"dik! ko baca doa tak masa naik keta tadi?" tu ayat pertama kluo untuk adik pompuan aku yang tengah pucat, lepas berjaya kontrol kereta daripada terbabas. dah lama dah peristiwa keta terbabas di laluan sempit dan hampir masuk longkang tepi kebun getah tu gara-gara mengelak lopak air yang dalam.
tapi pagi ni termenung lagi. "apa la hikmahnya yea... rasanya doa dah baca tadi... dan aku memang selamat la atas jalan raya hari ni." cuma yang tak sedap, aku ke penyebab sepasang kekasih yang bakal nak kawin tak lama lagi jatuh motor waktu mencelah-celah di jalan cheras tadi?
alhamdulillah ada sorang lelaki (barangkali india) yang sudi hantar dorang ke hukm. bila aku menyusul, budak lelaki tu jadik segan pulak dengan aku. aku tau dia budak baik sebab bila aku tipon, nada deringnya kluo bunyi tazkirah. "bagus mamat ni!" getus ati.
berkali-kali dia kata kat aku tak yah risau, dia ok walopon sikunya ada melecet merah yang besar, lututnya juga ada dua calit merah. tunangnya sedang berkerusi roda, berbalut tangan, sedikit darah di tapak tangan dan kaki. aku lagi jadik susah ati. "kang pengantin naik pelamin tangan berbalut payah juga" aku cakap kat awek dia. pada kedua-duanya, aku mintak maaf dan dorang berlapang dada, "dah menda nak jadik bang, tak hari ni kena, mungkin esok" kata awek tu. "abang jangan risau, ni kaffarah saya la ni" kata najib, budak lelaki tu menerima takdir.
aku kata kat kawannya yang kebetulan sama sampai kat bahagian kecemasan hukm, "aku takan senang ati kalu aku berdosa dengan orang. aku tak mau orang cari aku bila kita dah mati nanti"
seblom balik, aku hulur apa yang ada dalam poket dan mintak dia tipon aku lepas ni.
Selasa, 25 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 zmn org suka mengomen:
Salam, agak2 kes lama belum kredit lagi skg baru bagi.
Salam cemomoi,
Budak Najib itu memang budak baik sebab itu dia redha dgn ketentuan Allah. Cepat pula dia menganggap itu kaffarah dari kesalahan dia yg tidak disedari. Allah berhak memberi kaffarah kepada siapa juga; oleh itu setiap kejadian harus diambil iktibar walau sakit utk diterima. Insya-Allah menjadi penawar.
Kakak pun salute juga kerana cemomoi tak abai dgn apa yg terjadi walau iut juga kunfayakun dari Nya.
assalamualaikum bro
subhanallah,
orang mukmin itu benar sungguh bersaudara,seorang saudaranya terluka, dirinya pun merasai sama.
mashaAllah, orang mukmin itu menrima musibah dnegan hati redha.
terima kasih atas keprihatinan saudara...alangkah bagusnya jika orang yg langgar saya dulu pun beretika seperti saudara.
Seribu hikmah dan nikmat pula bila kejadian malang menjadi manis..
bila kita terlanggar orang yang baik budi dan redha.
Cuba bayangkan jika terkena pada yang panas baran, kurang iman?
Silap2 dia ok, kita lak yang masuk spital...
assalamualaikum...
Mereka redha atas ketentuan Ilahi..
assalamualaikum cemomoi...
nasib baik tak gune bahasa nogori lagi kans hehehehe..
poning den sokojap..huhuhh
waa . .ade la hikmahnya tue .bila kite bersabar dgn ujian ALLAH besar ganjarannya . . .yaaa, mmg rase serba salah kan .. . wlaupun org tue da memaafkan kite .:)
err cemomoi eksiden ke..
banyakkan sabar dan kuat semangat..
taip yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
kita tak tahu..tapi Dia tahu...
berserah dan tabahkan hati..
lepas ni kena lebih hati hati..
Baguslah 2 orang pssangan muda tu..
Uruguay kawal penggunaan internet
nasib baik semuanya selamat ye... pernah gak merasa accident tapi salah adik munna sendiri... nasib baik selamat semuanya
Pemuda bernama Najib tu baik btol. Faham agama orangnya sbb sudi menerima takdir dan menganggap kemalangan tu sebagai kaffarah yg membersihkan dosa. Mulia sekali hatinya dan moga Allah menaungi kehidupannya dgn rahmat.
terima kasih cemomoi atas perkongsian yg amat bermakna. Sebab kat luar sana masih ramai yg tak berlapang dada, sanggup bertetak dan berparang gara-gara tersilap sembelih ayamnya.
...semoga kejadian tidak berulang lagi ya!
Salam ,
Nasib baik tak ada kecederaan yang serius... masih ada lagi orang yang baik hati...kalau kena yang panas baran...alamak...nanti bikin susah..
Salam cemomoi..
Orang baik begitulah tindakannya... tapi tidak kurang yang langgar lari dan langsung tidak fikir tentang kesusahan orang lain..
Orang yang kena langgar pun kadang2 bengisnya sehingga tidak dapat berbincang. Tapi syukurlah cemomoi bertemu dengan orang yang baik pekertinya dan menerima ketentuan Allah seadanya..
Sama-sama kita doakan mereka sihat dan menjadi teladan kepada orang lain.
oo..x mau rase bersalah & berdosa...baguslah gitu
Alhamdulillah.. renungan untuk dihayati bersama.. perlu redha akan ketentuan dariNya.. nasib baik tiada kecederaan serius
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, semuanya memandang dengan mata hati pada setiap kejadian.. kita milik Allah kepadaNya kita kembali..
seram sejuk bila ingat pasal eksiden...
assalamualaikum:
tima kasih atas doa untuk pasangan tu dan kata-kata perangsang kengkawan. saya tidak le eksiden. cuma dalam saya berhati-hati masih ada orang yang terkena. dah belasan tahun bawak motor, saya juga pnah alami apa yang pasangan tu alami. memang tu le risiko bawak motor. cuma tak seronok kalu le saya yang menjadi punca mereka jatuh.
saya tak mau kata saya bersalah atau tak... tapi macam awek tu kata "kalu tak hari ni kena, barangkali esok.." tak dengan saya, mungkin dengan orang lain. dan saya masih masih memikirkan hikmahnya saya yang turut terlibat dalam hal ini
saya juga pnah eksiden keta dilanggar dari belakang. kerana saya rasa saya salah (walaupun dari sudut undang-undang saya betul) tapi dek tak mau menanggung dosa ke akhirat, saya akui saja. yang tu pon jenuh juga memikirkan hikmahnya kenapa saya hilang ribu-riban duit... mungkin saya tak bayo zakat ke? wallahu a'lam...
bagusnya kan.. dia tak marah2 pun, terus ajer redho...
aanas: tinggi sifat sabarnya tu... moga Allah merahmatinya
Catat Ulasan