Memaparkan catatan dengan label antu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antu. Papar semua catatan
Rabu, 23 Mac 2022
Khamis, 7 Oktober 2021
Ahad, 8 Ogos 2021
Sabtu, 3 Julai 2021
Isnin, 12 April 2021
Sabtu, 11 Julai 2020
Isnin, 11 Mei 2020
Rabu, 29 Mei 2019
Mei 29, 2019
terokai seni
antu, tasawuf
No comments
Rasulullah ﷺ pernah mengatakan bahawa suatu ketika Beliau pernah bertemu dengan syaitan yang lari tercirit-birit tunggang langgang. Melihat kejadian yang tak biasa itu Nabi merasa sedikit hairan. Sebab itu, kemudian Rasulullah menahannya, dan bertanya : "Hai syaitan, kenapa engkau lari tunggang langgang ? apakah yang engkau takuti ?". Jawab syaitan : "Iya, aku melihat bayang-bayang Umar bin Khaththab, kerananya aku lari".
Dari Sa’ad bin Abu Waqqash r.a berkata bahwa Umar bin al Khaththab r.a pernah meminta izin untuk bertemu Rasulullah SAW di mana pada waktu itu para wanita Quraisy sedang berbicara dengan beliau dengan suara keras hingga mengalahkan suara beliau. Ketika mereka mendengar suara Umar, maka para wanita dengan segera mengambil hijab, lalu Rasulullah SAW mengizinkan Umar untuk masuk. Saat Umar masuk, Rasulullah sedang tertawa. Umar bertanya, “Apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah, bapak dan ibuku sebagai tebusanmu, apa yang membuatmu tertawa?”
Beliau bersabda, “Aku hairan terhadap para wanita di sini, tatkala mendengar suaramu, mereka bergegas mengambil hijab.” Umar berkata, “Wahai Rasulullah engkau lebih berhak disegani.” Kemudian Umar berkata, “Wahai kaum wanita kenapa kalian lebih segan terhadapku daripada kepada Rasulullah?” Mereka menjawab, “Kerana engkau lebih keras dan lebih garang.” Maka Rasulullah bersabda,“Wahai Umar, demi Zat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, sudah cukup untuk mengerti kemuliaanmu bahawa tidaklah syaitan terserempak denganmu melainkan memilih jalan selain jalan yang engkau lalu.”
(Muttafaqun ‘alaih dan dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah r.a dengan jalur lain).
Rasulullah pernah bersabda ; "Sesungguhnya syaitan lari darimu wahai Umar! Ketika saya sedang duduk di sini, kemudian orang-orang ini masuk, dan belum lama sebelum kamu masuk, dia melakukan seperti itu.”
(HR. Ahmad dan Tirmizi)
Dari sisi lain Nabi juga pernah bersabda, dalam riwayat Al Hakim dan Ibnu Asakir :اتّقوا غضب عمر فانّ الله يغضب اذا غضب
"Takutlah kalian terhadap kemarahan Umar, karna sesungguhnya Allah akan murka bila Umar marah".
Mengapa syaitan takut dengan Sayyidina Umar namun boleh mendekati Rasulullah (ﷺ )? Maka Ibn al-Qayyim berkata, "Hawa nafsu adalah musuh manusia, jika dia menaklukkan musuhnya dan menawannya, kekuasaannya lebih kuat dan lengkap daripada yang tidak ada musuh." Ini adalah hal keadaan Rasulullah (damai dan rahmat Allah untuk sekalian alam) yang mana sifatnya lebih sempurna dari Sayyidina 'Umar ketika Shaytan melihatnya melarikan diri darinya".
Bahkan tugas Rasulullah ﷺ sebagai pendakwah kepada manusia dan jin syaitan. Banyak hadis melaporkan bahawa beberapa kali Rasulullah berjumpa dengan kelompok jin untuk mendakwah mereka.
Ust Iqbal Zain

Rabu, 8 Mei 2019
Mei 08, 2019
terokai seni
antu, solat
No comments
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Apabila azan dilaungkan untuk bersembahyang, syaitan akan lari kebelakang dalam keadaan terkentut-kentut supaya tidak mendengar suara azan. Kemudian apabila azan selesai dia akan datang semula.
Begitu juga apabila Iqamat dilaungkan, dia akan lari kebelakang dan apabila Iqamat selesai, dia akan datang semula untuk menimbulkan was-was didalam hati orang yang bersembahyang.
Dia akan berkata: Ingatlah itu! Ingatlah ini! Sehingga perkara-perkara yang tidak terfikir sebelumnya. Dan sehingga orang itu tidak dapat mengingat berapa bilangan rakaat yang telah berlalu
(H.R. Muslim)
(H.R. Muslim)
Isnin, 5 November 2018
November 05, 2018
terokai seni
antu, identiti
No comments
dah lama tak crita antu, kan?
setelah lama di situ, semua orang bersedia nak balik, tetiba aku jumpa sebilah parang tak berhulu tercacak di sebuah bongkah seakan busut kecil. aku segera laungkan pada rakan-rakan dan menunjukkan minat nak mengambilnya... saja nak perangatkan kengkawan... ada sorang member yang kununnya ble nampak makhluk halus mengatakan, "hek eleh, ni keja orang tikam nombor ni..." kengkawan lain mula memberikan macam-macam reaksi. sorang daripada kami suh tanya otai muzium yang dah besa dengan hal mistik.
"sudah-sudah la tu... jom kita balik!" dia kabo. aku saja provoke lagi mengajak dia mencabut parang tu. "arghhh! tanak la aku... kalu korang nak, amik la... apa-apa hal korang tanggung!" keh8x sapa brani cari penyakit? ni kubur lama ni... tapi kalu mat salleh mungkin dorang rembat je sebab dorang takde tahyul!
waktu aku berombongan membuat penyelidikan di langkawi, kami pergi ke sebuah perkuburan melayu lama. kalu tak silap kubur itu telah dipindahkan dari tempat lama ke kawasan baru. kami meneliti nisan yang ada. tak banyak yang menarik nak diperkatakan tentang misteri sejarahnya kerana kami hanya menemui dua atau tiga je nisan batu acheh yang menunjukkan kubur berkenaan begitu lama usianya. satu daripadanya telah patah. tulisan jawi yang ada pada batu nisan agak sukar dibaca.
setelah lama di situ, semua orang bersedia nak balik, tetiba aku jumpa sebilah parang tak berhulu tercacak di sebuah bongkah seakan busut kecil. aku segera laungkan pada rakan-rakan dan menunjukkan minat nak mengambilnya... saja nak perangatkan kengkawan... ada sorang member yang kununnya ble nampak makhluk halus mengatakan, "hek eleh, ni keja orang tikam nombor ni..." kengkawan lain mula memberikan macam-macam reaksi. sorang daripada kami suh tanya otai muzium yang dah besa dengan hal mistik.
"sudah-sudah la tu... jom kita balik!" dia kabo. aku saja provoke lagi mengajak dia mencabut parang tu. "arghhh! tanak la aku... kalu korang nak, amik la... apa-apa hal korang tanggung!" keh8x sapa brani cari penyakit? ni kubur lama ni... tapi kalu mat salleh mungkin dorang rembat je sebab dorang takde tahyul!
pada malam tu, ketika tido sorang geng pompuan kami tersedo di tengah malam kerana terdengo beberapa lelaki berjubah tersilap bilik katanya di dalam bilik rumah inap desa. kumpulan lelaki tu terus beredar. sedang esoknya mula kedengaran crita daripada brader otai ni tadi. dia didatangi mimpi sorang lelaki melayu berjubah dalam 4 kaki lebih... kecil je tubuhnya lalu bertanya "ko nak ke parang tu? parang tu aku punya" kata member aku, "tak la... kami tengok je" dan crita itu mula berkait dengan pengalaman geng pompuan ni tadi... tapi takde sapa dapat merumuskan peristiwa tu... tinggallah dalam lipatan misteri yang mengantui memori memasing je.
Isnin, 16 Julai 2018
Julai 16, 2018
terokai seni
antu
No comments
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka siapa yang melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana dia itu adalah syaitan."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2093.
Julai 16, 2018
terokai seni
antu
No comments
Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Usamah memberitahukan kepada kami, dari Hisyam bin Hissan dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw melarang melakukan solat dengan meletakkan tangannya pada rusuknya.
Dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnnu Umar. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hasan sahih". Sekelompok dari para ahli ilmu memakruhkan meletakkan tangan pada rusuk diwaktu solat. Al-Ikhtishar adalah seseorang meletakkan tangannya pada rusuknya di waktu solat.
Sebahagian mereka memakruhkan seseorang berjalan dengan meletakkan tangannya dirusuknya dan diriwayatkan bahawa iblis apabila berjalan maka berjalan dengan meletakkan tangannya pada rusuknya.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0380.
Jumaat, 13 Julai 2018
Julai 13, 2018
terokai seni
antu
No comments
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. katanya:
"Tadi malam, Ifrit bangsa Jin datang kepada ku hendak menggangguku solat (atau beliau mengucapkan kata-kata yang sama maksudnya). Tetapi Allah memungkinkan ku untuk mengatasinya. Aku bermaksud hendak mengikatnya pada sebuah tiang masjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudaraku, Nabi Sulaiman, yang memohon, "Ya, Allah, Tuhanku! Ampunilah aku, dan berikanlah kepadaku suatu kerajaan yang tidak akan pernah Engkau berikan kepada seorang jua pun sesudahku."
Kata Rauh, lalu jin itu diusir oleh Nabi."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0274.
Julai 13, 2018
terokai seni
antu
No comments
Mewartakan kepada kami 'Amr bin Rifi'; mewartakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Salim bin Abl-Ja'd dari Kuraib, dari Ibnu 'Abbas, dari Nabi Saw., beliau bersabda:
"Seandainya salah seorang di antara kalian, apabila mendatangi isterinya membaca: "Allahumma jannibnisy-syaitha na wa jannibisy-shaithaana fiima razaqtanii." Artinya: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada syaitan, dan jauhkanlah syaitan atas apa yang hendak Engkau berikan kepadaku. Lalu lahir seorang anak dari hasil hubungan mereka itu, maka Allah tidak akan memberi syaitan kesempatan untuk menguasainya. Atau syaitan tidak akan membahayakannya."
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1919.
Julai 13, 2018
terokai seni
antu, ingatan mesra
No comments
Dari Abu Nadlrah dari Abu Sa'id berkata: "Dulu Rasulullah saw biasa membaca doa-doa untuk menolak gangguan jin dan gangguan manusia; namun setelah surah Al-Falaq dan An-Naas turun, maka beliau membaca kedua surah tersebut untuk menolak gangguan itu, dan meninggalkan doa-doa yang lain."
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5339.
Khamis, 12 Julai 2018
Julai 12, 2018
terokai seni
antu
No comments
Said bin Yahya bin Said Al Umawi menceritakan kepada kami, ayahku memberitahukan kepada kami, Ibnu Juraij memberitahukan kepada kami dari Ishaq bin Abdillah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa membaca apabila keluar dari rumahnya:(Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah tiada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan Allah) maka diucapkan kepadanya: Kamu dicukupi dan dilindungi dan syaitan menjauhkan dari dirinya".
Hadis ini adalah sanad hasan sahih gharib yang kami tidak tahu selain dari sanad ini
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3486.
Julai 12, 2018
terokai seni
antu
No comments
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. tentang taktik tukang-tukang tenung. Jawab beliau, "Mereka itu tidak benar!"
Tanya mereka pula, "Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh sebangsa Jin,lalu dibisikkannya ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina dan mereka campur dengan seratus kebohongan, bahkan lebih."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2086.
Langgan:
Catatan (Atom)