Jumaat, 28 Januari 2011
- Januari 28, 2011
- terokai seni
- kawin, rasulullah
- 27 comments
anak kecil itu belum pun mengerti apa-apa
anak kecil itu belum pun berusia telah kehilangan bapa
anak kecil itu belum pun puas bermanja
anak kecil itu seusia enam tahun kehilangan pula bonda
anak kecil itu dirundung malang bertimpa
anak kecil itu patah dahan kasih mesra
anak kecil itu kematian datuknya sesudah tahun kedua
anak kecil itu tak punya apa-apa
anak kecil itu berpindah pada paman menjaga
kasihan anak kecil itu...
pepatah berkata, "jika kamu mahukan kasih sayang, carilah daripada seorang wanita..."
anak kecil itu telah dewasa
anak kecil itu bertemu jodoh wanita tua
anak kecil itu? sepertinya anak kecil jua
anak kecil itu (?) diselimut tatkala ketakutan tak terkira
anak kecil itu (?) bila semakin tenang jiwanya...
ya habibi, ya habibi! (wahai kekasihku, wahai kekasihku!)
khabarkan kepadaku gerangan melanda
aku sudah tidak sabar mendengarnya
anak kecil itulah Muhammad Rasulullah
yang ketika pulang ke rumah
baiti jannati! baiti jannati!
ditunggu isteri penyejuk hati
psst: tengok camana siti khadijah r.a menyambut suaminya. takde sergahnya. selimut dulu sehingga baginda tenang, baru la bertanya. korang ingat cerita 'madu 3', time p. ramlee balik lambat tu tak? heee cuba ingatkan balikkkkk! untuk makluman hari ni hari jumaat, mandi pon dapat pahala yea...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 zmn org suka mengomen:
sesungguhnya mereke meninggalkan contoh tauladan terbaik buat kita
Salam cemomoi,
Komen dua bujang kecil kat gambar tu dulu. Macam model bergaya.....
.
.
.
cahaya anak kecil itu
menerangi seluruh pelusuk maya
menyuluh kegelapan
menerobos keegoan
sayangnya...
ketiadaan anak kecil itu
dirobek ramai durjana
mengundang petaka di sana-sini
kembalilah kita
menjunjung hadisnya....
selamat hari jumaat..jenjalan kt sini cari nasik:P
anak kecil comel & mmg penyejuk hati
Anak kecil juga umapama kain putih kitalah yang mewarnakannya.
salam cemomoi..
kita sambut hubby kita..
tolong buka kan pintu..hihi
jom dtg blog kita
berkenal dgn kawan maya
ati yg sempoi...jom!!
ikuti contoh wanita tua itu... menjaga anak kecil itu sebaikya
susahnya nak cari isteri macam siti khadijah,,
Kurniakan kakibiskut isteri solehah..amin...(^.^)..
Hmmm...susah dah nak cari isteri yg boleh buat mcm tu....
errr...hari jumaaatttt?? hehehe
hari nabi ADAM dijadikan .:)
kar melaka tu kan?
Salam cemomoi,
Anak kecil itu ialah 'seseorang' suatu hari nanti...
Bila baca n3 ni.. tiba2 fikiran melayang jauh ke bumi tercinta.. terkenangkan nasib adik bongsu saya... seawal usianya 6 tahun, beliau telah kehilangan ayah... di saat semua orang bermanja dengan ayah, ke hulu ke hilir dengan ayah.. dia kesepian... andai ke sekolah pada setiap majlis yg perlu dihadiri, beliau hadir tanpa ayah.. sedangkan rakan-rakannya berpimpin tangan dengan kedua orang tuanya..
Semoga adik saya, Mohd Fikhrie bin Muhammadon membesar sebagai anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat..ameeennn
Anak kecil pencorak kehidupan masa akan datang...
erk... kengkadang termasam muka jugak kat suami.. huhuhu..
kena muhasabah diri seikhlas-ikhlas lagi lepas ni.
Anak kecil itu.....
...menunggu kita mencorakkan putihnya.
menarik sajak ni puitis.. eh! cerita madu tiga?? nnt kena tgk balik sbb lama xtgk asyik tgk bujang lapok jer..
Anak kecil itu belum mengerti apa-apa, di kala itu syurga buat mereka. Namun selagi hayat, induklah bertanggungjawab mencorak mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Sejahtera selalu saudaraku.
"ditunggu isteri penyejuk hati"
kagum dengan ummul mukminin siti khadijah
Semua kita kita ni pernah merasa jadi anak anak kecil..
Assalamualaikum...
Mereka insan termulia di dunia dan ikutan yang sangat baik untuk kita..
Assalamu'alaikum
Marilah kita jadikan anak kecil itu sebagai idola...
teringat cerita kumpulan balas raja lawak baru ini..ayat isteri sambut suami masa mula2 kahwin dengan dah lama kahwin:"ya Allah suamiku sudah balik..." ayat sama tapi nada berbeza...
Salam..
Siti Khadijah r.a. idola ku...
assalamualaikum:
melatidaisy: moga jadi panduan idop kita atas pesan yang Rasullulah tinggalkan
Kakzakie: ngeh3x macam baaapaknya juga (prasan)
tok khatib pesan baru ni kalu kita cinta pada rasul buat le 3 perkara (pesan nabi s.a.w pada abu hurairah):
1. ikut apa yang telah aku ajarkan
2. selalu berasa rindu padaku
3. berselawatlah ke atasku
Mimie: nasi dah blend lepas tu campur dalam cekodok
oya: moga menjadi anak soleh
akuanakpahang: suka kaler ijo ke biru? merah pon ada... bla.. bla.. bla
Ati Masrif: alhamdulillah, tambah sikit lagi bawakan air minumnya skali
Alimaz: ye betui... zuriat nabi s.a.w hanya melalui siti khadijah r.a
kakibiskut: insyaallah... amin
Yastro: adaaaaa kut... orang pompuan ni takde hal, yang banyak hal ni lelaki jeee
m!da BucHuxX: juga hari kiamat berlaku
maCy: a'haaaa
Iris: harapnya cam orang tua-tua salu kabo 'jadik orang'
Nida: moga sirah ini dapat ia teladani dan jadi insan yang tabah
HaDi: "ya Allah, jadikanlah anak-anak kami qurrata a'yun yang beriman dan beramal soleh yang akan memberikan kebaikan kepada manusia lainnya kelak"
azrina: takpe suami pemaaf dalam diam tuu
ckLah: kita pencantingnya, semoga dapat memberikan corak yang terbaik mengikut landasan iman
NICK IRFAN: layan dengan perasaan
ashrafi: tima kasih atas ingatan dan doa tu... amin!!
light 0F happiness: sirah, ada banyak yang patut kita amik ikhtibar
relevan: heh, jadik jangan maroh ngat kalu anok nakei yerk
Abd Razak: 'huluqun aziim' harus disampaikan sirah dengan penuh pengertian
kak Werdah: sukar untuk kita merasai keindahan akhlak rasulullah s.a.w. kerana kita sekadar membaca atau bercerita secara tidak analatikal
Sham: heh, suami pon nak kena sambut juga nih...
kak shaniza: alhamdulilah, moga beroleh syafaatnya nanti
assalamualaikum saudara
anak2 itu fitrahnya,suci kan saudara...
ummu: semoga kesuciannya terus terpelihara
Catat Ulasan