Selasa, 22 Mac 2011

memang tanah kubur je kot milik kita

erk! seminggu 'berkabung' daripada berblog... mintak mahap la, mana yang sempat ziarah juga le teratak teman-teman

.......

baru ni balik bercuti nak menguruskan hal tanah. tanah yang bukan lagi jadik milik tuan tanah. tanah yang diambil dek gomen tanpa kesahkan pemilik tanah.

memang tanah tu takde geran le... namun dari sudut sejarahnya ialah pemberian gomen untuk anak-anak sulung penduduk tempatan. seingat aku sejak 1986 tanah tu telah diteroka dengan susah payah. kami tebang, bakar. zaman kanak-kanak juga la time tu. dan terimbau-imbau lagi di mata, bila aku tangkap seekor anak ular berwarna hijau. kepalanya bujur sireh seperti daun dan ada secalit warna merah. aku tunjukkan pada ayah aku dengan harapan nak bela. ceh! ular kapak ke ulo menda ayah aku cakap dan suruh aku lepaskan balik... aku pon lepaskan le kat atas pasir dan rasa heran plak bila nengok ular tu berlengkar secara mengiring...

nostalgia kat tanah tu memang indah. memerhatikan langit petang bersama unggun api yang besar. lepas penat memerun, kami tanam pisang, pokok koko dan beberapa pokok buah-buahan. kami penah terserempak dengan babi berdedai anak-beranak di tepi jalan ketika cina-cina dari pekan manchis dok berburu dalam kawasan kebun. pnah juga dorang tu tegur aku, "ekau duduk diam-diam yo!" bila lalu tak jauh daripada tempat aku mengelamun melepaskan lelah. aku ingat orang negeri sembilan ke, la cino cakap minang!

jadiknya, tanah tu bukan le tanah ceroboh atau dalam erti kata kesatnya tanah haram yang diteroka secara haram oleh pendatang haram atau haram jadahe... (aiseh teremosi la pulak). tanah yang dijanjikan dan janji tinggal janji saban kali musim pilihanraya berlalu. waktu-waktu cenggini, emosi pemilik tanah lebih parah bila lihat kontraktor dan wakil gomen tengah rancak memperkosa tanah kami, memugar bukit untuk menambun tapak projek. mereka tebang pokok getah dan menawarkan dalam kelat harga yang murah kepada pemilik tanah. tanah yang diratakan tidak sesen pun mereka dapat hasilnya. bergenang mata melihat keangkuhan atas nama hak gomen. rupanya peluh dan air mata yang mengalir sejak lama dulu, kini hanya penuh dikantung orang lain.

permintaan tidak dilayan. perundingan tak membawa erti... sedang projek rancak menari di depan mata mereka. alangkan penduduk setinggan masih peroleh manfaat bila dipindahkan. alangkan pendatang asing dalam kem tahanan pon masih dapat makan... sedang kami bergelut sendiri melihat tanah yang makin hilang dan mungkin takan lagi menjadi milik kami...

36 orang adijauhari:

relevan berkata...

Habis sudah maruah di gadai..pesaka bangsa tiada yang tinggal..

akuanakpahang berkata...

Mmg azab sekrg nie org kaya raya berlabok tanak.. kita sekeping haram pun tak de mintak tanah kelompok pun separuh nok kejol :(

ajumohit berkata...

memang pon kan, kalau balik pahang tu semua tanah dh gondol, apa lagi yg tinggal utk kita...

sahromnasrudin berkata...

wah!!! cemomoi dpt pampasan ke?? pakcik kayo tue hehehee

alifzikri berkata...

manusia asal dari tanah.. oleh itu, manusia ada sifat atupun khasiat tanah.. tanah yg tak diusahakan mula akan tumbuh rumput, lalang, kemudia jadi hutan. binatang berbahaya akan masuk ke tanah tersebut, ular, gajah ,harimau.. begitu juga dgn manusia, bila tak diusahakn atas iman mereka, maka kejahatan akan masuk.. (jalan2 cari kuih)

Kakzakie berkata...

Kakak faham hati tuan tanah di robek-robek sewenang-wenangnya kini. Tapi percayalah cemomoi, tangisan semua tuan-tanah dilihat Allah. Yg merobek tanah itu pasti akan kembali ketanah seperti kita juga.

Jejaka Desa berkata...

Nok kene hambat ngan parang gamoknye ter....

cik sakdi berkata...

hmmm sedih memang sedih, tapi nak wat mcm mane kan? kite ni siape la nak lawan buldozer tu. jangan emosi ye. sabar,, :)

ikan emas berkata...

apa cerita ni??

projek apa tu ya??

more info???

Abd Razak berkata...

Berserah kepada Pemiliknya yang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Assalam,
Telefon je Karam Sing Walia atau mazidul.... dua tiga hari lepas tu, ada lah tu rindingan ;)

Itulah nasib kita pun, orang melayu yang hilang tanah di bumi melayu. Wat malu kat bangla!

Nurul Aziz berkata...

hmm..situasi sama dengan keluarga saya..

diana berkata...

janji tinggal janji..
politik dan janji tak dapat dipisahkan..
kita cuma pemerhati yang menjadi mangsa..

shameel Iskandar berkata...

Org melayu kehilangan tanah umpama org asli kehilangan hutan. kita akan jadi bangsa yg kehilangan. hilang setniasa hilang.

nak pilihnaraya umum tak lama lagi, bayak lah janji termasuk nak bagi tanah. Habis piliharaya YB lesap mcm pelesit tanah.

Yastro berkata...

Ishh...ngape teruk ngat deme tu "meratoh" hak org lain...betul..dr segi undang2 ciptaan manusia mmg aok tak de hak...tapi dari sisi undang2 akhirat??
Lope lak...mane deme tu nk memikir bab2 akhirat ye tak..kene pulok "rm" dok menari2 je depan mata...
Hampehhh!!!
Tok nan tak leh dbwk runding ker??

Ati Masrif berkata...

berani depa tu buat lagu tu na..

dahlah nak dekat2 musim
pilihan raya...

apakata panggil tv..baru depa
tu buat2 muka mata...ahaks

kiwi berkata...

beraninye pegang ular..huhu..

zulkbo berkata...

salam..
moga aok tabah dan bersabar..
bukan rezeki..Allah maha besar
akan ada rezeki di tempat lain
nanti insyallah..

Cikgu Jang .. berkata...

kerajaan kena prihatin pasel tu..

Aanas berkata...

nak buat macam mana.. udah bukan rezeki ler gamaknya... sabor jer lah...

oh ya, kalau berjanji tapi khianat janji, tu bukan salah satu sifat orang munafik ker.. huhu..

mida midot berkata...

Ala , dulu kan sebelum British cipta undang2 tanah ni . Mereka (org dulu) takde geran semua pun . .Siapa jaga tanah tu dia lah yg punya . .hihi .Padahal semuanya dibumi ni milik ALlah .takde satu pun milik kita .

NICK IRFAN berkata...

huh! siap tangkap ular plak!!! ngeri plak dgr

Cempaka R.Minta berkata...

hii
1oo tahun nanti tanah kubur kita akan diberi kepada orang lain..bertindan-tindan

mr.kordes berkata...

adohh....sakittt......

hacimun berkata...

ular berlengkar mengiring tu bukan apa..dia pun ada hati nak posing macam mariah careyy

Sham berkata...

HIDUP KETUANAN MELAYU!!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

gua baru ada duit sikit nak simpan buat beli tanah kubur

CekWa berkata...

sedih jugek kena gini yak, kite dah mengusaha susoh payoh zaman berzaman, tetiber ilang dipandangan mate!

mrs Gee :) berkata...

adeh sedih btul.. xkan ambik buta cam tuh jer?? dorg tgh wat projek aper kat situ? projek mega lew tuh..

Hisyam berkata...

Tak buat report ke? Ni dah kira menceroboh ni.

dyea irdina berkata...

tak de pampasan ke apa ke...sungguh kejam klu camgini..

Nisa' Pasir Gudang berkata...

manusia rakus mengejar dunia yang tua..mungkiri janji demi nk penuhi tembolok sendiri.
Biarlah??? sampai bila patut dibiarkan begitu saja. apa nasib anak cucu kita jika terus berhadapan dgn org cenggini.
Sabar Cemomoi ...pasti ada jalannya.

shaniza berkata...

Hemmm dunia je tu... segala apa yg ada kt dunia ni kan milik 'dia orang'...

munna berkata...

masa nak mengundi tinggi menggunung janjinya... tapi hampehhh...janji tinggal janji

BUJANG SUSAH berkata...

hidup umno...!!! kah..kah..kah..kah.. sabo jer ler bro..

Tanpa Nama berkata...

Kalau tarak dpt wat pe, tapi kita ada pilihan, malangnya kita selalu buat pilihan yg salah. Dlm pru ke-13 akan datang, mai kito tuko kerajaan BN ni. Mereka dah terlalu lama berkuasa hingga lupa diri, lupa tanggungjawab. Kita bagi mereka pengajaran sedikit. Tak kira parti mana kita sertai, yg ptg undi kita berikan pada Pakatan Rakyat. Aku ahli UMNO gak tapi aku pun dah bangang dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN hari ini.