Selasa, 31 Mac 2020

ya Allah peliharalah iman kami daripada bisikan kesesatan



ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan manusia yang loba



ya Allah jauhkan kami daripada malapetaka yang melata di bumi udara dan daripada llangit



Isnin, 30 Mac 2020

ya Allah hindari kami daripada penyakit berbahaya dan manusia yang buruk perilakunya



ya Allah peliharalah kami daripada manusia yang suka berbuat inaya



ya Allah peliharalah kami daripada orang yang zalim



Ahad, 29 Mac 2020

selamatkanlah kami daripada kemurkaan Mu ya Allah



ya Allah jadikan kami golongan yang cerdik dengan sentiasa mengingati mati



daripada godaan yang dunia yang mengasyikkan ini ya Allah



Sabtu, 28 Mac 2020

Janganlah Engkau palingkan kami sesudah Engkau beikan kami hidayah



Engau berikanlah hidayah kepada kami semua



mempersendakan agama, mempersendakan kalimah Allah, bahkan mencabar keesaan-Mu ya Allah



Jumaat, 27 Mac 2020

kerana kami tak tau bila Engkau akan menjemput kami




maka ya Allah berkatilah perjalanan hidup kami



ya Allah jadikan kami dekat dengan Rasulullah s.a.w



Khamis, 26 Mac 2020

ibadah kami hidup dan mati kami hanya untukMu ya Allah



kuatkanlah tunjang keimanan kami ya Alah



jadikanlah kami sabar menempuhinya dan jadikaln kebajikan buat kami



Rabu, 25 Mac 2020

jiwa kita milik Allah



dekat dengan perjanjian idop - bertemu mati



menemui Pencipta kita, bagaimana persediaan kita



Selasa, 24 Mac 2020

jadikanlah al-quran yang kami baca dan amalkan sebagai peneman kami sepanjang di alam barzakh



ringankanlah kesakitan ketika kami menghadapi sakaratul maut ya Allah



amitna bi khusnul khatimah ya Allah



Isnin, 23 Mac 2020

maut datang secara ragut



kerana maut datang tak bertanya





kita akan disergah



Ahad, 22 Mac 2020

kenapa masih nak sanggah



kalu tak mampu kenapa masih ingkar



saban waktu ditunjukkan tanda-tanda akhir zaman



Sabtu, 21 Mac 2020

semua binantang nak bercakap



bumi dah pening tapi manusia masih alpa



agaknya camna binatang tu bercakap



Jumaat, 20 Mac 2020

tinggalkan fahaman songsang jangan ikut akal yang dikawal nafsu dimomok sang yahudi dan nasrani



bagus sapa nak cuba tips ni



perbanyak selawat untuk rasulullah s.a.w pada hari jumaat



Khamis, 19 Mac 2020

beruntunglah orang yang asing itu



nanti takde alasan di depan Allah kata tak tau tentang islam



seblom kiamat islam akan tersebar di merata ceruk



Rabu, 18 Mac 2020

kita la kot generasi penyaksi kiamat ni



ustaz ni dorang kata geng wahabi... takpe amik ilmu dan peringatan yang nak disampaikan


dok sibuk crita kiamat ketnya dah bersedia ke kita ni



Selasa, 17 Mac 2020

moga kita terselamat ketika zaman fitnah sedang melanda hari ni



slamat beramallll



bangun subuhhhh!!!



Isnin, 16 Mac 2020

apa diharap kalu bukan melayu yang berkuasa



jadikanlah yang terlipat dalam sejarah sentiasa mekar



ingatlah... mereka sentiasa mencari jalan menghina ISLAM



Ahad, 15 Mac 2020

ingatkan generasi kita



napa masih kuyu



itupon masih dok terus nganga juga



Sabtu, 14 Mac 2020

sedihnya kita, sampai bila berjejeran nak telan hancing



bbudak melayu fikir 5 tahun sok x suka tuko je, tapi tak fikir strategi lawan



cukup sudahhh cukup sekali sajaaa



Jumaat, 13 Mac 2020

memang sekarang lainnnn



dulu lain sekarang lain



kata orang kat padang golf pon boleh buat biz



Khamis, 12 Mac 2020

melayu asik gaduh, orang lain tepukkkk



sampai bila melayu nak begini



melayu kena cerdik berpolitik



Rabu, 11 Mac 2020

hormatilah orang islam di china



jika kita zalimi orang kita akan diberi pengajaran



subhanallah



Selasa, 10 Mac 2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كُنْتُمْ ثَلاَثَةً فَلاَ يَتَنَاجَى رَجُلاَنِ دُونَ الآخَرِ حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ أَجْلَ أَنْ يُحْزِنَهُ

Daripada Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda : Jika kamu bertiga, maka janganlah dua orang berbisik antara keduanya tanpa seorang lagi, hingga kamu bergaul dengan manusia. Kerana (perkara) itu membuatnya sedih. (HR Bukhari No : 6290) Status : Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Islam sangat mengambil berat dan menjaga hubungan ukhuwah sesama muslim.

2. Rasulullah SAW melarang kita berbisik berdua sedangkan pada masa tersebut ada orang lain di sisi kita hingga mendatangkan kesedihan kepadanya.

3. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadilah, ayat 10 :
إِنَّمَا ٱلنَّجۡوَىٰ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ لِيَحۡزُنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita.

3. Selemah-lemah tahap ukhuwah adalah bersangka baik dan berlapang dada. Apabila dua orang berbisik tanpa yang ketiga, ia akan menimbulkan sangkaan-sangkaan yang buruk dan boleh menjejaskan ukhuwah.

4. Kisah dua orang wanita muslimah Arab yang tinggal di Barat berbual dalam bahasa Arab. Kemudian datang seorang wanita non Muslim menyertai mereka berdua. Dua Wanita Muslimah tadi menukarkan perbualan mereka ke dalam bahasa Inggeris agar difahami oleh non Muslim tersebut dengan niat tidak mahu timbul sangkaan buruk pada mereka. Akhirnya non Muslim itu memeluk Islam kerana ajaran Islam yang menitikberatkan soal ukhuwah dan penjagaan hati.

HAWA nafsu ketika dihalangi dengan segala keinginannya, maka ia akan mencari jalan apa pun guna mencapai keinginan atau hasratnya itu, walaupun harus menipu pemiliknya.

Apabila kita menghalanginya untuk mengecap hasrat kemaksiatan, maka ia akan berusaha menempuhnya melalui jalan hasrat yang berkategori boleh.

Apabila kita menghalanginya untuk mengecap hasrat yang berkategori boleh itu, maka ia berusaha menempuhnya melalui jalan hasrat ketaatan kepada Allah.

Apabila kita menghalanginya untuk mengecap hasrat ketaatan kepada-Nya, maka ia berupaya menempuhnya melalui jalan beragam cahaya anugerah Allah. Daripada jalan itu, ia berusaha untuk mendapat bahagiannya dengan cara bersekutu berdamai hati sehingga ia boleh merosakkanya.

Selain itu, ia juga boleh melerai penjagaan hati demi mencapai tujuannya yang boleh menarik pemiliknya kelembah kenistaan!

-- Hakim At-Tirmidzi dalam Manazil al-Ubbad min al-Ibadah.

SEBAHAGIAN ahli hikmah mengatakan: “Tanda-tanda keimanan kepada Allah itu ada empat, yaitu:

1. Takwa;
2. Haya’ (rasa malu)
3. Selalu bersyukur; dan
4. Sabar.”


Imam Nawawi Al-Bantani menjelaskan, "Takwa adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhkan diri daripada segala macam bentuk kemaksiatan. Ada juga yang mendefenisikan bahawa takwa adalah semua aturan Islam. Ada pula yang mendefenisikan bahawa takwa adalah mengikuti jejak Rasulullah SAW baik dalam ucapan mahupun perbuatan.

Adapun Haya’ (rasa malu) itu ada dua macam, yaitu:

1. Malu naluri (haya’ nafsaniy), yakni rasa malu yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap diri manusia, seperti rasa malu kelihatan auratnya atau malu bersenggama di depan orang lain;

2. Malu imani (malu imaniy), yaitu rasa malu yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah Ta’ala.

Syukur adalah memuji Allah yang selalu memberi kebaikan dengan selalu mengingati kebaikan-Nya. Sedangkan di antara bentuk sabar adalah tabah dan tidak mengeluh kepada selain Allah ketika mendapat musibah."

Berkaitan dengan pembahasan dalam perkara-perkara ini, sudah seharusnya bagi kita berdo’a dengan do’a yang pernah dibaca oleh Tamim Ad-Dari bin Habib, yaitu do’a yang diajarkan oleh Nabi Khidir a.s. kepadanya sekembalinya Tamim dari suatu tempat akibat dibawa oleh jin.

Lafaz doa’nya sebagai berikut:

"اللَّهُمَّ قَنِّعْنَا بِمَا رَزَقْتَنَا وَاعْصِمْنَا مِنْ حَيْثُ نَهَيْتَنَا وَلاَ تُحَوِّجْنَا إِلَى مَنْ أَغْنَيْتَ عَنَّا وَاحْشُرْنَا فِيْ رَمْزَةِ أُمَّةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ بِكَأْسِهِ فَاسْقِنَا وَ مِنْ مَعَاصِيكَ جَنِّبْنَا وَعَلَى التَّقْوَى أَمِتْنَا وَلِلذِّكْرِ أَلْهِمْنَا مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيْمِ فَاجْعَلْنَا وَ أَسْعِدْنَا وَلَا تَشُقَّنَا يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ."

“Ya Allah, jadikanlah kami merasa puas dengan rezeki yang Engkau berikan kepada kami; peliharalah kami daripada apa yang telah Engkau larang; janganlah Engkau menjadikan kami orang yang memerlukan pertolongan kepada orang yang telah Engkau jadikan dia tidak memerlukan kami lagi; kumpulkan kami ke dalam golongan umat Muhammad SAW dan berilah kami minum daripada telaganya; jauhkan kami daripada perbuatan maksiat; wafatkan kami dalam ketakwaan; berilah kami ilham untuk sentiasa berzikir kepada-Mu; jadikanlah kami termasuk ahli waris syurga yang penuh kenikmatan; dan bahagiakanlah kami dan jangan Engkau sengsarakan kami, wahai Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.”

Rasulullah SAW bersabda:

"ذِرْوَةُ الْإِيْمَانِ أَرْبَعٌ خِلَالُ الصَّبْرِ لِلْحُكْمِ وَ الرِّضَا بِالْقَدْرِ وَالْإِخْلَاصِ لِلتَّوَكُّلِ وَالْإِسْتِسْلَامِ لِلرَبِّ."

“Puncak kenikmatan itu ada empat, yaitu sabar terhadap hukum, reda terhadap qadar, ikhlas dalam bertawakal, dan berserah diri kepada Allah.”

- (HR. Abu Nu’aim).

--- Kitab Nashaihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.

Isnin, 9 Mac 2020

seru makruf ramai tapi bila cegah mungkar ramai yang tutup mulut



jaga dah nak kluo ke dajal ni



Ahli Sunnah Wal Jamaah gigitlah sunnah sepertimana kamu menggigit dengan gerahammu



Ahad, 8 Mac 2020

💚 Jika Amalkan Selalu Selepas Solat, Insya-Allah Akan Terhindar Daripada Lemah Jantung/Angin Ahmar.

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim.
2. Bismillahish Shaafii.
3. Bismillahil Kaafii.
4. Bismillahil Mu’aafii.
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim.


* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Antara Fungsi Lain Bismillah 5 ni:

* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar bisa batu merian.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara menggunakan Bismillah 5:

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2. Kalau tempat sakit tu tak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

💚 Ustaz Ijazahkan Ilmu ini Kepada Semua
dengan syarat Maharnya seperti dibawah🔻


1. Share kepada 10 grup supaya ramai dapat manfaat.
2. Saya terima Ijazah kerana ingin beramal! Aamiin ya robbal 'alaamiin.

“ILMU lahir itu terdiri daripada 12 macam. Begitu juga ilmu batin. Kesemua ilmu tersebut kemudian dibahagi menurut kadar kemampuannya untuk golongan umum (awam), golongan khusus dan golongan paling khusus. Tetapi, semua ilmu itu pada dasarnya terbahagi menjadi 4 (empat) bahagian.

Pertama, ilmu lahiriah, yakni ilmu syariah; ilmu tentang perintah dan larangan, serta hukum-hukum lainnya.

Kedua, ilmu batiniah syariah, atau apa yang disebut sebagai ilmu thariqah.

Ketiga, ilmu batiniah thariqah, atau apa yang disebut sebagai ilmu makrifat.

Keempat, ilmu batiniah batin, atau apa yang disebut sebagai ilmu hakikat.

Seluruh umat manusia diharuskan untuk menguasai keempat-empat ilmu tersebut. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

“Syariat bagaikan pohon, thariqah bagaikan cabangnya, makrifat bagaikan daunnya dan hakikat adalah buahnya.”

Al-Qur’an telah mencakup keempat-empat bahagian ilmu tersebut, baik di dalam lafaznya yang jelas ataupun dalam bentuk isyarat, baik berupa tafsir maupun takwil.

Pengarang kitab “Al-Majma” berkata, “Tafsir itu bagi orang awam (umum), sedangkan takwil bagi orang-orang khusus, kerana mereka adalah ulama rusukh.”

Rusukh bermakna kuat, kukuh dan teguh dalam mengembangkan ilmu seperti pohon kurma; akarnya menancap di dalam tanah dan cabangnya menjulang ke langit. Sifat rusukh ini merupakan hasil daripada “mulazamah” (membiasakan, mengekalkan, menguatkan) kalimah thayyibah (zikir) yang ditanam dalam relung kalbu setelah ia dibersihkan (dari kotoran).”

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Sirrul Asrar wa Mazhharul-Anwar.

"فلا يبعد الا ان ينكشف حجاب النفس من وجه القلب فيحيي القلب باضافة تلك الانوار فيشاهد الروح من تلك المشكاة صفات الحق مع ان المقصود من خلق العالم كشف ذالك الكنز المخفي كما مر في الحديث القدسي (كنت كنزا مخفيا فاحببت ان اعرف فخلقت الخلق ليعرفوني) اي ليعرفوا صفاتي في الدنيا."

"KERANA itu sudah seharusnya seorang hamba menyingkap tabir hawa nafsu daripada kalbunya agar kemudian kalbu itu hidup dengan menerima cahaya-cahayanya

Di mana pada akhirnya, daripada Misykat itu rohnya dapat menyaksikan sifat-sifat Allah SWT daripada pantulan cahaya cermin kalbu tersebut.
Apalagi, tujuan penciptaan alam tidak lain adalah membuka rahsia yang tertutup, hal ini seperti yang disebut dalam Hadis Qudsi:

'Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin dikenal, maka Aku menciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku.' Maksudnya agar mereka mengenal sifat-sifat-Ku di muka bumi ini."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Sirrul Asrar wa Mazharul-Anwar (Rasaning Rasa).

Sabtu, 7 Mac 2020

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Seorang salik harus mampu menggunakan daya fikir dan daya pandang batinnya.

Ahli syair berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang menggunakan daya fikir mereka, menjauhkan diri daripada tipu daya dunia dan takut pada cubaan-cubaan. Mereka menjadikan dunia sebagai jambatan dan menjadikan amal soleh sebagai bahtera; melihat kepada hujung segala perkara dan selalu memikirkan akibatnya. Mereka tidak tertipu dengan manisnya tingkah lahiriyah.”

Sedangkan Ahli Tasawuf berkata, “Orang-orang yang sedang belajar suluk terkadang lupa terhadap yang merubahnya.”

Allah SWT berfirman, “Tidak ada yang merasa aman daripada siksaan Allah selain orang-orang yang rugi.”

- (QS. Al-A’raf [7]: 99).

Oleh sebab itu, dalam Hadis Qudsi Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW,

“Wahai Muhammad, sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berdosa kerana Aku Maha Pengampun dan berikanlah peringatan kepada orang-orang yang benar bahawa Aku sangat waspada.”

Sesungguhnya, karamah para wali adalah benar; segala ahwal para wali adalah benar, tapi semua itu tidak lepas daripada murka Allah SWT dan istidraj. Lain halnya dengan mukjizat para nabi kerana mukjizat nabi aman daripada semua itu selamanya. Sehingga dikatakan, “Ketakutan pada su’ul khatimah adalah penyebab selamatnya daripada su’ul khatimah.”

Imam Hasan Al-Bashri berkata, “Sesungguhnya, para wali Allah SWT diangkat pada darjat syurga Illiyyin kerana rasa takutnya. Rasa takutnya lebih tinggi daripada harapannya, agar tidak terjatuh oleh sifat basyariyah sehingga memutus perjalanan (rohaniahnya) akibat tidak waspada.”

Sebahagian para ulama berkata, “Kalau manusia dalam keadaan sihat, maka rasa takutnya harus lebih besar daripada pengharapannya; dan bilamana sakit, harapannya harus lebih besar daripada rasa takutnya.”

Nabi SAW bersabda, “Jika ditimbang rasa takut dan pengharapan seorang mukmin dua-duanya akan seimbang, tetapi bila sedang dicabut rahmatnya, maka pengharapannya pada Allah lebih besar.”

Renungkanlah firman Allah SWT, “Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu.”

- (QS. Al-A’raf [7]: 156).

Dan, firman-Nya lagi dalam Hadis Qudsi, “Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku,” dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih.”

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul-Asrar.

"انت من الاكوان مالم تشهد المكون فاذا شهدته كانت الاكوان معك."

"KAU tunduk kepada alam selama belum melihat Pencipta-Nya. Jika kau telah menyaksikan-Nya maka alam akan tunduk kepadamu."

--Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan, "Engkau hanya akan terpaku pada alam dan bersandar kepadanya selama engkau tidak melihat siapa pencipta alam itu. Namun, jika engkau sudah melihat Sang Maha Pencipta di dalamnya, maka alam akan bersamamu. Dengan kata lain, engkau tidak memerlukannya, namun kau akan memilikinya. Alamlah yang akan memerlukan dan melayanimu."

"Jika engkau melihat sesuatu dari alam permintaanmu akan cepat terwujud. Jika kau katakan kepada suatu benda alam "Jadilah!" nescaya ia akan menjadi dengan izin Allah. Kerana itu, tak hairan jika sebahagian ahli ada yang berkata kepada langit, "Turunkan hujan!" atau berkata kepada angin, "Bertiuplah", maka angin itu pun bertiup dan awan menurunkan hujannya. Sebabnya adalah kerana para wali merasa ghaib dari alam dengan menyaksikan Penciptaannya. Dalam kondisi syuhud ini seorang wali akan kehilangan inderanya dan kehilangan kemanusiaannya, tetapi tidak mesti ia harus mengalami kefanaan."

Oleh sebab itu, Syeikh Ibnu Athaillah berkata: "Adanya keistimewaan tidak bererti lenyapnya sifat-sifat manusia. Keistimewaan tersebut ibarat sinar mentari di siang hari. Ia nampak di cakrawala, padahal bukan bersumber dari cakrawala. Kadangkala mentari sifatnya terang di malam wujudnya. Kadangkala pula Dia mencabutnya kembali daripadamu dan mengembalikan pada batas semula. Siang tersebut bukan berasal daripadamu dan bukan pula menuju padamu, namun ia datang darioada Allah untukmu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Wahai anakku, hendaklah engkau mempelajari ilmu dan bersikap ikhlas sehingga engkau bersih daripada perangkap dan tali kemunafikan. Carilah ilmu kerana Allah Azza wa Jalla, bukan kerana makhluk atau kerana dunia. Dan, ciri pencari ilmu kerana Allah adalah, engkau merasa takut kepada Allah ketika datang perintah dan larangan-Nya. Engkau merasa takut dan hina di hadapan-Nya. Lalu, bersikap rendah hati terhadap makhluk tanpa memerlukannya. Tidak bercita2 terhadap apa yang mereka miliki.

Dan, bersahabatlah di jalan Allah, dan bermusuhanlah di jalan Allah. Sebab, persahabatan bukan di jalan Allah adalah permusuhan. Keteguhan selain di jalan Allah adalah kehancuran. Serta, pemberian bukan di jalan-Nya akan terhalang.

Rasulullah SAW bersabda,

"Iman itu terdiri daripads 2 bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian syukur."

Jika kau tak bersabar atas cubaan dan tidak mensyukuri nikmat, bererti kau bukan orang yang beriman. Sebab, di antara hakikat Islam adalah berserah diri kepada Allah.

Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menyediakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka."

- (QS 65; 2-3).

Kerana itu, berdoalah!
"Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan tawakal kepada-Mu, dengan ketaatan kepada-Mu, dengan mengingati-Mu, dengan menyesuaikan diri kepada-Mu dan dengan kekuatan tauhid kepada-Mu!"

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani.

Jumaat, 6 Mac 2020

sambung balik...

kalu korang dok kat petronas sungai besi pepagi nak g keja tu, atau jalan cheras, atau mana-mana penjuru nak masuk kl ni, cuba le peratikan motor kangkang... dalam seratus pon kekadang susah nak nampak dorang ni. jadi, statistik ni menjadkan 'geng kangkang bin ketiak nampak'ni sebagai spesis 'rare'

berbanding pakai jenis motor lain, sama ada yang mahal-mahal macam superbike, touring dan seangkatannya apa lagi kapcai, tarikan orang ramai pada motor kangkang sangat istimewa. tua ke muda ke ataupon bebudak... respek dorang sangat lain macam



terserempakmurid skolah, mereka akan melambai, ada gak yang jerit "awie!" kalu jumpa orangkampung masa ride cuci mata, mereka angkat tangan... pnah gak ada dua orang budak dalam kereta bergegas ke cermin belakang nak folo aku bila kereta bapaknya memotong aku. tak puas lambai dalam kereta, akhirnya dorang buka tingkap... terpaksa la aku yang kejap-kejap angkat tangan sebab nak amik ati dorang.



masa mula beli moto, geng opis memang takde kerja lain la... ada aje isu nak di'provoke'. layan aje la keletah kengkawan... sambl telinga kena tebal

satu lagi perkara yang geng kangkang agak direspek kat atas jalan ialah mereka jarang buat hal: bawak lelaju dan langgar lampu isyarat. bila bawak motor ni, dah namanya easy rider maka bawak pon terkedek-kedek la. begitu juga bila kat traffic light, napa pulok nak langgar lampu merah kalu dan spiritnya bukan nak tergea-gesa. jadik, automatik geng kangkang jadik agak berdisiplin. barangali ini gamaknya yang menyebabkan geng kangkang jarang ditahan polis kalu terserempak roadblock!

jangan lupo subscribe youtube ; 'budak cemomoi'

"SUNGGUH, engkau dianggap sebagai orang yang celaka jika tidak merasa malu kepada Allah Subhanahu wataala, jika engkau menjadikan dinar sebagai tuhanmu dan menjadikan dirham sebagai tujuanmu, sedangkan engkau melupakan-Nya sama sekali! Sungguh, takdirmu telah dekat!

Maka, jadikanlah kedai-kedai yang kau miliki dan semua harta benda untuk keluargamu adalah semata-mata kerana perintah syariat, namun hatimu harus tetap kukuh bertawakal kepada Allah.

Carilah rezekimu dan rezeki keluargamu hanya daripada Allah SWT, bukan daripada harta benda dan perniagaanmu. Dengan demikian rezekimu akan mengalir, begitu pula rezeki keluargamu. Kemudian, Allah juga akan memberimu kurnia, kedekatan dan kelembutan-Nya dalam kalbumu. Dia akan mencukupi keperluan keluargamu dan keperluanmu melalui dirimu sendiri!

Allah juga akan mencukupi keluargamu dengan apa yang Dia kehendaki dan sebagaimana yang Dia kehendaki. Akan dikatakan kepada kalbumu, ini adalah untukmu dan keluargamu! Namun, bagaimana mungkin engkau boleh menerima perkataan seperti itu jika seumur hidupmu bersikap musyrik?

Engkau tidak pernah merasa kenyang dengan dunia dan terus menerus mengumpulkan harta. Allah SWT menutup pintu kalbumu dan segala sesuatu tak akan boleh masuk ke dalamnya.. Dia hanya menurunkan peringatan dalam kalbumu. Maka, bertaubatlah daripada amal-amal burukmu dengan sebenar taubat .

Hendaknya engkau menyesali rosaknya perjalanan hidupmu dan akhlakmu yang buruk, dan hendaklah engkau menangisi setiap perkara yang telah terjadi pada dirimu.

Lalu, bantulah orang-orang fakir dengan hartamu dan janganlah bersikap bakhil, sebab tak lama lagi engkau akan berpisah dengan hartamu. Ketahuilah, seorang Mukmin yang meyakini adanya pergantian di dunia dan akhirat, tentu dia tidak akan berlaku kikir/bakhil di dunia ini!"

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman.

‎سُبْحَانَ اللّهُ وَالْحَمْدُلِلَّهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ, اللَّهُ أَكْبرُ

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.”

(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Assalamualaikum..
Allah SWT berfirman dalam QS. Al-Jumu'ah:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوۤاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْاْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُون
َ

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

(QS. 62:9)

Dari Abi Al-Ja`d Adh-dhamiri ra. berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda,

مَنْ تَرَكَ َثلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا طبَعَ الله عَلىَ قَلْبِهِ

"Orang yang meninggalkan 3 kali shalat Jumat karena lalai, Allah akan menutup hatinya."

(HR. Abu Daud)

Khamis, 5 Mac 2020

"كيف يشرق قلب صور الاكوان منطبعة في مراته؟
ام كيف يرحل الي الله وهو مكبل بشهواته؟
ام كيف يطمع ان يدخل حضرة الله وهو لم يتطهر من جنابة غفلاته؟
ام كيف يرجو ان يفهم دقاءق الاسرار وهو لم يتب من هفواته؟"

"BAGAIMANA mungkin kalbu akan bersinar sedangkan bayang-bayang dunia masih tergambar jelas di cerminnya? Bagaimana mungkin akan pergi menggapai Ilahi, sedangkan dia masih terbelenggu nafsunya sendiri? Bagaimana mungkin boleh menuju kehadirat-Nya, sedangkan dia belum bersuci daripada kotoran kelalaiannya? Bagaimana mungkin diharapkan dapat menyingkap berbagai rahsia sedangkan dia belum bertaubat daripada kesalahannya?"

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, kitab Al-Hikam.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

*Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.*

(HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2. Sebagai orang Islam, perlu bertanggungjawab menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:
a. Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain
b. Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3. Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.

4. Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat

5. Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

6. Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:
a. Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.
b. Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”
*JOM menjadi orang yang bersifat RAHMAH dengan menunaikan hak saudara Islam kita yang lain.*

"انما جعلها محلا للاغيار ومعدنا للاكدار تزهيدا لك فيها."

"ALLAH sengaja menjadikan dunia sebagai tempat perubahan dan sumber kekeruhan agar kau tidak terpikat dengannya."
-- Syeikh Ibnu Athaillah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan: "Allah telah menjadikan dunia sebagai tempat perubahan berbagai keadaan, seperti penyakit, ujian, dan bencana, serta membuatnya sebagai sumber kekacauan agar kau menjauhinya.

Hal itu adalah kerana perkara yang mendorong keinginanmu di dunia tak lain adalah apa yang kau duga dapat mewujudkan tujuan dan keinginanmu di sana, tanpa penderitaan atau kepahitan, padahal itu tak akan terjadi.

Maka, yang patut bagimu ketahui adalah kau harus berzuhud dan meninggalkan dunia, kerana akibat hal tersebut adalah kefanaan dan kemusnahan. Terkadang pula ia dapat menyibukkan dirimu daripada mengingati Allah.

Perlu diketahui juga, zuhud dari dunia ini tidak serta merta terjadi dengan nasihat dan peringatan daripada para Dai saja, tetapi juga dengan musibah dan ujian di dalamnya."

Syeikh Ibnu Atha'illah mengatakan:

"علم انك لا تقبل النصح المجرد فذوقك من ذواقها ما سهل عليك وجود فراقها."

"Allah mengetahui bahawa kau sulit menerima nasihat begitu saja, maka Dia membuatmu boleh merasakan pahitnya musibah agar kau mudah melepaskan dunia."

Allah mengetahui bahawa kau pasti sulit menerima nasihat, baik tanpa terlebih dahulu diberi penyakit, petaka dan bencana. Hal itu adalah kerana yang boleh menerima nasihat baik hanyalah orang-orang yang tidak dikuasai oleh rasa cinta terhadap dunia dan kenikmatannya yang fana. Sedangkan bagi orang yang amat suka terhadap dunia dan kenikmatannya, nasihat baik semata-mata tidak cukup untuk menyedarkannya dan tak cukup untuk menerima hidayah. Ia harus diberi tambahan peringatan berupa, ujian, petaka, dan bahkan penyakit.

Maka, Allah membuatmu merasakan apa yang seharusnya kau rasakan, yaitu penyakit dan petaka, serta ujian agar mudah bagimu untuk meninggalkan dunia.

Jika seorang hamba mengalami suatu musibah biasanya dia akan berharap untuk segera mati meninggalkan dunia ini. Dengan demikian, sebenarnya bencana itu merupakan nikmat daripada Allah walaupun dia tidak menyedarinya, kerana tabiat buruknya yang begitu mempengaruhi.

--- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri