Khamis, 27 Jun 2019

Kaki adalah aurat. Saya dah lama tau pasal tu. Dari zaman sekolah. Saya pun pelajar sekolah agama. Namun, malangnya, pada zaman sekolah, saya pakai setokin bukan sebab Allah, tapi sebab peraturan sekolah.

Pada minggu pertama di universiti, saya didatangi satu kumpulan mahasiswi bertudung labuh. Saya tersengih-sengih sahaja tatkala mereka memujuk saya untuk menutup kaki. "Pakailah stokin macam kami. Insya-Allah, nanti kaki kita cantik dan lembut sebab tak kena debu-debu jalan." Begitu pesan mereka. Begitu berhikmah sekali. Langsung tidak disebut tentang dosa dan neraka, barangkali kerana mereka yakin saya sudah mengetahuinya. Malangnya, hati saya tetap tidak terkesan dengan kaedah psikologi yang mereka gunakan. Masya-Allah.. betapa kerasnya hati ini. 

Ketika detik-detik awal perkahwinan, suami pula berbunyi... "Sayang, nanti pakai setokin ya. Allah dah suruh tu, kita buat sajalah. Buat apa nak lawan? " Pujuk suami bersahaja sambil menghadiahi beberapa pasang setokin kepada saya. Alahai.. Saya masih memandang tuntutan ini sambil lewa. Namun, saya tidak pula berani membantah arahannya. Adakalanya bila keluar saya pakai juga..tapi pada kebanyakan masa, saya selalu lupa atau buat-buat lupa.

Bila suami tengok saya tak pakai setokin bila keluar, dia tak marah. Cuma dia buat muka bad mood dan tak nak bercakap dengan saya. Sekali..dua kali.. saya buat tak tahu saja. Tapi dia terus 'boikot' saya setiap kali saya keluar tak pakai setokin. Lama kelamaan, saya jadi rimas dengan 'penyepiannya'. Maklumlah, saya ni jenis suka bercerita. Kalau dia buat tak tahu saja bila saya cakap, aduhai..betapa menderitanya!

Akhirnya, saya mula serik. Setiap kali keluar, saya akan pakai setokin. Masih bukan sebab Allah.. tapi sebab suami. Sebab saya tak nak bercakap sorang-sorang lagi. Namun, lama kelamaan memakai setokin sudah jadi kebiasaan saya. Di depan suami saya pakai bahkan kalau dia tak ada pun, saya akan pakai juga. Kalau tak pakai, dah mula rasa tak selesa.. dah mula rasa berdosa. Akhirnya, saya istiqamah menjaga tuntutan agar menutup kaki sehingga kini dan moga amalan ini kekal hingga tercabut nyawa dari jasad ini. Amin ya Allah.

Sahabat yang baik..  Sekadar mengulangi pesanan yang pernah saya terima.. "Kalau Allah dah suruh tu, kita buat sahajalah!" Memang betul, kan? Buat apa kita nak lawan, buat apa kita nak tunjuk keras kepala kita?

Tutuplah aurat kita.. kaki pun aurat juga. Pakailah setokin. Macam kes saya, kaedah psikologi tidak berjaya.. tapi berjaya juga dengan kaedah 'terpaksa'. Mula-mula mungkin susah memujuk hati agar ikhlas dan tidak rimas... namun percayalah.. akan sampai peringkat di mana kita akan terbiasa akhirnya.

Ayuh pujuk hati sendiri.. bantu diri kita untuk mendapat tiket ke syurga-Nya. Mana tahu, mungkin niat sekecil memakai setokin ini yang menjadi asbab kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Kalau semalam, kita tidak menutup kaki, mulakannya hari ini. Sekurang-kurangnya kita sudah pun menjadi orang beruntung yang punya hari lebih baik dari semalam.. seperti yang disebut oleh Baginda Nabi.

Jom pakai setokin mulai hari ini.. Ikhlas atau tidak belakang kira.. yang penting, ia wajib hukumnya.. Tutup aurat jika tidak ikhlas mungkin tidak mendapat pahala.. namun, sekurang-kurangnya, kita tidak berdosa! Kita cuba ya..

#SobahulKhair
Credit to Mohamad Fadzil Haji Kamarudin

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

“Orang yang mencintai akan menjadi orang yang dicintai jika hatinya bersih daripada selain ALLAH SWT, sehingga ia tidak berharap meninggalkan-NYA. Hati akan sampai ke tingkat ini disebabkan kerana ia menunaikan berbagai ibadah fardhu, bersabar menghadapi perkara-perkara yang haram dan subahat, selalu mengambil sesuatu yang harus dan halal, .meninggalkan hawa nafsu dan syahwat, dan bersikap wara’.

Serta melakukan kezuhudan secara sempurna, yakni meninggalkan selain-NYA, melakukan perlawanan terhadap hawa nafsu dan syaitan, serta menyucikan hati daripada para makhluk, sampai akhirnya sama baginya antara pujian dan celaan, atau sama keadaanya saat diberi nikmat atau tidak diberi.

Mereka yang berada di maqam ini adalah yang telah mengalami penyaksian Laa ilaha illa Allah (Tiada tuhan selain Allah), hingga merasakan sama antara rumah dan tanah. Orang yang benar hatinya dan bersambung kepada Tuhannya, baginya sama antara rumah dan tanah, pujian dan celaan, sakit dan sihat, kaya dan miskin, serta dunia menghampiri atau membelakanginya.

Barangsiapa yang memiliki hal tersebut maka matilah hawa nafsunya, padamlah api tabiatnya, syaitan tunduk kepadanya, dunia dan para pemiliknya merasa hina di hatinya, kemudian ia berpaling daripada semua itu dan menghampiri ALLAH Yang Maha Penguasa. Hatinya meninggalkan makhluk dan melangkah menghampiri-NYA.

Dalam keadaan seperti ini, dia disebut sebagai seorang yang mulia di seluruh semesta, dan seluruh makhluk berada di bawah kaki hatinya. Mereka berlindung di bawah bayang-bayangnya.”

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khathir.

"PANDAI berkata-kata tanpa disertai amalan kalbu tak akan bererti apa-apa. Perjalanan sejati adalah perjalanan kalbu dan perbuatan hakiki adalah perbuatan yang punya erti. Hal ini harus dilakukan dengan jiwa raga tetap memerhatikan batas-batas hukum ALLAH seraya kalbu tetap merendah di hadapan-NYA.

Barangsiapa membuat timbangan bagi dirinya sendiri, ia tidaklah memiliki timbangan. Memperlihatkan amal di hadapan orang lain sama saja dengan tidak beramal apa-apa. Sebaiknya, kebaikan disembunyikan. Jangan perlihatkan kecuali amal wajib yang harus terlihat orang banyak."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.

Rabu, 26 Jun 2019

banyak perkara kita tak mampu jawab kalu orang non-muslim tanya tentang agama kita sendiri


kita kena belajo dengan mereka yang betui2 mengkaji kitab suci kita nih!


SEORANG pengarah bertanya kepada tiga kakitangan di tempat kerja, "Bukankah 2 + 2 = 5?"
Yang pertama menjawab:
"Ya tuan, jawapannya 5."
Yang kedua menjawab:
"Ya tuan, jawapannya 5 jika kita tambah 1."
Yang ketiga berkata:
"Tidak tuan, ia adalah kesilapan. Jawapan yang sebenarnya adalah 4."

Keesokan harinya, kakitangan-kakitangan di tempat kerja itu tidak menemui rakan mereka yang ketiga. Setelah diselidiki mereka mendapat tahu bahawa dia telah diberhentikan kerja! Timbalan Pengarah berasa hairan, lalu bertanya kepada Pengarah, "Tuan, mengapa tuan berhentikan pekerja yang ketiga?"

Jawab Pengarah: "Pekerja yang pertama adalah pembohong dan dia sendiri tahu dia adalah pembohong. (Jenis ini kita perlukan!)
"Dan yang kedua adalah bijak dan dia tahu bahawa dia bijak. (Jenis ini juga diperlukan)!"
"Yang ketiga adalah seorang yang bercakap benar dan dia tahu bahawa dia bercakap benar. (Jenis ini meletihkan dan sukar untuk berurusan dengannya)!"

Lalu dia bertanya kepada Timbalan Pengarah: "Sekarang kamu jawab, adakah 2 + 2 = 5?"
Jawab Timbalan: "Saya dengar kata-kata tuan, tetapi saya gagal tafsirkan. Siapalah saya untuk menafsir kata-kata orang bijak seperti tuan?!"

Kata Pengarah: "Ini pula jenis munafik. (Dan jenis ini paling disukai)!"

Kebenaran dan realiti yang pedih, Inilah akhir zaman. 

Sabda Rasulullah SAW, (semoga Allah memberkati baginda dan keluarga baginda)
"Akan datang masanya apabila akan dibenarkan kata-kata pendusta,
Dan didustakan yang benar,
Dan diberi amanah kepada pengkhianat,
Dan dianggap khianat orang-orang yang amanah,
Dan berkata-kata para Ruwaibidhah."
Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah Ruwaibidhah?"
Jawab baginda: "Si bodoh yang bercakap mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada orang ramai."

Dan Allah sahajalah tempat mengadu.
Realiti yang kita hidup di dunia yang fana ini....

"اخرج من اوصاف بشريتك عن كل وصف مناقض لعبوديتك لتكون لنداء الحق مجيبا ومن حضرته قريبا."

"KELUARKAN sifat-sifat kemanusiaan yang bertentangan dengan kehambaanmu agar kau mudah menyambut panggilan Allah dan dekat dengan-Nya.

-- Syeikh Ibnu Atha'illah.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi maksud daripada hikmah ini adalah bahawa kita harus keluarkan sifat-sifat kemanusiaan yang tercela dari dalam hati kita dengan riyadhah dan mujahadah. Seperti sifat riya, iri, dengki, hasad, ujub, sombong, gila harta, gila hormat dan kedudukan.

Jauhkan dirimu daripada sifat-sifat yang bertentangan dengan jangkaanmu sendiri sebagai hamba agar engkau mudah menjawab seruan Al-Haq. Ketika engkau berhasil mengeluarkan sifat sifat burukmu, lalu menyisakan sifat-sifat baik, tawadhu, khusyuk di hadapan-Nya, mengagungkan-Nya, menjaga hukum-hukum-Nya, takut kepada-Nya, ikhlas dalam menyembah-Nya, maka di saat datang seruan padamu "Wahai hambaku," maka engkau pun akan menjawab "Aku datang kepada-Mu, Tuhan."

Engkau pun akan tulus dan ikhlas menjawab seruan sifat-sifat yang bertentangan itu telah hilang. Kau pun akan dekat dengan-Nya sehingga Dia akan menjagamu daripada dosa (mahfuzh) dan memudahkan segala amalmu yang kelak akan kau nikmati hasilnya.

Ada perbezaan makna antara Mahfuzh (terjaga) daripada dosa dengan lafal Ma'shum (terlindungi daripada dosa). Mahfuzh itu diberikan Allah kepada para wali, sedangkan Ma'shum hanya diberikan kepada Rasul-Nya. Bezanya adalah Ma'shum sama sekali tidak pernah menyentuh dosa, sedangkan Mahfuzh terkadang melakukan kesalahan dan kekeliruan, tapi tidak selamanya demikian. Saat keliru, seseorang yang telah Mahfuzh akan langsung bertaubat.

Ketahuilah bahawa di mata ahli thariqah, menjauhi sifat buruk dan memiliki sifat mulia merupakan hakikat dan tujuan daripada suluk. Hal itu tidak akan boleh diraih kecuali orang itu diberi taufik dan bimbingan Allah untuk mengenali dirinya sendiri dan mengetahui sifat sifat buruknya. Sebab, siapa yang mudah mengenali dirinya dan sifat buruknya, ia akan waspada dan berusaha menghindari sifat sifat itu.

-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

DALAM kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Imam Al-Ghazali menuturkan bahawa Abu Sulaiman berkata,

“Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya.”


Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab, “Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga . Aku tidak seperti buruh yang jahat — jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih — Aku menyembah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya.”

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha.

Selasa, 25 Jun 2019

MENURUT Imam Al-Ghazali, mengenal diri adalah kunci utama untuk mengenal ALLAH. "Man 'arafa nafsahu 'arafa rabbahu' (Siapa mengenal dirinya, maka telah mengenal Rabbnya).

Imam Al-Ghazali mengatakan:

"Sungguh, tak ada yang lebih dekat kepadamu kecuali dirimu sendiri. Jika kau tidak mengetahui dirimu sendiri, bagaimana dapat mengetahui yang lain. Pengetahuanmu tentang diri sendiri, daripada sisi lahir seperti bentuk muka, badan, anggota tubuh, dan lainnya sama sekali tak menghantarmu mengenal Rabb. Begitu juga pengetahuanmu tentang karakter fisikal, seperti pengetahuanmu; jika kau lapar, kau makan, jika sedih kau menangis, dan jika kau marah kau menyerang. Itu bukanlah kunci mengenal Rabb. Sebab, bagaimana boleh kau mencapai kemajuan dalam perjalanan batin jika kau mengandaikan naluri haiwani seperti itu?

Jadi, pengetahuan yang benar tentang diri meliputi hal berikut ini:
Siapa aku dan dari mana aku.datang? Ke mana aku pergi, apa tujuan kedatangan dan persinggahanku di dunia ini? Di manakah kebahagiaan sejati dapat kutemukan?

Ketahuilah, ada tiga ( 3 ) sifat yang bersemayam dalam dirimu: sifat haiwan, sifat syaitan dan sifat malaikat. Kau harus temukan, mana di antara ketiganya kebetulan dan mana yang penting? Tanpa mengungkap rahsia ini tak akan kau temukan kebahagiaan sejati!

Langkah pertama mengenal diri adalah menyedari bahawa dirimu terdiri atas bentuk luar yang disebut jasad, dan wujud dalam yang disebut kalbu atau roh. Kalbu yang dimaksudkan bukanlah segumpal daging yang terletak di dada kiri, melainkan tuan yang mengendalikan semua fakulti lainnya dalam diri, serta mempergunakannya sebagai alat dan pelayannya.

Pada hakikatnya, ia bukan sesuatu yang inderawi, melainkan sesuatu yang ghaib. Ia muncul ke dunia ini sebagai pelancong dari negeri asing untuk berdagang, dan kelak akan kembali ke negeri asalnya. Pengetahuan tentang wujud dan sifat-sifatnya inilah yang menjadi kunci mengenal ALLAH.


Mengenai hakikat kalbu atau roh dapat diperolehi seseorang dengan menutup matanya dan melupakan segala sesuatu di sekitarnya selain dirinya sendiri. Dengan begitu ia akan mengetahui keterbatasan sifat dirinya itu."

-- Imam Al-Ghazali, Kimiya As-Sa'adah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya. Di tengah perbincangan dengan para sahabat, tiba-tiba Rasulullah SAW tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya.
Umar r.a. yang berada di situ, bertanya : "Apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah ?"

Rasulullah SAW menjawab : "Aku di beritahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala di hadapan Allah SWT. Salah seorang mengadu kepada Allah sambil berkata : ‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku'.
Allah SWT berfirman : "Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun ?"
Orang itu berkata : "Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya".


Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca. Rasulullah SAW tidak mampu menahan tetesan airmatanya. Beliau menangis. Lalu, beliau Rasulullah berkata : "Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya".

Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya. Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi : "Sekarang angkat kepalamu". Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata : "Ya Rabb, aku melihat di depanku ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas perak bertatahkan intan berlian. Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb ? Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb ? Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb ?"

Allah SWT berfirman : "Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya".
Orang itu berkata : "Siapakah yang mampu membayar harganya, ya Rabb ?"
Allah berfirman : *"Engkau pun mampu membayar harganya".*
Orang itu terheran-heran, sambil berkata : "Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb ?"
Allah berfirman : *"Caranya, engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku".*
Orang itu berkata : "Ya Rabb, kini aku memaafkannya".
Allah berfirman : "Kalau begitu, gandeng tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu".

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah Saw. berkata : "Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan. Sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin".*
(Kisah di atas terdapat dalam hadits yang di riwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih).

Saudara dan sahabatku tercinta, Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah *meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan. "Maafkan diriku ya saudara dan sahabatku tersayang sekiranya pernah menyakitimu dalam perkataan dan perbuatan. Semoga kita bersama-sama masuk syurga nya Allah SWT".



Salam persaudaraan dan persahabatan.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن.....

ALLAH SWT mengabadikan doa Nabi Yunus ini dalam Al-Qur'an sebagai pelajaran bagi kita. Allah mengabulkan doa Nabi Yunus saat ditimpa musibah dan kesulitan hidup yang paling dahsyat.
Allah berfirman,

"Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya
daripada kedukaan, dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”
- (Q.S. Al-Anbiya’ [21]: 87-88).

Rasululah SAW pun menyebut betapa mustajabnya doa Nabi Yunus ini dalam mengatasi berbagai kesulitan hidup. Baginda bersabda:

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

“Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: “Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin.”
(Ertinya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau (ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat zalim/aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya.”

- (H.R. At-Tirmidzi).

Isnin, 24 Jun 2019

SUATU ketika dahulu, di Mesir hidup seorang sufi yang masyhur bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatangi beliau dan bertanya: "Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain."

Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin daripada salah satu jarinya, lalu berkata: "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas."

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu dan berkata: "Satu keping emas? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu."

"Cubalah dulu sahabat muda. Siapa tahu kamu berhasil," jawab Zun-Nun.

Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak. Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan memberitahunya: "Tuan, tak seorang pun yang berani menawar lebih daripada satu keping perak."

Sambil tetap tersenyum arif Zun-Nun berkata: "Sekarang pergilah kamu ke tokoh emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik tokoh atau tukang emas di sana. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian."

Pemuda itu pun pergi ke toko emas yang dimaksudkan. Dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Dia kemudian memberitahu: "Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenar cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar."

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata: "Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak boleh dinilai daripada pakaiannya. Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian. Namun tidak bagi "pedagang emas". Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke dalam jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu perlu proses dan masa, wahai sahabat mudaku. Kita tak dapat menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."

 Renung-renungkanlah dan semoga ia memberi manfaat

IMAM Al-Harits Al-Muhasibi (165 H) menuturkan bahawa sesungguhnya Allah SWT sangat dekat dengan orang yang berdoa secara diam-diam. Beliau mengatakan:

“Sesungguhnya Allah yang sedang engkau ajak berbisik di waktu yang engkau inginkan; yang engkau mohon dalam munajat kepada-Nya bila saja engkau mahu. Engkau boleh tuturkan semua rahsiamu kepada-Nya, tanpa khuwatir diketahui oleh orang lain.

Dengan kebijaksanaan dan kelembutan-Nya, Dia (Allah) akan memperkenankan doamu bila saja yang Dia kehendaki. Dialah yang Maha Bijaksana, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu; Dialah yang selalu mengutamakanmu dan bersikap pemurah kepadamu tanpa batas waktu, atau perantara ataupun penentuan tempat.”

Allah SWT berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kukabulkan untukmu.” - (QS Al-Baqarah [2]: 60).

Pintu Allah selalu terbuka. Tanpa pengawal ataupun penjaga pintu. Dialah yang menjadi harapan dalam semua urusan. Seandainya engkau berharap kepada-Nya dalam kalbu pun, nescaya Dia memperkenankan juga. Tiada Tuhan selain Dia, maka jangan berharap kepada selain-Nya!”

-- Imam Harits Al-Muhasibi dalam Risalah Al-Mustarsyidin.

SYEIKH Ibnu Arabi pernah berwasiat tentang tanda-tanda keimanan seseorang dengan mengungkap nasihat Dzun Nun Al-Mishri. Beliau mengatakan:

" Dzun Nun Al-Mishri pernah berkata bahawa tiga daripada tanda-tanda keimanan adalah ketika hati merasa pilu atas musibah yang menimpa kaum Muslim, lalu rela berkorban untuk mereka meskipun dengan menahan kepahitan perasangka buruk mereka terhadap dirinya, serta tetap menunjukkan sikap baik kepada mereka meskipun mereka tidak menghiraukan dan bahkan membencinya."

Muhammad Ibn Ahmad bin Salah mengatakan: "Dzun Nun Al-Mishri berwasiat kepadaku, "Janganlah engkau mencari-cari aib orang lain sementara engkau menutupi aib dirimu sendiri. Ingatlah bahawa engkau bukan penjaga mereka."

Kemudian, beliau berkata lagi, "Hamba-hamba Allah yang lebih dicintai-Nya adalah:

1) Orang yang paling banyak memenuhi kewajiban kepada-Nya.
2) Orang yang mampu menunjukkan kesempurnaan akal dan sikap tawaduk terhadap orang yang berbicara, meskipun dia sudah mengetahui apa yang dibicarakannya.
3) Orang yang cepat menerima kebenaran, meskipun datang daripada orang yang lebih rendah statusnya daripada dirinya.
4) Orang yang cepat mengakui atas kesalahan dirinya, jika dia melakukannya!"

--- Syeikh Ibnu Arabi, kitab Al-Washaya li Ibn al-'Arabi.

Jumaat, 21 Jun 2019

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

“Siapa yang memperlakukan Allah dengan penuh keikhlasan dan ketulusan, maka dia telah mencampakkan segala sesuatu selain-Nya di pagi dan sore. Wahai manusia, jangan kau mengaku-aku apa yang tidak kau miliki.

Tauhidkanlah Allah dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu pun! Demi Allah, sungguh panah takdir-Nya hanya membuatmu lecet saja dan tak akan sampai mematikanmu. Dan, siapa pun yang mem-fanakan diri demi Allah, maka dia akan memperoleh ganti daripada-Nya.

Ketahuilah, jika kalian tidak mengakui qada dan takdir, ia tetap akan mengenaimu. Ia tak akan memilah-milah kalbu sampai ia terpilih dan menjadi seperti anjing yang terus menunggu di depan pintu dan berseru: “Wahai jiwa yang tenang, kembalikah pada Rabbmu dengan keridaan dan rida-Nya.”

Ketika itulah kau akan masuk ke Hadirat Allah dan Dia menjadi Ka’bah dalam tawaf. Allah pun akan menyingkapkan kebesaran Kerajaan-Nya di hadapannya, menempatkannya di kemah kedekatan dan memancangkannya di samping kerajaan. Ia disalami dan disapa selalu, dan mendengar panggilan di Ar-Rafiq al-‘Ala’:
“Hamba-Ku dan seluruh hamba-Ku, engkau adalah untuk-Ku dan Aku adalah untukmu.”

Jika persandingan bersama Sang Raja berlangsung lama, maka ia pun akan diangkat menjadi tangan kanan Raja (Bithanah Al-Mulk) dan khalifah-Nya dalam mengurusi rakyatnya, juga menyimpan rahsia-rahsianya. Dia akan mengirimkannya ke lautan untuk menyelamatkan orang-orang yang tenggelam, atau mengirim ke daratan untuk membimbing orang-orang yang tersesat. Jika ada mayat yang lewat di hadapannya, maka ia bisa menghidupkannya. Jika ada seorang pemaksiat, maka ia akan mengingatkannya. Jika ada orang yang jauh daripada Allah, maka ia akan mendekatkannya. Jika melewati orang yang menderita, maka ia akan membahagiakannya."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa At-Tawassul ila Manazil Al-Muluk.

“PERGAULILAH orang-orang yang disifati ALLAH dalam kitab-NYA sebagai ahli takwa yang berada di jalan tengah. Mudah-mudahan engkau naik ke kerajaan langit. Jadilah engkau teman duduk orang-orang yang berbuat kebaikan, dan bersikap ramah kepada orang-orang yang baik demi keamanan di tempat istirahat (al-maqil).

Jika engkau berketetapan hati dalam ketakwaan kepada ALLAH, maka yang demikian itu adalah keselamatan bagi sisa umurmu.

Bekalilah di dunia untuk kehidupan akhirat dan di jalan menuju kehidupan akhirat. Maka sebaik-baik bekal adalah ketakwaan, bersegeralah kepada kebaikan, berusaha mencapai darjat (yang tinggi) sebelum habis umur dan mendekatnya ajal serta kematian.”

--- Syeikh Ibn ‘Arabi, kitab Al-Wushaya li Ibn ‘Arabi.

استحسن المشايخ أن يذكر الذاكر الذكر مع الكون ؛ لأن عقيدة المسلم أن ذلك الكون الذي حولنا يذكر ربنا ذكر حال،
Para Masyāyikh (syeikh-syeikh) menganggap baik (menggalakkan) agar berzikir si penzikir akan zikir beserta (dengan menggunakan) Al-Kaun (Alam/Makhluq) ; kerana ‘aqīdah Muslim, sesungguhnya Al-Kaun yang wujud di sekililing kita itu berzikir (mengingati) Tuhan kita (Allah) secara Zikir Ḥāl.

وأهل الله قد سمعوا الأشياء تُسبّح ذكر مقال،
Sesungguhnya (ada dikalangan) Para Ahlullāh (wali-wali Allāh) mereka telah mendengar alam/mahkhlūq itu berzikir secara maqāl (zikir dalam bentuk sebutan/lafaz).

سمعوها ويُميّزون تسبيح الخشب عن تسبيح الرخام عن تسبيح السجاد عن تسبيح الحديد.
Mereka telah mendengar alam/makhlūq itu (berzikir), dan mereka (telah dapat) membezakan (di antara) zikir tasbih kayu berbanding zikir tasbih batu marmar, berbanding zikir tasbih makhlūq yang hidup melata, berbanding zikir tasbīh besi.

ويدعون الله سبحانه وتعالى أن يغلق عنهم هذا، لأن تداخل ذلك التسبيح يتعبهم ويشغلهم،
Mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar menutup (menghijab) daripada mereka (kurniaan karāmah dapat mendengar alam bertasbīḥ) ini, kerana banyaknya zikir itu (yang mereka dengari) memenatkan dan menyibukkan (jiwa) mereka.

فإذا انكشف لهم هذا فإنهم لا يُحبون أن يستديم، بل يدعوا الله سبحانه وتعالى بأن يُغلق عليهم ذلك الكشف الذي لا يستفيدون منه شيئًا إلا اليقين.
Kerana apabila telah tersingkap bagi mereka (segala kurniaan) ini, mereka tidak suka ia berterusan, bahkan mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar ditutup ke atas mereka kasyaf (singkapan) itu yang mereka tidak mendapat manfaat daripadanya sesuatu pun kecuali "Yaqīn".

وصلوا إلى اليقين فلا حاجة لهم إذن في استمرار هذا السماع لأنه يشغل قلبهم عن الله سبحانه وتعالى.
(Apabila) mereka telah sampai kepada (darjat) "Yaqīn", maka tidak berhajat (lagi) bagi mereka keizinan di dalam berterusan pendengaran (perkara ghaib) ini, kerana ia menyibukkan hati mereka daripada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā.

ولذلك تراهم يحبون أن يُسبِحوا بسبح من خلق الله مباشرةً من الزيتون، من الأبنوس، من اليُسر، من الكوك.
Oleh yang demikian, kamu akan melihat mereka suka bertasbih dengan menggunakan Tasbih (yang diperbuat) daripada makhlūq Allāh yang asli (bukan daripada bahan campuran) daripada Zaitūn, Abanūs, Yusr, dan Kūk (Koka).

والكوك نبات يخرج في أمريكا اللاتينية، وفي بعض الدول الحارة.
Koka adalah tumbuhan yang hidup di Amerika Latin (Amerika Selatan) dan pada sebahagian negara (beriklim) panas.

فيصنعون منه سبحًا وهكذا كانوا يحبون أن يذكروا بتلك الأخشاب والأحجار والثمار، الدوم، البأس.
Maka mereka membuat Tasbih daripada kayu itu, dan sedemikian mereka suka berzikir dengan (menggunakan) kayu-kayu, batu-batu, buah-buah, dan pohon itu.

لأنهم يتعاملون مع الكون والكون يذكر.
Kerana mereka (ingin) saling bermu’āmalah (berinteraksi) bersama Al-Kaun, dan Al-Kaun itu berzikir (mengingati Allāh).

الآن نرى بعضهم يأتي بالعداد الأوتوماتيكي ويجلس وكأنه في مباراة الكرة يذكر الله، في الصورة لا بأس.
Pada hari ini kita melihat sebahagian daripada mereka (orang ramai) (berzikir) dengan menggunakan pembilang automatik dan dia duduk (berzikir), dan seolah-olah dia (sedang) di dalam perlawanan bola berzikir kepada Allāh, pada gambaran zahir ianya (berzikir menggunakan alatan moden itu) tidak mengapa (harus).

أما في المعنى فقد ضيّع على نفسه أن يتسق مع الكون في ذكره لله، فهذه السُبحة تذكر الله معه.
Adapun pada makna (hakikatnya), sesungguhnya dia telah menghilangkan ke atas dirinya ikatan bersama makhluk di dalam zikirnya kepada Allāh, kerana Tasbih ini berzikir mengingati Allāh bersama-samanya.

وشاهدنا من أولياء الله الصالحين من يرى الذكر عليها. وكأن كل ذكر له لون، له إشعاع يعرف به أحدهم درجة أخيه، ويعرف مكانه، ويعرف من أين أتى.
Kita meyaksikan (ada) di antara Wali-Wali Allāh Yang Ṣāliḥ (dapat) melihat zikir itu ke atas Al-Kaun. Seumpama setiap zikir itu ada baginya warna, ada baginya aura yang mana diketahui dengannya seseorang daripada mereka itu akan darjat saudaranya, diketahui akan maqāmnya, dan diketahui dari mana dia datang.

العلامة الأستاذ الدكتور علي جمعة حفظه الله ورعاه.
Al-'Allāmah Al-Ustādz Ad-Duktūr 'Alī Jumu'ah حفظه الله .
(Mufti Negara Mesir).

Rabu, 19 Jun 2019


مِنْ عَلاَمَاتِ مَوْتِ الْقَلْبِ عَدَمُ الْحَزْنِ عَلَى مَا فَاتَكَ مِنَ الْمُوَافَقَاتِ. وَتَرْكُ النَّدَمٍ عَلَى مَا فَعَلْتَهُ مِنْ وُجُوْدِ الزَّلاَّتِ.
DI ANTARA tanda matinya hati adalah tidak adanya rasa sedih atas ketaatan yang kau lewatkan dan tidak adanya rasa sesal atas dosa yang kau lakukan.
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, di antara tanda hidupnya hati adalah saat keluarnya Cahaya Ilahi daripada kalbumu. Walaupun sebenarnya engkau belum mendapatkan cahaya itu sepenuhnya, kerana tebalnya hijab yang terdapat dalam dirimu.

Jika dirimu tidak merasa sedih kerana tak mahu mengerjakan perintah solat, puasa, zakat, sedekah, zikir dan perintah ALLAH lainnya maka sejatinya hatimu telah mati.

Begitu juga jika dirimu tak pernah menyesali atas perbuatan salah dan dosa yang pernah kau lakukan maka itu adalah bukti kematian hatimu juga.

Kesedihanmu atas ketaatan yang terlewatkan dan penyesalan atas kesalahan yang telah engkau lakukan atau kebahagiaanmu atas amal-amal baikmu dan kesedihanmu atas amal-amal buruk membuktikan bahawa kau termasuk ahli iradah (orang yang dikehendaki dan dicintai ALLAH). Maka, berusahalah untuk beramal soleh dan jangan bermalas-malasan.

Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah!
-- Disarikan daripada Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Athaillah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.


انت حر مما انت عنه ايس وعبد لما انت له طامع
"KAU merdeka daripada segala yang tidak kau inginkan dan kau adalah hamba daripada segala yang kau inginkan."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, ini merupakan dalil yang menunjukkan betapa buruknya ketamakan dan betapa terpujinya sikap qana'ah terhadap rezeki yang sudah diberi oleh ALLAH.

Ketamakan pada sesuatu sama saja dengan penghambaan terhadap sesuatu itu. Sedangkan keengganan terhadap sesuatu adalah bentuk kebebasan daripada hal itu.

Orang yang tamak akan menjadi hamba, sedangkan orang yang enggan terhadap sesuatu akan menjadi orang yang merdeka. Maka tepat jika dikatakan, "Seorang budak akan merdeka selama ia merasa puas. Seorang yang merdeka akan menjadi hamba selama dia tamak. Sifat qana'ah adalah sikap tenang saat hilangnya sesuatu yang biasa pada dirinya. Ini adalah awal langkah zuhud.

-- Disarikan daripada kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

متي اوحشك من خلقه فاعلم انه يفتح لك باب الانس به
JIKA ALLAH telah membuatmu bosan dengan makhluk, maka ketahuilah bahawa DIA hendak membukakan pintu keintiman dengan-NYA.
--Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Al-Hikam.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, di antara contoh sikap jemu atau bosan terhadap makhluk adalah berasa muak ketika melihat perilaku buruk manusia, berasa lelah menyembunyikan rahsia daripada mereka, atau berasa bahawa mereka tidak dapat mencukupi keperluanmu sama sekali. Dengan perasaan jemu ini ALLAH sebenarnya hendak membukakan pintu kedekatan-NYA dengan dirimu.

Jika dia telah membuka pintu itu dan menyuruhmu dengan panggilan-NYA, maka kau akan menjadi istimewa bersama-NYA sehingga kau akan membenci selain-NYA.

Hal ini seperti dialami oleh Abu Yazid. Dikisahkan bahawa dia mendapatkan berbagai keajaiban dan keistimewaan hingga membuatnya masyhur. Kepadanya ditanyakan, "Apakah semua itu membahagiakanmu?"
Lalu, dia menjawab,
"Aku tidak sedikit pun berasa bahagia dengan semua ini."
Kemudian, dikatakan kepadanya,
"Kau benar-benar hamba ALLAH yang sejati."

Hati hanya boleh mempunyai satu arah dalam satu waktu. Jika hati tertarik atau terikat kepada makhluk, bererti ia teralihkan daripada Sang Pencipta. Hati bertindak balas apa yang dihadapinya. Bersama makhluk, ada kesenangan dan ketidaksenangan. Sedangkan bersama ALLAH, ada penghiburan, kedamaian, dan kepuasan terus menerus. Maka, melarikan diri daripada makhluk untuk menuju Sang Khalik adalah langkah terpenting bagi sang salik....

Renung-renungkanlah, fikir-fikirkanlah!
- Disarikan daripada kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri