nini mendengus marah. matanya bulat menelan raut wajah lopi. lopi cuma terkebil-kebil memikirkan nasib yang kian terjepit. sekali-sekala dia menggaru pangkal telinga yang kemerah-merahan. misainya bergerak-gerak bagai daun lalang ditiup angin.
"mereka mesti diusir!" nini melepaskan nafasnya yang teresak-esak di corong rongga dadanya. antara dengar dengan tidak, lopi mengiakan luahan itu. "tapi kita tak mampu melakukan apa-apa terhadap mereka." akhirnyya terpancut keluhan kecewa yang bersarang di hati lopi.
malam itu mereka berkerubung beramai-ramai di tepi longgokan sampah belakang rumah en. jusoh. dari serta pelosok mereka datang untuk sama-sama menangani masalah yang kian meruncing. dulu mereka hidup senang tanpa digugat sesiapa. bebas mencari rezeki di mana sahaja. tapi hari ini mereka terusir dari kediaman yang serba mewah itu. segala anugerah Allah itu bukan lagi milik mereka. hak mereka telah dirampas.
"periuk nasi kita kita semakin terancam." nini memulakan kata-kata aluan. "kedatangan mereka membuatkan hidup kita menderita. dulu mereka begitu hina, merempat dan tak punya apa-apa. tapi hari ini kita pula yang tersepit. kita mesti cari jalan halau mereka."
suasana hingar-bingar seketika. masing-masing berceloteh sesama sendiri memberikan pendapat. nini membiarkan sahaja keadaan itu. ekornya mengelenyar ke kiri dan kanan sama seperti otaknya menerawang mencari jalan penyelesaian.
"kita mesti bertindak segera." apak bersuara lantang mematikan suasana kalut itu. semua mata tertumpu ke arah tikus tua yang tampak goyah bila cuba berdiri tegak. "jangan berlengah lagi, mereka adalah parasit. kapitalis yang merenggut hak kita. mereka tindas kita kerana kita lemah. mereka ekploitasikan sikap toleransi kita. mereka juga adalah penjenayah kejam. kucing-kucing itu telah membunuh dua daripada anak-anakku. semalam jumi kehilangan suaminya. semuanya angkara pendatang asing itu. mereka membawa bencana kepada kita, pemusnah kebahagiaan kita..." raut wajah apak digayuti rasa pilu. apak rasa tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya. hatinya dilapah duka. pelupuk matanya bagaikan disentak-sentak untuk menitiskan air mata. semua hadirin turut melukiskan rasa simpati di wajah mereka. bahkan mereka ada yang senasib dengan apak.
bersambung....
* ni la cerpen terakhir aku tulih masa tingkat enam atas
Selasa, 1 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan