Rabu, 26 Ogos 2009


bila boring je, jangan ada pen dan kertas kat tangan mesti menconteng punya, dalam kelas ke time mesyuarat ke, kalu dah ketagih tak kira hapa mesti nak conteng gak. skali tu aku ingat kena marah dalam bilik tutorial bila lecturer tengah mengajar, aku dok melukih... bila tanya buku, takde la plak member sebelah pinjam, dia tak bawak so kitorang kongsi la, aku share dengan member sebelah aku, kawan aku tak bawak buku dorang pinjam buku aku.. haa satu kelas kena bebel, puncanya dari aku melukih melarat ke cerita takde buku


bila siang makin terang
bila malam tiba kelam
bila hati mencari tuhan
tuhan tidak pernah jauh
selangkah dekati-Nya
damai kalbu memeluk rasa
bila jatuh cinta
sufi jiwa rasa tersiksa
setapak menjauhi-Nya
tuhan tidak memerlukan kita
merangkak meraba dalam gelita
hina
bertemu dengan-NYa

Isnin, 24 Ogos 2009


maghrib menjelang tiba sudah waktunya kita berbuka selamat datang ramadhan yang mulia untuk limpahan rahmat yang Esa


yang hebat akan mati
yang kuat akan mati
yang gagah akan mati
yang cantik akan mati
yang menawan akan mati
yang manis akan mati
yang mati semuanya akan pergi
yang tinggal
hanya puing-puing cerita
Religious Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Khamis, 20 Ogos 2009



buat tatapan kengkawan yang aku yakin memang tak simpan punya buletin nih... semoga ble dapat mengembalikan nostalgia di daerah lampau. masa bukan lagi milik kita, kaki dihayun bila tidak diperlukan lagi...

Rabu, 19 Ogos 2009



aku mula melukih potret masa derejah nam lagi, gambar p.ramlee menjadi pojaan atiku ketika itu, kendian aku lukih gambar jamal abdillah... malangnya kedua-dua gambar tu tak tau mana peginya, sayang tul


ni sajak aku 'Bosan" yang sebenarnya... aku tulih masa lepak atas motor nunggu awek yang rasa tak macam ada awek

Selasa, 18 Ogos 2009


tak lama lagi nak rayakan, ala orang bisnes dah sibuk pasang iklan raya walaupon posa tah tau mana hala, jadi aku masukkan yang ini dulu untuk tatapan pertama daripada koleksi aku

Isnin, 17 Ogos 2009


Rabu, 12 Ogos 2009

masa kecik-kecik, aku slalu melaung kat kapal terbang yang lalu supaya brenti dan turun kat aku, "aku nak naik la." satu ketika bila dah duduk di dalamnya aku tersenyum bila mengingatkan impian dulu-dulu untuk naik besi terbang ni. nampaknya kesampaian jugak hajat aku tu. skali tu dalam perjalanan balik dari sarawak, pesawat aku kena airpocket, mak oiii hilang tali perut aku dibuatnya, satu kapal terbang tak bercakap yang berbunyi hanya tangisan anak-anak yang ketakutan, sibbaik tak terkucil... huh, lega. paling tak syok bila naik dalam hujan kilat lak sabung menyabung, kalu naik motor takpe la... ble gak mandi hujan ye tak?





Ahad1011199610.00a.m
gie kuantan dengan s. amir, man, talhah, yatie dan finie. aku dengan man naik motor ikut muazam shah. lepak rumah abang dia kat sekolah ag. Irsyad, jalan gambang. 6.00 p.m gie daftar. kitorang dijemput sama dengan beberapa lagi wakil persatuan anak Pahang semua universiti oleh IKIP untuk incharge perjumpaan pelajar tahun akhir tajaan MARA. sempat la aku jumpa khusayri, norazlan dan saiful johari (sinior kat ... ). program ni sampai jumaat. pendedahan lebih banyak pada kerjaya je.
malam pertama ada meeting dengan GPMS konon nak tubuh GMAP (gabungan mahasiswa pahang) iskh! lambat tul abih meeting ni, aku nak dating ni (jangan marah aaa, ketika ada ruang sambarlah peluang). gie tlepon awek jap. pukul 1.00 a.m baru abih meeting, mata aku dah merah menyala ni ngantuk beb, letih bawak motor tak hilang lagi. tipon awek tadi janji nak datang jap esok... "aiseh! takde orang la kat rumah.." "ala jap je, singgah tunjuk muka". esok tu time bebudak MARA masuk taklimat, kitorang merendek kat kubang buaya. so itu le pertama kali kengkawan ble nengok awek aku.

MusicSRC.com - Music Videos
selasa, perasmian oleh Dato' Seri Adnan Yaakob, petang ceramah, malam lak bertenet, ceh! takde la tipon je.. layan feeling. malam esok dinner dengan MB kat hyatt hotel. petang khamis lawatan ke kilang proton di peramu, pn. norazean (comey tuuu) dok layan kemiangan kitorang nih. baru dapat baby 3 bulan, amy namanya. "ble la simpan untuk saya kak yea... ha a la tu..."
malam tu sempat lagi celah call awek ajak gie makan kat tg. jumpur. tah keta sapa kami balun, pakat ramai-ramai gie mencekik ikan bakar.. argh! tang awek ni, panjang crita.. so yang ni aku skip la... esok tu majlis penutup, kendian bebudak ni ajak discus pasal GMAP kat temerloh. okeh la, cenggitu aku tunggu kat temerloh la. dua kali meredah hujan, dua kali baju kering atas motor, berenti jauh sekali. aku sampai je kat temerloh, sekolah lama, member khabo ada call dari kuantan bagitau program tu kensel. hek eley... o.k la so aku terus balik kampung...




Selasa, 11 Ogos 2009

di paya ini akan kukubang, akan kuempang, akan kutimba. di celah reba ini ada keli menanti dicekup, ada haruan menanti direbut, ada sepat menanti dikaut. ada belut, ada lintah, ada sawa rendam, ada keseronokan. ada ketawa, ada jeritan, ada lolongan. di paya ini... ada segala pengertian hidup. ada suka ada duka, ada tawa ada sendu. dah banyak yang hilang dari mata, bukan sekadar paya, reba, ikan, belut, lintah, sawa bahkan suara-suara pelakonnya jua





Mentari telah segalah tinginya, namun Si Putih masih lagi merayau-rayau mencari makan. Perutnya berbunyi lagi menandakan ia perlu diisi. Hari beransur tengah hari. Si Putih menuju ke pasar mencari jika ada sisa-sisa makanan. Dilihatnya terlalu ramai orang di pasar hari ini. Si Putih menghitung hari, hari ini hari Ahad, bermakna telah seminggu ia dihalau oleh tuannya.
Si Putih mengenang hari-hari berlalu. Betapa indahnya dia tinggal di sebuah banglo bersama tuannya yang penyayang. Masih segar di dalam ingatannya di hari-hari terakhir ia berada di sebuah banglo kepunyaan Dato' Amir, tuannya.
'Ni muntah siapa pula ni? Mak ngah!", jerit Dato' Amir memanggil orang gajinya. Mak ngah bergegas mendekati Dato' Amir yang sedang dikuasai perasaan marah. Dato' Amir menyoal mak ngah. "Ni mungkin si putih punya kerja ni Dato'!", jawab mak ngah.
"Eddie!", jerit Dato' Amir lagi memanggil anaknya. "Buangkan Putih cepat", perintah Dato' Amir. Tanpa banyak soal, Eddie akur dengan perintah ayahnya. Eddie menangkap Si Putih yang sedang terbatuk-batuk. Hidung Si Putih berhingus meloyakan tekak Eddie. Si Putih dimasukkan ke dalam guni lalu dibawa pergi.
"Di mana aku?" tanya Si Putih di dalam hati. Sedang Si Putih melayani fikirannya, tali yang mengikat guni itu dihuraikan. Si Putih dicampak keluar. Kini Si Putih berada di longgokan sampah. Suatu pemandangan yang menjijikkan. Tidak lagi di tempat yang indah.
Tapi itu semua tinggal kenangan. Takkan berulang lagi. Kini Si Putih telah tua tidak secomel dahulu. Mungkin tuannya telah membenci dirinya.
"Syooh!". Tiba-tiba lamunan Si Putih terputus. Ia dihamun oleh seorang penjual ikan di situ. Si Putih bergerak lemah meninggalkan tempat itu. Tidak semena-mena Si Putih disepak oleh penjual tadi. Aduh! jerit Si Putih. Si Putih terperosok di celah-celah kaki orang ramai. Cepat-cepat Si Putih lari meninggalkan tempat itu bersama denyut-denyut yang menyakitkan. Si Putih terdengar rungutan penjual tadi... mungkin memarahinya. Si Putih sedar dia telah tua dan kotor. Mungkin orang ramai akan menghindari si penjual tadi jika dia masih di situ.

bersambung...


*  cerpen pertama aku masa tingkatan tiga penah kontroversi, orang lain yang dapat nama










Jumaat, 7 Ogos 2009



sabtu1304199612.00p.m
minggu exam dah nak mula dah. pagi tadi aku dengan mat not jumpa puan hamidah (pengetua kamsis dato' onn 2) discuss pasal tender lukih mural kat bangunan pentadbiran kamsis, tingkat 2. sebelum tu, perjumpaan tentang buat tesis dengan lecturer aku, prof. anuar zainal abidin dibatalkan, so ronda-ronda dengan mat not kat pusaneka. boring, lepak kat bilik PKAP. tengah syok sembang, datang sorang awek itm, member ma dan yatie. dia dah puas cari balak untuk scene tv, interview program 'Kampus" (RTM). last dia suruh aku. woih! mana bule, aku mana reti. dia nak tanya pasal isu memendekkan tempoh blaja dari pat tawun ke tiga tawun yang tengah hangat di kalangan warga kampus seluruh malaysia. argh! sudah, aku ni dah la tak brapa tau ngat, pasal fakulti kitorang tak terlibat langsung, dah tu time tu aku pakai slepar je, "takpe tak masuk dalam gambar, kalu awak tak pakai sluo pon takpe!" krew dia nyampok. hah, bantai la korang. berterabur gak bila aku diinterviewkan. patutnya dia sediakan soalan untuk aku, last aku yang tolong karangkan untuk memudahkan aku menjawabnya balik... ooo gitu ghopanya orang buat audition kot... dua minggu lepas tu baru masuk tv. takdan aku nengok. ada orang bagitau mak aku, aku masuk tv... berbalik crita mural ni tadi, dua hari kendian kitorang stat melukih mural. ada ke patut dia nak gambo bunga-bunga je, sentimental betul nak buatnya, rasa cam buat untuk pusat jagaan kanak-kanak la pulak... lantak la janji ada income rm700.00. pagi petang siang malam aku pulun dengan mat not pasal nak cepat sebab exam dah banyak yang abih, bebudak pon dah ramai yang balik kampung, sunyi la pulak... jadik kami melalak la bedua menghiburkan hati di kala sepi.


* itu la kenangan yang membangkitkan nostalgia di kampus sedey bila tau mural tu dah takde...,

Khamis, 6 Ogos 2009

nah!
baringkan segala kekusutanmu
di ranjang ini
agar dapat kuuliti
dan kurawati

dalam-dalam, kurenungi
ulas-ulas bibirnya
bergumam-gumam
merintih sedih

sebelum ini
engkau yang menjemputnya
ahh! datangnya dengan rawan
awas!
tentunya dengan cabaran

sebentar tadi
engkau mengeluh
memimpinnya bersama
bertandang ke sini
meraih simpati

sekarang
aku dukun?
atau akukah pawang?
aku doktor?
atau akukah kaunselor?

khabarnya kini
masalahmu masalahku jua...
hek eley...

(koleksi19081997subangjaya)




kesunyian memberikan kedamaian, sentuhan naluri yang tenang akan membenih hasil seni yang menawan. aku paling suka mendengo rintik-rintik hujan. irama yang jatuh dari cucur atap (nak-nak dok kat pondok tepi kolam ikan) cukup gemersik, melihat bintik-bintik hujan di dada air memberi kepuasan yang mengasyikkan... hujan bila kau nak datang.. aku selalu menunggu, jangan sampai banjir udah la ye...

Rabu, 5 Ogos 2009


hoh! baru tau kentut awek tu busuk bila dah jadi bini ko yee

zaman kanak-kanak le yang paling syok sekali, yang bebudak sekarang dah ramai tak dapat rasai lagi... sebab pembangunan membunuh dunia seni anak-anak; tak ble mandi sungai lagi, tak ble terjun paya tangkap keli, tak ble rasa sejuk mandi di kali, tak ble main bakar lidi dengan pelita ayam di malam rembulan menutup mentari, tak ble main senapang kayu berbedilkan terung pipit yang sepatut dibuat sambal cili, tak ble nak main polis sentri, tak ble apa lagi aa? argh pokoknya memang banyak yang miss dalam dunia fantasi anak-anak, yang tinggal ialah belajar, belajar dan belajar, berenti jap main computer game. bukan le salah mereka belajar tapi keringat mereka diperah untuk hadapi dunia yang terlalu berbeza, lalu terbunuhlah kreativiti melahirkan generasi yang kaku dan terasing dalam dunia masing-masing

isnin0301197908.30a.m
ehekhem, dah beso sikit, nak jadik student (sekolah TADIKA daa...) heh! kira okey apa! cam biasa la kan, samseng! tapi kali ni lebih adventure sikit... bertumbuk dengan geng-geng kelantan (azman @ komeng, harun, nawi & azmi) geng aku cuma milan dan mat cacing je, cis! pecah bibir aku... argh!!!
ada satu cerita yang segar diingatan, aku dengan milan tengah main boyan. fuh! sikit punya laju apa, takleh nak brek. tetiba loceng abih rehat berbunyi, arg! sudah! bila boyan berenti je, bebudak dah lama masuk kelas. heh! aku pakat nyorok le (dalam culvert - dulu ni sebahagian daripada aksesori padang permainan), nampak la dek aku bini Arbak (makcik kantin) tinjau sapa-sapa yang tak masuk lagi. when she bla je, aku dengan milan pakat cabuttt (peh! kecik-kecik lagi dah ada talent ponteng kelas) sampai kat jalan beso, ayah aku dah stand by tengok menda aku buat... buat selamba dek je, buat muka doono. cikgu kelas aku masa tu cekgu Rokiah.

Selasa, 4 Ogos 2009

jumaat0510199009.00a.m
cekgu yatie (ajar Sejarah) nangis depan aku (dalam library) pasal sedey nengok nasib sudin sakit takde sapa amik peduli. aku ingat lagi la, mulanya sudin kena buluh kat lutut. masa tu kitorang, kama, topik, eddie, mat nodin, dan mazli nak hapy la baru abih oral b. inggeris. gie mandi dan main ragbi buah kelapa hanyut kat sungai dong belakang rumah ustazah jainah (08091990), kira cedera parah gak le. tiga pat minggu dok spital raub last hantar ke spital lipih. sampai le time exam masih bertongkat. masa tu le aku aku nengok sikap persahabatan yang akrab dan kememberan yang terserlah di kalangan geng-geng aku. tolong mandikan, usungkan ke bilik ayaq bila dia nak melebur... dan macam-macam lagi le.
persahabatan ini memberikan kesan yang amat kuat terhadap aku. adakala time rehat waktu sekolah biasanya kitorang gie ramai-ramai ke kantin dan collect le sapa-sapa yang ada duit, tak kira la brapa pon nak bagi. last kitorang makan le sesama apa yang ada. sampai hari ini aku tak temui kawan-kawan macam tu dan aku sering merindui mereka.


* eksklusif buat teman, korang mesti tak tau crita ni,




sabtu2509199309.00a.m
aku dengan zamri gie Central Market. Malaysia Fest, ada kartunis buat demo melukih. ramai gak orang. terserempak dengan syikin, junior kat ..( sekolah lama). cun jugak weh... tengah hari tu hujan lebat ko. nak jadik crita, zam amik kertas, lepas tu kitorang pakat melukih sesaja je kat bawah payung tu. bantai dua tiga kerat orang yang ada kat situ minta kitorang lukihkan untuk dia. arghh! kelam kabut aku, ketor bebb, mintak maap la bang, kitorang bukan le kartunis yang terlibat dengan demo ni.. takpe la, diorang sound. pakat lukih dua tiga keping, hujan reda aku dengan zam terus ca alif but.. tak daya nak layan, makin lama makin ramai yang datang mintak lukihkan.



Isnin, 3 Ogos 2009

baik-baik menyulam kata,
tidak kan terguris hati bonda;
baik-baik melayar bahtera,
tidak kan karam dilambung gelora.

dah tua-tua gini baru dapat mandi dalam kolah... masa kecik-kecik dulu jangan harap la... tunggu mak suruh basuh kolah baru la dapat berendam.. mula tu sronok la, tapi bila dah letih mulo la maleh nak nyental lumut... buat kija cincai je pasal matlamat kita berbeza, mak suruh basuh kolah aku plak nak brendammmm




andai kau ikan, akulah nelayan
andai kedapatan, awas kau jadi hidangan



mencari ketenangan diri di hujung kota laksana nabi junjungan kita menghindari konflik manusia... akankah kita menyusuri pengertian khalwat baginda

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak