Khamis, 30 Ogos 2018

duniaku memang cacamerba


Allah bagi beberapa kelebihan pada aku tapi aku tidaklah polish sesetengah bakat yang ada.. biarkan ia sekadar suka-suka atau terendam dalam bilik air je...


dalam kerjaya camtu juga... bidang yang aku belajo jauh sangat dari apa yang aku ceburi dalam kerjaya... menongkah arus! ye dalam idop ni banyak beno aku menongkah arus... dan kerjaya pertama aku selepas degree bermula di DBP


tapi takmoo cerita yang kat DBP... nak kongsikan kerjaya di tempat kedua yang mungkin kekal sampai pencen. dan cerita yang nak dikongsikan ni pon bukan kerja teras sebab ketika ini aku ditempatkan di sebuah jabatan lain.


13 mei 2011


sebelum Istana Negara berpindah, aku berkesempatan untuk mengunjunginya. Sebelum ditukarkan menjadi muzium, kami gie survey dulu melihat warisan ketara dan tak ketara, dan nilai sejarah dan budaya yang menjadi khazanah untuk tatapan generasi akan datang.
ada banyak protokol istana yang dimaklumkan dalam sesi tersebut. tentunya pengalaman lawatan tersebut aku kongsikan dengan bos aku yang sangat hebat dari sudut ilmu seni dan budayanya (mendiang) Siri Neng Buah, keturunan Siam. responnya sangat teruja apabila dia menambah seperkara mengenai etika raja beradu yang sesungguhnya bagi aku sesuatu yang tidak pernah diketahui.

"Raja tido sorang diri? bia betui boh!" "hoo la en. amir..." (sangat tertib bila bercakap)... "Rajo-Rajo Melayu dale hikayat dulu-dulu meme ghoyak tido asing" "

"Bakpo lagu tu boh" aku tanya penuh minat dan takjub, kerana sangkaan orang biasa dalam gambaran kita mesti la raja-raja dilayan oleh para gundik macam filem-filem gitu!

Antara sebabnya ialah dulu-dulu untuk tujuan mengelakkan sebarang pengkhianatan. macam kita tengok filem la kan, ada raja yang diracun atau diserang ketika dalam bilik tido.

pada hari ini, aku tak pasti le peraturan yang itu masih dilaksanakan ke tak... yang tu eeelok le sapa yang nak tau gi tanya orang yang keja kat istana... maklumat yang aku kongsikan ini hanya berdasarkan istiadat raja-raja melayu yang disebut dalam hikayat je




Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda:


"Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."


(Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.290



Yahya bin Muadz Ar-Razi berkata, “Wahai anak Adam! Tuhanmu telah memanggilmu ke negeri kedamaian, maka lihatlah, dari tempat mana engkau menjawab panggilan itu. Jika engkau menjawab panggilan itu sejak dari masa hidupmu di dunia dan menyibukkan diri demi perjalanan menuju negeri kedamaian itu, maka tentu engkau akan berhasil mencapainya. Namun, jika engkau menjawabnya dari alam kubur, maka engkau akan terhalang darinya.”


--Dikutip daripada kitab Dzikrul-Maut, Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.


Bakr al-‘Abid pernah berkata, “Wahai ibuku! Alangkah baiknya seandainya engkau mandul dan tidak pernah melahirkan aku, sebab anakmu ini akan terpenjara sangat lama di dalam kubur dan setelah itu, masih ada lagi perjalanan panjang.”



--Dikutip daripada kitab Dzikrul-Maut, Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.


Rabu, 29 Ogos 2018

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: Berfirman Allah Yang Maha Agung dan Luhur:


“Sudah Kupersiapkan untuk hamba-Ku yang Shalih apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak bisa dibayangkan manusia”.


(HR. Al Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Ibn Majah, Ad Darimi)


Hatim Al...-Asham berkata, “Barang siapa melewati perkuburan dan tidak berfikir tentang dirinya sendiri atau berdoa untuk para penghuninya, bererti dia telah menghianati mereka dan juga dirinya sendiri.”


--Dikutip daripada kitab Dzikrul-Maut, Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.



Al-Jurairi menuturkan, “Aku hadir pada saat Imam Al-Junaid tengah menghadapi sakaratul-maut. Waktu itu hari Jum’at dan bertepatan dengan hari Nairuz (Tahun Baru kalender Persia). Dia sedang membaca Al-Qur’an dan ketika dia selesai membacanya, aku bertanya kepadanya: ‘Wahai Abu Qasim! Akankah engkau mati dalam keadaan begini?’


Lalu dia menjawab, ‘Akankah diriku lebih berhak memutuskan, padahal Dia-lah yang Maha Berkuasa menutup catatan amalku.”


--Dikutip daripada kitab Dzikrul-Maut, Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.


Selasa, 28 Ogos 2018

mak tanya bila nak balik
baliklah nakkk...


dulu-dulu  nak balik kampung susah
naik beskal jalan tanah merah berdebu
la ni dah berturap bagai
pon susah gak nak balik
baliklah nakkk...

mak suh balik
baliklah nakkk...

dulu-dulu nak balik kampung susah
bole la kata naik bas loncat-loncat
la ni dah ada moto bagai
pon susah gak nak balik
baliklah nakkk...


mak panggil balik
baliklah nakkk...


dulu-dulu nak balik kampung susah
kendong anak kiri kanan
la ni dah ada keta bagai
pon susah gak nak balik
baliklah nakkk...

mak dah balik
Allah panggil mak balik
kau baru nak balik?






Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :


Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Ketika itu, binatang dan kelekatu berjatuhan ke dalamnya. Maka aku mencegah kalian, namun kalian melemparkan diri ke dalamnya.


(HR Bukhari No: 6483 / HR Muslim No: 2284) Status : Hadis Sahih.


Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam,


“Aku tidak meninggalkan sesuatu yang dapat mendekatkan kalian kepada Allah, kecuali aku sudah memerintahkannya kepada kalian. Aku pun tidak meninggalkan sesuatu yang menjauhkan kalian dari Allah, dan mendekatkan kalian ke Neraka, melainkan aku sudah melarangnya atas kalian”.


(Sahih. Riwayat al-Baihaqi)


"Barangsiapa yang Allah 'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim (kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)."


(Sunan Abu Daud No: 2559) Status: Hadis Sahih


Isnin, 27 Ogos 2018

dari Az Zuhri dari 'Urwah dari 'Aisyah ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam paling sering berlindung dari hutang yang tak terbayar dan sesuatu yang menyebabkan dosa. Aku pernah bertanya; "Wahai Rasulullah, kenapa engkau sering berlindung dari hutang yang tak terbayar?"
 
Beliau menjawab: "Sebab orang yang berhutang, ia akan banyak berbicara lalu berdusta, berjanji lalu mengingkari."


 SUNAN IBNU MAJAH


Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Zaid bin Aslam dari Umar bin Khattab ia berdo'a: "Ya Allah, janganlah Kau jadikan kematianku pada tangan seorang laki-laki yang menunaikan shalat kepada-Mu meskipun hanya sekali sujud, yang dengan hal itu aku akan berhujah di depan-Mu pada hari kiamat."


MUWATTA MALIK




Telah mengabarkan kepada kami Abdullah bin Az Zubair Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Wahb dari 'Amru bin Al Harits dari Darraj Abu As Samah dari Abu Al Haitsam dari Abu Sa'id Al Khudri dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:


"Apabila kalian melihat seorang laki-laki yang terbiasa mendatangi masjid maka bersaksilah atas keimanannya, sesungguhnya Allah berfirman: '(Sesungguhnya hanyalah yang memakmurkan masjid itu adalah orang-orang yang beriman kepada Allah) ' (Qs. At Taubah: 18).


AL-DARIMI




Jumaat, 17 Ogos 2018

“Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan kurban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan”


(HR Ahmad)




Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah

(HR Muslim)








Dari Ibnu Sirin dari Abu Sa'id Al-Khudry ra berkata: "Rasulullah saw pernah melarang menyimpan daging korban selama lebih dari tiga hari. Tetapi kemudian beliau bersabda:

"Makanlah daging korban itu dan sedekahkanlah."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4280.




Sesungguhnya Allah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik.” 


(Riwayat Muslim)


Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda:


"Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus - cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?"


Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia."


(HR Muslim No: 131) Status: Hadis Sahih


Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin abdil Qais.


"Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai Allah, iaitu lemah lembut dan sifat berhati hati (sabar),"


(Hadis riwayat Tarmizi) status Hasan Sahih



Khamis, 16 Ogos 2018

Dari Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif dari bapaknya dari Nabi SAW baginda bersabda:


"Barangsiapa yang di sampingnya ada seorang Mukmin yang direndahkan, lalu dia tidak menolongnya padahal dia mampu, nescaya Allah Azzawajalla akan merendahkannya di hadapan semua makhluk pada Hari Kiamat"


(HR Ahmad No: 15416) Status: Hadis Sahih


Dari Nukman bin Basyir RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda:


"Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam."


(HR Ahmad No: 17654) Status: Hadis Sahih



Daripada Anas رضي الله عنه, ia berkata: “Sesungguhnya kamu semua akan mengerjakan beberapa perbuatan yang mana perbuatan-perbuatan itu di mata kamu semua lebih halus (remeh) daripada rambut, padahal pada zaman Rasulullah ﷺ kami menganggapnya ia adalah suatu perbuatan yang membinasakan.”


Lafaz الْمُوبِقَاتِ bermaksud segala perkara yang membinasakan.


Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari [6011] (11/329-Fath al-Bari)


Selasa, 14 Ogos 2018

kelih sisi
nampak sipi
toleh belakang
meredam gamitan
rindu pada kisah lama
kerap mengetuk nurani

perit mencucuk
pedih menusuk
jiwa meronta
ingin kembali
tapi jasad tetap kaku

biar reput masa memamah
tetap utuh dalam keranda ingatan
biar relai waktu bertandang
tetap kukuh di lahad ingatan

semadilah
meski remuk sanubari
menyiat batin
aku sudi memugar
agar daerah silam selalu segar
agar kamu selalu sedar
sejarah kekal malar



“Seteruk-teruk pencuri ialah pencuri dalam solat.” Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, bagaimanakah mencuri ketika solat?


Baginda menjawab, “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”


(Riwayat Ahmad)


Asma bintu Abu Bakr berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri, lalu menyebutkan fitnah yang akan melanda seseorang dalam kuburnya. Setelah beliau menyebutkan hal itu, kaum muslimin berteriak dengan keras, sehingga menghalangiku untuk memahami sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Setelah teriakan mereka tenang, aku bertanya kepada seseorang yang berada didekatku; "Hai, semoga Allah memberkahimu! Apa yang diucapkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di akhir sabda beliau?"


Ia bersabda: "Sungguh telah diwahyukan kepadaku bahwa kalian akan menghadapi ujian di dalam kubur kalian yang menyerupai ujian Ad Dajjal."


Hadis Sunan An Nasa'i. Hadits: 2035



Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:


"Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik."


(HR Tirmizi, No: 1987) Status: Hadis Hasan Sahih




Isnin, 13 Ogos 2018

ogos 2017


ogos 2018
bermesra dengan alam
bertapa setiap malam






Dari Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW memegang kedua bahuku seraya bersabda:


"Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara",


Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di pagi hari, jangan tunggu sampai petang hari. Jika engkau berada di petang hari, jangan tunggu sampai pagi. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.”


(HR. Bukhari No: 6416) Status: Hadis Sahih


Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda:


"Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal."


(HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan Sahih.




Dari Abu Darda RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:


"Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah."


Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)."


(HR Abu Daud No: 4273)


Jumaat, 10 Ogos 2018

melayu!
tak perlu layu
jangan lagi kuyu

asyik kerut
memanglah kecut
leraikan kisut
regangkan kedut
buangkan kusut
tinggalkan si penakut
melayu sifatnya satria
tangkasnya berseni
tuturnya bestari
langkahnya ikut resam diam si ubi

melayu sifatnya nakhoda
cekalnya menongkah badai
tantangnya mencabar gelora
dagangnya ikut resam tunduk si padi

melayu
usah buntu
cari pemersatu


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya:

"Segerakanlah menguburkan jenazah! Jika dia orang baik, bererti kamu segera mengantarkannya kepada kebaikan. Jika dia orang jahat, bererti kamu segera menghindarkan bencana terhadap diri mu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0896.


Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surat Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0773.


Dari Anas r.a., katanya: "Bahwasanya Nabi saw. melihat seorang orang tua dipapah oleh dua anaknya (menunaikan ibadah haji). Nabi saw. bertanya; "Kenapa orang ini?"

Jawab mereka, "Ia bernazar akan menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya Allah tidak memerlukan orang yang menyeksa dirinya ini." Lalu Nabi memerintahkan supaya orang itu naik kenderaan.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0906.


Khamis, 9 Ogos 2018

Ahmad bin Abdah Adhdhabi Al-Bashri menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, dari Ashim bin Muhammad dari ayahnya dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Seandainya manusia mengerti bencana yang aku mengerti kerana sendirian, maka tidak ada seseorang pun bepergian di waktu malam maksudnya sendirian. "

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1724.


Dari Abu Darda' r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Siapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surat Al Kahfi, dia terpelihara dari bencana kejahatan Dajjal."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0774.


maksudnya :Qutaibah menceritakan kepada kami. Al-Laits memberitahukan kepada kami dari Yazid dari Abu Habib dari Sa'ad bin Sinan bin Anas berkata : Rasulullah SAW bersabda.:

"Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap hambaNya, maka Dia menyegerakan seksa kepadanya di dunia, dan apabila Dia menghendaki keburukan terhadap hambaNya, maka Dia menahan datangnya seksa daripadanya sebab dosanya hingga ia menjumpainya di hari qiamat".

Dan dengan sanad ini dari Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya besarnya pahala adalah beserta besarnya bencana, dan sesungguhnya Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Dia memberi cubaan kepada mereka, maka barang siapa rela maka Dia pun rela dan barang siapa murka, maka Dia pun murka".

Hadis ini adalah hasan gharib dari sanad ini.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2507.


Rabu, 8 Ogos 2018

cinta negara
cinta bangsa
cinta bahasa
itu rasis?
kita buka mulut
kita rasis?
orang lain takpe?
seenaknya menghina

loh... itu taktik zionis
jangan sentuh yahudi
dituduh antisemitik
seenaknya mereka mencarik racik!

nah andai kamu melayu rasis
bermuamalahlah sesama melayu muslim
seenaknya Allah bagi ganjaran
atas setiap duit
yang masuk kantung saudara seislammu
kerana mereka berzakat
akan kembali kepada saudaramu
yang melarat

ingat
melayu rasis
kerana satu akidah
kerana satu kiblah


Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah. saw. pernah mendoa: "Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka (para sahabat), "Nejd, bagaimana ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!"

Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0544.


Abbas bin Abdul-Azhim Al-Anbari menceritakan kepada kami, AbdurRazaq memberitahukan kepada kami, Abdullah bin Mujir, memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman ia adalah anak laki-laki Yasid Ash Shan'ani berkata: Aku mendengar Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa ingin melihat keadaan bencana pada hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan mata kepala maka hendaklah dia membaca surat Idzasysyamsukuwwirat, surat Idzassamaaunfatharat dan surat Idzassamaunsyaqqat.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3389.


Abu Mushab menceritakan kepada kami dari Muhriz bin Harun dari Abdur Rahman Al-Aaraj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Saw bersabda:

"Bersegeralah dalam beramal (diucapkan) tujuh kali tidaklah kamu menunggu selain kemiskinan yang membuat lupa (kepada ketaatan), kekayaan yang menjerumuskan kepada penganiayaan, sakit yang merusak (tubuh), tua bangka yang merusak (pikiran dan perkataan), kematian yang menyiapkan atau (keluarnya) Dajjal lalu kejelekan yang tidak tampak yang ditunggu kedatangannya, atau hari kiamat? Hari kiamat itu paling dahsyatnya bencana serta paling pahit."

Hadis ini adalah gharib Hasan, kami tidak mengetahuinya dari hadis Al-Aaraj dari Abu Hurairah selain dari hadis Muhriz bin Harun. Maamar meriwayatkan hadis ini dari orang yang mendengar Said Al-Maqburi dari Abu Hurairah dari Rasulullah Saw. seperti ini.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2408.


Jumaat, 3 Ogos 2018

lihat dalam mata
anak mata
tepat
berkaca
lihat pada pipi
garis uzur
keras
semangat kental

duhai anak desa


kabar orang tuamu?


Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. membaca ayat :

"Dialah yang menurunkan Kitab (Al Quran) kepada mu. Di antara isinya terdapat ayat-ayat maklumat (yang jelas dan tegas maksudnya), dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat (samar-samar). Adapun orang-orang yang hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat, untuk menimbulkan fitnah (bencana) dan untuk mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan hanya Allah.

Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu turun dari Tuhan kami " Dan tidak dapat memahaminya kecuali orang-orang yang cerdas. " (Ali 'Imran, 3 : 7).

Kata 'Aisyah, maka bersabda Rasulullah saw., Apabila tuan-tuan melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat itulah orang-orang yang dimaksud Allah dalam ayat itu. Maka jauhilah mereka:"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2288.


Mewartakan kepada kami Abu Marwan Al-'Utsmaniy; mewartakan kepada kami Ibrahim bin Sa'ad, dari ayahnya, dari 'Umar bin Abu Salamah, dari ayahnya, dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Jiwa seorang mukmin itu sentiasa terikat dengan hutangnya, sehingga hutangnya itu dibayar".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2413.



Dari Abu Hurairah r.a. katanya seseorang berkata kepada Rasulullah saw., ''Ya, Rasulullah! Mendoalah kepada Allah Taala supaya Allah menurunkan bencana kepada orang-orang musyrik."

Jawab beliau, "Aku diutus Allah Taala tidak untuk menjadi tukang kutuk, tetapi untuk menjadi rahmat"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2228.



Khamis, 2 Ogos 2018

Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?"

Jawab Rasulullah saw., "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya:'

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0033.



Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi saw. sabdanya:

"Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2360.


Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda

"Sepeninggal ku, tidak ada (sumber) bencana yang lebih besar bagi lelaki selain daripada wanita."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2359.


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri