hemmmm... panas tul isu semasa ni yea... tinggalkan dulu
aku memang nakal... tapi bab cekgu aku mesti respek... sebab aku yakin cekgu kena redha bagi ilmu baru bole berkat. satu crita... ada satu ustat yang jadik guru disiplin kami masa form six dulu. dia suka buat spot check kat asrama cari bebudak yang suka mengular, memonteng atau merokok. kerap jugak le ustat ni meronda. kat asrama tu ada satu bilik khas bebudak tingkatan enam saja yang dok situ. tah apa mimpi kengkawan aku, satu hari tu diorang setting gulung bantal dan dipasangnya gebar cantik-cantik macam orang tengah tido mengerekot... kira tido mampuih le tu. pintu bilik tu cam biasa memang tak berkunci cukup le ditutup rapat-rapat.
hari tu seperti biasa ustat pon melaksanakan tugas murninya mencari kaki ponteng. dari kelas kami (form six) ni bule nampak la bilik asrama kami sebab kedudukan bukan le jauh sangat. takat sepelaung aje. jadik bila nengok ustat mula buat spot check... keadaan mula huru-hara dengan beberapa pelajar lari lintang pukang menyelamatkan diri. adegan yang mendebarkan sampai ke kemuncaknya apabila ustat mula memasuki bila form six tadi... kengkawan aku yang dok kelas atas kejang perut menahan ketawa apabila nampak ustat keluo dari bilik tu dengan marah-marah dan membebel. heh! aku tak bule bayangkan bila ustat masuk dalam bilik terus membebel mengejutkan 'budak' yang tengah tido tu tadi. agaknya respon takde, ustat mesti naik hangin punya... argh! korang cuba la try praktis bila kita membebel tapi orang buat dek je.. maunya kena belangkung sekali kot... sudahnya ustat masuk setiap kelas form six dengan marah-marah kerana mempermainkan dia. aku dengar crita insident yang berlaku dalam bilik ni daripada kawan aku yang dok nyorok dalam bilik tu bila tak sempat lari. lawak tul tapi yang pasti aku tak terlibat dalam jenayah juvana tu ye.
Khamis, 5 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 zmn org suka mengomen:
Salllam, kesian ustat tu...kala keh jadi ustat tu abis semua pelajar dalam bilik tu keh suruh ketok ketapi seratus kali...
tu pasal la tak bley jadik ustat cukup le awok jadi stazoh je weiii
tak dapat bayangkan bila ustaz tu mengoncang-goncang badan palsu tuuuu....ha,ha, haaaaaaaaa.....jahat ya kita semua waktu sekolah dulu mesti ada cerita-cerita menarik.Tapi jahat budak sekarang ni lain pula ya.
betul la tu, nakal bebudak la ni dahsyat sungguh... ada yg sampai bawak mati
Salam Cecomoi. Babah masa sekolah dulu nakal macam peles*t, orang kata. Nasib baik tak dihantar ke sekolah Hendry Gurney. Kalau tidak gelap masa depan. Apabila sudah dewasa, sudah matang, menjadi insan yang baik (bukan perasan). Itu sebab Babah selalu berharap, guru-guru atau ibu bapa jika hendak menghukum, buatlah secara yang benar-benar berhikmah. Wallahualam.
gitulah gayanya bila pegang tanggungjawab...demi menjadikan pelajar seorang manusia, terpaksalah meluangkan masa buat spotchek..mengkala pakat palor je, rase koi ramai pelajar yg jadi bukan orang kot...hehehe
Salam Cemomoi. Sebelum ini, saya ada menghantar satu komen dalam entri ini tapi tak keluar. Adakah anda menapisnya?
ketuk ketampi tu ringan lagi hukumannya...klu saya suh bebudak tu 10 round jalan macam ketam kat padang sekolah..bior yg lain tengok..hehe. Pastu sure jalan ngengkang....
Kesian ustaz tu..
tapi kalau jumpa la ni mesti lagi mesra kan,,..?
mybabah
-: untung jadik budak nakal yag berjaya nak-nak jadik cekgu, bebudak tak bley klentong sbb cekgu lagik 'cekap' menghidu taktik dorang tu. tang entri tu dh cari tapi takde la pulak setakat ni semua dipublishkan.. tak amik ati pon kalu org nak komen... sebab jika berfikiran positif tentu komen tu dpt membantu kita perbaiki kelemahan diri
cekgu jang
-: memang berjiwa pendidik sejati le tu.. sema dianggap sebagai amanah, tanggungjawab dan cabaran yg mematangkan fikiran dan tindakan.. he he he bloger kite ni tau ke menda maksud 'palor' tu. kena khabo kat deme ni
nida
-: saya pnah cuba teknik jurus jalan itik pada bebudak ni dulu masa jadik guru sementara... sudahnya jadik pesta pulak... letih melayan bebudak darjah dua & tiga masa tu
lanabulu
-: harapnya gitu la, moga ustat tak le marah bawak ke mati, ti tak berkat la pulak ilmu dia ajar kat kami dulu
Catat Ulasan