Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.
Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
...
harap korang daparkan maklumat lanjut di sana, di sanaaaaaa
13 zmn org suka mengomen:
Ya.. memang hebat. Begitulah, bila kajian tidak menyeluruh.
Buat drama purba, mesti rambut panjang tapi kuku wanita pun panjang sama.. siap ada bentuk lagi.. heheheheh
Org kita mmg hebat - cuma bila kita tidak bersatu itu yang melemahkan kita apa pun org melayu kita semmg dah lama hebat.
Saya penggemar sejarah yang difilemkan.
Betul kata kak Azie...bila kajian tidak menyeluruh kesannya juga semberono.
***Cantiknya warna layout baru ni.
kupasan yang menarik.sy pun tak pernah terpikir pasal ni sebelum ni
Mmg hebat..tapi kehebatan itu tak bertahan lama..
Nilai sejarah tak begitu dihargai apalagi utk dihayati ...
slm rodong,
bagus amt n3 deme ni. elok kita kongsi² dan seborkn maklumat bgini. t kasih.
org sekarang ni hebat juga....nak2 pulak kalo dapat senjata lama tu.....lama dibeleknya sebab nak cari 4 angka yg boleh dipertaruhkan utk dijadikan duit...
Salam..
Melayu mmg hebat..
kenapa ye jadi begini... sampai bilalah nak dipandang lekeh
assalamualaikum:
kak aziazah: ye betul la... melayu hebat.. rock rambut panjang tu pon ditiru dari orang melayu dulu-dulu
akuanakpahang: kelemahan dan kelebihan orang melayu le yang meruntuhkan dan mengagungkan orang kita.. dah kuat last bergaduh pulak sesama sendiri
iris: kalo tengok bukit kepung rasa meruap, kalo tengok leftenan adnan, rasa nak ketawa... camana filem kita nih?
layout? nak ke... tade hal bule bagitau kat mana nak cari
mimie: kalo g site tu mesti banyak lagi info menarik yang takde dalam kotak minda kita ni
abg lanabulu: subjek sejarah ada masa jadik subjek gurauan, kejap ada kejap tadeee
abg pie: eelok le sebarkan lagi tapi bagitau dulu le kat ghodong yang empunya tu
cekgujang: hiii... betoi amat... diperasap malam jemaat kot bule kluo nombor
mazru: udoh kabo sebelum ni, ander yang tak caye ate ke gone
nida: heh, bila kita di bumi, kita selalu melihat bahawa menda yang ada kat langit tu sangat indah, sedangkan otromen selalu nak turun kat bumi dah boring dok kat langit, banyak ngat raksasa
lawar pistol , ubahsuai buat senapang tembak ikan.
endiem... dengo kabo senapang orang 'sayek' kat rompin lagik lawo buat nembak kancil
salam En,
campur tangan asing di alam melayu mmg sudah direncanakan.gold(emas),glory(kemenangan) dan gospel(dakwah kristian).mereka berjaya menulis sejarah utk kita,sehinggakan umat melayu merasakan tiada apa yg boleh dibanggakan oleh mereka.semoga sejarah digali semula,utk membetulkan fakta.tahniah atas perkongsian ini
Catat Ulasan