Khamis, 10 November 2011

n3 yang ni untuk renungan anak teruna dan dara la pulak, ketnya kita sebagai ibu-bapa tentu le kesannya lebih besar lagi. peristiwa yang berlaku pada kawan aku ni sangat mengejutkan kluarga, jiran dan rakan-rakan.

...

dah lewat malam, pintu dan tingkap ditutup rapat dan dipastikan berkunci. selepas pasti semua anaknya ada di dalam rumah dia berasa lega dan tenang menuju ke bilik tidur. namun lenanya terganggu bila baru sekejap kendian kedengaran ada orang memanggilnya bertalu-talu...

anak gadisnya ditemui terjatuh dari ketinggian dua tingkat ketika memanjat keluar ikut tingkap. puncanya kerana nak bertemu dengan kawan lelaki yang sedang menunggu di bawah walopon ketika itu telah dinihari.

"sebagai kawan arwah, kamu kena bagitau kat kengkawan lain... kalo roh dia tak tenang orang pertama yang dicari awok le" nasihat kawan aku yang menjadi jiran mangsa pada anaknya supaya bagitau kat kengkawan yang mulut celupar tu. suara sinis mengatakan dia bunuh diri dan macam-macam tohmahan mula kedengaran. gitu le gayanya orang kita ni, cepat beno bawa mulut kalo menda hak tak elok berlaku pada orang lain.

"deme bole berkawan dengan semua orang tapi jangan ngikut dorang!"

"camana ni ni aboh, kejap bule kawan kejap tak bule ikut"

"tak ngape kawan je le, tapi kalo kome merokok usoh ngikut..."

"ooo..."



psst: berat ngat ujian yang melanda kat kawan aku tu... tapi bak kata rakan yang lain, Allah tau hikmah di sebalik kejadian yang tragis tu. barangkali ada kebaikan yang kita tak sedo. apa pon moga Allah berikan kesabaran dan ganjaran rahmah-Nya kepada dia sekeluarga serta mengampuni dosa arwah. moga ia juga menjadi iktibar, tauladan dan sempadan buat kita yang masih bernafas ni.

35 zmn org suka mengomen:

Anaasuria berkata...

pernah dengar orang kata dugaan paling besar pada mak ayah ialah kehilangan/kematian anak... semoga kawan tu tabah menghadapi ujian Allah.. tak leh nak bayangkan macam mana perasaannya..

semoga roh aruah dicucuri rahmat..

Tea berkata...

Astaghfirulah.. Smpat tak dier pesan kat boifren.. Jumpa kamu di 'sanaaa'

AzianKhalil berkata...

kadang2 rasa takut pulak meniti hari anak2 makin membesar ni...

CikguShikin berkata...

Siannya tapi mmg betul semuanya ada hikmah.tapi kena jgk beringat kan sblm kena

zulkbo berkata...

salam..
gini lah zaman semakin mencabar
tak mudah nak didik anak-anak
seperti mak ayah kita mendidik kita
dulu..jika dulu paling leawt pukul 7 dah kena ada di rumah..moga di jauhkan keturunan saya anak-anak yang bersikap sebegitu..sampai terjun tingkap??

Kakzakie Purvit berkata...

Benar kita hanya mampu beristighfar dan mengucapkan takziah pada ibu-bapanya. Hendak didik macam mana lagi kalau dari kecik sudah diberi ajaran agama, depan mata baik tetiba gini jadinya. Allah.... besarnya ujian dia....

pena rozie berkata...

Kesian nyer.... Ucap takziah tuk keluarga die...

munna berkata...

al-Fatihah buat arwah.... dan salam takziah buat keluarga arwah...

menda berita macmni mmg senang je org lain nak putar belit dan buat berita yg bukan2

noorlara berkata...

Assalamualaikum cemomoi,

lama tak saling berbalas pandangan. Semoga berbahagia seluruh keluarga.

Zaman ini membesarkan anak adalah jauh lebih mencabar dari zaman mak ayah kite membela kite dulu. nak kene setapak lebih cerdik dari mereka kalau tak pakat kene tipu sesaje. Didikan dari kecil dengan bekalan agama dan menjadi role model terbaik kepada mereka antara faktor menjana insan yg mulia dan berkualiti.

Rawshade berkata...

Al-Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin...

LadyBird berkata...

anak die tu meninggal ke kak? Innalillah..

btllah kt org2 lama.. menjaga seorg anak perempuan lagi susah drp menjaga lembu skwan..

saharul berkata...

salam...

memang dugaan...

ckLah @xiiinam berkata...

Mak Dara ini juga turut merenung...Astaghfirullah.

Unknown berkata...

aku pun pernah merasai kehilangan anak yg berusia 3 hari...pedihnya hanya Allah S.W.T je yg tau...apetah lagi bg mereka yg kehilangan anak setelah sekian lama bersama...

al fatihah buat arwah

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Anak-anak sekarang.

Risau bila teringat anak sendiri. Macam manalah nanti....

shameel Iskandar berkata...

Al-Fatihah buat arwah.

Nabi SAW telah memberi formula berkawan dan bersahabat, iaitu umpama menghampiri penjual minyak wangi. jika kita tak beli sekalipun, tempias wngi itu tetap kita terima.

Ati Masrif berkata...

anak-anak zaman sekarang ni
di kongkong ...buat salah
tak di kongkong ..lagi buat salah

semoga family arwah tabah!

Aku Anak Pahang berkata...

Simpati alfatihah dan takziah.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

alfatihah

Woofer Storm berkata...

dulu kini dah berbeza..


dulu kanak2 mgkn ikut cakap,tapi kini kanak2 susah nak dgr ckp..tapi tak leh salahkan anak 100percent kan???

alfatihah,semoga ditempatkan dikalangan orang beriman,amin2

cik sakdi berkata...

kenape dia nak jumpa kawan lelaki pagi2 buta?mak bapak dia kongkong dia ke??? remaja mmg jiwanya mcm tu.mak ayah pon jgn kawal keterlaluan.. eccecechh

sekamar rindu berkata...

salam..

semua yg berlaku pasti memberi kesan pada famiy mangsa tu..

anak-anak zaman sekrang berbeza sekali..

CekWa berkata...

susah nak jaga anak zaman ni..Raya Korban baru ni ada anak rakan kita di sini yang mengorbankan diri dengan tali di pokok nangka lantaran kecewa dengan seorang gadis! sedih mak ayah bila anak2 jadi gini!

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Terkedu.. betapa berat mata memandang berat lagi bahu ibu bapa yang memikulnya. Semoga mereka tabah mengahadpi ujian yang berat ini.

wahida berkata...

alfatihah utk arwah dan salam takziah utk keluarga arwah...


bukan sennag nak mendidik anak di zaman serba mencabar ini...semoga kita semua diberikan kekutan utk mendidik anak2 dgn penuh kesabaran...

dan org lain pun patut berhati2 bila mengeluarkan kata2...kesian pada keluarga arwah....

sahromnasrudin berkata...

agak2 bf dia nak sedekahkan al fatihah tak kat dia huhuhhhhh

Shiela Luddin berkata...

ya Allah kesian family arwah tetambah makpaknyer..mesti tengah bersedih skang nehh..moga mereka sekeluarga tabah hadapi ujian neh...

Nida n' Hanafi berkata...

Al-Fatihah..

Moga cerita ini dapat dijadikan iktibar...

Tapi memang sangat2 setuju bila tuan Cemomoi kata..

"gitu le gayanya orang kita ni, cepat beno bawa mulut kalo menda hak tak elok berlaku pada orang lain."

Kazman / Sue berkata...

salam kenal dari kami...

ya betul tu... perkara yang buruk jangan dipanjang-panjangkan ceritanya...

zaty luvlianncez berkata...

moga kita amek iktibar dr kejadian tue

Jum hayati di sini (^o^)
bila izrail datang memanggil

L berkata...

bersaabarlah.=)

jom bacer sekejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

Tanpa Nama berkata...

um.. nak anak ramai tapi zaman sekarang ni takut pulak..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Bila keadaan begitu berlaku, kena muhasabah diri kita, pasti ada kekurangan dan kesilapan yang pernah kita lakukan dalam mendidik anak-anak.

terokai seni berkata...

assaalmualaikum:

peringatan daripada Allah:
anak isteri ialah amanah dan dalam masa yang sama ia juga ialah fitnah

dua-dua pertimbangan yang sangat berat untuk dipikul tapi yang memikulnya bermula daripada individu hinggalah kepada institusi keluarga.

jadik setiap orang saling berkait untuk saling menjaga keutuhan amanah agar tidak menjadi fitnah yang melalaikan

QasehnyaRania berkata...

alfatihah
*
cameron malam malam rasa sejuknya
tapi kalau pi ladang teh rasa angin sepoi sepoi tu.best

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak