Selasa, 24 Ogos 2010

"Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (maksud surah al-Hujrat: 13)

tak sampai ati nak kecewakan permintaan rakan blogger kita, en. sahrom. asalnya, saya takmoh crita banyak-banyak takut orang jemu, tapi bila dua kali bertanya, elok le saya poskan satu lagi n3 pengalaman saya kat pulau banggi tempoh hari. satu skop yang bule kita kongsikan melalui pemerhatian adalah mengenai 'perkahwinan' masyarakat bonggi.

cara idop orang bonggi sangat ringkas. bila aku nanya tentang majlis walimatul urus, dorang kata takde kenduri pon. apatah lagi malam berinai, acara mandi pengantin, jauh skali nak tukar-tukar baju, belah kek dan sesi fotografi (huh melampau tul sampling aku ni). mungkin dorang duduk rumah yang berjauhan dan sistem perhubungan pon susah.

dulu-dulu, si gadis sunti yang telah mengalami haid dah bole kawin. bila aku stress pasal umur, dorang kata lebih kurang seawal 14 tahun la. nak kenal yang dah kawin atau anak dara pon tak susah. kalu ikatan kain kat pinggang atau bawah dada tu maknanya awek lagi le tu. tapi kalu ikatan kainnya melepasi paras dada jangan nak usik tak tentu pasal.

kalu korang nak tau, orang bonggi ni kuat cemburu. ni bukan aku yang kata heh, tok ketua kampung yang cakap yeh! ke mana suami pegi, di situ ada isteri (isteri mithali). ke kebun ataupun berburu. bukan bini aje cemburu, lelaki pon sama je. orang bonggi tak ramai anak disebabkan sifat ni. paling ramai, 4 orang je (heee... aku lebih sorang le...) ye la kan, kalo anak berderet camana isteri nak ikut g berburu nangkap kancil cam yang aku tunjukkan seblom ni. yang heran (tergamak aku nanya... cabul tul mulut aku) dorang ada kaedah tertentu merancang kluarga. dorang gunakan tumbuhan untuk buat minuman bagi menghalang kehamilan dan satu lagi dorang gunakan daun apa ntah untuk gugurkan janin yang baru menjadik... sesapa yang nak jadik pakar bidan eelok le berguru dengan kaedah ni, sebab aku rasa mungkin mujarab perubatan dorang berdasarkan rata-rata dorang tak ramai anak.

walaupun banyak perkara nak dikongsikan, rasanya cukup le dulu itu je... sebab kajian kitorang ni mungkin akan diterbitkan ke, apa ke tak tau le... kot ada sok aku bagi tau le insyaallah

15 zmn org suka mengomen:

Ampuan Awang berkata...

memang cukup ringkas gaya kehidupan mereka; kita tidak begitu...

saharul berkata...

Salam...

Dalam zaman serba maju,masih ada lagi kaum yg ketinggalan...tanpa seiringan...dengan kemajuan...yang dicptakan dan dislogankan ...

Rafi Harumin berkata...

salam

saya sendiri pun tak sampai banggi lagi

Unknown berkata...

eh! en cemomoi ni umo brapa? dh kwin ke? ada anak ke? la..ingatkan umo ko bru 25 ke bawah.... eh! menarik jgk kisah org bonggi ni nnt sambung lagi...

hentakbelipat berkata...

wahhh..menarik budaya depa nih..

Abd Razak berkata...

Salam...

Sesekali adanya n3 camni seronok juga

sahromnasrudin berkata...

salam..trime kasih..lapang dada saya kerana cemomoi sudi berkongsi pengalaman di atas..saya amat teruja untuk melihat gambar dan membaca penerangannya...

deena farhana berkata...

adik sy nanya, cemomoi ni laki ke pmpuan? gelak je sy..

P/s:kat sbh ni bese nama cemomoi ni utk anak dara sunti bangse cine.hihi

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam.

tak pernah dengar nama kaum ni.. Pagi tadi di blog THJ Al-Lavendari kaum tatau..sini pulak kaum banggi.

ada sambungan lagi ?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

nice ada masa aku nak belajar cakap diaorang

azieazah berkata...

Sungguh unik cara kehidupan dan budaya depa nih. Wpun ada yang menyimpang dari ajaran Islam, tetapi adat turun temurun itulah yg menjadi nadi dan darah daging depa.

Cemburu? Semua orang ada rasa itu, tapi anak ramai jugaakkkk...hehehehe

oya berkata...

begitunya..betul gaks susah if anak ramai..

Anaasuria berkata...

nanti kalau terbit artikel pasal kaum ni share2 lah ye. menariks gak..

sib baik kaedah merancang dia cenggitu, ingatkan lagi extrem macam ikat atau kelip mana2 'anggota' badan ker.. yelah, kan ke kaum ni jauh dari kemajuan..

sebab bukan kaum bonggi, maka bolehlah tambah lagi ahli pasukan dari 5 menjadi 6 atau 7.. :)

Zasillah Ariffin berkata...

menariknyer budaya diorang nie...nama kaum bonggi pon 1st time shiela dengar nieh.. :)

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

ampuan awang: kekadang lebih senang ati cenggitu, takyah fikir pasal hutang

cekgu jang: tah camana bule tak nampak tak tau le...

ashrafi: nak lepak tenang fikiran bule le, sebab tak banyak lokasi pelancongan disediakan kat sana.. tempatnya cantik

nick irfan: heee lebih tua dari tu... semua gambo dalam blog tu my soldiers le tu

hentakberlipat: dorang ni ati baik...

abd razak: seboleh mungkin nak berkongsi maklumat dan bertukar pendapat

sahrom: hummm harap dah tunaikan permintaan tu

deena: kirim salam kat dia, ooo siap repot kat adik lagik, tu hari deena dah bagitau tentang amoi sabah tu

azrina: heh... sama le sedang menghadapi kepupusan tapi tak le seteruk tatau tu.

cukup le kot, dah 4 n3 kalu tak silap tentang trip ni, chek kat bawah skali untuk bulan ogos ni la...

brutal solo: cuba la kalu brani.. satu perkataan dia suruh aku sebut pon dia kata tak serupa sebutan dorang... kalu ko ingat aziz satar sebut 'bonggo' (bujang lapok) cenggitu le, sebutan banyak datang dari bawah tekak gamaknya

kak azieazah: tul le tu, adat dibuat untuk tujuan kebaikan.. cuma mengikut perspektif dan neraca yang berbeza

koi, pasei cemburu le jadik ramaiiii

mahira oya: heee susah susah dulu pendapatan, bersenang-senang kendian...

aanas: tak maju tak semestinya tak hebat... dorang guna herba lebih selamat dari macam-macam risiko kanser

eelok le kalu ada ati nak nambah... meramaikan umat nabi muhammmad, nabi suka tuuuuu

kak shiella: ramai le yang tak tau termasuk le koi yang diberi peluang ke sana

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak