mula berblog pada 2009... macam besa orang yang baru berblog besanya lebih tertumpu kepada pengalaman sendiri. crita skema tentang biodata sendirik dan syok sendirik. apabila dah meningkat dewasa dalam berblog, mula la skop perbincangan lebih luas kerana kita cuba menarik pengunjung dengan isu yang ditampilkan.
blog aku hanyalah himpunan pengalaman yang digarap sesempoi mungkin dengan adunan isu semasa, pandangan dan selitan perkongsian ilmu mengenai nasihat agama.
warna latar kerap berubah. bukan sekadar kerana cita rasa, perkembangan blog itu sendiri, malah kekadang terkait kerana serangan virus. jadi evolusi kandungan blog aku juga tertempias kat template blog.
bila makin lama berblog dan berkawan ramai dengan rakan maya, aneka gaya dan cara kita dapat tengok. buruk baik blog ni juga pelbagai. penat merayau tak kira masa ke blog orang, tersengih sensorang, berdebat melalui keyboard, berasa ati dan kecik ati orang tak nyebut atau ziarah kita, dan macam-macam lagik.
bila dah lama berblog akan sampai satu tahap ingin mencari kelainan. jadik, aku bagi hint2 kat kengkawan... daripada begitu aktif pada 2010, akhirnya blog aku makin suram hingga la kelam dan tak produktif. salah satu punca utama kerana aku rasa dah terkena sindrom penyakit tiga serangkai. kemuncaknya, 2013 takde satu n3 pon yang tersiar. dah setahun aku tinggalkan, ada la sorang dua rakan maya yang masih sudi ziarah tanya kabo. tapi aku biokan tanpa jawapan.
2014, makin bizi, tapi aku cuba idopkan balik... namun takde kekuatan dan keghairahan. untuk memastikan dia tak mati begitu aje, aku kongsikan maklumat berkaitan agama dengan sajian video yang bersuaian. jumlah n3 mendadak pada 2016 hinggalah 2018. hal ini kerana mematuhi matlamat ingin mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran... bukan apa, almaklum la kita tak mampu nak jadik ustaz, tok siak, tok imam jauh lagi nak jadik ulama yang tugasnya berdakwah. sedangkan di akhirat nanti Allah tetap tanya kita dakwah orang ke dok?
(pageblog paling ramai yang suka tengok)

0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan