Isnin, 30 April 2018

paut pada pucuk
takutnya kita tertunduk
terkelepek
paut pada ranting
makanya terkontang-kanting
terkelepai
paut pada daun
nantinya terhayun-hayun
terkelepet
paut pada dahan
harapnya tertahan
terkeleceh


moleknya
kembalilah
kepada akar
kita kenal asal-usul
kepada tunjang
kita tahu susur-galur


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Pandanglah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan pandang orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepada mu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2495.


Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul Malik bin Abusy-Syawarib, mewartakan kepada kami Abu 'Awanah, dari Utsman bin Al-Mughirah, dari Al-Mubajir, dari 'Abdullah bin 'Umar, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Barangsiapa yang memakai pakaian kemasyhuran di dunia, maka Allah bakal memakaikan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian Allah akan menyalakan api di pakaian iiu".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3607.


Mewartakan kepada kami Ya'qub bin- Humaid Al-Madaniy; mewartakan kepada kami 'Abdul-'Aziz bin Muhammad, dari Dawud bin Qais, dari Abu Said, Maula Bai 'Amir, dari Abu Hurahah, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:

"Cukup bagi seseorang dikatakan jahat dengan menghina saudaranya sesama muslim".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4213.



Jumaat, 27 April 2018

ko dan aku serupa tapi tak sama

ko dan aku sepakat cita-cita
tapi angan berbeza
ko dan aku selari matlamat
tapi lain niat
ko dan aku sehala tujuan
tapi sesar haluan

ko dan aku sehati tapi tak sejiwa
ko dan aku senada
tapi sumbang irama
ko dan aku sekata
tapi telor bicara
pantas...
ko dan aku tido sebantal
mimpi kita berbeza



Dari Muharib bin Ditsar berkata. Saya mendengar Abdullah bin Yazid berpidato di atas mimbar, bahawa Barra' bin Azib R.A. dia berkata: Sesungguhnya mereka (para sahabat Nabi S.A.W.) biasa mengerjakan solat bersama Rasulullah S.A.W.; maka beliau berukuk, baru mereka berukuk, apabila beliau mengucapkan: "Sami'allaahu li man hamidahu - Maha mendengar Allah kepada siapa yang memuji-Nya" kami masih tetap berdiri setelah mereka melihat beliau benar-benar telah meletakkan dahi ke bumi, lalu mereka mengikuti beliau S.A.W. (bersujud juga)."


Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0593.


Kata Ayyub; "Amru bin Salamah Al Jirmi berkata: "Pada suatu kali ketika ada serombongan sahabat Rasulullah saw lewat di perkampungan kami, maka kami mempelajari Al-Quran dari mereka. Ketika ayahku berkunjung kepada Nabi saw di Madinah, maka beliau saw bersabda:


"Pilihlah orang yang paling banyak menghafal al-quran untuk menjadi imam". Ketika ayahku menyampaikan apa yang disabdakan Rasulullah saw kepada kaumnya, maka mereka memilih aku untuk menjadi imam, walaupun umurku waktu itu baru 8 tahun, sebab aku paling banyak menghafal Al-quran di antara mereka."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0768.



Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ja'far meriwayatkan kepada kami, Syu'bah meriwayatkan kepada kami dari 'Amr bin Murrah dari Hilal bin Yisaf dari 'Amr bin Rasyid dari Wabishah bin Ma'bad bahawasanya seorang lelaki solat di belakang shaf sendirian, lalu Nabi saw memerintahnya untuk mengulangi solat itu.


Abu Isa berkata: "Saya mendengar Al Jarud berkata: "Saya mendengar Waki' berkata: "Apabila seorang lelaki solat di belakang shaf sendirian maka ia mengulangi."


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0231.


Khamis, 26 April 2018

Dari Ibnu Abbas bahawa, Nabi saw pernah bersabda:


"Aku diperintahkan bersujud atas tujuh anggota sujud dan tidak diperbolehkan untuk terhalang oleh rambut atau pakaian, ketujuh anggota sujud itu: dahi, hidung, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua tapak kaki."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 1070.


Qutaibah menceritakan kepada kami, Abdul Wahhab Ats Tsaqafi dan Yazid bin Zurai' menceritakan kepada kami dari Khalid Al Hadzdza' dari Abu Qilabah dari Anas bin Malik berkata: "Bilal diperintah untuk menggenapkan azan (dua kali - dua kali) dan menggasalkan iqamah (satu kali - satu kali)."


Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Umar. Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah hadis hasan sahih." Itu adalah pendapat sebahagian ahli ilmu dari para sahabat Nabi saw dan para tabi'in. Dengannya Malik, Asy Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0193.


Dari Atha' dari Aa-isy bin Anas, sesungguhnya Ali pernah berkata:


"Aku adalah seorang yang sering mengeluarkan madzi, maka aku perintahkan Ammar bin Yasir untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah saw, sebab putri beliau adalah isteriku". Jawab beliau: "Cukuplah dia hanya berwuduk saja."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0152.



Rabu, 25 April 2018

Mewartakan kepada kami Suwaid bin Sa'id; mewartakan kepada kami 'Anir bin Yahya bin Sa'id Al-Qurasyiy, dari kakeknya, dari Sa'id bin Abu Uhaihah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:


"Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan pernah jadi penggembala kambing. "Maka para sahabat pun bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah!


Beliau menjawab: "Saya juga. Dahulu saya menggembalakan kambing untuk penduduk Madinah, dengan (imbalan) beberapa qirat dari wang Dinar." Suwaid berkata: "Yakni, setiap kambing (imbalannya) satu qirath."


Keterangan : 1 Qirath: 1/20 Dinar.


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2149.


Dari Anas r.a., katanya: "Seorang anak Yahudi yang dulu pernah menjadi pelayan Nabi jatuh sakit. Kerana itu Nabi saw. datang mengunjunginya dan duduk di dekat kepalanya. Sabda Nabi kepadanya: "Islamlah!"


Anak itu menoleh kepada bapaknya. Kata bapanya, "Patuhilah Abul Qasim!" Lalu anak itu masuk Islam. Sesudah itu Nabi saw. keluar dan bersabda. "Segala puji bagi Allah yang telah melepaskannya dari neraka."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0698.


Dari Abdullah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami dan beliau seorang yang sangat benar lagi dipercayai. Beliau bersabda:


"Masing-masing kamu diciptakan dalam perut ibunya empat puluh hari. Lalu menjadi segumpal darah selama itu pula, menjadi segumpal daging selama itu pula. Kemudian Tuhan mengutus malaikat dan diperintahkan menulis empat kalimat (perintah). Diperintahkan menulis amal, rezekinya, ajalnya, dan nasib celaka berbahagia. Kemudian ditiupkan ruh ke dalamnya. Ada di antara kamu yang beramal, sehingga antara dia dan syurga hanya satu hasta, lalu nasibnya mengalahkannya, sehingga ia mengerjakan amal isi neraka. Dan ada pula orang yang beramal, sehingga antara dia dan neraka hanya satu hasta, lalu nasibnya, mengalahkannya, sehingga ia mengerjakan amal isi syurga".


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1426.


Selasa, 24 April 2018

Dari Hafshah dan Ummu 'Athiyah berkata: "Rasulullah saw bersabda:


"Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir, berkabung atas kematian seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya. Dalam masa berkabung atas suaminya, ia tidak boleh memakai celak atau cat kuku, dan tidak boleh memakai baju berwarna."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3394.



Dari Said AI Muqbiry dari Abu Hurairah ra. berkata: "Ketika Rasulullah saw. ditanya: "Wanita yang bagaimana yang baik?"


Jawab beliau: "lalah wanita yang menyenangkan suaminya bila dilihat, dan juga mentaatinya bila disuruh, serta yang tidak mengerjakan sesuatu yang dibenci suaminya, baik yang menyangkut dirinya mahupun hartanya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3091.


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda:


"Kalau seorang wanita tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya, maka malaikat mengutuki wanita itu, sampai ia kembali kepada suaminya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1606.


Isnin, 23 April 2018

Dari Simak bin Harb dari Nukman bin Basyir R.A. dia berkata: Nabi S.A.W. biasa memerintahkan kami agar meratakan baris sebagaimana beliau meluruskan kayu tangkai anak panah (yang disetel lurusnya). Setelah beliau mengira bahawa kami telah menerima perintah beliau itu, dan kami telah mengerti, maka pada suatu hari beliau menghadap kepada kami tiba-tiba masih ada seorang yang dadanya tidak rata dengan kawannya. Maka beliau bersabda:


"Rapikanlah barisan kamu, (kalau tidak), maka Allah akan membuat kamu kucar-kacir."


Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0633.



Dari Ma'qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan saya telah mendengar beliau bersabda:


"Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan memerintahi rakyat, kalau dia tidak memimpin rakyat itu dengan jujur, nescaya dia tiada akan memperoleh bau syurga."


Dari Maaqil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan beliau bersabda:


"Seorang pembesar yang memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak jujur terhadap rakyat, nescaya dia dilarang oleh Allah, masuk syurga."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1899.


Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw. sabdanya:


"Setiap muslim wajib patuh dan setia terhadap pemerintah, disukai atau tidak disukainya, kecuali bila dia diperintah melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat dia tidak perlu patuh dan setia."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1806.


Jumaat, 20 April 2018

ini kalilahhh
... jauh lagikkk


lain kalilahhh
... dah dekattt


berapa kalilahhh
... tunggu la la la

Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami 'Abdurrahman bin Sa'ad bin 'Ammar bin Sa'ad, muadzdzin Rasulullah Saw., mewartakan kepada kami ayahku, dari ayahnya, dari kakeknya, bahawasanya Rasulullah Saw. memerintahkan Bilal untuk menjadikan/meletakkan dua jarinya di kedua telinganya. Dan beliau bersabda:


"Sesungguhnya yang demikian akan membuat suaramu lebih tinggi."


Dalan Az-Zawa-id: Diriwayatkan oleh At-Tirmidziy dengan sahih. Sedangkan isnad Ibnu Majah daif, kerana daifnya anak-anak Sa'ad.


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0710.


Dari Dzi Mikhbar Al Habasyi - seorang yang telah biasa melayani Nabi S.A.W. - tentang hadis ini dia berkata: Maka Nabi S.A.W. berwuduk dengan memakai sedikit air saja, lalu beliau perintahkan Bilal menyerukan azan, maka azanlah dia.


Setelah itu Nabi S.A.W. berdiri mengerjakan solat dua rakaat tanpa tergesa-gesa, kemudian bersabda kepada Bilal: "Bacakanlah iqamat solat!", lalu beliau mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa".


Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0418.


Dari Amr bin Umayyah Adh-Dhamri dia berkata: Pernah kami bersama Rasulullah S.A.W. dalam sebahagian perjalanan beliau, lalu beliau tertidur untuk mengerjakan solat Subuh. Setelah matahari terbit, baru Rasulullah S.A.W. bangun, lalu bersabda:


"Pindahlah dari tempat ini!" Katanya: Kemudian beliau memerintahkan Bilal (menyerukan azan), maka azanlah dia, selanjutnya mereka sama mengambil wuduk dan mengerjakan solat (sunat) Fajar dua rakaat. Setelah itu beliau perintahkan Bilal membacakan iqamat. Setelah dia membacakan iqamat solat beliau mengerjakan solat bersama mereka, iaitu solat Subuh".


Hadis ini Hadis Hasan.


Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0417.


Khamis, 19 April 2018

semakin tinggi kudaki
semakin sesak nafasku
semakin lelah tenagaku
semakin gayat pandanganku
semakin kecut perutku
semakin…
kesalku bertandang
kuingin kembali ke daerah lampau
daerah sunyi tanpa sesak fikirkan kuasa
daerah sepi tanpa sesak fikirkan harta
tanpa wang di daerah hening
tanpa beban di daerah bening
kuingin kembali menjadi anak kecil
tersenyum, tertawa
tiada duka




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:


Siapa yang mematuhi perintahku, maka sesungguhnya orang itu mematuhi perintah Allah. Dan siapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya dia mendurhakai Allah. Siapa yang mematuhi perintah pembesarku, maka sesungguhnya orang itu mematuhi perintahku. Dan siapa yang melanggar perintah pembesarku, maka sesungguhnya orang itu melanggar perintahku.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1892.



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya:


"Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar, atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya taqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka dia mendapat seksa."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1809.


Dari Yahya bin Hushain r.a., dari neneknya Ummul Hushain, katanya dia mendengar neneknya bercerita: "Aku pergi menunaikan ibadah haji bersama Rasulullah saw. ketika Haji Wada' Ketika itu beliau berkhutbah panjang lebar. Antara lain aku mendengar beliau bersabda:


"Seandainya pegawai yang ku angkat dalam pemerintahan seorang budak hidung kemek (mungkin yang dimaksud nenek, budak hitam) tetapi dia memerintah kamu dengan Kitabullah, maka hendaklah kamu patuh dan setia kepadanya."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1805.


Rabu, 18 April 2018

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda:


"Jika seorang muadzin sedang berazan, maka syaitan segera melarikan diri dan dia meninggalkan bunyi yang amat bising sampai dia tidak bisa mendengarkan suara azan itu. Jika azan telah selesai, dia datang kembali.

Dan jika muadzin sedang iqamah, maka syaitan segera melarikan diri sampai setelah berakhirnya iqamah, maka dia hadir kembali untuk mengganggu orang yang sedang solat. Di saat itu syaitan sentiasa membisikkan segala sesuatu yang tidak pernah diingat lagi oleh orang yang sedang solat, sampai orang itu lupa berapa rakaat yang telah dia kerjakan."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0651.


Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:




"Apabila seseorang membaca Basmalah ketika hendak masuk rumah dan ketika hendak makan, maka berkata syaitan kepada kawannya. "Malam ini tidak ada tempat kalian bermalam dan tidak ada pula makan malam.

Apabila orang itu tidak menyebut Basmalah ketika hendak masuk rumahnya, maka berkata syaitan (kepada kawan-kawannya), "Malam ini kalian mendapat tempat bermalam." Dan apabila dia tidak menyebut Basmalah ketika hendak makan, berkata pula syaitan kepada kawan-kawannya, "Sekarang kamu dapat tempat serta makan malam."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1940.


Dari Ibnu Sirin bahawa Abdullah ibnu Yazid Al-Khatmy berkata: "Umar ibnu Khathab pernah mengirim surat kepada kami. Dalam suratnya itu dia mengatakan: "Masaklah minumanmu sehingga telah hilang bahagiannya untuk syaitan darinya, untuk syaitan adalah dua pertiga bahagian, sedangkan untukmu adalah sepertiganya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5562.


Selasa, 17 April 2018

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:


"Bani Israel itu dipimpin (diperintah) oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khalifah-khalifah. Mereka itu sampai banyak."


Sahabat-sahabatnya bertanya: "Maka apakah perintah tuan kepada kami?


Beliau bersabda: "Tepatilah baiah (perjanjian) yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka, sesungguhnya Tuhan akan menanyai mereka tentang pimpinan (pemerintahan) yang mereka jalankan".


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1506.


Dari Ubadah bin Shamit r.a. katanya: Kami berjanji setia kepada Rasulullah saw. akan mendengarkan dan mematuhi perintah beliau, hal yang kami sukai atau kurang kami sukai. Kami tidak akan membantah suatu perintah yang datang dari pembesar yang berhak dan kami akan tegak atau mengucapkan menurut yang sebenarnya, di mana saja kami berada. Kami tidak boleh takut dalam menjalankan perintah Allah terhadap celaan orang yang mencela.


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1924.


Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Tidak seorang pun di antara Nabi-nabi yang telah diutus Allah sebelumku, pasti di dalam umatnya terdapat golongan Hawariyun dan para sahabat yang terbina dengan pimpinannya serta patuh pada perintahnya.


Setelah berlalu beberapa masa, mereka digantikan oleh angkatan baru yang pandai berkata tetapi tidak berbuat, bahkan mengerjakan apa yang tidak diperintahkan kepada mereka. Maka siapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya, itulah orang mukmin. Dan siapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya, dia juga mukmin, dan siapa yang menentang mereka dengan hatinya, dia itu orang mukmin. Sesudah itu, tidak ada lagi iman walaupun agak seberat biji bayam."



Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0041.


Isnin, 16 April 2018




denai idop

pada hemat
ada
jerat menjerut
lopak melecah
lumpur berselut
denai idop
ralit logamaya
lata merenjis
danau menggagau
dangau mengulit
denai idop
ada waktu perlahan, brenti
ada waktu laju, terbabas
banyak waktunya, easy rider
sambil lewa
sia-sia
denai berkeladak
idop bergejolak





aku ada
tapi bersembunyi
kalau diketahui
aku tiada lagi


Dari Ibnu Abbas R.A. dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Aku tidak diperintahkan untuk membangun masjid tinggi menjulang".'


Kata Ibnu Abbas R.A.: "Sungguh, kalian akan memperindahnya, sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani".


Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0421.


Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Zaid bin Hubab memberitahukan kepada kami, Muawiyah bin Shaleh memberitahukan kepada kami, Abu Maryam Al-Anshari memberitahukan kepada kami dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda ;


"Pemerintahan itu ada pada orang Quraisy dan pengadilan ada pada orang Ansar dan Adzan berada pada orang Habsyi dan kepercayaan berada pada orang Azd maksudnya Yaman."


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 4029.


maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Abul-Ahwash memberitahukan kepada kami, dari Atha' bin Saib dari ayahnya dari Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah SAW bersabda :


"Seseorang dari umat sebelum kamu keluar dengan memakai pakaian yang bagus untuk sombong, lalu Allah memerintahkan bumi maka bumi itu menangkapnya lalu ia tenggelam dengan gementar atau Rawi berkata :"ia tenggelam dengan gementar ke dalam bumi sampai hari qiamat".


Abu Isa berkata :"hadis ini adalah hadis sahih".


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2609.


Jumaat, 13 April 2018


Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu malam kami sentiasa menunggu-nunggu Rasulullah saw. hendak solat Isyak. Beliau baru keluar kepada kami setelah berlalu sepertiga malam atau lebih. Kami tidak tahu kesibukan apa yang terjadi dalam keluarga beliau atau mungkin barangkali kerana sebab-sebab lain.


Ketika beliau keluar, beliau berkata:


"Anda semua menunggu-nunggu waktu solat, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh penganut agama lain selain anda semua. Kalaulah tidak akan memberati bagi umatku, sungguh-sungguh aku akan solat bersama-sama mereka pada waktu seperti ini." Kemudian beliau perintahkan muadzin supaya adzan, sesudah itu qamat, lalu solat."


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0597.


Dari Abu Hazim r.a., katanya: "Aku berdiri di belakang Abu Hurairah ketika dia sedang berwuduk untuk solat. Aku melihatnya mencuci tangan sampai ketiak, kerana itu aku bertanya kepadanya, "Wuduk cara bagaimana itu, hai Abu Hurairah?"

Jawab Abu Hurairah, "Ya, Bani Farruh! Andakah itu? Kalau aku tahu Anda berada di situ, aku tidak akan berwuduk seperti ini. Aku mendengar sahabatku Rasulullah saw. bersabda: "Orang mukmin akan beroleh cahaya sesuai dengan cara dia berwuduk."


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0196.




Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari bapanya, katanya : "Ketika Omar bin Khathtbab sedang berkhutbah di hadapan jemaah pada bari Jumaat, masuk seorang lelaki sahabat Rasulullah saw., lalu dia di panggil oleh 'Umar, katanya: "Sudah jam berapakah ini?"


Orang itu menjawab, "Aku sangat sibuk hari ini. Aku tidak sempat pulang, sehingga ketika kedengaran azan, tidak ada yang dapat ku lakukan selain wuduk."


Kata 'Umar, "Wuduk juga perlu. Tetapi bukankah anda tahu bahawasanya Rasulullah saw. memerintahkan pula supaya mandi?"


Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0797.



Khamis, 12 April 2018

Dari Abu Qatadah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya:


"Mimpi yang baik datang dari Allah, dan mimpi yang buruk dari syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya, hendaklah dia meludah ke kiri, kemudian berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan, nescaya tidak akan membahayakannya. Dan jangan menceritakan mimpi itu kepada siapa pun. Maka siapa bermimpi dengan mimpi yang buruk, bergembiralah dan jangan mencerita-ceritakannya kecuali kepada orang yang dikasihi."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2109.


dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w., ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Malaikat-malaikat turun ke awan, lalu menyebutkan perintah yang diputuskan di langit. syaitan-syaitan dapat mencuri pendengaran lalu didengarkannya dan ia terus membisikkan kepada pandai tenung, lalu mereka masukkan ke dalamnya seratus dusta atas kehendak mereka sendiri."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1428.


Dari Abdullah Ash Shunaabihi katanya: "Rasulullah saw pernah bersabda:


"Ketika matahari terbit, maka akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya, jika matahari tepat berada di tengah/waktu klimax, maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah tergelincir, maka syaitan akan menjauhinya, jika matahari hendak terbenam, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya.


Di waktu-waktu itulah Rasulullah saw melarang seseorang untuk mengerjakan solat".


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0546.


Rabu, 11 April 2018

kota jiwa
roboh sebelum masa
kota jiwa
luntur sebelum usia
menginjak dewasa
kota jiwa
tersiksa
dalam persona dunia
kota jiwa
terpaksa berpura-pura
bahagia
walau derita
walau merana
kota jiwa ini
tiada lagi keghairahan
pada cumbuan dunia
kerana
kota jiwa ini
telah sengsara raganya
telah sesar atmanya
kota jiwa
luluh sebelum masanya

aku tak mampu lagi berpaut pada kehidupan yang berpura-pura ini


maksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnu Ajlan, dari Maqburi dari Abu Hurairah; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :


"Bersin itu dari Allah, menguap itu dari syaitan, tatkala kamu semua menguap maka letakkanlah tangan pada mulut, dan tatkala ia menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam. Sesungguhnya Allah senang pada bersin dan benci menguap, tatkala seorang lelaki menyuarakan 'Ah', 'Ah', maka syaitan mentertawakannya dari dalam".


Hadis ini hasan.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2894.


Dari Sulaiman bin Shurad r.a., katanya: Ketika saya duduk bersama Nabi s.a.w., ada dua orang laki-laki memaki satu sama lain. Seorang di antaranya lalu merah mukanya dan besar lehernya. Nabi s.a.w. bersabda:


"Sesungguhnya saya mengetahui perkataan, kalau diucapkannya perkataan itu, nescaya akan hilanglah apa yang dirasakannya (marahnya). Jika diucapkannya: "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan, nescaya hilanglah marahnya".

Mereka lalu mengatakan kepada orang itu, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Berlindunglah kepada Tuhan dari syaitan!" Orang tadi lalu berkata: "Gilakah saya!"


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1455.


Mewartakan kepada kami 'Amr bin Rifi'; mewartakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Salim bin Abl-Ja'd dari Kuraib, dari Ibnu 'Abbas, dari Nabi Saw., beliau bersabda:


"Seandainya salah seorang diantara kalian, apabila mendatangi isterinya membaca: "Allahumma jannibnisy-syaitha na wa jannibisy-shaithaana fiima razaqtanii."


Artinya: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada syaitan, dan jauhkanlah syaitan atas apa yang hendak Engkau berikan kepadaku. Lalu lahir seorang anak dari hasil hubungan mereka itu, maka Allah tidak akan memberi syaitan kesempatan untuk menguasainya. Atau syaitan tidak akan membahayakannya."


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1919.


Selasa, 10 April 2018


dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda :

"Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya, melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0983.


Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Rasulullah saw. pernah ditanya orang tentang seorang perempuan yang telah kahwin, lalu ditalak oleh suaminya, kemudian dia kahwin dengan lelaki lain, lalu ditalak pula oleh suaminya yang kedua ini sebelum mereka melakukan sanggama. Ditanyakan, "Apakah boleh wanita itu kahwin kembali dengan suaminya yang pertama?"


Sabda Rasulullah saw., "Tidak boleh, sebelum suaminya yang kedua itu merasakan madunya masing-masing (keduanya bersanggama)."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1368.


maksudnya :"Ahmad bin Manie' menceritakan kepada kami, Abidah bin Humaid memberitahukan kepada kami, dari Mansur dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah


"Sesungguhnya Nabi SAW melaknat perempuan-perempuan pembuat tahi lalat, perempuan-perempuan minta dibuatkan tahi lalat, dan perempuan-perempuan pencukur bulu alis dan mata yang mereka mengharap kecantikan dengan merubah ciptaan Allah".


Hadis ini hasan sahih.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2932.


Isnin, 9 April 2018

Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:


"Kamu akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang bulat tidak berkhatan". Kemudian beliau membaca ayat yang ertinya: "Sebagaimana Kami menjadikan makhluk mula pertama, Kami ulang serupa itu. Janji Kami, sesungguhnya Kami laksanakan".


Orang-orang yang mula-mula diberi pakaian di hari kiamat, ialah Nabi Ibrahim. Dan dari sahabat-sahabatku akan dibawa ke arah kiri (ke neraka). Saya berkata: "Sahabatku, sahabatku!" Lalu dikatakan: "Sesungguhnya mereka berbalik ke belakang (kafir kembali) sejak engkau berpisah dengan mereka". Saya lalu mengucapkan sebagai perkataan hamba Allah yang Soleh (Nabi Isa): "Dan hanya aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku berada di antara mereka". - sampai perkataan - "Bijaksana" (Surat AI Maidah, 117 - 118).


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1471.


Mewartakan kepada kami 'Ali bin Al-Mundzir; mewartakan kepada kami Muhammad bin Fudhail. Mewartakan kepada kami Hautsarah bin Muhammad; mewartakan kepada kami Muhammad bin Bisyr, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Hajjaj bin Dinar, dari Abu Thalib, dari Abu Umamah, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda


"Tidak akan tersesat suatu kaum sesudah mereka mendapat petunjuk, melainkan setelah mereka mendatangi perdebatan (suka berbantah-bantahan)" Kemudian beliau membaca "(sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar)" Qs Az-Zukhruf 43:58.


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0048.


Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Siapa melihat Amir (pembesar negeri) melakukan suatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana siapa memisahkan diri dari jemaah walaupun hanya sejengkal, lalu dia mati, maka matinya sama dengan mati jahiliyah."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1816.


Jumaat, 6 April 2018

kita dulu takde
ade
disambut
bebi
merengek
bebudak
keletah
remaja
lincah
dewasa
ligat
muda
matang
tua
kecut
bangka
kerepot
kojol
mereput
kita dilupai



Dari Anas bin Malik r.a., Ada seseorang perempuan Yahudi datang kepada Nabi s.a.w. membawa daging kambing yang beracun, lalu beliau makan daging itu. Kemudian perempuan itu dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Ada orang bertanya: "Bolehkah kami bunuh?"


Jawab beliau: "Tidak!"


Kata Anas: "Saya selalu mengetahui pengaruh racun itu dalam kerongkongan beliau".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1220.



Dari Al Bara' r.a. katanya: "Rasulullah saw. adalah seorang yang berwajah paling tampan, berakhlak paling indah, perawakannya tidak tinggi kurus dan tidak pula gemuk pendek."


Sollu alan nabi! Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi wasallam


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2160.


Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda :


Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang dikehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.
 
(Hadith Riwayat Muslim)



Khamis, 5 April 2018

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:


"Bani Israel itu dipimpin (diperintah) oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khalifah-khalifah. Mereka itu sampai banyak." Sahabat-sahabatnya bertanya: "Maka apakah perintah tuan kepada kami?


Beliau bersabda: "Tepatilah baiah (perjanjian) yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka, sesungguhnya Tuhan akan menanyai mereka tentang pimpinan (pemerintahan) yang mereka jalankan".


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1506.


Dari Ibnu 'Abbas r.a., ada sejumlah sahabat Nabi saw berjalan melalui tempat pengambilan air, di mana terdapat orang yang disengat binatang berbisa. Lalu salah seorang dari orang-orang yang berada dekat tempat air itu datang dan berkata: "Adakah di antaramu yang pandai mengubati? Di tempat pengambilan air ada seorang laki-laki disengat binatang berbisa."


Lalu salah seorang dari sahabat pergi ke sana. Ia membaca al-Fatihah dengan upah seekor kambing. Orang yang sakit itu jadi sembuh. Sahabat itu membawa kambing itu kepada teman-temannya. Mereka tidak suka dengan keadaan ini, dan berkata: " Engkau mengambil upah terhadap Kitab Allah?" Setelah mereka sampai di kota Madinah, mereka berkata: "Ya, Rasulullah! Ia ini mengambil upah atas Kitab Allah!"


Rasul saw. menjawab: "Upah yang paling berhak kamu ambil adalah upah Kitab Allah."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1671.


Diceritakan oleh Abu Burdah r.a. dari bapanya, bahawa Rasulullah saw. bersabda,


"Ada tiga jenis orang yang mendapat dua pahala sekaligus. Iaitu:


(1). Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), yang percaya kepada Nabinya dan, percaya pula kepada Muhammad saw.
(2). Hamba sahaya, apabila dibayarkannya kewajibannya kepada Allah dan kewajiban kepada majikannya, dan
(3). Laki-laki yang mempunyai hamba sahaya perempuan, diajarnya berkesopanan dan disempurnakannya pengajaran kesopanan itu diajarkannya ilmu pengetahuan dan disempurnakannya pelajaran itu, kemudian dimerdekakannya dan dikahwininya.


Maka ketiga jenis orang itu mendapat dua pahala."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0074.



Rabu, 4 April 2018


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


"Allah Ta'ala tertawa (rela) kepada dua orang lelaki, di mana seorang di antaranya membunuh yang lain, lalu keduanya masuk syurga. Tanya para sahabat, "Bagaimana bisa begitu, ya Rasulullah?"


Jawab beliau, "Lelaki yang terbunuh itu mati dalam jihad fi sabilillah, maka dia itu mati syahid. Kemudian si pembunuh taubat kepada Allah Ta'ala, lalu Allah menerima taubatnya. Sesudah itu dia mati pula dalam perang fi sabilillah, maka dia itu mati syahid."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1844.


Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya:


"Tidak satu pun orang yang telah mati, pada hal dia telah memperoleh pahala yang menggembirakan di sisi Allah, yang ingin kembali ke dunia sekalipun dunia dan seluruh isinya diberikan kepadanya, kecuali orang yang mati syahid. Orang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, kerana dia ingin sekali lagi sebagai syuhada kerana dia telah melihat bagaimana mulianya mati syahid."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1835.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:


"Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!"


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1326.


Selasa, 3 April 2018

perbahasannya tak capai tujuan


doh stahung bincang, sampa le ning dok ade folo ak.. parohhh


khawarij moden... hati-hatilah sohabat


alangkah baik orang yang disebut, menjawab sendiri


berguru dengan wahabi, rujuk daesh pon ada?


kena ada ilmu baru tau


bagus juga ada muzakarah gini, ketnya ade ke tak didedahkan pada masyarakat?



Saban waktu terpaku di daerah lesu



Mewartakan kepada kami Bakru bin Kholaf, yaitu Abu Bisyr, mewartakan kepada kami Abdur-Rahman bin Mahdiy, mewartakan kepada kami Abdur-Rahman bin Budail, dari ayahnya, dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda:


"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga dari manusia." Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka itu?"


Beliau menjawab: "Mereka adalah Ahlul-Quran, keluarga Allah dan orang pilihan-Nya.''



Dalam Az-Zawaid: Isnad hadis ini Sahih.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0215.


Dari Sam'an dari Samrah berkisah: "Tatkala kami berada di hadapan orang mati bersama Rasulullah saw, beliau bertanya:

"Adakah di sini seorang dari keluarga orang yang mati?" Setelah beliau mengulangi pertanyaan tersebut hingga tiga kali; maka seseorang berdiri, maka Rasulullah saw bertanya padanya: "Apakah yang mencegahmu untuk menjawab pertanyaanku tadi?" Sungguh aku tidak ingin menyampaikan berita padamu melainkan demi kebaikan. Sesungguhnya si Fulan mati dan tidak dapat masuk syurga dikeranakan hutangnya yang belum terlunas."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4530.


Qutaibah menceritakan kepada kami. Al laits memberitahukan kepada kami dari ibnu Had dari Musa bin Sarjis dari Al-Qasim bin Muhammad dari Aisyah: Sesungguhnya dia berkata:


"Saya melihat Rasulullah saw ketika menjelang wafatnya, di sampingnya ada gelas berisi air dan beliau memasukkan tangannya ke gelas itu dan mengusup mukannya dengan air,kemudian beliau berdoa: (Ya Allah! tolonglah saya atas kesengsaraan mati dan payahnya mati)

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0985.


Isnin, 2 April 2018

Dari Abu Sa'id Al Khudri bahawasanya: "Ketika Nabi saw pernah melihat sebahagian sahabatnya datang terlambat, beliau bersabda pada mereka;


"Mari kita solat lebih dahulu, biarkan orang-orang yang terlambat, mengikuti yang datang setelah kalian. Ada kalanya suatu kaum selalu datang terlambat, sehingga Allah pun mengakhirkan rahmat-Nya bagi mereka."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0774.


Dari Abu Said r.a.: Nabi s.a.w. bersabda:


"Kamu akan mengikuti Sunnah (tradisi) orang-orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta biarpun mereka memasuki lobang dhab (sebangsa biawak), kamu juga akan memasukinya".


Kami berkata: "Hai Rasulullah! Orang Yahudi dan Nasranikah?" Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa lagi?"


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1507.


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak