Ahad, 24 Oktober 2010

kajang pak malau...

teringat lagu yang dinyanyikan oleh nordin ahmad dalam crita sri mersing

tuai padi antara nampak,
esok jangan layu-layuan;
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

emmm... selepas berhempas pulas, malam ni nak jalan jauh. seblom nak g rasa banyak ngat cabarannya. alhamdulillah nampaknya bole setel semuanya... cuma kesulitan yang dilalui sedikit mengganggu emosi. tinggal doa dan tawakkal je yang ada lagi, harap selepas ni tiada lagi masalah

kepada rakan-rakan maya, jika ada kesempatan, insyaallah bule le kita bertemu lagi kat blog ni... andai takde, tapi masih ada umur panjang insyaallah lepas dua minggu sok barangkali kita bule bersilaturrahim kembali. so mungkin dalam tempoh tu, koi tak aktif untuk berziarah ke mana-mana blog kengkawan.

balik nanti insyaallah bule le kita kongsi pengalaman...

Khamis, 21 Oktober 2010

,

sesekali blaja rasa susah...

seminggu ni memang kalut je. walopon masih ada kesempatan untuk waktu berborak dan bertukar pandangan, tapi banyak menda yang nak kena buat segera. rasa kekadang idop ni simple je dan kalu ikut arus rasanya tak le terlalu kompleks. tapi hakikatnya, sepanjang berjalan tu, tentu banyak simpang dan banyak lambaian yang membuatkan ati tertarik untuk singgah dan melilau-lilau jap. ni le yang menyebabkan perjalanan idop menjadi rumit. tu blom dikira dengan tersesat haluan atau tersandung di tengah jalan.

semalam tah apa punya huru-hara, maklumat penting bule miss tengah jalan... nak cari sapa punya keja, nak cari balik salah sapa, nak cari balik hilang kat mana-mana - sebenonya membuang masa sedangkan waktu yang ada sangat singkat. jalan terbaekkk, buat semula! dah siap, nak cari orang yang patut anto pulak takde... aku dah mula pikir macam nasib keta beteri weak tengah jalan dulu - rasa nak mengalah sebab macam nak kalah - cuba dulu, mana tau hek? heeeh! sudahnya aku setat moto dan... jadik PAP (pegawai @ Pembantu Am Pejabat) anta sendirik...

eleh... tak ilang biso ula menyuso aka yo dak? lagipon kita tau kompom sampai kat tangan oghang yang nakkan maklumat tu...

Selasa, 19 Oktober 2010

,

ada ke najis yang halal?

asal crita tentang ikan, melarat ke telo belangkas, kendian napa telo penyu halal tapi daging dia haram...

penah dengo crita kopi taik musang? dulu heboh kopi dari indon ni yang difatwakan oleh ulama kita, kan? sambil sembang dengan kawan aku, dia berikan pendapat, "aku rasa tak betul fatwa tu..." aku tak kata ia atau tidak.

dia teruskan penerangannya. "sebenonya, hebat Allah jadikan menatang ni. kat kampung aku dulu (Johor)..." dia menyambung... "kami biasa buat keja ni. musang ni, dia makan kopi yang paling baik je... buah kopi yang tak elok, dia tak makan"

"ooo... gitu ke?"

"haa, dia bukan makan semua biji kopi. dia pilih yang sedap-sedap je, macam kita juga..."

"heh! aku ingat dia blasah semua..."
"takkk! macam tupai juga. bukan semua durian dia tebuk. isi yang best je" dia tegakkan badan, serius je nampaknya. "ok, sebab apa aku kata tak betul fatwa tadi... ko penah dengo durian taik gajah?"

"tak! cuma penah dengo gajah makan durian ada la..."

"ko tau camana gajah makan durian?" aku ngeleng kepala. "dia balut dengan rumput tebal-tebal jangan kena duri tu, baru dia makan. bila dia melepas, tu la durian taik gajah. durian tu la orang balun... sedap!!!" memek muka dia sesekali buat aku tersenyum sambil telan air liur.

"jadiknya, ada dua isu la kat sini" aku pulak tunjuk terer. "pertama, musang makan biji kopi yang terbaik dan kedua, bukan kopi taik musang tu yang sedap tapi biji kopi yang terbaik yang dipilih dek musang tu la yang sedap. cuma dah jadik taik?" aku buat hipotesis.

dia ketawa mengangguk... "ha, tu la hebatnya menatang ni" "lagipun, kopi ni macam kuaci juga, ada lapisan yang kena buang baru dapat isinya..."

"abih tu tang gajah tu... buat apa dia telan durian dengan kulit skali? sedangkan yang sedapnya durian tu isi dia, bukannya kulit dia. kalu cenggitu, dia cuma makan rumput je la tapi dibalut pada durian tu" aku minat pulak crita gajah makan durian. selama ni aku ingat dia kopek time nak makan.

"ko tau apa sebabnya? bau durian tu sedap... dia pilih durian terbaik je..."

"hoooo... jadik dia makan rumput berperisa durian le ni... heee amik bau je laa..."

pssst: gitu le crita kawan aku tentang gajah makan durian yang dia kata diberitahu dek orang asli. kalu nak sahih, korang tanya la pada mana-mana orang asli plak

Isnin, 18 Oktober 2010

aku tengah kalut jadik nak merepek jap

sementara menunggu waktu rehat abih... nak kontek orang, semuanya sibuk berehat jadik aku melalut le dulu

aduhai langit yang mengerti tentang usia
dingin pagi menggigit tulang
sum-sum terasa enak
diselimuti embun

aduhai langit yang mengerti lajak waktu
remang panas meruwap
recik peluh keringat meleleh
kunang mataku menangkap gelegak maya

aduhai langit yang mengerti alpa manusia
sesekali bertempik guruh
gerimis sedih hujan menangis
memangkah kilat memalit petir
menyentak tangkai jantung
kita sekadar berdiam
seketika

aduhai lagit yang mengerti kesal
merangkak payah dalam kedutan senja
menarik gebar malam dalam kecewa
tiada yang berasa
kerana kita masih leka
dinihari bertandang
kita sudah lena
masih ada yang bersuka-ria
aduhai langit yang kecewa

Khamis, 14 Oktober 2010

mumia tadak laaaa

malam tadi depan hotel ada eksiden... aku dengo, bedebommm! terus terpa ke tingkap. sebiji keta suv langgo keta lama dok parking tepi jalan depan kedai mamak. apa lagi, orang yang minum kat sini abih pakat dok kerumun la. gamaknya dia gabra, try nak lari. heh! pintu tak kunci, polis pon ramai lepak situ... kantoi la.

...

banyak tul koleksi uncle ni. kalu korang tengok mesti rambang mata. macam-macam ada. kamera yang p. ramlee guna masa crita 'masam-masam manis' pon ada.

ikut ceritanya, mamu haji mustakim ni anak kepada peniaga barang lama sejak 1950-an lagi. dok hari-hari tolong paknya, dia pon minat dengan semua barang antik ni. kendian dia sambung bisnes ni sampai la tahun-tahun 1980-an dia berenti berniaga barang tersebut dan mula menyimpan sebagai koleksi peribadi.

la ni, dia dah buat rumah 3 tingkat untuk isi koleksi tu. bila tanya kat mami, "tadak rasa apa-apa ka mami?" "uih! mami kalu tadak mamu, tak mau tidoq sini!" dah macam-macam dia nampak dan rasa. cuma mamu kata, "biaq pi la dia, bukan kita dok kacau dia...."

"anak-anak mamu tak brapa minat semua menda ni..." "takpe, mamu bagitau je, kalu tadak tempat nak isi, nanti kami mai dok punggah semua" heh, kami bodek abih nak dapatkan barang mamu. mamu pulak dengan murah ati sedekahkan banyak juga untuk diletakkan di sebuah galeri yang bakal kami bangunkan kelak.

dulu aku datang, rumah mamu nampak berseri, tapi kali ni kurang sikit... aiseh! anak mami tadak la pulakkkkkk

Rabu, 13 Oktober 2010

tuan shadiq sepak raga saudagar barang purba...

3.00 p.m, pulau pinang
aku ni suka juga la kat barang-barang antik.

selain ada duit syiling dan duit kertas lama (yang tak berapa keping tu), aku minat tengok barang antik. penuh dengan seninya. tapi takat tengok je la... maklum le, tak sanggup aku nak perabih duit untuk memilikinya. kang tak makan pulak anak bini. aku nak kongsikan sikit crita buat keja hari ni. pnah tengok streka lama? untuk kali ni, meh kita tengok koleksi streka je dulu...

yang ni dah biasa kita tengok kot?

yang ni ialah streka elektrik terawal.

camana orang melayu dulu-dulu nak gosok baju? p. ramlee pnah tunjukkan dalam crita seniman bujang lapok... letak bawah tilam dan himpit dengan batu-bata supaya baju jadik kemas dan tak berkedut hek... sebenarnya orang melayu pon ada streka dia... huuu ini la design streka orang melayu dulu-dulu seblom adanya streka yang di atas tadi. nampak tu, bukan keris atau parang panjang je ada tulisan jawi aaaa...

camana nak guna? yang tu korang tanya la kat orang tua-tua yang pnah merasa guna streka ni...

Isnin, 11 Oktober 2010

amik perhatian

sekadar memanjangkan peringatan keselamatan ni:

PLEASE FORWARD IT TO ALL WHOM YOU CARE

mobile
Don't put your mobile closer to your ears until the recipient answers, Because directly after dialing, the mobile phone would use it's maximum signaling power, which is: 2watts = 33dbi. Please Be Careful. Please use left ear while using cell (mobile), because if you use the right one it may affect brain directly. This is a true fact from Apollo medical team.
app fizz
Do not drink APPY FIZZ . It contains cancer causing agent.
mentos
Don't eat Mentos before or after drinking Coke or Pepsi coz the person will die immediately as the mixture becomes cyanide. Please fwd to whom u care
kurkure
Don't eat kurkure because it contains high amount of plastic if U don't Believe burn kurkure n u can see plastic melting. Please forward to all!!!!!!!!! !! News report from Times of India

Avoid these tablets as they are very dangerous
* D cold
* Vicks action- 500
* Actified
* Coldarin
* Co some
* Nice
* Nimulid
* Cetrizet-D
They contain Phenyl- Propanol -Amide PPA.Which Causes strokes, and these tablets are banned in U.S.
Cotton Ear Buds
Cotton Ear Buds... (Must read it) Please do not show sympathy to people selling buds on roadside or at Signals..... Just wanted to warn you people not to buy those packs of ear buds you get at the roadside. It's made from cotton that has already been used in hospitals. They take all the dirty, blood and pus filled cotton, wash it, bleach it and use it to make ear buds. So, unless you want to become the first person in the world to get Herpes Zoster Oticus (a viral infection of the inner, middle, and external ear) of the ear and that too from a cotton bud, DON'T BUY THEM!

Please forward to all this may be helpful for someone... Please forward to all your near and dear ones...!

Dr. T. S. Roy MD, PhD
Professor
Department of Anatomy
All India Institute of Medical Sciences
New Delhi - 110 029
Phone: 91-11-26594880 91-11-26594880
Fax: 91-11-26588663, 26588641

Dr Rima Dada, M.D., Ph.D(Genetics) , MAMS
Associate Professor,
Dept of Anatomy,
All India Institute of Medical Sciences(AIIMS)
New Delhi
110029-INDIA

Jumaat, 8 Oktober 2010

dah rasa biasa la pulak

dah dekat, dah dekat... ye memang dah dekat!

hari ni last syawal heh? so sebelum tamat, bahagian kat opis aku buat le jamuan penutup open house ni. tapi dengo kabo masih ramai lagi yang berhajat nak buat, cuma blom berkesempatan je lagi.

dulu zaman kanak-kanak, kalu kami beraya selepas 3 hari raya, orang kampung tak berapa nak layan lagi dah. bila dah beso sikit, syawal mula disambut sebulan sebagai membalas dendam berposa sebulan (gamaknya la). tapi semenjak setahun dua ni, open house dah melangkaui bulan syawal la pulak. dasat betui kita beraya yea...

"takpe, kita buat sekali dengan nyambut deepavali dan raya haji!" kata member aku...

"akak tak bule amik order la, skang ni fully booking sampai 17 ni..." kata kak raja, sorang keterer femes yang sering berurusan dengan jabatan kitorang. dua tiga menjak ni pon, aku tengok memang tak menang tangan dia serv beberapa function... bila diusik, "ala, katering ni idop senang bole la, kaya tidakkk..."

pssst: ops! kabonya 17 ni pon aku ada reunion kat kemensah waterfall. kira sekali nyambut raya... huu raya lagiiii
nasib ko la lemang ketupat, dah rasa tak eksklusif lagi dah...

Rabu, 6 Oktober 2010

labbaikallah...

heh... jemaah aji dah standby yea... yang aku ni, nak g aji lambat lagi... simpanan pon tak cukup... baru je nak cukup, tabung aji bagi tau lagi: "kos haji meningkat lagi tahun... bla, bla, bla..." dah camana. bila daftar je aji, mak oi... panjangnya senarai menunggu yea...

ni gambar yang jarang dapat kita lihat. orang yang g aji pon mungkin sekadar melihat pintu je... ini le maqam rasulullah s.a.w

bagi yang tak tau, orang kafir pnah cuba untuk menceroboh maqam rasulullah s.a.w. kalu tak silap perancangan ini dah lama dah. pnah dikatakan orang portugis zaman melaka dulu pon pnah bercita-cita nak buat keja jahat tu, tapi Allah tak izinkan. jadik gagal le perancangan jahat mereka
insyaallah kalu berkesempatan dapat le kita ziarah maqam rasulullah s.a.w nanti bila menunaikan rukun islam yang terakhir tu. eelok juga kalu dapat g dalam usia muda yea

Sabtu, 2 Oktober 2010

REFORMASI di MASJID

pergh! azabnya nak upload

...

dulu time aku bagi ceramah (bukan ceramah agama heh), aku selalu tanya pada peserta bila tengok dorang dah mula hilang kosentrasi dan mamai je:

soklan: waktu bila paling sedap tido? (huuu... tektik bagi dorang membulatkan mata, senaman mata le tu)

macam-macam jawapan akan kedengaran. dan jawapan yang buat aku tak bule lawan argue...

"masa ngantuk la" ... heee, memang tul le kalu dah ngantuk, sedap le tido ye dak. sama macam sedap makan waktu lapar. tapi tentu le bukan itu jawapan sepatutnya. sebab akan ada orang kata, "pokok ceri pokok dedap, makan free paling sedap."

k, back to d question, sapa ble jawab, waktu paling sedap tido?

oleh sebab aku tak dengo korang jawab, jadik biar aku tolong jawabkan... dua waktu paling sedap tido, pertama time ceramah dan kedua waktu paling enak sekali tido ialah time khutbah jumaat.

dah dapat jawapan tu, jadik kita balik semula pada tajuk n3 plak. ia tidak berkait dengan perarakan reformasi sebuah parti di masjid sebaliknya, perubahan dalam penyampaian khutbah, ceramah dan sebagainya. hari ni berkesempatan semayang di masjid petaling jaya. sejak aku tukar tempat keja tahun lepas, baru kali ni berkesempatan solat jumaat kat sini. dah ada perubahan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian khutbah. ia dah diiringi dengan penggunaan slide dan powerpoint. syabas! barangkali dapat le mengurangkan jumlah jemaah yang terketiduran waktu khutbah. dan aku rasa para ustaz-ustaz patut tukar kaedah berceramah dengan mengadakan slide dan lebih advance lagi, kalu bule buat le sedikit movie supaya orang lebih tertarik untuk datang dengo ceramah. dan terlebih penting dari itu juga, kalu ada jemaah yang suka mencatat, mungkin tak ter'miss' fakta.

heh, tapi kalu dah kaki tido tu buat la camana pon, gempa bumi sekalipon, gasak la... dia tak kesah punya... ye dak?