Ahad, 6 Februari 2011

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" maksud surah an-Nisa: 36

nak kawin, ibu tak restu... kawin juga! sudahnya tersisih dari kluarga. bertahun idop dengan suami yang tak diterima kluarga, tau-tau suami mati sebagai penjenayah. alangkah! alangkah! alangkah! sedih tak terkira... hiba bawa petaka. sudahnya dunia jadik gelap gelita kerana mata tak tertanggung sengsara.

benar rupanya kisah kassim selamat!

bak kata pendekar bujang lapok, "ini bukan cobaan?" memang ini kisah benar yang jadik nyata.

bukan sekadar ditimpa tangga sesudah jatuh tak terdaya. anak pula derhaka. barangkali Allah membalasnya di dunia. dia sendiri berandaian begitu sambil bercerita meluah rasa. dalam kelam, si anak hilang pedoman. dipukul si ibu tak keruan. bukan sekadar buta jadik beban, datang bertimpa sakit tak tertahan. selepas dua tahun menanggung derita berendam air mata dan terkilan rasa, sudahnya si ibu menyahut panggilan... "doktor kata ada kesan lebam di kepala!" siapa punya angkara?

"agaknya bila akan kesudahan? lepas dia derhaka pada ibunya, anaknya pula derhaka dengan dia... dan kalaulah nanti Allah balas pula perbuatannya..." aku sekadar mampu bergumam mendengar kisah sedih ini.

25 zmn org suka mengomen:

si para para berkata...

err apakah semua ni...
saat akhir zaman,.banyak benda pelik terjadi...

zulkbo berkata...

salam..
banyak koi dengor
cerita cenggini..
simpati..moga mereka
cepat insaf dan sedar
kesalahan lalu..

kakibiskut berkata...

orang alim bagi tau, redha ALLah dalam redha kedua ibu-bapa..
dan murka Allah dalam kemurkaan ibu bapa.. moga kita semua jadi anak soleh dan solehah..

Aku Anak Pahang berkata...

Salam Sahabat ginie bila sesuatu itu dibuat tanpa restu.. bermula dgn tidak baik berakhir dgn cara tidak baik juga. Semoga anak yang derhaka memohon keampuananNya jua.

AzletOm berkata...

nauzubillah. harap2 tak terjadi pada kita...

p/s : thanks ye sbb buat tracking di site saya. baru balik dari pertapaan..heheh

Ati Masrif berkata...

salam,

cemomoi ini psl
cite semalam ke..kisah benar?

Nizam Awang Brahim berkata...

Kala terlajok jauh baik2 patoh balik.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

sekarang nie semua ba;san datang cash je kan...banjir tue kira bala jugak kan huhuhuhh

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Begitulah segeranya pembalasan Allah terhadap anak yang derhaka kepada orang tuanya...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Sedihnya baca kisah seperti ini.. kesedaran amat penting untuk mengelakkan jadi derhaka.. wal'iyazubillah..

Anaasuria berkata...

Minta Allah jauhkan menda2 cenggini dari menimpa diri dan ahli keluarga.. selalu orang kat cam tu, kalo derhaka ngan mak ayah, kat dunia lagi dah dapat balasannya.. mak bapak kenalah sentiasa doakan anak2, walopun mungkin anak itu si Tanggang.. huhu.

Kamsiah yusoff berkata...

bila kita jadi ibu...baru kita tahu dan faham perasaan seorang ibu...

So Shy Lady (SSL) berkata...

moga kita tidak mnjadi anak derhaka r ibubapa yg derhaka amin.

salam knalcemomoi :D

Kakzakie Purvit berkata...

Salam cemomoi,

Pada anak yg derhaka perl;u ada pendekatan agama. Segala bermula dgn iman, tanam keimanan pada anak insya-Allah tidak akan ada putaran derhaka itu lagi....

munna berkata...

itulah yang sepatutnya .. restu ibu bapa yg paling utama... bila kita buat macam tu kat ibubapa kita.. esok lusa anak kita pulak buat macam tu kat kita...

Unknown berkata...

kt tmpt sy ni byk terjadi cerai berai mngkin x dpt restu la ni

Mohamad berkata...

Salam ziarah Cemomoi..
Perkara ini juga berlaku kepada sepupu saya. Nak kahwin tetapi bapa menghalang. Bila bapa meninggal dia kahwin juga tetapi ibunya tak benarkan adakan kenduri di rumah.

Majlis kenduri diadakan di rumah ibu saudara. Hidup bahagia tetapi Allah menjemput isteri dan anak2, sorang demi seorang.. tinggal dia keseorangan. Dia bagai orang gila.. dan akhirnya pasrah dan kahwin lagi ... Syukur kehidupan mereka bahagia hingga kini...

Miecyber berkata...

Jauhilah menderhakai kedua ibu bapa...

Tak selamat nanti..

24 khasiat ais dan air sejuk

shameel Iskandar berkata...

sesiapa yg menderhaka kpd ibu bapanya( kecuali dlm mensyirikan Allah dan kemaksiatan) maka Allah akan melaknatnya

Sham berkata...

koi pantang betoi dengor cite anak derhaka ni...rasa nak tikam je perut deme2 ni...!

saharul berkata...

salam....semoga keluarge kita tak tergolong dlm org cam gitu

en_me berkata...

insaff kanns.. uhuhu

Cik SHiNJU berkata...

Semoga generasi ke-3 tu insaf agar pnderhakaan ni x diwarisi generasi seterusnya...

Nida n' Hanafi berkata...

As-salam tuan..

Bila baca kisah ini, tiba2 teringat pada ibu yg jauh dimata....

Semoga mereka yg lupa akan pengorbanan seorang ibu diberikan hidayah olehNya utk kembali bertaubat.. Insya Allah

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

tima kasih atas perhatian teman-teman

kisah benar ini berlaku kat pahang tapi takmoh crita banyak takut mengganggu emosi anak-anak yatim yang telah ditinggalkan. semoga yang tersalah langkah, kembali ke pangkal jalan dan pohon ampun di pusara ibunya

moga kita dapat taufik dan hidayah serta tauladan dari ikhtibar ini

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak