-quran, petikan hadis, kata-kata hikmah dan banyak juga keratan video ceramah yang berkaitan dengan tema yang aku pilih. nak harap dorang dengo ceramah atau layan tape ceramah memang susah la kan... serupa macam kita jugak la, asik ngadap gajet, media sosial, main game daripada nak layan menda positif gitu... jadik, itu je la cara termudah supaya dorang dapatkan aura nasihat.

banyak lak bebel...

ni video kedua yang aku terlibat hasilkan selepas kursus video; sebagai pengarah dan narator.



Jumaat, 17 Januari 2020

ati teringin gak nak buat galeri.

lukisan yang terhasil tak banyak beredar di tangan orang atau diterbitkan... kecuali hok sikit-sikit jual dulu, sebahagian besonya tersimpan sebagai koleksi peribadi... kalu diperap aje, takut basi dalam kotak... tapi kalu dah framekan gitu:

http://cemomoi.blogspot.com/2018/10/duniaku-cacamerba-9.html
http://cemomoi.blogspot.com/2016/09/atas-gobok.html
http://cemomoi.blogspot.com/2016/09/dalam-gobok_2.html
http://cemomoi.blogspot.com/2016/09/dalam-gobok.html

nampak cumel gak kalu aku susun molek2  kat rumah buat satu galeri peribadi.

masaelahnya ruang dah tak berapa cukup... mural yang aku buat dulu pon tinggal sejarah je...dah ditutup dek rak buku... aduyai



https://www.youtube.com/watch?v=vORiyeh_1nY

Selasa, 14 Januari 2020

satu waktu, kalu tak silap sekitar 2012 kot... kawan aku orang kuat politik mintak tolong... dia nak aku buat lukisan kartun mengenai aktiviti YB dia la... untuk diterbitkan dalam buletin ADUN. besa la, orang politik ni kalu tak buat keja macam gini, tepu la.. sebab tu kalu kita tengok karya zunar meletop-letop di pasaran bila kartun ikut menjadi sebahagian daripada politik...  sapa yang suka cari makan dengan politik, ini antara bidang yang bule jadikan mereka glamer


tamat membebel...

dengan sedikit background, aku pon tolong la atas dasar kengkawan... dia janji nak bayo hasil seni aku tu.. dah bagi nombor akaun pon, tapi tak tau le berapa dia hulur sebab aku ni malas nak cek akaun.

kabonya lukisan tu untuk kawasan DUN Rumbia, Melaka.. hohhh!!! ntoh terbit ke idok, aku pon tak tau sebab tak penah diberikan salinan buletin tu.





Rabu, 3 Julai 2019

jun 2001
tamat zaman bujang aku.

tinggalkan dunia glemer kengkawan pompuan. zaman tu setiap kali balik dari asrama ke kampung mesti ada surat sampai... gamaknya cemuih posmen nganto. sebahagian surat tu masih aku simpan sebagai koleksi peribadi... kikiki... bini jangan la marah, bukan nak dok kenangkan awek2 lama tu, sekadar khazanah peribadi yang mungkin takan berulang lagi.. lagipon zaman masuk melinium ni, mana ada lagik surat cinta, kan...


(saja blurkan pic ni... ni draf surat cinta terakhir kat awek yang telah memfrustkan aku... kunun2 nak anto kat dia, sudahnya peram je la... hik3x)

pnah gak aku mintak kat satu ex-awek tu surat-surat aku dulu. pasal dia kabo masih simpan lagi yang aku anto tu.. bukan apa, sume surat aku besanya akan ada kartun kat ujung surat sebagai penyeri dan tambahan info. setiap surat takan sama ideanya.. kalu bule nak cuba retrieve sume surat2 tu dan matchkan dengan surat yang aku dapat... rentikan laaaa

aku pon tak tau sampai bila nak simpan. bukan kerana sayang pada kenangan tapi memikirkan tentang nilai pada hari depan. kekadang, kita rasa takde nilai pada hari ini, tapi pada masa akan datang akan berguna dan orang yang melihatnya akan mengkaji dari sudut pandang berbeza.

setiap dokumen atau artifak akan mempunyai nilai sejarah, perundangan atau nilai-nilai kemanusiaan lain seperti psikologi yang mungkin kita tak sedari. sebab tu mat salih banyak menyimpan menda-menda gini dan dorang sangat menghargainya.


Selasa, 18 Jun 2019

👹  ðŸ‘ºAssalamualaikum wbk.

JIKA engkau bertanya tentang Al-Qur'an kepada iblis, maka iblis akan bisa menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tau persis kapan ayat itu turun dari langit...
Jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kepada iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya,
kerana iblis tau asbabul wurud daripada hadis tersebut....
Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dengan tepat menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak Nabi Adam a.s masih berada dalam syurga...

iblis ahli Al-Qur'an...
iblis ahli hadis....
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu...
Tapi iblis tidak menjadi kekasih ALLAH, kerana dalam diri iblis ada kalimat...
AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAMU

Semoga sedikit ilmu yg dititipkan ALLAH SWT di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan... Juga faham bahwa ilmu tak menjamin orang pasti ta'at dan soleh.
Yang aku takut... hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasehat, namun sangat pandai menasehati.
Yang aku takut... aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.
Yang aku takut... egoku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.
Yang aku takut... aku lupa bercermin, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
Yang aku takut... ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang yang lain berbeda denganku.
Yang aku takut... lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.
Yang aku takut... aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat kebaikan.
Yang aku takut... aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.
Yang aku takut... aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Kiranya ALLAH SWT senantiasa menyadarkanku sehingga lebih rajin instrospeksi diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik daripada diriku. Aamiin....
SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI

Wallahu a'lam bishowab.
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim.

Selasa, 21 Mei 2019

selain pen dengan pensel, aku pnah gak melukih gunakan cat dan spray.

sorang kawan dari skoloh kuantan mempelawa aku joint venture bisnes lukisan dengan gunakan spray kat skoloh waktu tingkatan 6 bawah. fariz, kalu tak silapnya, dia budak jengka. dia la yang mengajo aku menggunakan spray dan jubin. masa tu skoloh kat pekan, pahang. dia cuma ngajo guna spray dan teknik tebuk dan tekap untuk gambo yang nak kita hasilkan. 


oleh kerana tak tahan dok situ, aku akhirnya cabut lari tuko skoloh kat temerloh. kat sini aku ajak classmate pompuan yang dok belakang aku untuk join biz. dorang just tukang market kat asrama je. di sini le bermula aku cambahkan dengan menggunakan lukisan cat untuk menjadikan lukisan lebih natural berbanding tekap macam budak skolah buat tu. 

berbekalkan rm20 sorang, aku akhirnya berjaya menjana sehingga rm500 lebih dalam beberapa bulan berniaga termasuk ketika program sukan antara sekolah-sekolah agama negeri pahang, masisupa. alhamdulillah, ble la buat duit poket blanja skoloh.

bila dah abih skoloh, ada gak aku terima tempahan kawan adik aku yang nak berniaga lukisan tu.. so aku amik upah je la. biz ni seskali aku buat juga lagi dan yang terakhir pada 2014. berniaga kecil-kecilan begini takde la untung banyak, sekadar suka-suka dan tunjuk skil kat anak-anak supaya dorang ble buat sesuatu yang lebih baik. kekadang dapat gak terapkan sifat berniaga kat anak-anak dan bio dorang mengerti tentang 'bukan senang untuk idop senang!'

Rabu, 8 Mei 2019




p.ramlee to guru koi
tips supaya tak banyak bercakap time berceramah


https://www.youtube.com/watch?v=v4r_qWoujuQ

Isnin, 6 Mei 2019

mula berblog pada 2009... macam besa orang yang baru berblog besanya lebih tertumpu kepada pengalaman sendiri. crita skema tentang biodata sendirik dan syok sendirik. apabila dah meningkat dewasa dalam berblog, mula la skop perbincangan lebih luas kerana kita cuba menarik pengunjung dengan isu yang ditampilkan.


blog aku hanyalah himpunan pengalaman yang digarap sesempoi mungkin dengan adunan isu semasa, pandangan dan selitan perkongsian ilmu mengenai nasihat agama.


warna latar kerap berubah. bukan sekadar kerana cita rasa, perkembangan blog itu sendiri, malah kekadang terkait kerana serangan virus. jadi evolusi kandungan blog aku juga tertempias kat template blog.

bila makin lama berblog dan berkawan ramai dengan rakan maya, aneka gaya dan cara kita dapat tengok. buruk baik blog ni juga pelbagai. penat merayau tak kira masa ke blog orang, tersengih sensorang, berdebat melalui keyboard, berasa ati dan kecik ati orang tak nyebut atau ziarah kita, dan macam-macam lagik. 

bila dah lama berblog akan sampai satu tahap ingin mencari kelainan. jadik, aku bagi hint2 kat kengkawan... daripada begitu aktif pada 2010, akhirnya blog aku makin suram hingga la kelam dan tak produktif. salah satu punca utama kerana aku rasa dah terkena sindrom penyakit tiga serangkai. kemuncaknya, 2013 takde satu n3 pon yang tersiar. dah setahun aku tinggalkan, ada la sorang dua rakan maya yang masih sudi ziarah tanya kabo. tapi aku biokan tanpa jawapan.

2014, makin bizi, tapi aku cuba idopkan balik... namun takde kekuatan dan keghairahan. untuk memastikan dia tak mati begitu aje, aku kongsikan maklumat berkaitan agama dengan sajian video yang bersuaian. jumlah n3 mendadak pada 2016 hinggalah 2018. hal ini kerana mematuhi matlamat ingin mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran... bukan apa, almaklum la kita tak mampu nak jadik ustaz, tok siak, tok imam jauh lagi nak jadik ulama yang tugasnya berdakwah. sedangkan di akhirat nanti Allah tetap tanya kita dakwah orang ke dok?

(pageblog paling ramai yang suka tengok)

dari sudut personel, pada 2018 tu, banyak n3 aku menggunakan puisi. kebetulan nak mengadap pru14 yang kelihatannya melayu makin kuyu. pic sebeno dan crita idop aku dah mula terpapar seawal april 2018. rentetan itu, 2019 aku putuskan, bila dah takde orang yang bertandang, bole le aku tonjolkan diri dan watak diri. sebelom ni memang nak bersembunyi sebab nak mengelak wujudnya penyakit tiga serangkai. so blog ni memang jadik autobigrafi aku... sebab keinginan nak menulis autobiografi tu dah lama, cuma bila menulis kat blog ni rasa lain sket, sebab kita sedang berkarya dan bermonolog dengan rakan maya berbanding menulis dalam word besya-besya gitu... so bole le search keyword cacamerba atau tag 'identiti' dan 'seni'


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak