Khamis, 31 Mei 2018

Mewartakan kepada kami 'Abdurrahman bin 'Ibrahim Ad Dimasyqiy dan Harun bin Ishaq, keduanya berkata: Mewartakan kepada Ibnu Abu Fudaik, dari Salamah bin Wardan dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda:

"Barangsiapa yang meninggalkan berkata dusta, sedang dia dalam posisi bersalah, maka akan dibangunkan baginya istana di sekitar/pinggir syurga. Dan barangsiapa meninggalkan perdebatan, sedangkan dia pada posisi yang benar, maka akan dibangunkan baginya istana di tengah-tengah syurga. Dan barangsiapa membaguskan/memperbaiki akhlaknya, maka akan dibangunkan baginya istana di atasnya."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0051.





Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Orang-orang musyrik Quraisy datang kepada Nabi saw. memprotes beliau mempunyai masalah Qadar." Maka turun ayat: (Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka di atas muka mereka, (dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka." Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu dengan ukuran." (Al Qamar 54:48 49).

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2280.




Diceritakan oleh Ubadah bin Shamit r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. keluar hendak mengkhabarkan tentang terjadinya Malam qadar. (Kebetulan) beliau bertemu dengan dua orang laki-laki muslim sedang berbantah. Maka Nabi bersabda,

"Saya keluar hendak mengkhabarkan tentang terjadinya Malam qadar; kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantah, maka aku jadi lupa. Mudah-mudahan kelupaan itu berguna untuk Anda sekalian. Carilah Malam qadar itu di malam ketujuh, kesembilan dan kelima."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0041.


Rabu, 30 Mei 2018

maksudnya :Abbas bin Muhammad Ad Duri Al-Baghdadi menceritakan kepada kami, Yahya bin Abu Bukair memberitahukan kepada kami, Syarik memberitahukan kepada kami dari Ashim, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda :

"Di nyalakan atas neraka Jahannam seribu tahun sehingga menjadi merah kemudian dinyalakan atasnya seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan atasnya seribu tahun sehingga menjadi hitam lalu neraka Jahannam hitam pekat".

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2717.


Dari Buraidah ibnu Abu Maryam dari Anas ra berkata: "Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang meminta syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka pada hari kiamat syurga berkata: "Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga." Dan barangsiapa yang meminta perlindungan pada Allah dari neraka sebanyak tiga kali, maka pada hari kiamat neraka berkata: "Ya Allah, selamatkanlah dia dari neraka."
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5366.


Dari Abdullah r.a. katanya: Nabi saw. bersabda:

"Sesungguhnya aku mengetahui isi neraka yang paling akhir keluar dari neraka dan isi syurga yang paling akhir masuk ke dalamnya, iaitu seseorang yang keluar dari neraka dengan merangkak. Tuhan berkata kepadanya: "Pergilah engkau masuk syurga!" Orang itu datang ke syurga dan tergambar dalam fikirannya, bahawa syurga itu telah penuh. Kerana itu dia kembali semula dan mengatakan: "Ya Tuhan! Saya dapati syurga itu telah penuh."

Tuhan berkata kepadanya: "Pergilah engkau masuk syurga, kerana untuk engkau di situ ada seluas dunia dan sepuluh kali lipat dari itu atau sekira sepuluh kali dunia." Lalu orang itu menjawab: "Apakah Engkau hendak memperolok-olokkan aku atau mentertawakan aku, sedang Engkau Raja?"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1769.


Isnin, 28 Mei 2018

Dari Anas Malik katanya: "Ketika kami dalam perjalanan bersama Rasulullah saw, maka di antara kami ada yang meneruskan puasanya dan ada pula yang membatalkan puasanya. Di saat matahari amat panas, ketika rombongan kami berhenti di suatu tempat yang teduh, mereka yang meneruskan puasanya banyak yang berjatuhan kerana lapar. Sedangkan orang-orang yang membatalkan puasanya, mereka tetap mempunyai kekuatan. Sehingga merekalah yang menyiapkan segala kebutuhan rombongan dan membantu memberi minuman bagi rombongan.

Melihat hal itu, maka Rasulullah saw bersabda: "Orang-orang yang membatalkan puasanya pada hari ini, mereka telah memborong semua pahala kebajikan''.

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2244.


Dari Ja'far bin Muhammad dari ayahnya dari Jabir bin Abdillah katanya: "Di tahun penaklukan kota Mekah ketika Rasulullah saw menuju kota Mekah di bulan Ramadhan, maka Rasulullah saw tetap berpuasa hingga sampai di "Kuraa'ul Ghamiim", dan orang-orang pun juga ikut berpuasa.

Ketika beliau mendengar bahawa ada sebahagian orang tidak kuat untuk meneruskan puasanya, maka beliau minta diambilkan segelas air untuk diminumnya, walaupun waktu itu telah petang hari. Sebahagian sahabat beliau ada yang membatalkan puasanya dan sebahagian lain ada yang meneruskan puasanya. Ketika Rasulullah saw mendengar berita bahawa ada sebahagian sahabatnya yang tidak membatalkan puasanya, maka beliau bersabda: "Mereka termasuk orang-orang yang tidak meniru jejakku."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2227.


Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Kami pernah pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw. dalam bulan Ramadhan. Sebagian kami ada yang puasa dan sebahagian lagi tidak puasa. Orang yang puasa tidak keberatan terhadap orang yang tidak puasa, dan sebaliknya orang yang tidak puasa tidak keberatan terhadap yang puasa. Mereka berpendapat, siapa yang kuat puasa sebaiknyalah dia puasa, dan siapa yang tidak kuat sebaiknyalah dia berbuka."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1087.


Khamis, 24 Mei 2018


Dari Miqdam bin Ma'dikariba Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda;

“Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadits dari haditsku maka ia berkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Qur'an) saja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Qur'an kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan".


(Kemudian Nabi Shallallahu ‘Alaihi waSallam melanjutkan sabdanya): "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah Subhanhu wa Ta’ala ".

(HR. Abu Dauddan Ibnu Majah)





Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Yazid bin Harun, dari Syu'bah, dari Abu Qaz'ah, dari Hakim bin Mu'awiyah.dari ayahnya, bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW.: Apakah hak-hak seorang wanita -istri- terhadap suami?

Beliau SAW. menjawab: "Yaitu memberi makan kepada istri, bila suami makan, memberi pakaian kepadanya, bila suami berpakaian; tidak memukul wajahnya, tidak menjelekkannya -yakni memukul wajahnya sehingga menjadi cacat, dan tidak boleh memutus hubung kecuali dalam urusan tempat tidur/pelamian.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1850.



Dari 'Arfajah katanya: "Ketika aku sedang berada di rumah Utbah bin Farqad, maka aku ingin menyampaikan suatu hadis Rasulullah saw, tetapi ada salah seorang sahabat Rasulullah saw: "Selama di bulan Ramadhan, maka pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan yang terkutuk dibelenggu. Di setiap malam di bulan Ramadhan, seorang malaikat selalu menyeru: "Wahai orang-orang yang berharap kebaikan, tingkatkanlah ibadah kalian, wahai orang-orang yang gemar berbuat jahat, kurangilah kejahatan kalian!"


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2077.


Rabu, 23 Mei 2018

dari Anas bin Malik R.A. dia berkata: Apabila Rasulullah S.A.W. memasuki tempat buang air, beliau mengucapkan:

"Allaa-humma innii a'uudzu bika minal khubutsi wal khabaaits-Wahai Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan-syaitan laki-laki dan syaitan-syaitan perempuan". (Atau kotoran dan penyakit)

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0004.


Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: "Apabila Rasulullah saw. diberi pilihan dua urusan atau pekerjaan, beliau memilih yang termudah, selama yang termudah itu tidak mengandung dosa, jika pekerjaan itu mengandung dosa, maka beliau menjauhkan diri daripadanya sejauh-jauhnya. Dan beliau tidak pernah mencela seseorang, melainkan apabila orang itu melanggar larangan Allah 'Azza wa Jalla."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2153.


Rasulullah SAW yang maksudnya :


Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.


(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)


Selasa, 22 Mei 2018

Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. menerima berita tewasnya Ibnu Haritsah, Jaafar dan Ibnu Rawahah, beliau duduk dengan air muka sedih. Saya melihatnya dari celah-celah pintu. Sementara itu seseorang datang mengkhabarkan para isteri Jaafar menangis. Nabi saw. menyuruh supaya melarang mereka. Maka pergilah orang itu melarang mereka menangis, tetapi mereka tidak mengindahkannya.

Maka dia datang pula kepada Nabi melaporkannya. Sabda Nabi, "Larang mereka semua menangis!" Kemudian orang itu datang kembali untuk ketiga kalinya dan berkata: "Demi Allah, ya, Rasulullah! Kami tak sanggup menenangkan mereka!"

Sabda Nabi saw., "Tutup mulut mereka dengan tanah!" Aisyah menambahkan, katanya kepada orang itu, "Allah menghinakan engkau, tidak sanggup melaksanakan perintah Rasulullah saw. dan engkau biarkan Rasulullah dalam kesusahan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0675.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.”


(Riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Dari 'Arfajah katanya: "Ketika aku sedang berada di rumah Utbah bin Farqad, maka aku ingin menyampaikan suatu hadis Rasulullah saw, tetapi ada salah seorang sahabat Rasulullah saw: "Selama di bulan Ramadhan, maka pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan yang terkutuk dibelenggu. Di setiap malam di bulan Ramadhan, seorang malaikat selalu menyeru: "Wahai orang-orang yang berharap kebaikan, tingkatkanlah ibadah kalian, wahai orang-orang yang gemar berbuat jahat, kurangilah kejahatan kalian!"

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2077.



Isnin, 21 Mei 2018

apa nak sebal
kalau maruah pun dijual
apa nak sesal
kalau kehormatan pun digadai
apa nak pegal
kalau nasi dah hangit
kita berantakan
anak cucu berkaparan
tinggallah
puing sejarah
itupun
   kalau ada dalam ingatan
itupun
   kalaulah anak cucu masih penguasa
itupun
   kalaulah negara tak bertukar bangsa
tidaklah lenyap ditelan naga
kalaulah kalau begitu
ibarat baghdad dijarah hulago
khazanah menghilir sungai
tinta tiada lagi dibaca



Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi saw, bersabda:


Semua luka yang diderita seorang muslim dalam peperangan fi sabilillah, pada hari kiamat nanti keadaannya akan seperti waktu ia terluka semula; darahnya memancar, berwarna merah, tetapi baunya seperti kasturi."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0157.


Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda

”Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.

(Riwayat Tarmizi dan Ahmad)



Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa."

Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.






Khamis, 17 Mei 2018

Qutaibah menceritakan kepada kami, Lais menceritakan kepada kami dari Uqail dari Zuhri dari Salim dari ayahnya; Bahwasanya Rasulullah saw bersabda:

"Orang muslim saudara orang muslim, jangan menganiaya, jangan menghina, barangsiapa memenuhi kebutuhan saudaranya, maka Allah akan memenuhi kebutuhannya, barangsiapa melepaskan kesusahan orang muslim, maka Allah akan melepaskan kesusahan-kesusahannya di hari kiamat dan barangsiapa menutup cela orang muslim, maka Allah akan menutup celanya dihari kiamat".

Hadis ini hasan sahih gharib dari hadisnya Ibnu Umar.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1457.


Mewartakan kepada kami Muhammad bin Ibrahim Ad-Dimasyqiy, mewartakan kepada kami Mubassyir bin Ismail Al-Halabiy, dari Mu'an bin Rifaah, dari Abdul-Wahhab bin Buthtin Al-Makkiy, dari Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda:

"Semoga Allah mengelokkan rupa seseorang yang mendengar ucapanku, kemudian memeliharanya, lalu menyampaikannya dariku. Maka banyak orang yang membawa ilmu yang tidak berilmu. Dan banyak orang yang membawa ilmu kepada orang yang justeru lebih berilmu daripadanya."

As-Sindiy berkata: DaJam Az-Zawaid diperbincangkan sebahagian hadis (dan nombor 230 s.d. 236), hanya saja teks hadisnya ada pada imam-imam hadis.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0236.


Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami, Ma'mar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Az-Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. selalu memberi dorongan untuk menghidupkan bulan Ramadan tanpa memerintahkan kepada mereka dengan suatu perintah yang tegas, dan baginda bersabda:

"Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu."

Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat sedangkan perintah itu tetap saja demikian. Demikian pula pada zaman khalifah Abu Bakr dan permulaan dari zaman khalifah 'Umar bin Khattab, perintah itu tetap atas yang demikian itu."

Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Aisyah. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Hadis ini diriwayatkan pula dari Az-Zuhri dari 'Urwah dari 'Aisyah dari Nabi s.a.w.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0805.


Rabu, 16 Mei 2018

Dari Mu'awiyah r.a., dia mengatakan dalam pidatonya di atas mimbar bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Sentiasa ada segolongan umat ku yang selalu berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1873.


Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Abu Amir Al 'Aqadi memberitahukan kepada kami, Hisyam bin Sa'ad memberitahukan kepada kami dari Sa'id bin Abi Said dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah kaum-kaum berhenti dari membanggakan ayah-ayah mereka yang telah meninggal dunia, sesungguhnya mereka menjadi bara api neraka Jahannam atau mereka menjadi lebih hina menurut pandangan Allah daripada kumbang yang menggulingkan kotoran pada hidungnya, Sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripadamu kesombongan Jahiliyah dan kebanggaannya terhadap nenek moyang. Sesungguhnya manusia itu adalah orang mukmin yang bertaqwa dan ada orang jahat yang celaka. Manusia, selamanya adalah keturunan Nabi Adam dan Adam diciptakan dari tanah."

Dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Umar dan Ibnu Abbas. Hadis ini adalah hasan.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 4050.


Mewartakan kepada kami Abu Bakr; mewartakan kepada kami Yahya bin Sa'id, dari 'Ubaidullah bin Al-Akhnas, dari Al-Walid bin 'Abdullah, dari Yusuf bin Mahik, dari Ibnu 'Abbas, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

Barangsiapa mengambil ilmu dari bintang (belajar astrologi), maka dia benar-benar mengambil sebuah cabang dari sihir." Beliau bertambah-tambah dalam memburukkan ilmu nujum seperti halnya memburukkan ilmu sihir"

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3726.


Selasa, 15 Mei 2018

Dari Abu Darda' r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Tidak seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan. melainkan malaikat mendoakannya pula: "Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2353.


maksudnya :Ahmad bin Budail bin Quraisy Al-Yami Al-Kufi menceritakan kepada kami, Abdullah bin Numair memberitahukan kepada kami, dari Umarah bin Zadzan dari Ali bin Al-Hakam dari Atha' dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa ditanya tentang suatu ilmu yang ia ketahui kemudian ia menyembunyikannya (tanpa menjawabnya), maka kelak dia dikendalikan di hari kiamat dengan kendali yang terdiri dari api".

Dan dalam bab ini terdapat hadis dari Jabir, dan Abdillah bin Amr. Dan hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2787.


Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda,

"Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:

1. Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan

2. Orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0059.


Isnin, 14 Mei 2018

Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi saw.,

"Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar." Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."

Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong. Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?" Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0149.


maksudnya : Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah memberitahukan kepada kami, dari Muhammad bin Ajlan, dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya dari Nabi SAW bersabda :

"Orang-orang sombong kelak dikumpulkan di hari qiamat seperti biji sawi dalam gambar laki-laki, mereka diliputi kehinaan yang datang dari setiap tempat, mereka digiring ke suatu tahanan di neraka Jahannam yang disebut Bulas di atas neraka, api segala api, mereka diberi minuman dari perasaan orang-orang ahli neraka, iaitu lumpur nanah yang mengalir dari kulit penghuni neraka".

Hadis ini adalah hadis hasan.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2610.



Mewartakan kepada kami Yahya bin Habib bin 'Arabiy; mewartakan kepada kami Hammad bin Zaid, dari Mujalid bin Sa'id AlHamdaniy, dari Qais bin Abu Hazim Al-Hamdaniy, dia berkata: Mewartakan kepada kami Al-Mustaurid bin Syaddad, dia berkata: "Sesungguhnya saya pernah bersama Rasulullah saw. dalam sebuah rombongan, tibatiba beliau menjumpai bangkai anak domba yang terbuang.

Maka beliau bersabda: "Apakah kalian menganggap bangkai ini tidak berharga bagi pemiliknya? Dikatakan kepada beliau: "Ya Rasulullah! Karena hinanya bangkai tersebut, maka mereka membuangnya", Atau seperti yang dikatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh dunia itu lebih hina di sisi Allah daripada bangkai ini di sisi pemiliknya".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4111.



Isnin, 7 Mei 2018

kata orang banyak :-
jauh meronda
macam2 adaaa
ada duit, abang sayang
takde duit, abang terbang
kebombom!!! kebombom!!! kebombom!!!

tersimpul makna pepatah :-
ujan batu atas kepala
ujan emas depan mata
pilihlah nak mendongak
pilihlah nak menunduk
kebombom!!! kebombom!!! kebombom!!!


sembang kaki riders :-
 kangkang2 chopper
 tonggek2 superbike
yang terkedek makan asap
yang berdesup makan seranah
kebombom!!! kebombom!!! kebombom!!!

senda genius toktua Melayu :-
Sejak berkuah kuini pandak,
Banyaklah udang berhati risau;
Sejak orang tua berbini budak,
Banyaklah bujang pergi merantau

Sentap you!!!


Menceritakan kepada kami Humaid dari Anas ra. berkata: "Dulu Rasulullah saw mempunyai unta bernama Al 'Adiba', yang tidak dapat dikejar unta-unta yang lain, tiba-tiba datang seorang Badwi yang mengenderai untanya, dan dengan sombongnya ia membalap unta Rasululllah saw, hingga kaum muslimin merasa jengkel padanya. Ketika beliau melihat kejengkelan di wajah para sahabat, beliau bersabda:

"Maha benar Allah. Dia tidak akan menambahkan apapun pada orang yang menyombongkan dirinya selain kehinaan."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3446.


Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Abu Mu'awiyah, dari Al-A'masy, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang miskin (kesulitan), nescaya ALLah memudahkan kepadanya di dunia dan akherat".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2417.


Raja bin Muhammad Al-Udzri Al--Bashri menceritakan kepada kami, Amr bin Muhammad bin Abi Razin menceritakan kepada kami, Syukbah menceritakan kepada kami dari Khalid AI-Khadzdza', Maimun Abu Abdillah menceritakan kepada kami, dia berkata: "Aku mendengar Zaid bin Arqam berkata: "Rasulullah saw memerintah kepada kami agar mengobati orang yang berpenyakit paru dengan kayu India dan minyak".

Hadis ini adalah hasan sahih dan kami tidak mengetahuinya selain dari hadis Maimun dari Zaid bin Arqam. Tidak hanya seorang dari ahli ilmu meriwayatkan hadis ini dari Maimun. "Zaatiljanbi" maksudnya orang yang kena penyakit paru.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2161.


Jumaat, 4 Mei 2018

aduhai anak
kau tahu Kataha
atau Langkasuka
turunan Merong Mahawangsa
pendiri Gangga Negara
mana perginya Pahangh dan Kalathana
mana hilangnya Temasik jua Sriwijaya
tak terhitung Funan dan Champa
Melayu agung di swarnabhumi ini
ketulahan sungguh
Melayu hanya bersinonim dengan Melaka
hidayah turun
terbuka kota rezki melimpah ruah
penguasa panglima pelayar pedagang hebat
menjadi alim kerana Muslim
di rumah Nusantara ini


aduhai anak
jatuh bangsamu
kerana gagal tahan bersatu
sejak dulu
telah kukuh bina empayar
melutut satu-persatu
alah penyakit hati
digigit molekul iri
dikepat sel hasad dengki
ditelan barah cemburu


aduhai anak
kuwariskan
tanah sekangkang kera
pada siapa kauingin pautkan setia
pada tahta yang kabur senja
pada negara yang terkongsi bersama
pada kuasa direbut sang gila
diinjak manusia haloba
dilelong si bijaksana




Dari Naafi' katanya: "Ibnu Umar pernah berkata: "Barangsiapa melakukan solat malam, maka akhirilah dengan solat witir dan yang sedemikian itu merupakan perintah Nabi saw."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1656.


Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Waki' menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Khalid Al Hadzdza' dari Abu Qilabah dari Malik bin Al Huwairits berkata: "Saya dan anak lelaki pakcik ku datang kepada Rasulullah saw lalu beliau bersabda kepada kami:


"Apabila kamu berdua berpergian maka azan dan iqamahlah, dan hendaklah orang yang paling besar di antaramu menjadi imam".


Abu Isa berkata: "Ini adalah hadis hasan sahih". Menurut sebahagian besar ahli ilmu wajib mengamalkannya, mereka memilih azan dan iqamah. Sebahagian dari mereka berkata: "Cukup iqamah, kerana azan itu atas orang yang mahu mengumpulkan manusia." Pendapat yang pertama itu lebih sahih. Dan dengannya Ahmad dan Ishaq berpendapat.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0205.


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah orang Islam bertambah banyak, mereka mengusulkan supaya memberitahukan waktu solat telah tiba, dengan suatu tanda yang mudah dikenal. Ada yang mengusulkan supaya menyalakan api atau membunyikan lonceng. Maka disuruh Nabi saw. Bilal supaya menggenapkan bacaan Azan dan mengganjilkan Qamat."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0343.


Khamis, 3 Mei 2018

Ibnu Umar r.a., berkata bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:


"Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi: Seseorang datang kepada ku memberikan segelas susu. Lalu ku minum susu itu, sehingga ku lihat air merengat keluar dari hujung kukuku. Kemudian, sisanya ku berikan kepada Umar bin Khaththab."


Para sahabat bertanya, "Apakah takwil mimpi Anda itu, ya, Rasulullah?" Jawab Rasulullah, " Ilmu!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0065.


maksudnya :Ali bin Nashr bin AIi menceritakan kepada kami, Muhammad bin Abbad Al-Huna'i memberitahukan kepada kami, Ali bin Al-Mubarak memberitahukan kepada kami, dari Ayyub Assakhtiyani, dari Khalid bin Duraik dari Ibnu Umar, dari Nabi SAW bersabda :


"Barang siapa belajar ilmu kerana selain Allah atau menghendaki dengan ilmu itu selain Allah, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di neraka".


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2793.



maksudnya : Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al Mubarak memberitahukan kepada kami, dari Abdul-Wahhab bin Al Ward dari seseorang penduduk Madinah, ia berkata :"Muawiyah menulis surat kepada Aisyah "Tulislah surat kepada ku yang berisi wasiat bagi ku dan janganlah memperbanyak isi surat yang mengkritik ku", ia berkata : lalu Aisyah menulis surat kepada Muawiyah :"Mudah-mudahan kesejahteraan atasmu. Adapun sesudah itu bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa mencari keridhaan Allah dengan cara yang dibenci oleh manusia, maka Allah melindunginya dari kesulitan manusia, dan barang siapa mencari keridhaan manusia dengan cara yang dibenci oleh Allah, maka Allah menyerahkannya kepada manusia. Dan mudah-mudahan salam sejahtera atasmu".


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2527.


Rabu, 2 Mei 2018

5 posen ada dalam genggaman
5 posen putuskan kasih sayang kita
5 posen harga air matamu
5 posen nilai deritaku
5 posen tiada makna
5 posen tiada guna
biarkan
5 posen dalam dompet ingatanku


Dari Al-Hasan dari 'Amr ibnu Taghlib ra berkata: "Rasulullah saw bersabda:


"Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat ialah adanya harta yang melimpah ruah, perdagangan tersebar di mana-mana, dan ilmu pengetahuan makin maju, seseorang yang menjual barangnya pada orang lain, tapi ia tak dapat menjual barangnya kecuali dengan cara yang serba sulit dan harus dengan wang riba, dan waktu itu seseorang akan sulit menemukan seorang penulis/pencatat hutang-piutang yang adil, walaupun dicarinya di tempat umum yang ramai populasinya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4302.


Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Mahukah kamu sekalian ku beritahukan siapa penduduk syurga?" Jawab para sahabat, "Tentu, ya Rasulullah!"


Sabda beliau, "Orang-orang daif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan mendoa kepada-Nya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah."


Kemudian beliau bertanya pula, "Mahukah kamu ku beritahukan siapa penduduk neraka?" Jawab mereka, "Tentu!" Sabda beliau, "Setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, mewah namun kikir dan sombong."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2436.


Dari Abu Dzar r.a., katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Apakah Anda tidak hendak mengangkat ku untuk memegang suatu jawatan pemerintahan?"


Lalu beliau menepuk bahu ku dengan tangan beliau seraya berkata, "Hai, Abu Dzar! Engkau ini lemah. Sedangkan pekerjaan itu adalah amanah, yang pada hari kiamat kelak dipertanggung-jawabkan dengan risiko penuh kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang memenuhi syarat dan dapat melaksanakan tugas yang dibebankan kepadanya dengan baik."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1793.


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri