Khamis, 7 Jun 2018

"Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak"
- Demang Lebar Daun

"Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun"
- Sang Sapurba

hubaya! hubaya!
ada gerah
aristokrat
birokrat
maunya geruh
marhaen
murba
maunya luluh
bak rintihan tok tua melayu
gajah berjuang sama gajah
pelanduk mati di tengah-tengah
takutnya
ada belati
menjerut
merobek
alur tengkuk

Related Posts:

  • kukut lembar kusam kelih sisi nampak sipi toleh belakang meredam gamitan rindu pada kisah lama kerap mengetuk nurani perit mencucuk pedih menusuk jiwa meronta ingin kembali tapi jasad tetap kaku biar reput masa… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 2 13 Disember 2013, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar satu ketika diberi peluang mengenal lebih dekat dengan budaya kita dalam pembuatan seramik, ati bagai digaru.... dah lama tak main tanah liat. … Read More
  • kedut desa lihat dalam mata anak mata tepat berkaca lihat pada pipi garis uzur keras semangat kental duhai anak desa kabar orang tuamu? … Read More
  • mak! tunggu laa mak tanya bila nak balik baliklah nakkk... dulu-dulu  nak balik kampung susah naik beskal jalan tanah merah berdebu la ni dah berturap bagai pon susah gak nak balik baliklah nakkk... mak suh balik ba… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 1 duniaku memang cacamerba Allah bagi beberapa kelebihan pada aku tapi aku tidaklah polish sesetengah bakat yang ada.. biarkan ia sekadar suka-suka atau terendam dalam bilik air je... dalam kerjaya camtu juga... bidang yan… Read More

1 zmn org suka mengomen:

terokai seni berkata...

selepas pru14 banyak orang mula bersifat kurang ajar dengan institusi diraja hingga peringkat menghina YDP Agong termasuk orang melayu sendiri

penggunaan istilah belati merujuk kepada 2 makna
1. pisau - dalam kamus senjata asing (khususnya eropah). dalam hal ini ia membawa maksud bangsa asing
2. tali

kedua-dua alat itu boleh menjadi senjata yang membunuh.

alur tengkuk pula merujuk kepada arah tikaman atau jerutan yang datang dari belakang yang membawa maksud ketika orang melayu sibuk bercakaran ada orang lain ambil kesempatan menikam dari belakang

#pengarangtolongtafsirkan

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,886

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak