Jumaat, 29 April 2011

bersiaran dari pulau pinang... mintak mahap kalu tak bertandang kalu sapa tak reti nak bergurindam, sila praktis dengan video ni.

Selasa, 26 April 2011

jangan pandang, pandang!

kejap ada
kejap takde...

***

apabila mata sudah bertentangan
tergeraklah hati ingin berkenalan

apabila senyum sudah diukir
beranilah berjanji tidak,kan mungkir

apabila bertemu berdua-duaan
mudahlah iblis meniupkan bisikan

apabila lupa perintah tuhan
terbukalah jalan ke istana syaitan

apabila tidak mendengar nasihat
mudahlah terjebak le lembah maksiat

apabila sudah terlanjur
malunya dibawa sampai ke kubur

ni saja nak kongsikan contoh sebuah gurindam yang dipetik daripada pembentangan kertas oleh tuan haji hamdan abd. rahman, pensyarah di universiti di pattani.

psst: errr... pelaku dalam video ni takde kaitan dengan gurindam di atas heh!

Khamis, 21 April 2011

, ,

berkira saaaangat!

ada orang pesan!

rugi ke kita?

1. heh! masa zaman dok asrama dulu, time nak semayang ada sorang member tu slalu tunggu pak imam nak abih baca fatihah baru dia angkat takbir. lepas tu bole sama-sama sambung aaaaaamin! (patutnya 'aaa' tu 2 harakat je yea, 'min' tu yang kena panjang sikit)

2. huh! bila lambat ke surau atau semejid, kita slalu tunggu imam bangkit nak-nak time tahiyyat. rela kita tunggu pak imam setel bacaan tu baru kita masuk...

barangkali dua situasi ni kita rasa rugi sebab menunggu. tapi terlupa pulak jika kita awal join solat tu tentulah kita berada dalam zon pahala...

tapi yang tak pnah kita rasa rugi bila kita slalu join kontes sms afundi bio pon tak dapat apa-apa...

Selasa, 19 April 2011

,

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar 3

dunia ni terlalu indah untuk dimusnahkan. tapi bila baca artikel ni, layan pulak lagu rabbani 'pergi tak kembali' buat aku rasa dunia ni tak bererti.

Gambaran Hari Qiamat

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain ialah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab ialah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan ialah perkara pertumpahan darah.

...

sebenonya artikel ni masih panjang. aku pon senak perut bila membayangkan keadaan tu. sesapa yang nak tau lebih lanjut, bole dapatkan:-

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Isnin, 18 April 2011

,

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar 2

sehari di mahsyar seribu tahun di dunia;

*******

Gambaran Hari Qiamat

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
,

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar 1

memanjangkan peringatan yang menakutkan:

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya, "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagungan-Nya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Khamis, 14 April 2011

,

hedonisme

video berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana lelaki yang wujud dalam n3 seblom ni. tapi tertarik untuk menjawab satu soklan dari n3 tu.

lelaki tak le hebat mana. tapi yang menjadikan lelaki hebat ialah pompuan di sebelah dia... dan lebih hebat lagi kalo di keliling dia.... (wuuu mesti ada yang marah ni) sebab tu ada pepatah, 'di sebalik kejayaan sorang lelaki, ada wanita di belakangnya'

manakala di mata lelaki pulak, lelaki yang paling hebat tentu le jeles bila tengok kengkawan yang dah pencen tapi pasang muda ... la la la



* tajuk tu sila gugel je la kalu nak tau maksud dia

pssst: petang-petang ni kalo pekena ubi bakar sedap juga yea... tapi jangan le panas sangat kang rentung pulak

Rabu, 13 April 2011

,

no. 1 bagus ke no 2 yang baik?

bersihkan sawang, lalang dah naik, pokok renek dah tumbuh... huargh! teruknya blog ni yea...

nak amik mood dengan bawak crita basi tapi tetap sensasi

*******

"macam member aku si isa, aku respek tul bila nak kawin dua," joe berseri je muka bila buka crita tu kat aku.

"dia tak kutuk bini dia, gentle memang nak kawin bukan ada masalah ke, tapi besa la, bini dia tak setuju sampai bercerai. dia kawin lagi dengan cekgu. aku nasihatkan dia jangan abaikan anak-anak dia..."

"bagus tul kawan aku ni" pepagi lagi joe dapat pujian.

"bila bini baru dia dapat tau, terbakar le kawan tu... marah-marah. tapi kita kena ingat tu tanggungjawab ayah walopon dah pisah dengan isteri tapi hubungan ayah dengan anak tak pnah putus" kesal je nada si joe, barangkali dengan sikap pompuan yang amik 'hak' orang ni.

" isa penen kepala bila crita kat aku. sudahnya aku kata, cam ni la sa, ko kawin je la balik dengan bini lama ko tu..."

aku melopong je...

"isa garu kepala gak bila aku suruh cenggitu. aku kata senang je justifikasi dia, pertama ko kata je masih sayang kat dia... ala pompuan mesti cair punya kalu kata cenggitu, kedua kita kawin sebab anak-anak perlukan bapak."

"bila bini dia tau dia kawin semula dengan bekas isterinya melenting laaa dia. tapi aku kata dengan isa, senang je justifikasi yang ni... kalo abang gatal nak berbini baik abang cari yang muda... termenung jugak bini dia tu"

"cuma satu je problem beso sekarang ni, ko tau?" joe tersengih macam tak sabar nak dengo respon aku.

aku ngeleng kepala je. sejak tadi tak banyak cakap sebab menyorot crita tu dengan penuh minat...

"heeee... masalahnya sapa yang nak dapat title bini pertama? ibarat kalo isa tu dapat datuk sapa nak jadik datin?"

psst: korang pnah tengok crita madu tiga, kan? dengo kabonya, isa dah kena penyakit tu, "bila dah ada dua bini ni, kan, aku rasa macam nak kawin satu lagi la....."

Rabu, 6 April 2011

,

takyah cari... tv pon dah siar

Rasulullah saw. bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

dan bermenjak-menjak ni, keadaan orang melayu berpolitik semakin gawat. daripada heboh zaman kafir mengkafir, hingga mengusung tilam dan kendiannya beramai-ramai menonton video.

terkesan juga bila ustaz berceramah kat surau baru-baru ni, bercakap, "ni kalu saya sebut gini kang mesti orang kata saya pro puak itu atau puak ini..."

sambil terus mengomel, "kuliah kita ni takde le berkenaan dengan isu video ni cuma apa yang nak saya sampaikan adalah kalau kita tak tau, tak tengok jangan pulak kita tolong nambah-nambah atau memanjang-manjangkan cerita... kang jadik tuduhan ataupun pembawa fitnah pulak..."

"hukumannya berat jika tak dapat buktikan. qazaf lapan ploh kali sebatan..." ustaz sambung lagi komentarnya.

aku lak cuma nak melihat daripada kaca mata adab dan adat:

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah


dari kaca mata Islam, kewajiban seseorang muslim ialah menyembunyikan aib seseorang sebab nanti Allah juga akan menutup aib kita jika kita sembunyikan aib orang tu. dari sudut adat pulak, menggembar-gemburkan isu panas macam ni hingga ditayang di merata-rata akhirnya memberi mesej kepada orang bukan islam betapa teruknya orang melayu - "kata islam tu baik, tapi perangai sama je cam dorang". di kalangan kanak-kanak pulak memberi petanda bahawa "dah polis pon tak marah. orang tua-tua tengok beramai-ramai takan kita tak ble tengok kot..."

pssst: memang le adat dan budaya akan berubah bila hala tuju pemikiran kita juga berubah. tak mustahil kita juga akan jadik macam omputih yang tak kesah bila berboleng di tempat awam kerana perubahan budaya dan pandangan yang kununnya dulu kolot kini semakin maju (dari bertelanjang kepada berpakaian kendian berfesyen sudahnya telanjang balik... herannnnn!)

Isnin, 4 April 2011

beri laluan IKLAN jap

ari tu korang baca, kan paper tentang budak dilanggar keta api? persamaan antara bapaknya dengan aku ialah kami sama-sama pnah mimpi eksiden dan mati.. rasanya hampir sebulan yang lalu, aku tengok tangan aku putus dan bercerai-berai. bila crita kat kawan, dia kata tu tandanya aku panjang umur!

taknak la crita pasal anak... sebab bila memikirkannya macam tak logik lak... jatuh tanpa sebab dan tanda yang dapat ditangkap dek akal dan pengalaman... bila tanya dia selepas dua hari dalam trauma, dia kata ada budak tarik dia... takde sentakan atau respon sama ada dari adik dia yang dok depannya ataupun terasa senget/berat masa kita bawak motor... eh! tercerita jugak hek! tapi apa pon tetap tima kasih kat semua yang mendoakan kebaikan untuk kami sekeluarga. ati pon lebih damai bila dah buat x-ray. semoga Allah jauhkan sebarang kemudaratan kepada kami.

*******

seblom iklan ni bakal menempek kat blog ni, nak tolong orang promot jap ni...

ni hadis mursal yang bertaraf dhaif tapi glamer orang kita gunakan. “9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)


memang perniagaan tu sunnah yang pernah rasulullah s.a.w buat sewaktu kecil baginda dan kemudiannya membawa pula kafilah dagangan siti khadijah r.a. sebelum baginda s.a.w berkahwin dengannya.


rasulullah s.a.w juga pernah mengembala kambing. korang pnah rasa camana nak hendel kambing... sakit jiwa jugak rupanya... yang jantan semedang nak nanduk kita... jadik untuk coolkan kambing tu bagi la pelet ni... kalau lembu makan palet kat tangan, argh! terasa cam layan kucing plak walopon sesekali geli-geleman kat lembu yang nyondol-nyondol manja... ngeh3x seronok jugak tau kalu dok bermesra dengan alam ni. takde le sesakit kepala macam dok opis.


sesapa yang dok bela lembu dalam skala yang besar eeelok le mencuba bisnes ni. sebab selain untuk kegunaan sendiri bole le jugak menjadi agen penjual di kalangan rakan-rakan di kawasan berkenaan.

apa pon kalu berminat bole le tanya sendiri tuan tanah (bukan melalui aku, kang korang kata jadik orang tengah lak):

en. adznizan md wal
013-3434 504
atau erlarge je gambo tu supaya mata lebih sihat menatapnya

pic 1: kompom buatan malaysia,
pic 2: jangan tak kenal rupa palet tu
pic 3: garam bukit untuk lembu minum

Jumaat, 1 April 2011

fool? takde la tapi bingai juga dibuatnya

aku rasa gusar dua tiga hari ni dan cam alasan besa... sori tak melawat rumah kengkawan:

rabu itu ari anak jatuh motor time aku tengah bawak... sibbaik slow tapi kena surgery jugak le... jadik semalam aku amik cuti kecemasan jaga sehari suntuk... tido pon sama cam ayam jugak...

ingat nak sambung cuti jaga anak lagi, tapi dok terima mesej bertalu-talu awal pagi tadi, astaghfirullah, bos sorang daripada pengarah jabatan yang baru je jumpa dalam kursus minggu lepas, dah kembali ke rahmatullah pagi ni dekat kul 5.oo pagi tadi... Innalillah. so pegi juga la ke opis untuk melawat sekali. moga beliau dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal saleh... amin!

aku tak sambut april fool... dan tak dapat nak senyum banyak la ni, so korang layan je la