Isnin, 29 April 2019

dulu dah citer masuk tv, kali ni nak citer masuk paper lak.


sama macam crita budak penanggah, mula masuk paper pon sebagai budak penanggah. ketika tu aku pengurus projek perasmian pelancaran penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dalam iklan pada kenderaan awam. menteri yang rasmi, ramli ngah talib pada 3 april 2000 di plaza tol plus sungai besi. waktu nak lepaskan bunting/banner yang dipasang pada belakang bas tu, angin bertiup agak kuat menyebabkan bunting bergoyang, jadik kalu amik gambo nanti masuk soratkabo mesti senget. aku dengan member cepat-cepat ke depan cover bunting tersebut. snap! esok dah bule tengok muka kat soratkabo.


bila dok jabatan warisan, ketua pengarahnya sangat menggalakkan kakitangan tampil ke media massa sama ada akhbar atau tv. satu sikap terpuji dengan memberikan ruang pendedahan dan untuk membina karektor staf. jadik, banyak le staf yang kluo dalam program selamat pagi malaysia, malaysia hari ini atau jadik pembentang dalam seminar.


kali pertama masuk soratkabo di sini pada ogos 2010 apabila bahagian aku menganjurkan pertandingan permainan tradisional. bos suh aku bercakap dengan wartawan.

dan kali kedua, bila aku pula menganjurkan program bicara warisan manuskrip melayu pada 2012. kih3x heboh sedara-mara sepupu-sepapat yang kat kampung di melaka. kalu dah glemer ngat, lepas ni ble le bertanding calon yb plak yek.


masa aku membuka kata alu-aluan program tu, nak bagi relate program ni dengan ilmu melayu jadik sempat gak nyanyi sebaris lirik lagu p.ramlee



"telah kutenung dalam kitab
makin kurenung berdetap-detap..."


kununnya dalam kitab melayu banyak rahsia tak tersingkap, hingga p.ramlee pon suh kita rujuk kitab-kitab lama, kannnn!



 
kih3x... rupanya mak aku pon masuk soratkabo
 


DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada Allah SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah.

Ibrahim bin Adham bertutur, 
“Suatu hari aku berkata, “Wahai Rabb-ku. Jika Engkau pernah memberi salah seorang daripada para pecinta-Mu sesuatu yang dapat menenangkan hatinya sebelum bertemu dengan-Mu, maka berikanlah juga itu padaku! Sungguh aku kecewa dan gelisah dibuatnya.”
Setelah itu, aku bermimpi berdiri di hadapan-Nya. Dia berfirman, 
“Wahai Ibrahim. Apakah engkau tidak malu meminta agar Aku memberimu sesuatu yang dapat menenangkan hatimu sebelum bertemu dengan Aku? Apakah orang yang tercekam rindu dapat tenang hatinya sebelum bertemu kekasihnya?”
Lalu, aku pun menjawab, “Wahai Rabb-ku. Kecintaanku kepada-Mu telah melambung tinggi hingga aku tak tahu bagaimana harus berkata. Ampunilah aku, ajarilah apa yang harus aku ucapkan.”
Maka, Dia menjawab, “Ucapkanlah, Ya Allah...Relakanlah aku dengan ketentuan-Mu, sabarkanlah aku atas cubaan-Mu, dan berikanlah aku kesedaran untuk mensyukuri nikmat-nikmat-Mu.”

Jadi, menurut Imam Al-Ghazali, kerinduan seperti ini baru akan reda dan menemukan ketenangan nanti di akhirat kelak. Kerinduan ini hanya berakhir di akhirat melalui perjumpaan dan penyaksian langsung terhadap Allah Azza wa Jalla.

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ihya Ulumuddin.

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Wahai orang-orang yang bertawajuh kepada-Nya, salah satu kesinambungan daripada tauhid adalah kalian tidak boleh menampakkan dan menumpahkan keluhan berlebihan kepada Allah dalam hal-hal yang berhubungan dengan urusan duniawi. Kalian tidak boleh memaksa dalam munajat dan doa. Kerana yang kalian kritik itu Maha Melihat semua keperluan kalian. Jadi kalian harus reda atas semua ketetapan yang kalian jalani. Reda memang pendamping yang terbaik."

Kerana itu Allah SWT berfirman,

“Allah tidak menyukai keterusterangan dengan (perkataan) buruk, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Jika kalian menampakkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya, atau kalian memaafkan suatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa." - (QS An-Nisa 148-149).

Menurut Syeikh Abdul Qadir lagi, 

“Allah yang Maha Bertajalli dengan nama-Nya "Ar-Rahmân" di setiap butir zarah semesta dengan seimbang dan lurus tanpa kekaburan, sesungguhnya Allah tidak menyukai hal-hal yang diucapkan secara semberono dan “gembar-gembor” tentang keburukan, sungguh Dia tidak menyukai hal-hal buruk yang diucapkan secara terang-terangan, apalagi hal-hal yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan syariat.

Allah juga sangat peduli pada urusan ini dan menyampaikan seruan mengenai hal tersebut. Kerana di dalam kerajaan-Nya memang tidak boleh ada sesuatu pun yang terjadi, melainkan hanya keadilan dan kebaikan. Khusus untuk keterusterangan daripada ucapan atau pengaduan orang yang telah dizalimi, sesungguhnya Allah sangat menyukai pengaduan orang yang terzalimi, kerana Dia akan bersegera untuk mengabulkan permohonannya. Sebab bagi Allah, orang yang zalim itu telah keluar daripada keadilan-Nya dan keluar dari jalan-Nya yang lurus.

Allah yang Maha Bertajalli di atas keadilan yang lurus Maha Mendengar ucapan mangsa kezaliman yang berterus-terang, Dialah Zat yang Maha Mengetahui tentang kezaliman dan para pelaku penzaliman, serta Maha Mengetahui balasan apa yang layak. Dia akan memberi balasan kepada pelaku kezaliman sesuai pengetahuan-Nya.


Wahai orang-orang Mukmin, jika kalian menampakkan dan menunjukkan sesuatu kebaikan kepada semua makhluk atau menyembunyikannya tanpa diketahui umum, atau kalian memaafkan suatu kesalahan orang, mengampuni pelaku kezaliman, tidak membalasnya dan tidak mengadu kepada Allah Yang Maha Pembalas, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat berbagai rahsia dan niat kalian, dan Dia Maha Pemaaf terhadap kalian, Maha Menghapus dosa-dosa kalian, meski pun Dia juga Maha Berkuasa untuk membalas perbuatan si penzalim demi membela kalian.”
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Tafsir Al-Jailani, terj. Timbalan Markaz Al-Jailani.






SEBAHAGIAN ahli hikmah mengatakan, “Tanda-tanda keimanan kepada Allah itu ada empat, yaitu:
1. Taqwa.
2. Haya’ (rasa malu).
3. Selalu bersyukur; dan
4. Sabar.”

Imam Nawawi Al-Bantani menjelaskan bahawa takwa adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhkan diri daripada segala macam bentuk kemaksiatan. Ada juga yang mendefenisikan bahawa taqwa adalah semua aturan Islam. Ada pula yang mendefenisikan bahawa taqwa adalah mengikuti jejak Rasulullah SAW baik dalam ucapan mahupun perbuatan.

Ada pun Haya’ (rasa malu) itu ada dua macam, yaitu:
1. Malu naluri (haya’ nafsaniy), yakni r

 
asa malu yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap diri manusia, seperti rasa malu kelihatan auratnya atau malu bersenggama di depan orang lain;
2. Malu imani (malu imaniy), yaitu rasa malu yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah Ta’ala.

Syukur adalah memuji Allah yang selalu memberi kebaikan dengan selalu mengingati kebaikan-Nya.

Sedangkan di antara bentuk sabar adalah tabah dan tidak mengeluh kepada selain Allah ketika mendapat musibah.

Berkaitan dengan perbahasan dalam perkara ini, sudah seharusnya bagi kita berdo’a dengan do’a yang pernah dibaca oleh Tamim Ad-Dari bin Habib, yaitu do’a yang diajarkan oleh Nabi Khidir a.s. kepadanya sekembalinya Tamim dari suatu tempat akibat dibawa oleh jin.

Lafazh doa’nya sebagai berikut:

اللَّهُمَّ قَنِّعْنَا بِمَا رَزَقْتَنَا وَاعْصِمْنَا مِنْ حَيْثُ نَهَيْتَنَا وَلاَ تُحَوِّجْنَا إِلَى مَنْ أَغْنَيْتَ عَنَّا وَاحْشُرْنَا فِيْ رَمْزَةِ أُمَّةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ بِكَأْسِهِ فَاسْقِنَا وَ مِنْ مَعَاصِيكَ جَنِّبْنَا وَعَلَى التَّقْوَى أَمِتْنَا وَلِلذِّكْرِ أَلْهِمْنَا مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيْمِ فَاجْعَلْنَا وَ أَسْعِدْنَا وَلَا تَشُقَّنَا يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
“Ya Allah, jadikanlah kami merasa puas dengan rezeki yang Engkau berikan kepada kami; peliharalah kami daripada apa yang telah Engkau larang; janganlah Engkau menjadikan kami orang yang memerlukan pertolongan kepada orang yang telah Engkau jadikan dia tidak memerlukan kami lagi; kumpulkan kami ke dalam golongan umat Muhammad SAW dan berilah kami minum dari telaganya; jauhkan kami daripada perbuatan maksiat; wafatkan kami dalam ketaqwaan; berilah kami ilham untuk senantiasa berzikir kepada-Mu; jadikanlah kami termasuk ahli waris syurga yang penuh kenikmatan; dan bahagiakanlah kami dan jangan Engkau sengsarakan kami, wahai Tuhan Yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.”

Rasulullah SAW bersabda:

ذِرْوَةُ الْإِيْمَانِ أَرْبَعٌ خِلَالُ الصَّبْرِ لِلْحُكْمِ وَ الرِّضَا بِالْقَدْرِ وَالْإِخْلَاصِ لِلتَّوَكُّلِ وَالْإِسْتِسْلَامِ لِلرَبِّ
“Puncak kenikmatan itu ada empat, yaitu sabar terhadap hukum, reda terhadap qadar, ikhlas dalam bertawakal, dan berserah diri kepada Allah.”
- (HR. Abu Nu’aim).

--- Kitab Nashaihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.

Jumaat, 26 April 2019


SYEIKH Ad-Daqqaq mengatakan,

"Makrifat itu memastikan datangnya ketenteraman pada hati, seperti juga ilmu membawa ketenteraman pada akal. Siapa bertambah nilai makrifatnya, bertambah pulalah rasa tenteram pada hatinya." 
- (Risalah Al-Qusyairiyah).


Dalam kitab kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Amin Al-Kurdi mengatakan,
"Maka hendaknya bagi orang berakal agar mengerahkan seluruh kemampuannya dalam menuntut ilmu makrifat dan tidak menunda-nunda dalam hal tersebut. Jangan sampai terjadi, bila maut datang menjelang, kebutaan kerana kebodohan datang menimpa, hingga tak ada lagi jalan untuk melihat bashirah.

Allah SWT berfirman, 'Siapa yang buta di dunia sekarang ini, maka di akhirat kelak pun akan lebih buta dan tersesat jalan."

Maka, mari bersegera untuk belajar makrifat. Datangilah majlis ilmu dan majlis zikir. Bergurulah kepada para ulama pewaris nabi, ahli zikir yang membimbingmu ke jalan rohani. Segera kenali diri kita, kenali Tuhanmu

Syeikh Amin Al-Kurdi juga mengatakan,
"Ketahuilah bahawa pengenalan diri adalah urusan yang sangat penting untuk setiap diri. Kerana, siapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal Rabb-nya. Kenali diri yang hina, lemah dan hina. Dengan begitu kau akan mengenal Tuhanmu yang Maha Mulia, Kuasa dan Kekal Abadi. Siapa yang bodoh terhadap dirinya, bererti bodoh pula terhadap Tuhannya."


UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
UJUB lain dgn RIAK
Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada. Contoh:
Kita solat tahajud diam², takda siapa tahu, dan kita tak cerita orang, dengan harapan tiada riak, sebab kerana Allah. Tetapi, dalam hati berkata²,
"Hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajud, orang lain tidurrr je..." Itulah ujub, walaupun org lain tak tahu, dan tidak riak...

Penyakit UJUB ni antara penyakit hati yg paling tersembunyi.
Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.
• Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan:
" UJUB adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat."
Muthrif rahimahullah telah berkata:
“ *Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik daripada aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”*
Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah setelah selesai menjadi imam, beliau berkata:
“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat daripada orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah daripada Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

*Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:*
" Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
- *(HR Bukhari dan Muslim).*

" Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu KEDEKUT yang ditaati, HAWA NAFSU yang diikuti dan UJUB (rasa kagum dengan diri sendiri).”
- (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi).

Imam Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit UJUB. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."
- (Syarh Arba’in).

Hanya tanpa sifat Ujub, barulah ikhlas 100%. Sifat ujub boleh dikurangkan dengan:
1. Byk² istighfar memohon ampun kepada ALLAH, setiap kali terdetik kehebatan diri.
2. Mengganggap semuanya daripada ALLAH jua, dan
3. Berdoa mohon bantuan ALLAH.
Mari kita sama2 muhasabah diri, dan cuba yg terbaik. Semoga ALLAH bantu kita mengikis penyakit Ujub, insya-Allah.
SEMOGA penulis & seluruh pembaca dijauhkn daripada sifat UJUB ini..
Aaminn..





DALAM kitab Al-Mawaizh Al-Ahadits Al-Qudsiyyah, Imam Al-Ghazali meriwayatkan Hadis Qudsi. Allah SWT berfirman:

“Wahai anak Adam! 
Jangan kalian melaknat makhluk lain, sebab laknat tersebut akan kembali kepada diri kalian sendiri.
Wahai anak Adam! Langit tegak di angkasa tanpa tiang, kerana salah satu daripada nama-Ku, namun hati kalian tak pernah kuat dengan ribuan nasihat dalam kitab-Ku.
Wahai manusia!
Batu itu tidak akan lunak kerana berada di dalam air, sebagaimana nasihat tidak dapat berpengaruh pada hati yang keras.
Wahai anak Adam! Bagaimana mungkin kalian bersaksi sebagai hamba-hamba Allah, namun kalian mendurhakai-Nya? Bagaimana mungkin kalian meyakini bahawa mati adalah pasti, namun kalian membencinya? Kalian mengatakan hal-hal yang tidak kalian ketahui dan menganggapnya remeh, padahal yang demikian itu masalah besar di sisi Allah.”

-- Imam Al-Ghazali, kitab Al-Mawaizh Al-Ahadits Al-Qudsiyyah.


Selasa, 23 April 2019


INFORMASI yang sangat berharga!

*Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar tilam sebelum tidur.*
*Mengapa kita harus mengibas cadar tilam kita?*
Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tentangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:


*Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati jatuh ke atas cadar. Setiap kali kita bangun ia akan tertinggal di atas cadar tilam. Sel-sel mati ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan hampir tidak dapat dihilangkan.*
*Jika jumlah sel-sel mati bertambah, maka ia dengan mudah meresap kembali ke dalam tubuh, dan boleh menyebabkan penyakit serius.*


Saintis Barat pernah cuba untuk menghilangkan sel-sel mati tersebut menggunakan pelbagai cecair pembunuh kuman seperti Dettol dan sebagainya, tetapi gagal.
Sesetengah ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu sebanyak tiga ( 3 ) kali seperti yang dinyatakan di dalam Hadis dan terkejut apabila mendapati bahawa semua sel-sel mati tersebut hilang!!

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
*"Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya sebanyak tiga ( 3 ) kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan."*
- (Hadis riwayat Bukhari no. 6320, Muslim 2714).

Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi ramai yang tidak tahu bahawa kebaikannya jauh lebih besar daripada itu.
Hal ini sangat menyedihkan apabila kebanyakan daripada kita mengabaikan ajaran Rasulullah ﷺ.
Sama-samalah kita sebarkannya, biar seluruh dunia tahu bahawa segala perintah Allah SWT adalah untuk kepentingan dan kebaikan manusia.
*سبحان الله...*





SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani pernah ditanya oleh seseorang mengenai fikiran-fikiran yang muncul di benak (khawâthir), lalu beliau menjelaskan:

“Bagaimana menjelaskan kepadamu apa itu khawâthir? Khawâthir itu datang daripada syaitan, dorongan alamiah (thabʽ), nafsu (hawâ) dan dunia ini. Kepentingan atau kepedulianmu (hamm) adalah apa saja yang paling penting menurutmu. Jenis fikiran-fikiranmu akan sejalan dengan kepentinganmu yang sedang aktif. Sebuah lintasan fikiran (khâthir) yang diilhami oleh Tuhan Yang Maha Benar hanya datang ke hati, bebas daripada apa pun selain Dia. Sebagaimana telah difirmankan-Nya,
“Aku berlindung kepada Allah daripada menahan siapa pun kecuali Dia yang padanya kami temukan harta kami."
- (QS Yûsuf (12) : 39).


Jika Allah dan ingatan kepada-Nya (dzikr) hadir dalam dirimu, maka harimu pasti akan dipenuhi dengan kedekatan-Nya, dan fikiran-fikiran yang disarankan oleh syaitan, nafsu dan dunia ini semuanya akan menjauhimu. Ada semacam fikiran yang datang dari dunia ini dan macam lain yang datang dari akhirat. Ada fikiran yang datang daripada para malaikat, fikiran yang datang daripada diri rendah (nafs) dan fikiran yang datang daripada hati. Juga ada fikiran yang datang daripada Tuhan Yang Maha Benar.
Oleh kerana itu, adalah perlu bagimu, wahai orang yang benar (shâdiq), untuk membuang semua fikiran lain dan hanya mengandalkan kepada fikiran Tuhan Yang Maha Benar. Jika engkau menolak fikiran daripada diri rendah, fikiran nafsu, fikiran syaitan dan fikiran dunia, maka fikiran akhirat akan datang kepadamu. Kemudian kamu akan menerima fikiran malaikat, dan akhirnya fikiran Tuhan. Ini adalah tahap yang terakhir.

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Jala Al-Khathir.



"BARANGSIAPA yang duduk di dalam keadaan suci, di tempat yang sepi, sambil menghadap qiblat, penuh ketenangan sambil menundukkan kepala, lalu dia menyebut nama "الله" dengan HATI yang KHUSYU' dan penuh ADAB, dia akan memperolehi kesan daripada zikirnya suatu bekas yang nampak di dalam hatinya, jika dia terus menekuninya, maka akan terpancar padanya cahaya kedekatan dan tersingkap baginya rahsia-rahsia ghaib."

- [Kitab Ar-Risalah Al-Mu' awanah karangan Al-'ArifbiLlah Al-Habib Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad Qaddasallahu Sirrahu.]


Isnin, 22 April 2019

susahnya idop waktu kecil di cemomoi sekitar tahun 1970-an dulu masih terngiang-ngiang. ke skoloh dengan kasut getah, disimbahi lecah atau debu tanah merah time lori tangki minyak sawit lalu ketika kitorang berjalan kaki pergi dan balik skoloh yang jaraknya lebih 2 km dari rumah, berkongsi paip air di tepi jalan dengan 4 atau 6 buah rumah, elektrik hanya ada sekitar tahun 1985 kalu tak silap (12 jam menggunakan generator), jamban di luar rumah (mesti nak berteman kalu nak membeser memalam buta), tiada motor apa lagi kereta kalu hendak ke bandar terdekat seperti triang (lebih 30 km)atau simpang durian (lebih kurang 24 km) terutama menjelang hari raya untuk mendapatkan bekalan dan macam2 lagi kesulitan idop menjadikan jiwa jadik kental. aku lahir di sini selepas ayah aku mula masuk felda pada tahun 1972. ayah aku beli moto honda c90 sekitar tahun 1983-84 kot, agaknya terpengaruh dengan iklan sudirman yang jadik public figure nyanyi "Honda c70 sekarang 90... la la la laaa")

dengo crita pada peringkat awal, kalu kluarga aku nak balik kampung nyambut raya, ayah akan berbasikal ke simpang pelangai yang jaraknya hampir 12 km melalui jalan berdebu untuk menunggu bas yang rupanya macam crita 'masam-masam manis' menghala ke kuala pilah. sesekali macam nampak2 je rumah kampung tempat ayah menumpangkan basikalnya bila aku lalu di situ pada waktu-waktu begini. teringat lagi dengan jambatan kayu yang merentangi sungai  semerting. bergegar dengan pelbagai irama bila bas dan lori balak lalu.

dari situ terus ke tampin dan mengambil teksi ke kuala sungga. kalu ada bas bole le ke batang melaka (kampung mak) dan terus balik ke kampung jus, selandar (kampung ayah). kalu nasib tak baik, pnah gak aku berjalan kaki dengan abang dari simpang jalan tampin-gemas ke tebong... aduyai menapak tengah panas sejauh 2 km ketika tu sangat melelahkan. begitu juga bila naik bas ke kampung jus, berjalan kaki masuk ke kawasan kampung sangat bergerutu  jiwa.

hari ni, sejauh mana aku pergi, aku jadik rindu dengan pengalaman kental yang aku lalui tu. teringat dikejar lembu ketika balik ngaji memalam buta di rumah isteri polis di balai polis cemomoi. suaminya dipanggil tok zali kekadang berburu dan penah membela beruk dan ungka. seblom ngaji kami main dulu dengan menatang tu selain menyakat ayam belanda milik dorang.

kalu ada wayang pacak, kami mengaji cepat-cepat dan mintak izin balik awal. slalu gak ada pentas lawak jenaka yang dipersembahkan oleh yahya sulong, r. jafar, param pendek, hamid gurkha dan ramai lagi. semuanya berpusat di skolah rendah cemomoi. heran juga, walopon jauh nak masuk ke cemomoi nih, mereka tetap sampai ke sini. sayangnya coverage aktiviti mereka ni rasanya tak pernah kelihatan di mana-mana majalah hiburan waktu tu... kalu tak mesti cemomoi dah lama glamer, tak payah le susah2 aku nak menjajanya termasuk menamakan blog ni sebegitu rupa kikiki...


SELAWAT dan salam kepada Rasulullah SAW serta keluarga baginda dan para sahabat sekaliannya...


AL-HIKAM 232

Jangan membanggakan (gembira) terhadap suatu warid (yakni kecondongan hati untuk berbuat taat) yang belum engkau ketahui buahnya, sebab bukan yang diharapkan dari awan itu sekadar hujan, tetapi tujuan utamanya ialah adanya buah dari pohon-pohonan.


KETERANGAN
Contoh amal ibadat solat jangan terburu-buru merasa bangga dan gembira, kerana sudah dapat solat, selama belum merasakan buah solat sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan munkar."
- SURAH ANKABUT, AYAT 45.


Inilah buahnya solat maka selagi belum mendapat buah yang demikian, jangan merasa bangga atau gembira, tetapi di samping itu jangan putus harapan untuk diterimanya meskipun belum berhasil buahnya.

- TERJEMAHAN AL-HIKAM SYEIKH IBNU ATHO'ILLAH.



INI KISAH seorang yang memfitnah seorang ulama terkenal. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.
Dalam pertemuan itu ulama tersebut berkata, "Saya boleh maafkan dengan syarat: Nanti bila kamu datang ke masjid ini bawalah penyapu bulu ayam."
"Dalam perjalanan, kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis."

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu... tapi tetap melakukannya kerana berniat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya hingga sampai di masjid. Kemudian dia berjumpa dengan ulama tersebut. 
"Wahai habib... saya telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja.... bulu-bulu ayam itu saya cabut dan buang di sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya?!"
Ulama itu berkata, "Nanti bila kamu balik... kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa kembali padaku esok."

Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang... ini suruh ambil kembali. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.
Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan... saya hanya mampu kutip 2 ke 3 helai saja bulu ayam daripada banyak yang saya telah buang. Semua telah diterbangkan angin entah ke mana?!"

Lalu habib itu berkata, "BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan padaku. Orang yang mendengar akan percaya dan menyebarkannya hingga entah ke mana? Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya... Ia telah tersebar dan terus tersebar...."
"Aku maafkan kamu. Bertaubatlah...lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.
Nah.... itulah DOSA JARIAH .... dosa fitnah terus berjalan di saat ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah BALA DUNIA atau AZAB AKHIRAT yang akan menimpa!"

Kepada si pelaku dan si penyebar fitnah, USAHAKANLAH... Temuilah orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah!
Wallah hu a’lam.


IBN SA'AD dalam Ath-Thabaqat dan Imam Al-Bayhaqi dalam Asy-Syu’ab menuturkan bahawa Abu ad-Darda berkata,

”Aku mencintai kemiskinan sebagai wujud sikap tawadhu kepada Tuhanku. Aku mencintai kematian sebagai wujud kerinduanku kepada Tuhanku. Aku pun mencintai sakit sebagai penghapus kesalahanku.”


Sahal ibn Abdillah at-Tastari pernah mengatakan,


”Tidak ada yang mengharapkan kematian kecuali tiga ( 3 ) orang: yang tidak mengetahui apa yang terjadi setelah kematian, yang lari daripada takdir Allah, atau yang rindu dan mengharapkan pertemuan dengan Allah.”

Hayyan ibn al-Aswad mengatakan,


"Kematian itu adalah jambatan yang menghubungkan antara seorang kekasih dengan Kekasihnya.”

Abu Utsman menuturkan, "Tanda kerinduan adalah kecintaan pada kematian.”

Sebahagian ulama mengatakan,
”Sesungguhnya para pecinta akan merasakan manisnya kematian pada saat kemunculannya. Saat itu, terbukalah bagi mereka bahawa rahmat kematian itu lebih manis daripada kehidupan.”

Ibn Asakir menuturkan bahawa Dzunnun al-Misri pernah mengatakan, ”Kerinduan itu berada di posisi dan darjat tertinggi. Jika seorang hamba telah mencapainya, dia akan melangkah menuju kematian; sebagai wujud rasa rindunya kepada Tuhannya serta rasa cintanya pada pertemuan dan perjumpaan langsung dengan Tuhannya.”

-- Kitab Syarh ash-Shudur bi Syarh Hal al-Mawta wa al-Qubur, Imam Jalaluddin as-Suyuthi.


Khamis, 18 April 2019


MENURUT Imam Al-Ghazali, bagi orang yang sudah sangat mendalam pengetahuan makrifatnya dan sudah menyingkap rahsia kekuasaan Allah walaupun hanya sedikit, maka hatinya akan diliputi perasaan bahagia yang tak terhingga. Kerana begitu bahagianya, dia akan menemukan dirinya seolah-olah terbang. Dia juga akan merasa hairan dan takjub menyaksikan keadaan dirinya. Ini termasuk hal-hal yang tak dapat dibayangkan kecuali dengan cita rasa (dzawq).

Bahkan, kadang cerita-cerita sufi pun tak banyak membantu. Semuanya tak dapat dilukiskan oleh kata-kata. Ini juga membuktikan bahawa makrifat kepada Allah merupakan puncak daripada segala kenikmatan. Tak ada kenikmatan lain yang dapat mengalahkannya.

Abu Sulaiman Ad-Darani pernah mengatakan, “Allah memiliki beberapa orang hamba, mereka menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah, bukan kerana takut neraka atau berharap syurga. Lalu, bagaimana mungkin mereka disibukkan oleh dunia dan meninggalkan Allah?”
Maka, wajar saja jika ada seorang murid dari Ma’ruf Al-Karkhi bertanya kepada gurunya, 
“Apa yang membuatmu beribadah dan meninggalkan pergaulan dengan manusia yang lain?”
Sejenak Ma’ruf Al-Karkhi terdiam. Lalu menjawab, “Aku ingat mati.”
“Ingat apanya?” tanya muridnya lagi.
 
 

 “Aku ingat kuburan dan barzakhnya,” jawab Al-Karkhi.
“Ingat kuburan? Bahagian yang mana?” tanya murid itu lagi.
“Rasa takut pada neraka dan berharap syurga,” jawab Al-Karkhi.
“Bagaimana boleh begitu?”
“Sesungguhnya dua malaikat ini ada dalam kekuasaan-Nya. Jika engkau mencintai-Nya, maka engkau akan melupakan itu semua. Jika engkau mengenal-Nya, maka cukuplah itu semua!”

Ma’ruf Al-Karkhi mengingatkan kita bahawa perasaan takut dan berharap masuk syurga adalah harapan rendah bagi orang yang beribadah. Sebab, orang yang benar-benar beribadah kepada Allah dan mengharap perjumpaan dengan-Nya, pasti merindukan-Nya dengan penuh cinta, dan pasti akan melupakan segalanya. Dia hanya berharap memandang wajah-Nya. Dalam sebuah kisah disebutkan bahawa Nabi Isa a.s. bersabda,
“Jika engkau melihat seorang pemuda mencari Tuhannya, maka sungguh dia akan lupa segala-galanya!”

Ali Ibnu Al-Muwaffaq mengatakan,
“Aku bermimpi seolah-olah masuk syurga. Aku melihat seorang lelaki duduk menghadap sebuah hidangan. Dua malaikat duduk di kanan-kirinya menghidangkan makanan yang serba lazat. Dia sendiri nampak begitu menikmatinya. Aku juga melihat seorang lelaki berdiri di pintu syurga sedang mengawasi wajah-wajah manusia. Sebahagian dipersilahkan masuk dan sebahagian lagi ditolak. Aku melewati dua orang lelaki itu menuju Hadirat-Nya yang suci. Kemudian, di khemah Arasy aku melihat seorang lelaki lagi, matanya terbuka dan tak berkedip, memandangi Allah SWT. Lalu, aku bertanya kepada Malaikat Ridwan, “Siapakah orang ini?” Lalu dia menjawab, “Dia adalah Makruf Al-Karkhi. Dia hamba Allah yang tidak takut neraka dan tidak rindu syurga tetapi cinta kepada Allah SWT. Maka, dia diizinkan memandangi-Nya hingga Hari Kiamat. Dia menambahkan dua lainnya adalah Bisyr Al-Harits dan Ahmad Bin Hanbal.”
Abu Sulaiman berkata, “Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya.”

Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab,
“Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga. Aku tidak seperti buruh yang jahat—jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih—Aku menyembah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya.”

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha.


KISAH Syeikh Abu Yazid Al-Busthami, yang Insya- Allah, dapat kita ambil pelajaran; 

di samping seorang sufi, Syeikh Abu Yazid juga adalah pengajar tasawuf. Di antara jamaahnya, ada seorang murid yang rajin mengikuti pengajiannya. Suatu saat, muridnya itu mengadu kepada Syeikh Abu Yazid, “Guru, aku sudah beribadah 30 tahun lamanya. Aku solat setiap malam dan puasa setiap hari, dan aku tinggalkan syahwatku, tapi anehnya, aku belum menemukan pengalaman ruhani yang Guru ceritakan. Aku belum pernah saksikan apa pun yang Guru gambarkan."

Abu Yazid menjawab, “Sekiranya kau puasa dan beribadah selama 300 tahun pun, kau takkan mencapai satu butir pun dalam ilmu ini.”
Murid itu hairan, “Mengapa, ya Tuan Guru?”
“Kerana kau tertutup oleh dirimu,” jawab Abu Yazid.
“Apakah ini ada ubatnya, agar hijab ini tersingkap?” tanya sang murid.
“Boleh,” ucap Abu Yazid, “tapi kau takkan melakukannya.”
“Tentu saja akan aku lakukan,” sanggah murid itu.

“Baiklah kalau begitu,” kata Abu Yazid, “sekarang pergilah ke tukang cukur, cukurlah (rambut) kepalamu dan janggutmu, tanggalkan pakaianmu, pakailah baju yang lusuh dan compang-camping."
"Gantungkan di lehermu kantung berisi kacang. Pergilah kau ke pasar, kumpulkan sebanyak mungkin anak-anak kecil di sana."
"Katakan pada mereka dengan lantang “Hai anak-anak, barangsiapa di antara kalian yang mahu menampar aku satu kali, aku beri satu kantung kacang.”
"Lalu datangilah (juga) pasarmu (di mana) jamaah kamu sering mengagumimu."
“Subhanallah, Kau mengatakan ini padaku, apakah ini baik untuk kulakukan?“ kata murid itu terkejut.

Abu Yazid berkata, “Ucapan tasbihmu itu adalah syirik.”
Murid itu kehairanan, “Mengapa jadi begitu?”
Abu Yazid menjawab, “Kerana (kelihatannya kau sedang memuji Allah, padahal sebenarnya) kau sedang memuji dirimu."
Murid itu berkata, “Aku tidak mampu melakukannya, tunjukkan aku cara lain yang boleh kulakukan.”
Abu Yazid berkata, "Mulailah dengan hal ini sebelum yang lain, sampai perasaan agungmu hilang, dan dirimu merasa rendah, lalu akan kuberitahu apa2 yang baik bagimu."
Sang murid menjawab, "Aku tidak mampu melakukannya."
Abu Yazid berkata, "Kau memang takkan mampu melakukannya!”

*~ Sumber: Taqdiisul Asykhosh Fil Fikris Shufiy, Jilid 1, hal 431~*

Cerita ini mengandungi pelajaran yang amat berharga, di antaranya:
1- Abu Yazid mengajarkan bahawa orang yang sering beribadah mudah terkena penyakit ujub dan takabur.
2- Abu Yazid menganjurkan muridnya berlatih menjadi orang hina agar ego dan keinginan untuk menonjol dan dihormati segera hilang, yang tersisa adalah perasaan tawadhu' dan kerendahan hati.
3- Ujub seringkali terjadi di kalangan orang yang banyak beribadat. Orang sering merasa ibadah yang ia lakukan sudah lebih daripada cukup sehingga ia menuntut Tuhan agar membayar pahala amal yang ia lakukan.
4- Orang yang gemar beribadah terdedah jatuh pada perasaan tinggi diri. Ibadah dijadikan cara untuk meningkatkan statusnya di tengah masyarakat. Orang itu akan kecewa bila tidak diberikan tempat yang memadai statusnya.

Semoga Allah melindungi kita daripada sifat UJUB... Aamiin.
 
 
 
*Hikmah Sufi.*

IMAM Al-Junaid mengatakan, “Sesungguhnya awal yang diperlukan oleh seorang hamba daripada sesuatu yang bersifat hikmah adalah mengetahui Sang Pencipta atas keterciptaan diri-Nya; kebaharuan diri tentang bagaimana kebaharuan-Nya; sifat keperbezaan Sang Pencipta daripada sifat makhluk; sifat perbezaan “Zat yang Lama” daripada “yang baru” (alam/makhluk); menurut pada ajakan-Nya, dan mengetahui keharusan diri untuk taat kepada-Nya.

Sesungguhnya orang yang belum mengetahui Zat Sang Penguasa alam, maka ia tidak akan mengetahui keberadaan kerajaan alam tentang status kepemilikan-Nya untuk siapa.”

Sedangkan menurut Abu Thayib Al-Maghribi, "Setiap unsur dalam diri seorang hamba memiliki fungsi yang berbeza-beza berkaitan dengan kemakrifatannya kepada Allah. Akal, menurutnya, memiliki fungsi pembuktian dalil secara logika, hikmah memberi isyarat, dan makrifat mempersaksikan. Kerana itu, kejernihan ibadah tidak akan diperolehi kecuali dengan kejernihan tauhid."

Imam Al-Junaid mengatakan bahwa, "Tauhid bererti pengesaan Zat Yang Esa dengan hakikat dan kesempurnaan keesaan-Nya. Tidak beranak dan tidak diperanakan. Tidak setara dengan apa pun.”

-- Disarikan daripada Risalah Qusyairiyah.

Rabu, 17 April 2019

SYEIKH Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya:
“Barangsiapa yang yakin bahawa Allah menyuruhnya melakukan ibadah, pasti ia bersungguh-sungguh menghadap-Nya. Barangsiapa mengetahui bahawa segala urusan itu berada di tangan Allah, pasti bertekad kuat untuk tawakal kepada-Nya.”
(tip cari air nak gali perigi)

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan: “Siapa yang yakin bahawa Allah SWT menuntunnya untuk melayani-Nya dan melaksanakan tugas-tugas ‘ubudiyyah, pasti ia akan menghadap Allah dengan tulus dan berusaha melaksanakan apa saja yang diredai-Nya dengan sempurna. Hal tersebut adalah disebabkan buah amalnya itu akan kembali kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhannya. Jika ia berakal dan bermakrifat, maka apakah layak jika ia tak tulus dan tidak sungguh-sungguh dalam beramal dan meninggalkan masalah peribadinya?
Barangsiapa yang mengetahui bahawa segala urusan di tangan Allah, termasuk upayanya dalam melayani Tuhannya, pasti kalbunya akan tertuju kepada-Nya dengan tawakal dan memohon-Nya agar mempermudah urusan dan hal-hal yang mendekatkan diri kepada-Nya. Tak ada yang mampu melakukan hal itu, kecuali Allah SWT. Semua perkara berada di tangan-Nya dan seorang hamba tidak berperanan apa-apa.”

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.




TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri