Isnin, 28 Februari 2011

, ,

paper lama! bateri lama!

apa kabo nasruddin... dah lama tak dengo onarnya...

nasruddin ni kalu tuan-tuan pembaca blog nak tau, idop zaman timurlank, sorang pemerintah mongol yang kejam dan zalim. pnah dengo, kan, camana orang mongol membakar kota baghdad dan membuang semua buku karya agung umat islam dalam sungai tigris tu? jadik, zaman timurlank ni keadaan infrastruktur terbarai, hasil pertanian berkurangan dan pengangguran sangat teruk laaa. hasil mahsyul yang dikutip dari segala ceruk daerah sangat menjengkelkan timurlank. dek murka, timurlank panggil para pemungut hasil ni tadi. dengan penuh ketakutan dorang datang sambil bawak buku-buku laporan kutipan hasil. timurlank hangin satu badan lalu koyakkan semua buku tu dan memerintahkan pengutip hasil tu makan buku tu. kelattttt... tak cukup dengan tu, mereka kendiannya dipecat dan diusir keluar.

dah takde orang kepercayaannya melainkan nasruddin. argh! sudah la daaaah... timurlank perintahkan nasrudin dok gantikan para pemungut hasil dengan harapan lepas ni mesti dapat berlipat ganda. mampuih la keja dengan bos giniiii... nasruddin try cuba test mengelak, kantoi gak! lebih kantoi lagi bila hasil yang dipungut pon sama gak, ciput! nasrudin pun dipanggil mengadap.

ketar le weh! nasruddin terpaksa datang menghadap timurlank. tapi dia tak bawak buku. dia bawak roti bakar.

"hei! ngko ndak suap aku dengan roti celaka tu ke, nasruddin?" cengei sungguh timurlank.

"tuanku! adapon laporan pungutan hasil tu dah saya catat pada roti ini," cool je nasruddin jawab.

"ohoooo... ko pura-pura gila lagi yea?" makin la hangin timurlank...

tapi jawab nasruddin dengan penuh takzim, "ayuhai tuanku, usia patik sudah cukup lanjut. patik dah tak kuat nak makan kertas-kertas laporan itu. jadik, semuanya patik pindahkan le pada roti hangat ini."

psst: jangan buat lawak bodo ni kat bos jika anda bukan ahli sufi seperti nasruddin ni

Sabtu, 26 Februari 2011

,

bercakap dengan setan (siri 2)

bila kita solat je, berduyun le setan datang pada setiap anggota badan. dipicit-picitnya setiap anggota badan sampai cam nak luruh tulang supaya jadik malas nak solat.

sesetengah setan akan masuk plak dalam ati, mulo la was-was, niat sempurna ke tak ni? tak hengat bilangan rakaat laa hatta masa ni mula teringat kat mana barang yang hilang... dalam fikiran, disibuk-sibukkan dengan rasa bimbang pada keja-keja dunia yang ditinggalkannya - mulo la ndak cepat habis solat lalu hilangkan khusyuknya.

mata pon asik menjeling ke kiri kanan, melilau tak tentu hala, bukannya tengok tempat sujud. telinganya lak cepat je nangkap perbualan orang dan bunyi-bunyi yang lain termasuk le anak kentut pon dengo - kendian sengih sensorang. yang herannya, nyamuk ngokgek-ngokgek depan muka pon bule ditamparnya.

manakala segerombolan setan lain duduk di belakang badan orang yang solat supaya dia tidak betah sujud lama-lama. sendi mula penat dan lenguh bila duduk tahiyat lalu hendak cepat habis je (dalam hatinya sokmo terdetik "napa la panjang ngat tok imam baca ni" - kalu solat jemaah le, kan?). itu semua menyebabkan kurangnya pahala.

janji iblis, jika kuncu-kuncunya tu tidak dapat menggoda manusia tu, dia sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman. wallahu a'lam



psst: dua siri ni dikutip daripada kisah dialog nabi s.a.w dengan iblis. 18 soklan lagi sila gugel untuk tau apa kelebihan dan kelemahan setan

Jumaat, 25 Februari 2011

,

bercakap dengan setan (siri 1)

cara tipu daya iblis laknatullah...

umat nabi s.a.w ada tiga jenis:

pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan;
dorang ni daripada kalangan ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. seperti kata Jibril a.s "Ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat"

kedua seperti tanah;
iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

ketiga seperti Firaun;
iaitu terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat. jadik, setan pun dengan gumbira masuk ke dalam badannya. diputarkan hatinya ke lautan derhaka dan digembalakan ke mana sahaja mengikut kehendak setan. dibibitkan sokmo rasa bimbang kepada dunia dan tanak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tak mau kluokan zakat dan miskin dalam beribadat. Lalu setan goda supaya dia minta kaya dulu, bila diizinkan Allah jadi kaya, dia lupa beramal, tak mboh berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila manusia dah kena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sokmo bimbang akan hartanya dan setengah tu asik hendak rebut dunia, harta, angkuh sesama muslim, benci dan menghina fakir miskin, dok belanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur

Rabu, 23 Februari 2011

menang? yeps... jangan antiklimaks k!

makin garang nampak...

kali ni team bola kita tak toleh belakang... walopon dapat banyak bonus dorang lebih kemaruk untuk terus menang... syabas le pasukan kita. lepas ni kita memang tak perlukan jurulatih cenggini hanya untuk nampak hebat bila pegang bola...



psst: err sapa pula jadik player rebutan pakistan yea. ada sapa-sapa nak main kat sana? sambil tu bole jual karpet skali!

ribut di negeri di atas angin

semenjak-dua menjak ni topik blog ni agak serius... nampaknya kena kurangkan stress sikit??? rasanya tak mungkin! sebab harga barang makin naik memanjang walopon dah ada pilihanraya kecik (kot la nak stop dulu, bagi laluan selesai pilihanraya dulu ke baru bole naik... takde maknanya... dia balun semacam je?)

kalu dok kampung bole le bela ayam itik... tahan le sikit duit lauk tu... argh! kata orang beriman, 'tuah manusia memang Allah je yang tau...' tapi tuah ayam ni...



... kat telur... kalu bawak kat pusat snooker ni kayooo ni

pssst: takde ke pelajar kita kat libya?

Isnin, 21 Februari 2011

, ,

kabur dalam idop

semalam ada lagi ceramah maulid nabi s.aw.

"orang melayu lebih sibuk nak dengo crita camana orang bukan islam dapat hidayah. macam la orang melayu tak perlukan hidayah... seolah-olah hidayah hanya perlu untuk masuk islam je. satu masa saya dok tanya kat sorang muallaf tentang doa qunut, paham ke apa dia baca? dia kata, bahasa arab mana la dia reti lagipon dia baru je masuk islam"

"ok le, cam tu kita tanya kat mukallaf ni plak (orang melayu yang dah 30 tahun islam - sejak lahir). bole tolong bagitau kawan muallaf kita ni tak makna doa qunut yang kita baca tiap kali subuh tu?"

huu soklan tu, aku pon akan jawab sama macam melayu tu jawab, "ntah la ostat, saya pon tak tau! saya ikut je"

maknanya kita lebih teruk daripada muallaf tu, sebab kita ni dah seumur idop islam berbanding dia yang baru masuk islam... dah macam burung kakatua rupanya...

"hidayah kena cari..." kata ustaz bekas sami besar hindu tu lagi

...

pnah dengo orang buat teka-teki ni? "kecik-kecik dia gelap, dah beso putih lak..." sapa bule jawab, jawab je dalam ati. nak jawabannya, klik di bawah ni.

Jumaat, 18 Februari 2011

,

tiada jalan pulang

diceritakan sorang kawan:

member dia ni kira sorang suami yang baik le. dunia dia ialah rumah dan opis. tapi dek kecewa sangat dengan perbuatan isterinya, dia amik jalan pintas; bunuh diri. hari-hari dok bertungkus-lumus bekerja tetiba tau isterinya main kain kayu tiga... takleh nak gambar perasaan kecewanya. dia telan bahan kimia yang ada dimakmal kat tempat dia kerja. pada hari kematiannya, ramai yang kata jenazahnya berat sangat. sampaikan orang yang bawak van tu pun kata cenggitu. bila nak tanam, berlaku lagi masalah. tak muat kubur walopon dah dicuba lebarkan beberapa kali. sudahnya, tok imam kata, "kita letak kat hujung kubur. jauhkan daripada orang lain." selesai masalah.

masalah lain pulak timbul. ada orang slalu dengar dan nampak arwah di tempat kerja dia. orang mula cuak. satu ketika, ada budak baru bertukar kat situ. bila dia bekeja kat situ, pernah le bersembang dengan kawan tu. nak jadik crita, satu hari dia tanya la kat staf lain. meremang bulu roma dia (sama macam aku ketika mula dicritakan) bila tau kawan barunya tu dah meninggal dunia. dia pon tak brani datang keja. akhirnya, opis amik keputusan buat bacaan yassin beberapa hari sampai le hilang gangguan tu... tapi pobia jugak le nak keja sensorang...

bagi si isterinya pulak, asal nak masuk bilik air, bukak je pintu nampak suami tengah bertenggek atas jamban. g ke dapur tengok suami tengah minum. kat mana aja dalam rumah tu dia tengok suaminya ada... dia pon tak bole duduk lagi kat rumah tu. takut! pindah le. dengan lelaki yang ada hubungan tu pon akhirnya tak jadik nak kawin...

ya Allah, na'uzubillahi min zaalik...



Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.” (Shahih Muslim)


* dah makin ramai orang islam jadikan trend ni untuk setel masalah,

Rabu, 16 Februari 2011

,

n3 pasca maulud (lepas orang dah tanak cakap hal tu)

"mereka (pengkritik Muhammad s.a.w @ oreantalis) tidak boleh melihat bahawa satu-satunya pedang muhammad s.a.w. ialah pedang kemurahan hati, petunjuk, persahabatan, kemahuan untuk memaafkan. inilah pedang yang menakluki musuh-musuhnya dan membersihkan hati mereka. pedangnya lebih tajam daripada pedang besi" - Pandit Gyandandra DevSharma Shastri.

korang besa jadik bos? pnah tak kita salah dalam membuat keputusan kendian mintak maaf pada staf? kalu pnah blasah orang, suruh orang tu blasah balik kita kerana kita nak mintak maaf. sapa brani buat gitu dan sapa pulak brani lempang bos? (sila angkat tangan walopon aku bukannya tau...)

satu malam yang dah lewat, nabi s.a.w nak tutup kuliahnya. bangun sorang ahli jemaah dan bercakap, "tak bole ya Rasulallah! saya ada banyak lagi ni nak tanya ni..." nabi s.a.w cakap dengan baik supaya sambung esok le, banyak juga sahabat nak tanya ni tapi dek keletihan baik le esok je.

lelaki tu tak puas ati. dia turut nabi s.a.w ke kudanya dan terus memegang tali kuda. nabi cuba juga nasihat tapi tak diendah, sudahnya nabi cucuk dengan tongkat baginda ke arah rusuk lelaki tu supaya mamat tu akan terlepaskan tali tersebut. nabi pon balik.

kat rumah, nabi s.a.w takleh tido memikirkan perbuatan baginda. akhirnya nabi s.a.w bingkas bangun terus g semejid. jemaah masih ada di situ. lalu nabi pon tanya sapa yang nak tanya tadi. sorang lelaki bangun mengaku. nabi dengan nada kesal memohon maaf atas insiden tu.

nak setel hanya ada dua cara; maaf atau balas balik. lelaki tu pilih yang kedua. wuiyooo ni nabi la... ok la tolak tepi dulu title 'nabi' tu. nabi ialah pemimpin ummat islam ketika tu ibarat sultan atau maharaja ketika tu. korang fikir camana kalu bos suruh lempang atas silap dia depan orang ramai... eleh bos tak best, ketua jabatan ke, menteri ke pm ke? camana?

sahabat semua minta lelaki tu maafkan je la. lelaki tu tak moh. dia tambah lagi, masa rasulullah tusuk dengan tongkat, dia takde baju so dia minta nabi s.a.w bukak baju pulak. banyak songel tul, kan? tapi nabi ikut je sebab tu hak dia. nabi singkap sikit jubah baginda dan terus lelaki tu terkam perut nabi sambil campak tongkat,

"aku hanya nak letak pipiku ke perut rasulullah..."

psst: orang bukan islam benar-benar mengkaji sirah rasulullah s.a.w dan mereka menemui sentuhan keajaiban perilaku baginda sehingga melahirkan kekaguman yang tinggi. benarlah firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang sangat agung." (al-Qalam: 4)


psstt: ada versi lain kisah nabi ni tapi dikatakan kisah ini maudhuk

Khamis, 10 Februari 2011

yang tanak, bersepah. kalu nak, kekadang payahhh

dah beberapa hari menggode menda alah ni, nak cari lagu latar yang sesuai ni yang payahnya... ingat nak bagi feel lebih sikit tapi tak jumpa... jadik bagi jugak la lagu yang kurang touching ni tapi mesejnya tepat. sesuai dengan nada jiwa muda dan targetnya pon untuk orang muda... so layan je la ye



oleh kerana semua sedia maklum hal ni, takyah le aku ulas apa-apa. tapi kalu rasa nak kongsi dengan orang lain pon boleee... kongsi-kongsikan menda baik buat ikhtibar

psst: bagi pasangan yang berkahwin tapi masih tak dikurniakan anak, meleleh air mata tengok bebudak kita punya keja ni

Rabu, 9 Februari 2011

suda potong? ingatan seblom jumaat ni

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud, Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

potong ikut sunnah tapi jangan le sampai bersepah...

Ahad, 6 Februari 2011

,

syurga di mana?

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" maksud surah an-Nisa: 36

nak kawin, ibu tak restu... kawin juga! sudahnya tersisih dari kluarga. bertahun idop dengan suami yang tak diterima kluarga, tau-tau suami mati sebagai penjenayah. alangkah! alangkah! alangkah! sedih tak terkira... hiba bawa petaka. sudahnya dunia jadik gelap gelita kerana mata tak tertanggung sengsara.

benar rupanya kisah kassim selamat!

bak kata pendekar bujang lapok, "ini bukan cobaan?" memang ini kisah benar yang jadik nyata.

bukan sekadar ditimpa tangga sesudah jatuh tak terdaya. anak pula derhaka. barangkali Allah membalasnya di dunia. dia sendiri berandaian begitu sambil bercerita meluah rasa. dalam kelam, si anak hilang pedoman. dipukul si ibu tak keruan. bukan sekadar buta jadik beban, datang bertimpa sakit tak tertahan. selepas dua tahun menanggung derita berendam air mata dan terkilan rasa, sudahnya si ibu menyahut panggilan... "doktor kata ada kesan lebam di kepala!" siapa punya angkara?

"agaknya bila akan kesudahan? lepas dia derhaka pada ibunya, anaknya pula derhaka dengan dia... dan kalaulah nanti Allah balas pula perbuatannya..." aku sekadar mampu bergumam mendengar kisah sedih ini.

Jumaat, 4 Februari 2011

,

anak tukang rumah pencen

"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." maksud surah Mukminun - 114


orang cina sibuk braya, kitorang sibuk dengan projek mega. tak pnah abih. ikut je la, mak suruh jugak buat 'rumah warisan' (walopon rumah sedia ada baru je renovate tahun lepas). gamaknya, dia suka untuk bernostalgia dengan rumah kampung.


"apa kata kita buat kolam kat bawah dia" huu aku mula membayangkan kaki berjuntaian sambil ikan dok massage...

psst: bila la nak siap ni. nampaknya bole buat homestay laaaa... huh, fikir niaga!

Selasa, 1 Februari 2011

pnah makan sate arnab?

selain babi, kristian tak bule makan arnab...

(1) Lalu TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun ... (6) Juga kelinci (arnab), karena memang memamah biak, tetapi tidak berkuku belah, haram itu bagimu. (7) Demikian juga babi hutan, karena memang berkuku belah, iaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. (8) Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu.imamat 11 (rujuk juga bible – ulangan 14)

bagi orang cina yang nak nyambut tahun baru minggu ni, tahun ni tahun arnab. arnab lambang kemakmuran. apsal? ace gugel kat wikipedia:

"dalam satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu dan cicit..."

pstt: tak heran le arnab jadik simbol playboy. errr, aku lahir tahun arnab ke aaaa? mana la kalendar cina ni...