Ahad, 14 November 2010

(ni beberapa pelukis china yang bertaraf profesor)

sblom aku mengakhiri edisi china ni, elok juga kita tinjau lokasi yang membuatkan aku sangat le terujanya... sesuai dengan minat yang ada...

selain lukisan klasik eropah,aku suka juga dengan sentuhan lukisan cina ni. pasal nampak simple, tapi sangat unik. kaligrafi yang disertakan bersama lukisan tu menjadikannya tampak lebih menarik. kelebihan tulisan cina ni, ia ringkas untuk menulis suatu puisi yang panjang.

dek rasa syok sangat, balik je ke sini aku pon bli le peralatan melukih. oooo... dah lama juga aku tak melukih rupanya. kalu ada masa, aku nak study lukisan dorang la plak. yups! terokai seni dorang... ada gak lukisan aku (pnah disiarkan dalam blog ni) yang aku cuba masukkan khat selain puisi mengong aku tu... tiru le tu... heh! saja le le pon

last sekali untuk para bloger (lelaki je) supaya lebih teruja lagi nak g china, ni aku share le sikit wajah ayu untuk dicopy dan simpan dalam dompet (jangan letak bawah bantal yea...)

pssst: hooo... dah nak balik baru aku tringat aku ada rumah rupanya kat sini!


* gambo amoi lain aku kena simpan kang korang tido pon tak lena,

Jumaat, 12 November 2010

"orang yang lemah selalu menjadikan orang gagah sebagai idola tapi yang terlebih buruk ialah dia ingin menjadi seperti orang itu dengan membuang semua sifat sedia adanya dengan menganggapnya sebagai kolot dan meniru idolanya bulat-bulat." gamaknya, ini le yang dilakukan oleh kamal atarturk untuk merubah bangsanya supaya jadi bangsa hebat.

heee jangan la marah kat aku kalu china ni masih tak abih. (maklum la dua minggu aku peratikan mereka ni, cuma tak sempat cari awek je untuk bawak balik buat souvinier kat orang rumah). sebab aku bukan saje nak crita tentang trip ini tapi falsafah yang sepatutnya diambil untuk pengajaran. aku bukan memuja dorang ni (walaupun aku peminat crita kungfu yang separa fanatik) sebagaimana n3 yang pnah aku kluokan dulu. takkkk...

antara penggerak yang menjadikan bangsa cina berjaya ialah falsafah yang diwarisi dari ajaran confucianisme. ajaran ini menitik-beratkan ketaatan kepada ibu-bapa dan anak lelaki sebagai pewaris keturunan. untuk menjadi taat dan hadiah kepada ibu-bapa, anak lelaki mesti mencari kekayaan. maka di sinilah kekuatan itu timbul untuk membina kejayaan dalam idop.

adakah perlu kita tukar apa yang ada pada kita untuk jadik berjaya cam mereka. Islam yang ada pada kita sudah terlebih baik daripada apa yang ada pada mereka. malangnya kita tak berjaya seperti mereka lalu 'kita' dan (tentulah) musuh Islam menjadikan agama sebagai suatu yang mengekang kejayaan dalam idop. tu le salah kita. sedangkan Islam bukan hanya telah membebaskan bangsa arab dari kejahiliyahan malah membina bangsa yang kuat, kaya, makmur dan hebat. Islam bukan hanya membentuk orang arab, malah bangsa monghul, parsi, afrika, uzbek hingga bangsa eropah di spanyol dan tak lupa juga bangsa melayu di nusantara untuk menjadi bangsa berjaya. tapi cam note di atas sekali tu le; bila lemah, kita sering melihat apa yang ada pada kita tidak memberi manfaat untuk berjaya lalu kita menelanjangkan diri hingga menjadi lebih buruk daripada apa yang kita sangka...

alamak serius la pulak dahhhh...

pssst: ada teori mengatakan orang melayu juga berasal dari wilayah yunnan. takpe la len kali kalu ada kesempatan bule le crita lagi tentang kehebatan orang melayu... dah lama n3 cenggini tak kluo nih.

kapsyen gambo terakhir: foto ini diperolehi daripada lembaga penapisan filem yang didakwa sepatutnya mamat ni la yang berlakon dalam filem titanic... wallahu a'lam

Khamis, 11 November 2010

"dorang punya pakaian ni colorfull and beautiful yea"

jadik, sema peserta tak lepas peluang nak bergambo dengan pelajar atau pemandu pelancong yang memakai pakaian etnik masing-masing.

(buah labu yang dikeringkan dan dimasukkan buluh ni dijadikan alat muzik seperti seruling)

negara china nampaknya tak lupakan segala adat tradisi kebudayaan dan kesenian mereka walaupun sedang mencapai pemodenan yang menakjubkan. ruang yang luas dibuka supaya seni dan budaya terus idop bukan aje untuk mengekalkannya malah menjadi produk pelancongan paling hebat. rasanya orang arab je kot yang suka gi shopping kalu melancong ke negara asing. kebanyakan pelancong lain nak melihat kehidupan asal tradisi masyarakat tersebut.

(kita baru je cuba mempelbagaikan produk berasaskan batik, tapi fesyen baju etnik dorang yang digubah dah sampai ke peringkat antarabangsa)

mereka bukan takat serlahkan semua tradisi etnik, malah galak rakyat melahirkan kreativiti dalam kraftangan. bukan aje yang lama-lama bahkan digabungkan dengan yang baru. hasilnya, dikabokan, dorang meraih berjuta dolar dengan hasil kraftangan yang dieksport ke serata dunia.

(ni bukan lukisan, tapi tembaga yang dipotong, dan dibentuk macam lukisan. dicelah tembaga tu le kendiannya diwarnakan sehingga kelihatan macam sebuah lukisan tangan)

rasa-rasanya, dorang sangat berbangga dengan kebudayaan mereka sendiri. opera cina yang mungkin kita ibaratkan cam makyung, bangsawan atau sebagainya masih diminati. siap ada channel tv khas selain ada sebuah auditorium khusus untuknya yang dibina di dalam sebuah hotel. gamaknya kalu kita ni, bagi tiket free pon masih susah nak dapat sambutan..

psst: semua ni tak la heran sebab dorang mempunyai sejarah tamadun yang panjang... cuma kalu mana-mana yang ada kebaikan barangkali elok gak jadikan tauladan

Rabu, 10 November 2010

(jambatan yang macam kat klcc tu sebenarnya menghubungkan 6 buah blok)

semua orang tau china memilih ideologi komunis.. tapi aku masih tak paham doktrin sebenonya sebab aku tengok ramai sangat yang kayanya. keta beso dan mewah bersepah terutama di beijing. takat bangunan mid valley dengan time square tu jentik dengan jari je. bangunan mereka cukup agam dan banyak yang futuristik. sebab tu bila tengok stadium sarang burungnya kita boleh jadik kagum

satu perkara yang aku prasan bila sampai kat beijing, tiada baju bersidai di balkoni rumah flat atau apartment dorang. dan hampir semua balkoni ditutup dengan cermin supaya mereka bole jemur baju kat situ tanpa perlu tayang 'bendera' yang pelbagai rupa, saiz dan warna pada semua orang. tapi di dua bandar lagi, sama macam kita jugak.

(di tengah bangunan ni ada skrin tv yang beso dan bole dilihat dengan jelas dari jauh)

yang keduanya... ni bukan antiagama ye... aku tak nampak kuil atau tokong kecil kat tiang depan kedai atau rumah dorang macam kita lihat di sini. sedangkan ini negara mereka. kalu kat negara kita macam-macam rupa rumah kecil yang selalunya berisi buah-buahan dan colok tu.

selain yang tu, terperasan juga aku,"mana la kelkatu malam dorang?" heh! tapi jawapannya segera menerjah di benak. gamaknya dorang semua pindah kat malaysia. sebab tu hampir tiap hari brita kat tv kita dok crita ambush tentang gro warga china.

Selasa, 9 November 2010

(ayam yang dimasak dalam buluh)

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. maksud surah Al-Maaidah 5: ayat 88)

minum sedikit (sikit, sikit) arak ialah kebiasaan bagi dorang meraikan tetamu. hal ini agak menggusarkan wakil dari malaysia, indonesia dan brunei. malangnya masing-masing susah nak bercakap soal agama, hanya menolak dengan baik. slalu gak aku suruh kengkawan terangkan kenapa kita tak makan atau minum menda-menda ni. tugas kita sepatutnya menerangkan kenapa kita tak makan ayam atau daging walaupun 'halal' pada pemahaman mereka.

(cendawan dengan telur dimasak dalam buah apa ntah le ni)

anna segera bertanya kat aku, "awak tak 'minum' ke?" "err, sebenarnya muslim dilarang minum arak." baru dia paham dan lepas tu setiap kali kami makan, gelas arak ditukarkan kepada mineral water... kan senang! tidak le member tu cam merajuk bila beberapa kali suruh minum sebab dorang nak raikan kita tapi kita tolak tanpa sebab munasabah. maklum le ati tuan rumah nak kena jaga juga, kalu dah beria mengajak tapi kita buat bodo, nanti kecik ati plak.

skali tu, sedang sedap melayan makanan, kawan dari vietnam mencelah, "korang tak kesah ke daging babi ni di atas meja kita?" (tu yang seketul sebelah tiram tu la) ulps! aku telan air liur... dah lama lauk tu kat atas meja makan. kami semua tak perasan sebab dalam menu namanya canggih sangat. segera dijawab hj. jefri, rakan dari brunei, "ok, takpe, kami tak kesah..." demi menjaga ati dia. kami berpandangan dan senyum je la. nasib baik dari awal lagi kitorang tak jamah sebarang daging... hih! kalu dak, muntoh ijo le nampoknya weh...

psst: paling sedap makan, bila naik kapal terbang ke kunming kami dihidangkan makanan yang dah ada cop halal china... wuiyyo balun la cukup-cukup

Isnin, 8 November 2010

doblas hari yang sedikit seksa

makan bagi orang yang agak 'jaga makan' bila berada di luo negara memang susah... selama ni aku tak ble masuk makanan cina. kat sini nampaknya aku kena mengalah. terutama di beijing dan kunming, dorang tak makan nasi. sudah le serve makanan satu, satu - jadik kita takde pilihan - makan atau tolak tepi mana yang tak sanggup makan. (tak macam di manila itu ari, aku sanggup makan nasik tanpa lauk sebab makan ala buffet)

ayam dan daging ialah menu utama yang kami tolak tepi kerana tak konfiden bab semelih. jadi pilihan yang ada hanyalah sayur dan makanan seafood. uiii, tergamak ke korang makan gamat? kerang yang beso tah hapa namanya ni... udang dan jenis kerang pulak yang separuh masak, "alah blasah aje la..." member dari brunei kata, "ada setengah tempat - di vietnam kot - telo yang dah nak jadik anak ayam tu dorang makan..." ark... aku dah seriau (cemas) bila tengok dorang hidangkan telo tu... huh! sibbaik kat sini tak le gitu... kalu tak silap, dorang masak pulut dalam kulit telo tu.

sepanjang kat china, sekali je aku makan sepotong daging itik (setelah disuruh @ ter'paksa'): sedap gak rupanya - dan daging kambing bakar : memang sedap. tu pon sebab kami dibawa makan di restoran muslim (satu-satunya restoran muslim sepanjang trip kami di china nih) ketika di wilayah kunming.

uhhh, sudahnya aku kehilangan berat sebanyak dua kilo... korang percaya tak berat badan aku tak sampai 50 kg?

pssst: sikit seksa sebab masih ada makanan berbanding orang lain yang tak makan.

Ahad, 7 November 2010

ulps... banyaknya sawang! membaca memberapa komen kat shoutbox tu, alahai sian la pulak... mintak maap tak reply ye dan tak berkesempatan nak berkunjung balas...

6 november 2010 9.20 malam

alhamdulillah slamat mendarat kat klia setelah menempuh perjalanan melebihi 3000 km selama 5 jam. tima kasih atas doa teman-teman.

24 Oktober 2010, 9.00 malam

awal lagi aku dah terpacak kat klia sebab orang rumah tak brani drive balik lewat. flig aku kul doblas tengah malam. tunggu bos kul seblas baru dia tiba. flig lewat sebab nunggu dari afrika. so sampai sana lewat sikit la. Dalam kul 7 pagi kitorang dah jejakkan kaki kat kota beijing... (so balik ni jangan le panggil aku aji yea...)

Sibbaik takde songel di imegresen (sebab dengo crita kengkawan, kalu kita bawak buku, cd atau terbitan lain dorang akan selongkar. barangkali nak sekat pengaruh luo le tu). kendian kitorang ditunggu satu amoi, Dong Qian (sebut Tian) atau kalu susah ngat nak sebut namanya, panggil je anna. "heh! nama glemer yang senang disebut..." dia bagi tau bila aku tanya pasal nama tu kot-kot dia kristian ke...

hari ni takde aktiviti khusus sebab semua peserta asean baru tiba. so, amik peluang meronda sekitar hotel je. petang tu, bos ajak jalan kaki ke medan tiannamen dengan forbiden city. takat tengok dari luar je le ye... ramai betui orang melepak kat situ, tapi tak ramai orang asing. kata bos aku, "pelancong domestik pon dah cukup untuk negara china dapat income."

kat sini suhunya dingin gak sekitar 6-7%C, berlapis aku pakai baju, udah le kurus, lemak plak takde, terketo-keto le aku kesejukan. bila angin kuat je, mak oi rasa nak melayang aku dibuatnya. camana la aku nak ngadapinya untuk seblas ari lagi ni... uhuks!

kapsyen
1. pintu gerbang tol dari lapangan terbang nak masuk ke beijing
2. pekerja alam flora la kot
3. jangan tanya le menda dorang jual tu, nampak cam cekelat, tapi kitorang agak macam buah yang disira
4. ni nak kata beca bukan, teksi pon bukan, tapi cam prebet sapu untuk dua orang penumpang je

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak