Ahad, 29 Ogos 2010

satu ketika kami bersembang tentang perangai orang melayu:

joe: "aku kawan dengan cina je, malas kawan dengan melayu... kalu ko nak tau dok kawan dengan dorang, lain crita takde, mikir camana nak dapat duit, nak buat duit... bukan cam orang kita, ngutuk, ngumpat, nyakitkan ati orang aje kejanya." dia melepaskan keluhan

aku: sengih je la, "err, aku pnah baca pengalaman sorang muallaf yang ditegah family dia daripada masuk islam... dia kata, orang cina dah ada peradaban yang tinggi so buat menda masuk islam? (melayu la kot) lagi pon islam dipelopori orang melayu!"

(dia lupa, ramai orang cina dari China yang memang islam sejak zaman nabi lagi, lebih lama daripada orang melayu peluk islam)

aku: "jadik, orang cina dok anggap budaya kita ni low class..." aku menambah.

joe: "tul tu..." dia ngangguk sambil tepuk meja.

joe angkat tangan macam nak melambai kat aku: "ko tau? satu crita. kawan aku Ah Man cakap, kawan dia Meng nak beli rumah RM350 k, coner lot. lepas tu, ada sorang kawan si Ah Man ni offer la rumah dia RM250 k. sama gak coner lot. tapi Meng beli gak yang RM350 k tu."

joe nampak seronok ngat bercerita: "Ah Man calculate. kalu lu beli RM250 k, kata la lu nak renovate RM150 k, baru RM350 k. tapi kalu lu angkat ini rumah RM350 k, mau revovate lagi maa... amacam, tul dak?"

joe mengesotkan kedudukan: "tapi ko tau apa kata Ah Man? wa ingat ini Meng aaa, ada fikir lain la. haaa!!! ko tengok cina, dia tak kutuk kawan dia tu..."

aku: sengih lagi. dalam ati, "kalu orang kita dah berbakul kena kutuk tu... bodo la, bangang la, tak sekolah la, akai tada ka kalu? huu..."

orang melayu sebenarnya mempunyai peradaban yang tinggi. sebab tu kita kena pnah membina empayar yang besar. bukan empayar melaka aje. champa, majapahit, sriwijaya dan tamadun lembah bujang sebenarnya manifestasi kebijaksanaan melayu di nusantara ni... malangnya sekarang ni, kita le yang mempelopori budaya baru buang bayi, merempit, meragut. tak masuk juara dadah, sumbang mahram, bergaduh, berpecah pasal politik dan macam-macam lagi... sebab tu kita dilihat sebagai low class dan orang lain tak mau masuk islam kerana kelemahan peribadi kita dalam menonjolkan keindahan islam tu.

malang sungguh!!!

16 zmn org suka mengomen:

alehkayong™ berkata...

percayalah belum terlambat bagi anak cucu kita . bagi kita image tersebut dah dgam oleh bangsa2 lain terhadap kita.mari kita sama-sama bangkit dengan setiap seorang kita mendidik anak2 kita dengan nilai-nilai murni untuk diturunkan oleh mereka kpd cucu -cicit kita kelaK.untk kita pulak insyaallh ianya akan menjadi ilmu yang memanafaat diakhirat kelak.

Mohamad berkata...

Salam cemomoi,
Kita tidak Low Class, sebenarnya kita yang menganggap sebegitu. Mana-mana bangsapun kutuk mengutuk, hasat dengki, jatuh menjatuh dan sebagainya tetap ada. Barangkali bukan depan kita atau kita tidak faham apa yang mereka cakap berbanding dengan bahasa kita yang difahami oleh mereka. Saya bekerja dengan org cina lebih 15 tahun dan ada beberapa rakan baik. Walaupun business sudah maju, mereka takut untuk membeli kereta mewah kerana bimbang...malah lebih dahsyat dari bangsa kita.

Abd Razak berkata...

Salam...

Akhlak dan adab itu perlu dibangunkan dalam keluarga dan masyarakat kita untuk menghilang daki-daki mempelopori budaya membuang bayi, merempit, meragut dan sebagainya kerana Nabi s.a.w. diutuskan untuk membaiki akhlak dan adab manusia dan barulah melayu dan Islam itu manis dipandang manusia dan Allah..

Nizam Awang Brahim berkata...

Moh kite bersatu...

Rafi Harumin berkata...

Salam..

kadangkala terfikir, siapa lagi yang merosakkan bangsa sendiri kalau bukan...... hmmm...

azieazah berkata...

Tumpang bersedih.
dan tumpang malu bila ada kes yg dimonopoli bangsa kita, malu sungguh dgn dengan bangsa lain.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam.


office mate~ chayanunalif pun ada bercakap mengenai Orang Islam sekarang yg lain dengan dulu-dulu.

Nasib baik dia faham sebab masa form six dia ada ambil PIslam..

Paling saya suka bila dia tegur rakan melayu yg pakai tudung jarang, dan sentuh rakan lelaki lain..

Sayangnya dia memilih utk tidak menganut mana-mana agama ;athies. Anak2 dihantar ke gereja.

penjejak maya berkata...

salam,

orang kita ketika ini terlalu dimanjakan semua nak harap bantuan kerajaan lepas tu selalu berhasad dengki sesama sendiri wallahualam..

Aku Anak Pahang berkata...

Bersama berasa simpati di atas "malangnya" org melayu di hari.
Jom kita baca sejarah dan kenang kembali betapa kita adalah bangsa yang hebat semoga menjadi iktibar buat kita bersama.

sahromnasrudin berkata...

salam..org seberang anggap kita "maling you"....

Werdah berkata...

Salam.

Alangkah baiknya jika dapat difahamkan pentingnya beradab dan bersopan santun. Pentingnya ilmu dipelajari melalui kisah-kisah para sahabat nabi, bagaimana mereka berkomunikasi.

Malangnya ilmu sebegini tidak dipelajari, sebaliknya mudah mempelajari ungkapan-ungkapan yang kasar dan 'rock'

Nurul Aziz berkata...

sangat3 setuju..saya dah lama rasa kawan chinese lagi baek dari kawan melayu..saya ada pengalaman,bila saya salah diorang tak tegur langsung tapi mengumpat ramai2 kat belakang..saya pulak jenis kalau nampak kawan salah saya terus tegur sebab tak nak kawan buat benda yang orang tak suka..lain betul dengan kawan2 cina saya,nampak saya salah,terus tegur..ada kawan saya,dia melayu..kat universiti dia semua kawan2 dia dari kalangan cina sebab dia kata orang melayu suka cakap belakang,tak boleh tengok orang lebih..nak salahkan sape kalau melayu sendiri pun tak nak kawan dengan melayu?memang bukan semua melayu macam tu tapi kebanyakannya memang perangai busuk..maaf kalau ada yang terasa tapi saya pun melayu..saya bangga jadi melayu tapi saya kecewa dengan perangai org melayu..

ikan emas berkata...

IE seronok membaca n3 ini dan komen-komen dari rakan-rakan maya lain ..

bukan kerana sukahati
tetapi kerana insaf..

beginikah bangsaku ??
ke mana dan bagaimana anak bangsaku nanti ?

Pacifist berkata...

salam otai cemomoi.
semua ini natijah penjajahan.anak bangsa yg tidak lg mempunyai jati diri.penyakit imferior complex menguasai diri.tidak yakin kebolehan bangsa sendiri.malahan memomok bangsa sendiri mudah lupa,bodoh dsb.sebahagian melayu tidak mudah lupa atas apa yg engkau lakukan!merasakan peradaban barat itu baik utk kita.kini warisan penjajah diteruskan oleh budak-budak inggeris/barat/british.cukup menjadikan bangsa melayu sekadar cukup mkn,jika tidak!melayu itu akan bangkit melawan dan mempertahankan hak.

Unknown berkata...

Salam,
Orang Melayu boleh maju, boleh setanding malahan boleh lebih baik drpd bangsa2 lain. Tetapi ada prasyaratnya - antaranya kita kena teguhkan keimanan kita, kita sesama kita kena bersatu, kita kena ada ilmu, dan kita kena berusaha dan sedia bersaing dengan bangsa lain.

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

teman-teman, apabila sesuatu bangsa lemah, mereka akan sentiasa melihat tamadun orang lain lebih baik dan patut dikikis budaya sendiri. hal ini terjadi pada mana-mana bangsa. jepun yang pernah kalah dalam perang dunia, bangsa korea yang tertindas, mereka bangkit. tapi mereka bijak memilih acuan tanpa meninggalkan kebudayaan mereka sebagai jati diri bangsa. kita tak begitu... makin negara kita maju makin kebelakang kita terundur

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak