Jumaat, 21 Januari 2011

pak habib lintah darat terkenal. bukan takat kedekut bin bakhil, tapi taik idong masinnya ya Allah... tuhan aje yang tau. kalu bole, peluh yang merecik kluo disebabkan panas time claim hutang tu pon nak dituntut daripada orang tu. masin tul taik idong dia, kan? (sapa la buat pepatah camtu, dia pnah rasa ke taik idong?). sebermula critanya:

pak habib nak g kutip hutang kat sebuah rumah. orang tu takde la pulak. bini dia kabo, "hapa pon takde ni". "aku tak kira... ko kena bayo penat aku datang sini!"

"cenggini le, kitorang baru semelih kambing tapi yang tinggal daging tang tengkuk je"

"bole la... janji ko masak." tapi pompuan tu kata takde bahan... minyak masak pon takde (maklum la minyak masak kena sorok lately ni, kan?) perbincangan dibuat dan dipersetujui bahawa pak habib keluo duit beli sup bunjut (adabi kot) tapi orang tu mesti bayo balik... kedukut tul pak habib, kan?

dah siap masak, baru je amik bau, pak habib dengo orang datang minta sedekah. "dah tiga hari aku tak makan..." (saja nambah buat crita jadik sedap). pak habib punya la hangin satu badan, "pi raaa, kalu aku bagi sup ni kat ko, bukannya ko bule jadik kaya. kang tak pasal-pasal aku pulak yang miskin sebab miss sup ni!"

sedihnya ati, Allah je yang tau.. dia pandang pompuan tu. hiba rasanya dibuat cenggitu, pompuan tu g la tengok dalam piok kot ada sikit lagi. "ya Allah!" hampir saja pak habib terlompat dengo pompuan tu menjerit pucat lesi. "meh tengok!" kata pompuan sambil menangis ketakutan.

eeee... pak habib tengok sup dia tadi bertukar darah hitam. menyerbu rasa takut sambil meremang bulu roma pak habib. "wahai wanita..." pak habib cakap dalam gumam... "aku menyesal atas perbuatan aku makan riba selama ni." ringkas crita, pak habib terus taubat dan isytihar sapa nak reta yang ada dalam rumahnya, "sila ambillll!!!" (macam dalam 3 abdul sampai kain baju bini pak habib pon diangkutya)

pak habib jadik papa kedana sampai satu hari bini dia membebel. "kluo rumah keja konon, hasil takde" selamba dek je pak habib jawab, "aku keja dengan seseorang yang sangat pemurah. betapa pemurahnya Dia sampai aku malu nak minta apa-apa. tapi takpe la, satu masa nanti pasti Dia bayar juga upah aku tu"

tu je hari-hari dialog pak habib bila balik dari surau. tetiba satu hari seblom pak habib balik, datang beberapa lelaki dok pikul gandum, bawa sekor kambing, barang dapur dan seguni duit perak. soklan bini pak habib yang heran ni dijawabnya, "majikan kami suruh hantar ni. tolong sampai pesan pada pak Habib bin Muhammad al-Ajami al-Basri, jika dilipatgandakan usahanya lagi, majikan kami akan tambah lagi upahnya"

bila pak habib balik je, mak oi bini dia layan first class "baik tul majikan abang.. bagi macam-macam!" pak habib menonong, "aik! baru saploh hari bekerja, dah begini Dia bayar upahnya?"

psst: argh! korang link kan le dengan n3 seblom ni pada lirik pertama baris ketiga dan 4 tu.

22 zmn org suka mengomen:

azieazah berkata...

Hmmm... sungguh sadis cerita ini. Biasanya orang tamak dan kedukut selalu rugi.

Sekali sekala untung plak ek?

munna berkata...

banyak pengajaran dalam citer ni...

Aku Anak Pahang berkata...

Salam, sesama lah kita muhasabah diri yek :(

Tanpa Nama berkata...

buang ygtak baek~

Relevan berkata...

Jangan buat kedekut amat ..

Abd Razak berkata...

Salam...

Dalam keadaan apa pun kita tetap di uji..

kiwi berkata...

hurm..x ske btol org yg kdekut taik hdung masim

Hairun Azmi berkata...

Dapat pengajaran berguna dari entri ini...


Dana Belia 1Malaysia bernilai RM20 juta

Unknown berkata...

mula2 kesian kat pak habib akhir sekali jeles plak? hehe

Sham berkata...

sama2 buat iktibar...tapi apa sudohnya pak habib tu...?

zulkbo berkata...

salam..
bakhil ngalah haji
bakhil yak..alhamdulillah
berubah juga akhirnya

Melatidaisy berkata...

hidayah itu milik Allah, bila2 masa2 je Dia boleh jentik hati kita,dan rugilah org yg membutakan matanya dengan hidayah Allah..

ahli sufi dan para wali Allah tidak pernah memandang keburukan pada diri org lain..tetapi sentiasa sibuk membaiki kelemahan diri sendiri..lalu hati mereka sentiasa bersih dan suci dan rahmat Allah mengalir dengan mudahnya melimpahi kehidupan mereka.

Nida n' Hanafi berkata...

salam tuan..

Kalau asyik berkira-kira.. nanti orang pun berkira-kira dengan kita....

ckLah @xiiinam berkata...

Taik idung masin....

shameel Iskandar berkata...

kitadianugerahkan jutaan nimat tapi seringkali kita lupakan pemberi Nimat.

Allah bersifat ar-Razzaq(Maha Pemberi rezeki)dan kita seharusnya 'bersifat dgn sifat' itu juga, iaitu meringankan tangan utk membantu org yg kesusahan.

- Bandingan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji –Al-Baqarah, 261.-

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

begitulah balasan Allah kepada yang benar-benar takwa..

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

errr sebenarnya ini adalah antara kisah perjalanan idop yang dilalui oleh sesorang sebelum dia akhirnya menjadi wali Allah. beliau salah seorang ahli sufi yang terkenal idop di basrah. kisah awal idopnya yang banyak dosanya dengan manusia kendiannya diberikan hidayah lalu meninggalkan kesenangan idop (sebagaimana dalam bait lagu Sufi - Damasutra pada bait pertama baris 3 dan 4 tu, dia rela idop derita...)

kalu korang nak baca crita dalam versi dakwah, atau nak tau kisahnya yang lain bule gugel je nama penuh yang aku bagi tu. heeee... versi yang aku buat ni saja supaya korang tak rasa skema macam dengo cramah ...

Anaasuria berkata...

salam tuan cemomoi,
nak kaitkan citer ni ngan bait lagu tu pun ada sikit problem gakk.. isshh benak bebeno rasa hotak nih.. mereka ni antara yang terpilih.. orang kata, nak tahu orang tu wali ke tak, bila dia meninggal baru boleh tahu, betul ker??

terokai seni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
terokai seni berkata...

aanas: tak brani tak kata lebih-lebih sebab bukar pakar hal ni... apa pon karamah akan berlaku time dia idop dan karamah tu dapat dirasakan oleh orang yang di sekelilingnya. cuma selepas beliau mati, crita tu terus berlegar dan mana yang taksub tu yang slalu mengkeramatkan kubur dia. harap kita dijauhkan daripada perbuatan syirik tu

cuma untuk bezakan karamah dengan sihir ni yang problem. apa pon karamah pada wali Allah slalu dibuat secara tidak menunjuk pada orang lain bahkan dia sendiri takut kalu diketahui, bimbang jadik fitnah. wali Allah pon tak pnah isytihar mereka sebagai wali macam tok kenali dsb. berbeza dengan ahli sihir, dorang berbangga dengan keajaiban yang dimiliki.

dari sudut lagu tu, orang sufi biasanya memilih idop zuhud (tinggalkan kesenangan duniawi). banyak ahli sufi yang pada asalnya idop kaya-raya walaupun ada juga datang daripada orang berdosa (kisah yang masyhur; seorang bekas pelacur yang bertaubat dsb) wallahu a'lam

Anaasuria berkata...

rasa nya faham.. sebab pernah jumpa seorang yang pada saya, dia orang sufi.. karamah tu macam mana? yang boleh terbang atau jalan atas air tu ke? sebab pernah baca kisah hasan al-basri ngan rabiatul adawiyah..

terokai seni berkata...

aanas: bentuk karamah tak sama pada setiap wali Allah. secara mudahnya karamah ialah menda/sesuatu yang berlaku di luar pada adat kebiasaan

ringkas nya takrifan tu diberikan kepada:

1. mukjizat - untuk para rasul dan nabi. con. nabi musa belah lautan..

2.karamah - untuk para wali. saidina umar pnah jerit ketika di atas mimbar untuk mengingatkan sorang jeneral (lupo namo) yang berada di medan perang di parsi (kalu tak silap) ada musuh di belakangnya dan jeneral tu mendengar suaranya

3. sihir - untuk manusia yang belajo dengan jin ke setan ke. cam crita nabi musa lawan ular ahli sihir firaun. dorang tau sihir tak begitu dan apa yang ditunjukkan oleh nabi musa itu bukannya sihir. jadik dorang terus beriman dengan nabi musa

4. istidraj (kalu tak silap gitu le bunyi istilahnya, dah lupo lama tinggal) - untuk manusia cam kita ni (contoh time takut, lompat sungai pon lepas.. cuba lompat sekali lagi maunya parit kecik pon tak lepas kot)

aiseh menjawab tanpa merujuk buku ni.. takut tersilap pulak kang

wallahu'alam

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak