Rabu, 2 September 2009


Sejarah Kemerdekaan

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Related Posts:

  • aku tengah kalut jadik nak merepek jap sementara menunggu waktu rehat abih... nak kontek orang, semuanya sibuk berehat jadik aku melalut le dulu aduhai langit yang mengerti tentang usia dingin pagi menggigit tulang sum-sum terasa enak diselimuti embun aduhai l… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 4 24 oktober 2009 walopon dah dok lama kat bandar, sifat kekampungan masih menebal... usia meningkat, tak menghalang untuk aku kembali menjadi kanak-kanak menyertai sekumpulan anak sedara mengagau paya. lagi pon idop&n… Read More
  • kengkawan paparazi idop nak hepi kawan kau memang kawan kawan yang jadi teman sahabat sepermainan jangan la rakan jadi lawan kawan kau memang kawan geng sama membawang sembang sampai ke petang jangan la sailang belakang kawan kau… Read More
  • mengkala senja semenyih (pic 15 mac 2015) mengesot mengah waktu yang kelam sebelum terhunjam sebelum tenggelam di perdu malam semua membungkam (pic 29 September 2010) mengesot lelah waktu yang suram terkapai-kap… Read More
  • tempat bertapa dan bermesra ogos 2017 ogos 2018 bermesra dengan alam bertapa setiap malam … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

358,169

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak