Selasa, 9 Mac 2010


syukur al-hamdulillah, kalimah terbaik ni aku ucapkan ketika berjalan di sekitar manilabay. pada hari terakhir, memulakan hayunan kaki seawal pukul 7 pagi, manila dah cerah ibarat pukul 9 pagi. aku susuri barangkali sejauh lebih 5 km di sekitar teluk tu untuk melihat manusia-manusia marhain. cukup insaf bila melihat kesukaran idop yang mereka terpaksa tempuh. manusia gelandangan ini tidak mempunyai rumah. kotak, papan, atau pangkin batu sebagai tilam paling empuk untuk berembun sepanjang malam. si bayi menyusu di kaki lima dan tidur dalam stroller atau beca.

menyusur di siar kaki, seawal pagi mandi di laut. mereka memasak makanan di kaki lima yang hancing. beberapa manusia yang sakit jiwa barangkali tak tertanggung sengsara. namun suatu yang mulia di kalangan warga kanak-kanak di sini, tak seorang pun aku jumpa yang menggemis meminta daripada pengunjung. dorang ralit dalam dunia imaginasi, termenung, bermain gasing dengan batu sebagai lawan bagi yang tidak mempunyai gasing, atau sekadar berdiam diri merenung suasana hari baru yang tak tau apakah janji dan takdirnya untuk hari ini.

selepas itu, dengan langkah yang pantas, aku mula mencelahi lorong-lorong kota. aku main redah aje janji kelihatan agak selamat untuk aku lalui seorang diri. pemandangan yang sama dan bau yang sama, hancing. kedai-kedai masih tidak banyak yang dibuka. tapi satu hal yang nyata, dah beberapa km dan jam aku berjalan, sukar mencari kedai cenderamata, baju dan kedai elektrik yang biasa kita tengok kat sini. lebih ramai yang berniaga makanan dan rokok secara kecil-kecilan walaupun tempat itu menjadi tumpuan pelancong. aku sampai di hospital besar. deretan manusia sakit memerlukan rawatan. (nampak ke apa perbezaan stesyen minyak tu... haaa tali minyak dia tergantung laaa)

di Jose Rizal Park, kebetulan ada upacara lawatan rasmi barangkali ketua tentera laut asing datang untuk tabik hormat di depan patung Jose Rizal. istiadat biasa kat tugu negara. dari situ aku bergerak sampai aku jumpa Bank Negara, kecik aje.

di satu tempat lain aku lihat macam ada pesta. aku ingat ada jualan macam pasar kat chow kit. melihat ada yang bermain catur, aku andaikan ada pertandingan. rupanya tidak. ada gerai kecil macam orang jual tiket bas aku sangka mereka macam penjual prepaid atau henpon atau yang seangkatan dengannya. ceh! pon bukan. haaa rupanya tempat orang mengiklankan kerja. selain gerai tersebut, beberapa orang promoter berjalan ke hulu ke hilir dengan pelbagai iklan kerja.

huhhh... hujan emas kat negeri kita takde sapa peduli... sebab tu banyak orang asing datang rompak emas di bumi kita. 'swarnabbhumi'

9 zmn org suka mengomen:

saharul berkata...

kalau gitu gayenye...memang org situ susah...

endiem berkata...

setuju dengan aok., sebab itu tempat kita ramai orang luar datang, tak kiralah samada secara sah atau secara haram..

piewahid berkata...

org kita kala dan susoh ngat, dia meragut je. ok lah tu, xpayoh
susoh2 kgijer, ke goner?

Tanpa Nama berkata...

sedih baca entry ni..
bersyukur dgn apa yg ada

mmm

mazru berkata...

sesusah org kite ade lg yg lagi susoh di luor sana..

sesungguhnye jauh perjalanan luas pengalaman dan pandangan..

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Bila kita berkesempatan melihat dunia luar.. kita akan rasa "aku bangga menjadi anak Malaysia"... Alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakan olehMu ya Allah

terokai seni berkata...

assalamualaikum rakan blog:

cekgu jang: memang susoh deme ni lebih susoh kalu pemimpin pon tak peduli

endiem: betui amat, koi nok jejalan kat klcc pon takut lebih takut daripada jejalan kat manila

abg piewahid: elok deme ni diajo camana meragut rumput, banyok juga lembu bole makan ketnya deme ni ingat tak bule kaya kalo meragut rumput ter

jane: jangan lupa nyanyi nasyid 'bersyukurlah kita kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.." lupa la pulok sapa nyanyi tu

mazru: semoga kita kita sema dapat pengajaran

nida: ye betui.. sebab tu bila dok kat negara orang ati rasa nak balik cepattt

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Patut le ramai filipino sanggup buat apa saja bila dpt dok di Sabah...
Malaysia memang 'syurga' bg pendatang...

terokai seni berkata...

shaniza: kebanyakan yang datang kat sabah tu orang islam dari mindanao.. idop mereka lagi susah barangkali cam orang patani jugak kot

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak