Jumaat, 29 Julai 2011

sentap jiwa raga tul

satu ketika waktu tengah naik motor nak balik rumah, terasa nak bertapa dalam seminggu dua daripada berblog. pada waktunya yang sama terfikir untuk membiarkan blog ini sunyi hingga tak lagi dikunjungi sesapa. bila dilupakan orang barulah aku nak mulakan semula, ibarat baru nak berblog... struggle mencari rakan maya. dah dua tahun berblog, rindu plak nak rasakan kembali saat-saat tu... dalam membiarkan seminggu dua tu rupanya nak masuk sebulan dua dah yeaaa...

apa pon, junjungan rasa tima kasih tak terhingga pada rakan yang tak jemu bertandang walopon aku tak lagi menjenguk ke laman teman-teman. membaca jejak yang ditinggalkan tu memang meruntun rasa bersalah dibuatnya...

alhamdulillah, hingga ke hari ni masih sihat. memang ada la kekangan biasa yang menghambat hingga buat aku tak sempat nak merawat blog ni, melawat blog kengkawan dan sudahnya tersadai dalam berkhalwat... heee

labbaika ya ramadhan... pada kesempatan tak berapa lama lagik ni, ramadhan datang lagi, pesan tok katib tadi, moga ramadhan ini tidak membiarkan kita menjadi orang yang hanya dapat berlapar dan dahaga sahaja...

pssst: menjawab n3 seblom ni... kurang lebih buku tu bertajuk 'Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi'