Isnin, 11 Februari 2019

pada 2003, aku berpeluang g kursus pembikinan video korporat. dari zero nak jadik hero, aku hanya pak turut dalam group tu sebab takde basic langsung pasal video, sedangkan ahli yang lain dah ada yang pro bab kamera dan editing. namun dengan semangat waja, aku balik terus berjinak-jinak dengan kamera. sibuk ganggu kengkawan cameraman bertanya hal-hal kamera. akhirnya, dengan ati cekal aku g beli handycam dan cari program editing. dari situ aku nak terokai satu lagi cabang seni.


bila dah gila dengan kamera ni, banyak le aku cuba hasil video tu... satu kesoh hok slalu dok teringat adalah apabila aku kena g manila. ketika orang lain present dengan slideshow, aku amik pendekatan guna video... keh3x sebenonya aku tak brani nak sembang panjang kat depan khalayak. jadik bila kita bagi orang tengok video, cepat la abih peruntukan masa presentation tu. tapi rupanya video aku dapat perhatian sorang penceramah bengkel tersebut yang juga merupakan sorang pengarah filem.. aku tak prasan dia puji aku tapi sorang peserta filipina di belakang aku cepat-cepat respon pujian tu dengan pertanyaaan, "amir, are u director?" kih3x "no laaaa"




sesuai dengan tagline blog ini 'Terokai Seni", ada beberapa video telah aku paparkan dalam blog ini... pnah hasilkan 2 buah video perasmian program, kini bila banyak waktu senggang aku mula menghasilkan video peribadi. hok mana bule kongsi korang bole le tengok kat sini... selebihnya aku buat untuk tontonan anak isteri, mengimbau sejarah kelahiran mereka, memvideokan semua gambo-gambo lama untuk dorang menghargai apa yang mereka perolehi di samping aku jadikannya sebagai medium dakwah untuk dorang dengan memasukkan petikan ceramah dalam storyline video family.

Related Posts:

  • DuNiaKu CaCaMerBa 23 susahnya idop waktu kecil di cemomoi sekitar tahun 1970-an dulu masih terngiang-ngiang. ke skoloh dengan kasut getah, disimbahi lecah atau debu tanah merah time lori tangki minyak sawit lalu ketika kitorang berjalan ka… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 21 journey to china merayau di beberapa lorong, seronok melihat kehidupan sebeno. kalu dalam filem kita dihidangkan dengan macam-macam crita tentang kehebatan... kalau korang pnah tengok crita hindustan, 'who want to be a mi… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 17 journey to china cerita gi china bermula kat sini. kali ni nak detailkan sket perjalanannya. china seekor naga yang baru terjaga dari tido yang panjang. bingkas bangun daripada mimpi yang macam-macam... sama macam … Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 22 journey to china melihat pada beranda rumah-rumah pencakar langit, kebayakannya dipasang cermin. aku fikir mungkin dorang pasang untuk mengelakkan kain yang bersidai dengan aneka rupa dan saiz yang memang mencacatka… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 18 journey to china diberikan bilik di Inner Monggolia Grand Hotel, mesti la selesa, kan... untuk delegasi luo negara! sampai je aku terus merayau sensorang dekat sekitar hotel. kebetulan ada taman kat situ. persis … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,934

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak