kata akalku, "cintamu bagai taik kucing, biar dalam dikambus tetap berbau jua."
cerita pasal cinta takkan habis. semua orang ada pengalaman yang pelbagai dan pandangan yang berbeza. tak perlu kupas, jadik biarkan ia lepas, bebas. cinta lahir dan mati bersama jasad yang hadir dan pergi. sebab itu persoalannya tiada terhenti bahkan saling berganti mengikut ke mana jasad itu membawa diri. ada yang satu, ada yang seribu. kata nafsuku, "berkawan biar beribu, berkasih biar seribu, berkahwin biar satu-satu". kata imanku, "kahwinlah kamu dua, tiga atau empat, tapi jika kamu tak sanggup berlaku adil cukuplah satu!"
sebenarnya nak dapat yang satu tu pon terhegeh-hegeh. tapi bila dah dapat satu kekadang datang sendiri yang kedua, tak kurang juga yang offer. petanda akhir zaman telah dijelaskan dengan terang bahawa kaum hawa akan melebihi kaum adam. dalam banyak hal kaum adam sekarang dah boleh dikategorikan sebagai 'spesis yang terancam'.
kata rakanku, "kalau nak tau sama ada orang tu bercinta atau dah kawin senang aje. kalau sorang baca surat kabar, sorang lagi makan sambil tengok tempat lain, tu alamatnya dah kawin le tu. tapi kalau makan pon rapat-rapat, bersuap lagik... kompom tak bernikah lagi!"
tenung-tenungkan hikmah yea dan carilah konklusinya...
Isnin, 5 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 zmn org suka mengomen:
Ada sorang rodong kawan tu nikoh 2 beramuk x sudah2 silap2 dia boleh jadi lebai malang huhuhu maru..
mmg kebiasaanye mcm tu la
tp mak ayah koi,masa koi kecik2 dulu,takde la romantik sgt..
tp skang,tiap2 minggu dorang gi jalan2 tepi pntai 2 org..
berdua je..
masa bercinta le behnye..kalo tak beh, rugilah jadi org....hehehe
di Negeri Pahang stastik tahun 2008 lelaki masih ramai dari kaum wanita..
salam..
macam2 sekarang nih weh..
Ada cinta yang berasaskan nafsu. Dan, ada cinta yang berpaksikan ilmu. Antara kedua-duanya ada beza yang perlu kita tahu. Cinta berlandaskan nafsu umpama kelkatu menyerbu lampu. Kesudahannya kelkatu itu kepatahan sayap dan terkulai layu. Cinta berpaksikan ilmu pula ada matlamat yang dituju. Bermatlamat bahagia yang digariskan oleh wahyu.
Kata cerdik pandai, tanpa cinta dunia akan membeku. Tapi, tanpa cinta juga dunia akan hancur menjadi debu. Jadi hati-hatilah selalu
assalamualaikum semua:
akuanakpahang: bang yassin, deme tu saloh pilih le kot.. nok nikoh pon ada justifikasi oleh agama... gone ke gayenye, baik dan buruk tu seme ujian sama ada pada individu mahupon pada orang lain buat ikhtibar
mimie: syukur le, banyok orang berbaloh bila dah lama dok bersama, mok aboh oak pilih jalan yang bagus untuk hari tua, romantis bole memanjangkan usia sebab hidup tanpa belenggu masaloh, moga bahagia membawa ke syurga
cekgu jang: betoi amat, tak ander yang indoh melainkan tengoh bercinta, kabo dok orang kentut pon wangi semacam
endiem: berita buruk bagi orang lelaki, berita baik untuk orang pompuan. jadik pompuan hok tak nikoh lagi carilah orang pahang, yang koi taunya orang pahang gagoh belaka
mazru: macam-macam yang haru-biru, gone oak bercinta dulu?
shameel: Allah dah pesan, lelaki yang baik akan dapat pompuan yang baik begitu le sebaliknya. tapi ada waktunya keadaan tak begitu. bersangka-baiklah dengan ketentuan Allah walau pasangan kita tu tak seperti yang difirmankan. sebab segala yang berlaku adalah suatu ujian untuk menilai sejauhmana keimanan dan amalan kita kepada Maha Pencipta
masa bercinta kentut pun wangi.. tapi bila dah kahwin yg wangi pun dikata busuk... nape ek???
Salam..
Jika dalam hati ikhlas mencintai krn Allah, kentut busuk pun jadi wangi.. sanggup bersusah payah utk org yg dicintai dan mendahulukan keperluannya lebih drp diri sendiri. Tp yg mcm ni, ibarat mutiara dlm kilauan kaca...susah nk cari.
belum dpt, bcampur nafsu dan syaitan mmg serba serbi sedap. bila dh dpt serba serbi azab!
nida: err masa bercinta tu ari ada kentut depan pakwe ke? nak tau la kot ada pakwe kata kentut tu wangi... apa pon kalu simpan lama ngat memang kompom busuk cam ikan ke sayur ke what ever laa
ingat kata p.ramlee, "barang yang lepas jangan dikenang."
kak shaniza: ada ke orang nak bau kentut kita ni.. hee cam entri kak le, nak cari orang ikhlas payah nak jumpa... kalau dia ikhlas, dia akan terima seadanya kita ni baik ataupun buruk
abg pie: tak brani komen orang lama ni, sebab bercakap berdasarkan pengalaman, kita ni bercakap atas andaian dan pemerhatian je...
nak kena berguru, hihhh
cinta selepas kahwin la..... cintan-cintan tak usah la...merana badan nanti
Memastikan suasana rumahtangga sentiasa hangat dengan kasihsayang dgn musim cinta yg tak pernah berakhir adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri. Perkahwinan itu perkongsian yg hanya akan berjaya bila saling bekerjasama, bersefahaman dan berkasihsayang.
Cinta memang tak pernah habis... Tapi kalu mencurah cinta pada orang yang salah, itu yang selalu citer nya tak habis-habis.. hahahaha...
sy harap cinta sy xbrubah wlpn lps kawen..hehe
Salam cemomoi.
terkesan dgn madah bosan.. dulu sendiri, sekarang sendiri dan nanti sendiri.. benar! bila ingat sendirian di sana nanti tak perlulah tergoda iman nak tambah satu-satu sampai jadi lebih daripada satu biarpun kaum hawa'lebih daripada kaum lelaki(biarpun di offer).. bimbang nanti merana jika tak dpt berlaku sepatutnya.
abg muaz: emmm... belajar dari orang lama, byk yang kekal hingga ke akhir hayat sebab bercinta lepas kawin
kak noorlara: yap, setuju tu... nak perangat balik tu sesekali kena gi honeymoon le kot
kak azieazah: curah atas daun keladi, seronok tengok cahaya air yang bergolek-golek sebelum jatuh, hasilnya tade pon
iman: moga makbul doa tu... dah tu bila la pulaknya ehekhemmmnya
kak werdah: hemmm, cinta membawa ke syurga nih, bukan takat kat pintu aje, kang tak bule masuk plak
apa pun sendiri buat sendiri tanggung dan sendiri tonggeng sendiri mau hingatt
Catat Ulasan