Rabu, 31 Oktober 2018

Dari Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka."

(HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah


Daripada Abu Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda:



"Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah"

(HR Bukhari No: 53) Status: Hadis Sahih


Daripada Sa'd bin Abu Waqash bahawasanya dia mengkhabarkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:




"Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu".

(HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih


Selasa, 30 Oktober 2018

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq RA yang menyatakan:


“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.”


(HR. Abu Daud No. 2970)





Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?”

Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.”

(HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi


Dari Abu Musa RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?"
 
Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya".

(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih


Isnin, 29 Oktober 2018

kebolehan menulis dan juga melukis yang dianugerahi Allah telah sikit sebanyak menambahkan koleksi peribadi aku. Alhamdulillah di setiap tempat aku bertapa, ada sesuatu yang aku tinggalkan. di sekolah menengah, dua cerpen telah diterbitkan dalam dua majalah sekolah yang berlainan. di universiti aku dilantik sebagai exco penerbitan sudah tentu ada sentuhan di situ dengan artikel dan juga kartun untuk dua buah persatuan, persatuan kebajikan anak-anak Pahang (pkap) dan sebuah persatuan pelajar islam ukm.

bila aku mula bekerja di dbp, ada gak artikel aku tertepek di majalah dbp dan dua buah buku yang aku turut bantu menyelenggarakannya. di sini, aku didedahkan dengan teknik penulisan teks ucapan perasmian program. bila pindah ke sebuah jabatan lain setelah mendapat jawatan tetap, beberapa tugas penyelidikan dan penulisan artikel serta penerbitan buku telah terhasil di sana. seronok sungguh apabila melihat kerja tangan kita berjaya disudahkan. di sini juga, teks ucapan aku yang telah dibaca oleh beberapa orang menteri dan vip berjaya aku kompilasikan namun sekadar untuk simpanan peribadi. malangnya buku tersebut telah diserang anai-anai tapi tidaklah sampai memusnahkannya.

paling seronok nak diperkatakan mengenai kerja penulisan ini bila aku diminta bertugas di sebuah jabatan yang memang berteraskan penyelidikan. ada banyak pengalaman tersebut telah aku tulis di blog ini seperti di sini, sini, dan sini dan arghhh! korang kobek je la. kebanyakannya berlaku di sekitar 2010.

aku juga pnah diminta untuk memenuhkan slot penulisan patriotik di laman web merdeka pada tahun 2007. rasanya laman web yang menarik dan interaktif tu dah ditutup beberapa tahun kemudian. sayang tul sebab dia mengandungi rentetan perjalanan sejarah negara.

pada 2014 aku menerima satu tugas berat menghasilkan sebuah buku. beratnya kerana bermula dengan 2 helai A4 yang maklumatnya cuma copy paste, aku kena jadikan sebuah buku yang mengandungi fakta sejarah yang betul. berat nanang tuuu... sapa nak bertanggungjawab dengan fakta... kerana ia terdedah kepada kontroversi dan perbahasan... kerana pengalaman dan keseronokan menulis buku, aku buat sorang-sorang. walaupun jawatankuasa dibentuk, hakikatnya akulah jawatankuasa itu. Alhamdulillah, ada beberapa ahli yang benar-benar membantu membekalkan maklumat untuk aku garap hingga menjadi sebuah buku yang kemudiannya dirasmikan oleh TPM!

(pic last tu nampak cam riak jeee... nauzubillahi min zalik. sebenonya tujuan bergambo begitu untuk merakamkan satu lagi hasil kerja tangan aku selain lukisan yang menjadi latar lokasi)
 
 

Dari Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya. Sebab siapa saja yang mencari-cari kesalahan mereka, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Maka siapa saja yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya meskipun ia ada di dalam rumahnya."
 
(Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan



Dari Abdullah ibn Masud RA beliau berkata : Kami berada di sisi Nabi SAW, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi SAW :

“Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging!

Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.”

(HR Thabarani No: 13145) Status: Hadis Sahih


Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya bahawa Rasulullah SAW  bersabda:

Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.

(HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih


Jumaat, 26 Oktober 2018

Daripada Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda :

Jika kamu bertiga, maka janganlah dua orang berbisik antara keduanya tanpa seorang lagi, hingga kamu bergaul dengan manusia. Kerana (perkara) itu membuatnya sedih.

(HR Bukhari No : 6290) Status : Hadis Sahih


Dari Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW memegang kedua bahuku seraya bersabda:

"Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara",

Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di pagi hari, jangan tunggu sampai petang hari. Jika engkau berada di petang hari, jangan tunggu sampai pagi. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.”

(HR. Bukhari No: 6416) Status: Hadis Sahih



Dari Al Miqdam RA dari Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya (bekerja) sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud AS. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri."

(HR Bukhari No: 1930) Status: Hadis Sahih


Khamis, 25 Oktober 2018

Dari Al Miqdam bin Ma'dikarib Az Zubaidi dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Tidak ada yang lebih baik dari usaha seorang laki-laki kecuali dari hasil tangannya (bekerja) sendiri. Dan apa sahaja yang dinafkah oleh seorang laki-laki kepada diri, isteri, anak dan pembantunya adalah sedekah." 

(Sunan Ibnu Majah No: 2129) Status: Hadis Sahih


Dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda:


'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah).

Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), karena sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan*"

(HR Muslim No: 4816) Status: Hadis Sahih




Dari ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua putrinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi.
Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka Baginda bersabda:

“Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini, maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya”.*

(HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih


Isnin, 22 Oktober 2018

Dari Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan:

"ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka).

Dan baginda apabila mengirim ekspedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak.

Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah.

(Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim)

Dari Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.”

(HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan



menjadi perfect adalah impian sume orang... dalam seni juga aku ingin jadik perfect malangnya aku cuit sana sikit, sini sikit akhirnya tak jadik hapa... keh!3x. kartun menjadi bidang utama dalam cabang seni yang aku ceburi. dalam pada itu aku cuba lukih potret, terkial-kial. hasilnya tak pnah memuaskan dan tetap ada pengaruh kartun... aku cuba juga mengukir dan bertukang bahkan membuat kerja tangan membuat kolam ikan untuk meluahkan ekspresi seni dengan medium berbeza.

satu lagi cabang seni yang aku ceburi dan slalu jadik bahan contengan waktu mesyuarat ialah seni khat. oleh kerana aku minat juga seni lukisan cina, maka dalam lukisan aku, aku terapkan khat sebagai ganti tulisan cina. kesempatan untuk menerapkan kemahiran menulis khat ini aku lebarkan ketika aku bertugas di sebuah jabatan yang memang menjaga warisan bangsa.

approach yang aku gunakan ialah belajar tulisan jawi menerusi khat. kebiasaannya orang belajar jawi hanyalah melalui kaedah ejaan bahasa melayu yang dipindahkan daripada tulisan rumi kepada jawi. belajar tatabahasa dan nahu ni suatu yang boring gila bagi kebanyakan orang. justeru, aku gunakan khat dengan harapan apabila kita pandai menulis jawi dengan cantik, minat untuk mempelajari jawi akan berkembang. lazimnya khat tertumpu kepada penulisan ayat suci al-quran dan hadis. dalam hal ini, aku mohon penceramah yang juga rakan sefakulti dulu untuk menerapkan bahasa melayu dalam penulisan khat tersebut... amik je la pepatah ke, kata-kata hikmah ke, janji dorang tulis jawi, bukannya tulis arrob!
 


Jumaat, 19 Oktober 2018

Rasulullah SAW bersabda:


“Setiap perbuatan baik yang di dalamnya tidak dimulai dengan pujian kepada Allah, maka perbuatan tersebut terputus (dari rahmat Allah).”

- (HR. Ibnu Hibban).


Al-Faqih Abu Laits r.a. berkata:

“Barang siapa memelihara tujuh perkara, maka ia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan para malaikat; Allah akan mengampuni dosanya meskipun banyaknya seperti buih lautan; ia akan merasakan nikmatnya melaksanakan ketaatan; dan hidup-matinya akan berada dalam kebaikan. Ketujuh perkara itu adalah:


1) Membaca basmallah setiap akan melakukan sesuatu;
2) Membaca hamdalah setiap kali selesai mengerjakan sesuatu;
3) Membaca istighfar setiap kali melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat;
4) Mengucapkan insya Allah setiap kali berjanji untuk melakukan sesuatu;
5) Mengucapkan, "Laa haula wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim," setiap kali menemukan sesuatu yang tidak disenangi;
6) Mengucapkan "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raji’uun," setiap kali tertimpa musibah;
7) Banyak-banyak membaca laa ilaaha illallah Muhammadur rasulullah, baik siang hari maupun malam hari.”


--- Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nashaihul Ibad.

Khamis, 18 Oktober 2018

“Hendaklah kalian banyak mengucapkan, "Laa ilaaha illallah" dan beristighfar, sebab iblis berkata: ‘Aku membinasakan manusia dengan merayunya untuk berbuat dosa, namun mereka membinasakanku dengan kalimat: "Laa ilaaha illallah" dan beristighfar. Ketika aku melihat yang seperti itu, maka aku akan membinasakan mereka dengam merayunya untuk mengikuti hawa nafsu mereka yang dengan begitu mereka menyangka bahawa mereka dalam petunjuk.”

- (HR. Ahmad dan Abu Ya’la).

“Barang siapa selalu membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan untuk dirinya jalan keluar daripada semua kesulitan, menjadikan kegembiraan dari semua kesusahan, dan akan memberi rezeki kepadanya dari jalan yang tak diduga-duga.”

- (HR. Ahmad, Abu Dawud,dan Ibnu Majah).


Rasulullah SAW bersabda:


“Mahukah aku tunjukkan kepada kalian mengenai penyakit kalian dan ubatnya untuk kalian?” bahawasanya penyakit kalian adalah berbuat dosa sedangkan ubatnya adalah beristighfar.”

- (HR. ad-Dailami).


Rabu, 17 Oktober 2018


HAYATI KISAH INDAH PENUH HIKMAH


Diriwayatkan bahawa Yunus bin Abdi Al-'Ala, berselisih pendapat dengan sang gurunya, iaitu Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'i (Imam Asy Syafi'i) saat beliau mengajar di Masjid.


Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis itu dalam keadaan marah...
Kala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk ... Ia berkata : "Siapa di pintu..?" Orang yang mengetuk menjawab : "Muhammad bin Idris."
Seketika Yunus berusaha untuk mengingat semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris yang ia kenal, kecuali Imam Asy Syafi'i..
Saat ia membuka pintu, ia sangat terkejut dengan kedatangan gurunya, iaitu Imam Syafi'i..
Imam Syafi'i berkata : "Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus berpisah..?
Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbezaan pendapat...
Terkadang, meraih hati orang lain itu lebih utama daripada meraih kemenangan atasnya..
Jangan engkau bakar jambatan yang telah kau bina dan engkau lewati di atasnya berulang kali, kerana boleh jadi, kelak satu hari nanti engkau akan memerlukannya kembali...
"Berusahalah dalam hidup ini agar engkau selalu membenci perilaku orang yang salah, tetapi jangan pernah engkau membeci orang yang melakukan kesalahan itu. Engkau harus marah saat melihat kemaksiatan, tapi berlapang dadalah dan bimbinglah para pelaku kemaksiatan..
Engkau boleh mengkritik pendapat yang berbeza, namun tetap menghormati terhadap orang yang berbeza pendapat..
Kerana tugas kita dalam kehidupan ini adalah menghilangkan penyakit, dan bukan membunuh orang yang sakit.."
Maka apabila ada orang yang datang meminta maaf kepadamu, maka segera maafkan...
Apabila ada orang yang tertimpa kesedihan, maka dengarkanlah keluhannya. Apabila datang orang yang memerlukan, maka penuhilah keperluannya sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadamu..
Apabila datang orang yang menasihatimu, maka berterimakasihlah atas nasihat yang ia sampaikan kepadamu.
Bahkan seandainya satu hari nanti engkau hanya menuai duri, tetaplah engkau untuk senantiasa menanam bunga..
Kerana sesungguhnya balasan yang dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Dermawan jauh lebih baik dari balasan apapun yang mampu diberikan oleh manusia.."
Beliaupun menangis dan merangkul Sang Imam sembari mohon maaf dan berterima kasih atas nasihatnya.
 

 


“Ucapkanlah "Llaa ilaaha illallah" dan "Allahu Akbar"; ucapkanlah "Subhaanallah" dan ‘"Al-hamdulillah"; dan ucapkanlah "Tabaarakallah". Sebab semua ucapan itu merupakan lima perkara yang tidak ada perkara lain yang boleh menyamainya.”

- (HR. Ibnu Sharshari).


Rasulullah SAW bersabda:


“Ucapan yang paling disenangi oleh Allah ada empat, yaitu; Subhanallah, Al-hamdulillaah, Laa ilaaha illallah, dan Allahu Akbar. Tidak masalah bagimu untuk memulai daripada lafazh yang mana dalam mengucapkannya.”

- (HR. Muslim dan Nasa’i).


Rasulullah SAW bersabda:


“Janganlah kalian banyak bicara selain berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak berbicara selain berzikir dapat menyebabkan hati keras, padahal manusia yang jauh daripada nikmat Allah adalah orang yang memiliki hati yang keras.”

- (HR. al-Tirmidzi).






Selasa, 16 Oktober 2018

sebab dek sekolah dan sebab dek kerja la kita berpeluang merayau keliling banyak tempat... nak harap duit poket sendiri tentulah susah sket... manjang ada bajet yang akan lari kalu kita nak enjoy tak tentu hala.


bekerja di dbp, aku berpeluang berkeliling di serata caruk di semenanjung, di kuching, sarawak dan kota kinabalu, sabah. kat dbplah kali pertama aku naik kapal terbang bila berpeluang ke sabah untuk membuat program pengembangan bahasa melayu di sana. selain buat program dan pameran promosi penggunaan bahasa melayu yang hanya terhad di kawasan bandar, peluang ke bandar-bandar lebih kecil khususnya di semenanjung terhidang apabila aku diminta menggantikan tempat member untuk membuat penilaian penggunaan bahasa pada papan iklan (billboard). ada pertandingan untuk menggalakkan syarikat pengiklan menggunakan bahasa melayu yang indah dan betul. anugerah yang disediakan bergelar 'citra wangsa', dulunya pnah disampaikan oleh mantan TPM, DSI Anwar Ibrahim sekitar 1997-98.


bila dapat keja tetap, tugas aku kali ini memang memberi ruang dan kesempatan untuk berjalan seantero malaysia dan sekali ke luar negara, australia. sebagai pewawancara, aku diberi tugas merakamkan pengalaman individu dalam pelbagai topik khasnya pembinaan sejarah negara. daripada bekas duta, ketua setiausaha negara, pemimpin politik hingga kepada orang kampung aku jumpa untuk diwawancara. tugas ini memerlukan ketahanan mental dan minat yang mendalam... bukannya apa, bila dengo orang bersembang berejam-jam maunya tak kematu telinga, mata ngantuk, boring, penat dan sebagainya. jadik kena ada teknik dan kekuatan mental yang baik untuk berhadapan dengan karekter orang yang ditemu ramah.

pnah temu ramah Tan Sri (Tun) Ahmad Sarji yang orangnya serius gila, Pak Kuswadita yang berlakon dengan p.ramlee dalam bujang lapok dan sebagainya, dengo crita tentang tok janggut daripada sorang tua di klate yang bahasanya tak begitu jelas dek telinga aku dan payoh nok pehe loghatnya, menemu ramah Tun Siti Hasmah yang sporting, melayan kisah yang pnuh semangat daripada ahli gerakan Kiyai Haji Salleh Selempang Merah, cerita politik, perang dan macam-macam lagik... adoyai pnah memujuk hampir dua jam sorang bekas komunis melayu untuk berkongsi kisah idopnya, barulah dia bersetuju termasuk melihat peluru yang masih dok melekat bawah kulit tangan sorang makcik yang juga bekas komunis...

di bawa masuk ke tokong, kuil, gereja, perkuburan lama, perkampungan orang asli dan macam-macam lagi tempat yang kekadang tak pernah terpikir kerana melaksanakan tugas sebegini. bila diminta ke sebuah jabatan lain, langkah aku makin panjang kerana diberi peluang ke filipina, china dan singapura. sedangkan yang dalam negara meredah bandar dan caruk kampung. pulau-pulau kecil di sekeliling langkawi sempat juga jejakkan kaki.


kerana aku suka melihat dunia dari sisi lain, besanya aku akan merayau di tempat yang tidak menjadi tumpuan. maka lahirlah crita begini, begini dan begini.

Rabu, 10 Oktober 2018

Rasulullah SAW bersabda:


“Perbanyaklah kalian berzikir kepada Allah swt dalam segala keadaan, kerana sesungguhnya tidak ada amal yang lebih dicintai oleh Allah dan lebih menyelamatkan seseorang daripada semua keburukan dunia dan akhirat daripada berzikir kepada Allah.”

- (HR. Ibnu Sharshari).


Jika engkau melakukan dosa, lalu engkau segera bertaubat dan menyesali atas semua dosa, maka itu akan menjadi sebab tersambungnya dirimu kepada Allah. Namun, jika engkau melakukan ketaatan disertai dengan ujub, bangga diri, dan sombong, itu bisa menjadi sebab terputusnya dirimu daripada Allah.


Sebagaimana juga tubuh, hati juga dapat terserang penyakit. Penyakit hati adalah segala sesuatu yang dapat merosak pandangan dan kehendak. Pandangan rosak kerana berbagai hal yang syubhat sehingga ia tidak dapat melihat kebenaran atau melihatnya dalam keadaan berbeza. Sedangkan kehendaknya sakit kerana membenci kebenaran yang bermanfaat dan mencintai kebatilan yang membahayakan dirinya.”


– Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj al-‘Arus, syarah oleh Dr. Muhammad Najdat.

“ORANG yang hatinya sakit tidak akan boleh mengenakan baju ketaqwaan. Jika hatimu terbebas daripada segala penyakit nafsu dan syahwat, engkau dapat memikul beban taqwa. Orang yang tidak merasakan manisnya taat, bererti hatinya sedang sakit akibat syahwat. Dalam Al-Qur’an, Allah menyebut syahwat sebagai penyakit. Allah berfirman bermaksud,


“Orang yang di dalam hatinya ada penyakit pastilah menginginkannya.” - (QS Al-Ahzab [33]: 32).


-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj Al-‘Arus


Selasa, 9 Oktober 2018

SUATU hari, Imam Syaqiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim al-Asom "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu daripadaku?" "Sudah 33 tahun," jawab Hatim.

"Apa yang telah engkau pelajari, selama 33 tahun ini?" Tanya Imam Syaqiq. "Hanya 8 perkara," jawab Hatim.


"Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun! Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun engkau hanya mempelajari 8 perkara daripadaku?" Ucap Imam Syaqiq kehairanan. "Benar yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 perkara sahaja, aku tidak mahu mendustaimu," jawab Hatim.

"Cuba sebutkan 8 perkara yang telah kau pelajari itu!" Kata Imam Syaqiq. Hatim al-Asom pun berkata:

"Pertama:  Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih. Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kubur, lalu meninggalkannya sendirian di sana." "Maka, aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku, sehingga ketika nanti aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku."

"Kedua: Aku merenungkan firman Allah bermaksud: "Dan adapun orang² yang takut kepada Kebesaran Rabbnya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka syurgalah yang akan menjadi tempat tinggalnya."  - (Surah al-Naazi'aat [79] : 40-41). "Aku sedar, bahawa Firman Allah pastilah benar, maka aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah."

"Ketiga: Kuperhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu kupelajari Firman Allah bermaksud: "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal."  - (Surah al-Nahl [16] : 96). "Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yg berharga, aku pun sedekahkannya di jalan Allah, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya."

"Keempat: Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab. Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tiada apa²nya, di kala aku membaca firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya, orang yang paling mulia di sisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian." - (Surah al-Hujurat [49] : 13). "Kerana itulah, aku pun beramal untuk mewujudkan taqwa, agar aku memperolehi kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta'ala."

"Kelima: Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan punca semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari Wahyu Allah bermaksud: "Kami telah membahagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia." - (Surah al-Zukhruf [43] : 32). "Aku pun sedar, bahawa semuanya telah dibahagi oleh Allah. Maka aku tinggalkan sifat hasad (dengki), kujauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun."

"Keenam: Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah telah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh (mu)." - (Surah Fathir [35] : 6). "Oleh sebab itu, kutinggalkan permusuhan dengan manusia dan kujadikan syaitan sebagai satu²nya musuhku. Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab Allah sendiri yang telah menjadikan syaitan sebagai musuhku."

"Ketujuh: Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal² yang diharamkan oleh Allah. Lalu kuperhatikan Firman Allah bermaksud: "Dan tiada suatupun binatang melata di bumi, melainkan Allah telah menanggung rezekinya." - (Surah Hud [11] : 6). "Aku sedar, bahawa diriku adalah salah satu daripada yang melata itu, dan Allah Ta'ala telah menjamin rezekiku. Oleh kerana itu, kusibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah diberikan oleh Allah dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yang telah dijamin oleh Allah untukku."

"Kelapan: Aku melihat semua orang bergantung kepada makhluk Allah. Ada yg bergantung kepada ladangnya, bergantung kepada perniagaannya, bergantung kepada pekerjaannya, dan bergantung kepada kesihatan jasmaninya. Akupun kembali kepada Firman Allah bermaksud: "Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya." - (Surah al-Talaq [65] ). "Oleh kerana itulah, aku pun bertawakal (bergantung) kepada Allah yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah pun mencukupi semua keperluanku."

 Mendengar jawaban daripada Hatim al-Asom tersebut kemudian Imam Syaqiq al-Balkhi berkata:
"Wahai Hatim, semoga Allah memberimu taufiq. Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran. Dan kutemukan bahawa semua jenis kebaikan dan ajaran agama, berkisar pada 8 perkara yang tadi telah engkau sampaikan. Barangsiapa mengamalkan 8 perkara tersebut. Maka bererti, dia telah mengamalkan isi daripada 4 kitab suci."
 


Suatu hari Sayidina Umar mendatangi rumah Nabi saw, sedang Nabi tidur di atas tikar yg dibuat dari serat, sehingga terbentuklah kesan tikar tersebut di lambung Baginda. Tatkala Umar melihat hal itu, maka dia pun menangis. Nabi yang melihat Umar menangis kemudian bertanya: "Apa yang engkau tangisi wahai Umar?".

Umar menjawab: "Sesungguhnya bangsa Parsi dan Rom diberikan nikmat dengan nikmat dunia yang sangat banyak, sedangkan engkau dalam keadaan seperti ini?

Nabi pun berkata: "Wahai Umar, sesungguhnya mereka adalah kaum yg Allah segerakan kenikmatan di kehidupan dunia mereka”

[HR al-Bukhari]


ABDULLAH bin ‘Amr bin ‘Ash r.a. mengatakan:


"orang yang memiliki lima perkara berikut ini akan bahagia di dunia dan di akhirat, yaitu:


1) Banyak-banyak mengucapkan, "Laa ilaaha illallah Muhammadur rasulullah". (Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah);


2) Setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: "Innaa lillaahi wa innaa ilahi raji’uun, wa laa haula wa laan quwwata illa billlahil ‘Aliyyil ‘Azhiim". (Sesungguhnya kami ini milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali, tiada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung);


3) Ketika menerima nikmat daripada Allah mengucapkan: "Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin." (Segala puji hanyalah milik Allah, Rabb semesta Alam), sebagai bentuk syukur (lisan);


4) Ketika memulai suatu pekerjaan mengucapkan, "Bismillahirrahmanirrahim". (Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).


5) Setiap melakukan dosa, ia mengucap: "Astaghfriullahal ‘azhiim, wa atuubu ilah." (Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya).”


Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nashaihul Ibad.


Isnin, 8 Oktober 2018


DBP 14 Julai 199...


selepas konvo, esoknya aku mula kerja kat DBP... tahun-tahun tersebut keadaan ekonomi mulai suram sebelum melarat hingga ramai siswazah menganggur. keadaan politik juga muram hingga mencetuskan fenomena perpecahan politik orang melayu yang agak kritikal


(selain buku daftar istilah pelancongan, buku ini turut terima sedikit hasil tangan aku, seblom tinggalkan dbp. buku ini dah ditambah baik dan ada cetakan terbaharu dengan wajah baru)

berbeza dengan dbp, hubungan keakraban sangat hebat ketika itu. kalangan kitorang tak kira pangkat seiring bekerja dan mengeteh bersama-sama. dari kawan baik yang berpangkat rendah, orang dolu-dolu sebut 'peon', aku banyak belajar perkara asas dalam hal pejabat termasuklah bagaimana nak regangkan kertas sebelum kita nak photostat dokumen. hingga ke hari ni, aku masih merindu zaman keja di dbp.

kerja aku lebih banyak membuat promosi penggunaan bahasa di sektor swasta... pasang pameran sampai kul 2, 3 pagi... merata tempat pergi hingga ke sabah serawak. patut la masa temu duga dulu panel dok tanya bole panjat-panjat dinding tak? dan dia suh aku eja 'bank' dalam jawi.


heh! temu duga di dbp juga punya sejarah tersendiri. aku terbaca suratkabo ada temu duga peon sambilan. sedangkan masa tu aku tengah keja kilang sambil cari keja. oleh kerana gaji lebih kurang je, tetapi pengalaman berbeza aku amik keputusan untuk mohon. sampai hari yang ditetapkan, panel penemu duga sound kat aku, "ko ni ada degree tapi dah macam zaman 80-an siswazah takde keja. kebetulan dbp nak temu duga pegawai kontrak minggu depan, kalu awak minat isi borang kat luo nanti minggu depan datang temu duga..." pucuk dicita ulam yang dalam... rezeki jangan ditolak.. min kulli fajjin amik

(antara karya merapu yang terkelecoih waktu keja di dbp. puisi merapu gini bole juga dilihat kat sini dan sini)

Sabda Rasulullah saw:

"Demi Allah! Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat, kecuali seperti salah seorang dari kamu yang mencelupkan jarinya ke lautan. Maka perhatikanlah jari tersebut kembali membawa apa?”

(HR Muslim)


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


“Sesungguhnya do’a yang tidak tertolak adalah do’a antara adzan dan iqomah, maka berdo’alah (di kala itu).”


(HR. Ahmad 3/155)



Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata : " Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.



Baginda kemudiannya bersabda : " Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya". Mereka ( para sahabat ) bertanya : " Kenapa begitu ya Rasulullah? ".



Baginda bersabda : "Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.


[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Jumaat, 5 Oktober 2018

puing melayu


terbakar jadi buruk
rentung jadi pesuk
abu jadi lapuk
menjadi satu
jasad yang menunggu maut


puing melayu


budi kian susut
adab ke laut
budaya mereput
bahasa mengecut
menjadi satu
mayat yang menunggu larut


puing melayu


politik bersepai
kuasa terkecai
tahta relai
kesatuan gunjai
menjadi satu
nisan yang akan dicarut




Dari Sa'd bin Hisyam bahawa ia menemui Ummul mukminin Aisyah, ia berkata; saya berkata; saya ingin bertanya kepadamu mengenai hidup membujang, bagaimana pendapat anda mengenainya?


Aisyah berkata; jangan engkau lakukan, tidakkah engkau mendengar Allah 'azza wajalla berfirman: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Maka janganlah engkau hidup membujang.


HR Nasaie (3164)


Aku (Ibn Hajar) berpendapat:

“Imam ‘Iyadh juga mengatakan demikian. Namun pendapat ini masih berpeluang untuk dikritik, kerana maksudnya adalah menekankan untuk bersikap tawadhu’ (rendah diri), sehingga dia tidak senang untuk melebihi orang lain, kerana hal ini menuntut adanya persamaan, sebagaimana firman Allah: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi.”


Barangsiapa yang terlepas banyak puasa sunat dan bangun malam (tahajjud), hendaklah ia sibukkan dirinya dengan berselawat kepada Baginda RasūluLlāh ﷺ.
Sesungguhnya jika engkau melakukan ketaatan sepanjang hidup engkau, kemudian ALlāh ﷻ berselawat (memberi Rahmat) kepada engkau sekali sahaja, pasti akan lebih berat satu selawat (Rahmat) tersebut berbanding seluruh ketaatan yang engkau lakukan sepanjang hidup.
...
Ini kerana engkau berselawat (pada Nabi ﷺ) berdasarkan keluasan hubungan engkau, sedangkan ALlāh ﷻ melimpahkan rahmat seluas sifat keTuhanan-Nya, ini jika hanya dengan satu Rahmat bagaimana jika ALlāh ﷻ melimpahkan kepada engkau 10 Rahmat-Nya?
Syeikh Ibn Athoillah as-Sakandari

Khamis, 4 Oktober 2018

"Hati itu hitam kerana cintanya yang begitu besar pada dunia dan rakus terhadapnya, tanpa sifat wara’ sedikitpun. Sebab, barangsiapa yang hatinya telah dikuasai oleh kecintaan pada dunia, maka wara’nya akan hilang. Ia akan terus mengumpulkan dunia itu, baik dari sumber yang halal maupun yang haram. Ia tidak mampu lagi membezakannya, tak lagi mempunyai rasa malu. Dan muraqabah-nya kepada Allah Azza wa Jalla akan hilang."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Rabbani.


“Wahai kaum Muslimin, terimalah apa yang disampaikan oleh Nabi kalian itu, dan bersihkan kembali karat hati kalian dengan resepi yang telah diberikan oleh baginda. Seandainya seorang daripada kalian mengidap suatu penyakit, lalu seorang doktor memberinya resepi sebagai ubatnya, tentu ia tidak akan merasa nyaman hidupnya sebelum memakan ubat itu bukan?”


--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Rabbani.




“Hati itu berkarat kecuali apabila pemiliknya rajin merawatnya seperti yang disebutkan oleh sabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya hati itu dapat berkarat dan yang dapat menggosok (karat itu) adalah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingat kematian serta menghadiri majlis-majlis zikir.”



--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Rabbani.


Rabu, 3 Oktober 2018

Abu Zinad bin Siraj berkata:

“Secara zahir hadith ini menuntut persamaan, sedangkan pada realitinya menuntut keutamaan, kerana setiap orang senang jika ia lebih dari yang lainnya. Maka, apabila dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri, bererti dia termasuk orang-orang yang utama.”


Al Imam Nawawi berkata:

“Cinta adalah kecenderungan terhadap sesuatu yang diinginkan. Sesuatu yang dicintai tersebut dapat berupa sesuatu yang dapat dicapai, seperti bentuk, atau dapat juga berupa perbuatan seperti kesempurnaan, keutamaan, mengambil manfaat atau menolak bahaya. Kecenderungan di sini bersifat ikhtiyari (bebas), bukan bersifat alami atau paksaan. Maksud lain dari cinta di sini ialah cinta dan senang jika saudaranya mendapatkan seperti apa yang dia dapatkan, baik dalam hal-hal bersifat jelas atau maknawi.”


Syeikh Abu Amr bin Ash-Shalah berkata:


“Sebahagian orang mengatakan bahawa menyukai kebaikan bagi saudaranya terkadang sukar pelaksanaan, padahal tidak demikian maksudnya. Akan tetapi, keimanan salah seorang dari kalian tidaklah sempurna sehingga dia mencintai saudaranya seislam, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."

"Itu dapat dilakukan dengan mencintai kebaikan yang dia dapatkan, hingga dia pun tidak merebut darinya, tidak mengurangkan sedikit pun keni’matan yang didapatkan oleh saudaranya. Adapun melakukan semua itu adalah mudah bagi hati yang selamat dan bersih, tetapi sukar bagi hati yang dipenuhi oleh kedengkian. Semoga Allah menyelamatkan kita dan seluruh saudara-saudara kita dari sifat dengki."


Imam Abu Ali al-Fudhail bin 'Iyadh berkata:

"Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', dan beramal kerana manusia adalah syirik, sedangkan ikhlas adalah engkau diselamatkan oleh Allah daripada keduanya."..

Selasa, 2 Oktober 2018

Syeikh Ibnu Athaillah menjelaskan:


Jika engkau melihat ada orang yang risau kerana rezeki, maka ketahuilah bahawa sebenarnya dia jauh daripad Allah. Seandainya ada yang berkata kepadamu, “Besok kamu tak perlu kerja! Cukup kamu kerjakan ini saja! Saya akan memberimu RM2 ribu,” pastilah engkau akan percaya dan mematuhi perintahnya. Padahal, dia itu makhluk yang fakir, tak boleh memberi manfaat atau mudarat. Lalu, mengapa engkau merasa cukup dengan Allah Yang Maha Kaya dan Maha Mulia, yang menjamin rezekimu sepanjang hidup?


Allah SWT berfirman, “Tidak ada makhluk yang melata di muka bumi ini kecuali Allah-lah yang menjamin rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggal binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam Kitab yang nyata (Lawh Mahfuzh).”
- (QS Hud [11]: 6).


---Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Bahjat An-Nufus.


Syeikh Ibnu Athaillah menjelaskan:


Jika engkau mempunyai perhatian tinggi pastilah engkau akan merisaukan sesuatu yang lebih besar, yaitu masalah akhirat. Orang yang merisaukan hal-hal yang kecil, lalu melupakan sesuatu yang lebih besar, maka bererti dia adalah orang yang paling bodoh.

 Kerana itu, kerjakanlah kewajipan untuk melaksanakan ibadah dan semua perintah Allah. Dia pun akan menjalankan apa yang menjadi ketentuan-Nya untukmu. Jika kumbang, cicak-tokek, dan cacing saja diberi rezeki oleh Allah, apa mungkin engkau akan dilupakan?


Allah SWT berfirman, “Suruhlah keluargamu untuk solat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak menuntut rezeki daripadamu. Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa.”
- (QS Tha Ha: 132).

---Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Bahjat An-Nufus.


Syeikh Ibnu Athaillah menjelaskan:

“Alangkah banyaknya sesuatu yang tersembunyi dalam dirimu! Jika engkau mau mengamati dengan saksama maka pasti akan nampak. Dan, hal yang paling berbahaya adalah dosa keraguan kepada Allah SWT. Sebab, ragu terhadap rezeki bererti ragu terhadap Dzat Sang Pemberi rezeki. Dan sesungguhnya, dunia ini terlalu hina untuk kau risaukan!

---Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Bahjat An-Nufus.




Isnin, 1 Oktober 2018

mula ada lesen sejak umo 17 tapi baru dapat beli moto ketika tahun kedua di universiti... hoh!kompom sume tu hasil dari simpan duit + biasiswa le tu. gie seremban dengan yuzzeman, hausmet, skulmet dan fakultimet aku untuk bantu buat pilihan. sudahnya rembat le rxz seken untuk lengkapkan pepatah "bia pape asal bergaye"


choih!!! memang papa terus lepas tu... sempat isi minyak 5 hengget kat pertonas bangi, tetiba tali cluth putus... dengan muka toya pinjam duit man 8 hengget untuk gantikan kabel gear.. aduhai... makanya kena ikat perut lagi lepas ni



idop aku sepenuhnya dengan motor, kurang berminat dengan kereta kerana tak suka jem, angin satu badan kalu orang bawak terkedek-kedek, senang nak mencilok, bole panjat divider dan macam-macam kelebihan... senang kata; hujan ke, panas ke, tetap atas motor dan Alhamdulillah hingga kini belum reput je lagik

hampir 6 tahun pakai rxz aku beralih kepada kapcai selama beberapa tahun... wave, kris dan demak... kena rancang bajet plan hidup yang lain pulak.. kumpul reta juga la... sebenonya dalam pada itu, ada satu keinginan yang aku tahan selama bertahun-tahun. aku minat moto kangkang. 2012 tahun panas bila naik pangkat. mula la pakat ninjau-ninjau nak sambar hok mana. tapi Allah tak izinkan lagi. bajet tak ble nak gie... anak tengah meremut. so rendamkan niat ati tu ke dalam rumpun harapan.

25 Mac 2018

akhirnya pecah gak empangan impian tu dengan galakan orang rumah yang memahami betapa batinku terseksa. aku sambar ez rider edisi bajet seken skali lagi kerana memikirkan keperluan kluarga lebih utama dan memadailah sekadar melepaskan remuk redam ati. "nanti Allah tanya aku kenapa ko tak pegi aji dulu?' tersenyum kelat aku bagitau orang rumah yang understanding dan adik aku yang sama-sama join cadangan aku tapi dengan pilihan ez rider masing-masing. apsal pilih moto kangkang? sebab ia sesuai dengan jiwa idop sempoi.

siri fb: selpi dengan gigi



TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri