Sabtu, 15 Januari 2011

hebat juga melayu kita ni

dok baca beberapa komen rakan-rakan buat koi tersengih macam kerang busuk... seminggu cuti berblogging, bukan apa... frust tul upload tak bule la plak. tima kasih pada yang bertanya kabo dan ade juga rupanya orang yang rindu menunggu n3 koi ni yea...

...

dah lama tak dengar khazah melayu yang satu ni. kalu cerita wali songo dulu, dorang berdakwah menggunakan alat muzik selain cara konvensional dalam menyampaikan risalah melayu. orang tua-tua kita dulu pon gitu juga. maklum le, medium hiburan masa dulu tak le secanggih sekarang. tapi kreativiti mereka menyerlahkan kekayaan akal budi bangsa melayu. nada yang lembut, susunan kata yang indah dan menarik, intonasi yang membuai perasaan, menjadikan kesenian bangsa kita ni cukup mengasyikkan...

ni pujangga orang pahang, en. roslan madun masa menyampaikan syair dalam satu bengkel di kelab sultan suleiman, kampung baru bulan lepas...
video

psst: napa hebat? sebab risalah Islam berkembang dengan santai di nusantara ni walopun ada sedikit pertentangan dalam penyebarannya...

26 orang adijauhari:

ckLah@xiiinam berkata...

Sedap penyampaiannya...



Ini memang Melayu yang hebat.

~fisha~ berkata...

betul2..still berkembg walaupun ade penentangan..;0

Adinda Amy Sensei berkata...

salam...

singgah...apa khabar ye?

Cik SHiNJU berkata...

Zaman skrg ni berdakwah secara santai lebih berkesan kot..

Miecyber berkata...

Orang Melayu pandai berseni dan kreatif...

Benteng Jerantut di langgar Garuda

ikan emas berkata...

skrg banyak seni yang orang sekarang tak tau...

elok astro buat prgm realiti bersyair nak ?

Mohamad berkata...

Lama tak dengar syair begini.. sayu hati rasanya..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Berlemah lembut dalam dakwah..

shameel Iskandar berkata...

Mneyeru manusia ke jalan Tuhan, adakalanya perlu menyalahi kebiasaan dan menyangahi kelaziman. Yg penting tidak berlaku dosa dan perlanggaran.

Walo songo memang hebat. Berdakwah dgn pendekatan yg dpt diteria oelh masyarakat jawa waktu itu. Itulah uslub dakwah yg digunakan.

abadi romeo berkata...

aku selalu nyanyi lagu dia ni masa jadi Pengakap kat sekolah dulu

akuanakpahang berkata...

Salam, org melayu kita mmg hebat terkadang deme malas nak nunjuk kehebatannya aje :)

Abi Al-Baihaqi (RKA) berkata...

Salam cemomoi,
Ada orang kata, bangsa Melayu Islam di-shortlisted-kan oleh Adolph Hitler sebagai bangsa yang paling baik dan yang paling boleh dipercayai manakala yahudi zionis pula adalah bangsa yang paling perlu dijauhi... sebab itu Adolph Hitler nak hapuskan mereka...

mie berkata...

itulah buktinya..
melayu amsih kreatif dan berwawasan..
ehheee

Jejaka Desa berkata...

Bagei care orang berdakwoh sekarang ni...

Werdah berkata...

Salam cemomoi

berpesan-pesan tentang kebenaran.. agar tak lupa tempat tujuan...

zulkbo berkata...

salam..
aok tak panggir Roslan Madun
nyanyi se dua lagu ter..he he
Lemak Manis pun behhh..

munna berkata...

sedap je layan video ni... patutlah lama tah nampak nama cemomoi... hari ini ada pasar mlm kan kat cemomoi

deena farhana berkata...

chaiyok melayu! buktikan melayu itu tak mudah lupo..

Cikgu Jang .. berkata...

salam....bersua kembali...

kalo hati dah biru, dakwah le kut mane, takmboh jadi hijau....

endiem berkata...

orang melayu dulu bersyair dalam menyampaikan dakwah..

NICK IRFAN berkata...

menarik!

Aanas berkata...

salam tuan cemomoi,
koi tak leh bukak ler video tu.. nah naper.. kat blog Al-Lavendari pun tak leh gak .. so idok ler dapat nak menghayati pesanan en.roslan madun tuh..

Kakzakie berkata...

Salam cemomoi,

Wah cantik sekali madah terucap. Sangkut-sangkut sikit nak dengar. Syahdu menusuk... Nak cedok buat anak masuk pertandaingan syair.

Sebenarnya dah ramai yg bangun tapi yg lenanya duduk di atas itu yg susah....

si para para berkata...

syair yg indah...
tak ada senikata dia ke..
kalau buleh tepek kat blog msti comel.
boleh baca dn hayati :)

cemomoi berkata...

assalamualaikum:

heh, lambat beno menjawab...

ckLah: dulu-dulu tengok filem mlayu lama nak stat je slalu dengo ada syair "tersebut le kisaahhhhhh..."

fisha: suatu yang baru mesti ada yang tak le terima

cik amy sensei: alhamdulillah sihat adanya

cik shinju: dakwah dari sikap dan penampilan atau akhlak lebih baguih rasanya

miecyber: tu la keistimewaan orang mlayu... tayar motor dua bole jadik satu kalu bagi kat mat rempit

ikan emas: pnah gak cadangkan kat rtm... ntah laaaa

cekgu mohamad: macam dengo talkin juga... insaf kejap

abd razak: dakwah bil hal ya ustaz

shameel: tul tu. asal perkara semuanya harus kecuali ada hukum yang jelas tentang halal dan haram. seni dan muzik pon cam tu. kalu salah arah maka jatuh le haramnya

abadi romeo: dah kenal lama le yea

akuanakpahang: takan nak ngamuk baru nak tunjuk kot

abi albaihaqi: bila la orang melayu pulak nak memimpin agama islam macam bangsa arab, parsi, moghul dsb

mie: tonjolkan keistimewaan kita tu

jejaka desa: elok le dipelbagaikan sebab kita berdepan dengan macam-macam jenih manusia

kak werdah: tul tu... tempat persinggahan melepaskan penat.. hilang penat nak berjalan lagi ke tujuan asal

zulkbo: ander lagi klip dia ketnya kalu kluo seme kang ander hok tak rasa cam kita pulok

munna: heh, adaaaa...

pasar malam cemomoi... uii rasa dah bertahun tak pegi

deena: kejap ingat, kejap lupa... gitu je la

cekgu jang: hooo ande hok hati biru, ingatkan biru mata hitamku je

endiem: cuba le bayangkan macam orang tengoh ceramoh kat semejid dok dengo syair satu malam ter...

nick irfan: tertarik???

aanas: cuba lagi.. komplen dulu kat celcom pasal payoh la line kita nih

kakzakie: lena diulit intannnn

elok le bagi kat kengkawan sekolah dia deno... indahnya warisan melayu ni

si para-para: tak ingat. dia bagi tau.. tapi ada juga gurindam dua belas Raja Ali Haji yang dia syairkan... nanti la lain kali ada kesempatan insyaallah akan dikongsikan

cemomoi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.