perkara pertama yang aku buat bila masuk rumah baru pada penghujung 2006 ialah gali tanah buat kolam di depan laman rumah. rasa yang membuak-buak ini terpendam sejak sekian lama khususnya selepas kolam yang aku buat di kampung telah lenyap. beberapa kali ubah suai dengan dengan bantuan jiran baik, Khairil, jadilah kolam aku seperti gambar berkenaan.
memang sikap manusia tak pernah puas, kolam ini akhirnya terkambus dengan harapan baru dan lokasi baru. 2009, hampir lima hari aku menggali tanah di tepi rumah dalam bulan puasa yang lepas.. rasa macam nak mati pon ada... dan waktu itu barulah aku terasa nikmat berbuka puasa apabila setiap kali aku meneguk air, aku akan mengucapkan 'alhamdulilah' tak berenti.. (agaknya apa la yang Nabi s.a.w dan para Sahabat rasa ketika mereka berperang Badar dalam bulan Ramadhan tu ye...) dengan panjang 12 kaki dan kedalaman hanya 2 kaki je, peh... sesekali membebel sambil bekerja, "kalu aku diupah untuk gali kubur, maunya lepas seminggu baru dapat tanam kawan tu..."
(entri julai)
kolam ini masih belum siap sepenuhnya hingga kini. cuma beroperasi separuh aje kerana kerja-kerja penyelenggaraan selepas tu mesti dilaksanakan bagi memastikan tiada kebocoran. dan seperti yang paling aku tak mau berlaku tapi tetap berlaku ialah air menyerap dari bahagian mana ntah (khususnya di bahagian air terjun la)... sampai sekarang aku masih mengesannya. ikan dah masuk la dua tiga ekor untuk layan feeling.
berasa nak kongsi minat yang sama?
Isnin, 16 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 zmn org suka mengomen:
Salam,
Minat juga berkolam dan bertaman ni.. tapi cuma takut kolam tu jadi penternakan lain pulak nanti..
Ikan ntah ke mana.. jentik2 yang mendominasi...huhu
Hero2 yg ada tu mesti depa tolong korek tanah sama kan..?Hee..
di mana ada air
kat situ memang bes..
layan rasa..
cantiknya....
nak wat tempahan tuk umah saya nanti leh x?
nida ; - setiap makhluk ada guna tu, mungkin nyamuk kalu ternak byk2 kot ada fungsi lain kot (soalan utk saintis)
lanabulu ; - hero takat penyelamat dunia je, kolam dorang blum ble blajar lagi
kasturi ; - dari air diciptakan kehidupan
shairoh mohamad ; - ble bagi tau je khusus utk sktr cheras kajang
Kalau takde nyamuk.. takde ler kilang ubat nyamuk atau spray racun nyamuk.. maka takdelah operator + manager dan yg seangkatan dengannya kat kilang tu... (jawapan bg pihak ahli ekonomi)
nida :- ni dah pakat dgn org ekonomi ni payah la nak argue... pesan jurumandi jenazah masa dok ikut kursus dulu, dia kabo kalu lalat suka ngat kat kita ada dua makna:
1. kita tak mandi
2. kita nak mati
reason mudah je, sebab lalat bole kesan bau busuk.
gamaknya sebelum kita mati bau ala-ala mayat dah ada kot...
kolam tuh cantik...tambah motor kasi arus layu sket, sesuai benarlah letak kelah!
nana:- tu la pasal nak join kelah tuuu
Catat Ulasan