Jumaat, 28 September 2018

‘Abdul ‘Aziz al-Makki berkata,


“Siapa yang menghiasi diri dengan hiasan yang fana, maka hiasan itu akan menjadi bencana baginya, kecuali orang yang menghiasi diri dengan ketaatan, keserasian, dan mujahadah. Sesungguhnya jiwa itu bersifat fana, harta-harta adalah aib, dan anak-anak adalah fitnah."


"Kerana itu, siapa yang gemar mengumpulkannya, menjaganya, dan menggantungkan hatinya dengan semua itu, ia telah memutuskan semua kebaikan-kebaikan. Hamba Allah yang selalu taat tidaklah lebih utama daripada orang yang memerangi hawa nafsu, kekurangan harta benda, dan memutuskan bisikan-bisikan hati. Kerana perlumbaan dalam kebaikan adalah berupaya untuk menjauhkan diri daripada kejahatan dan kejahatan pertama yang harus disingkirkan adalah cinta dunia.”




Yahya ibn Mu‘adz al-Razi berpesan,

“Hikmah dari langit akan turun ke dalam hati, yang di dalamnya tidak bersarang empat hal: bertekuk lutut kepada dunia, berangan-angan kosong, iri terhadap sesama, dan mencintai orang kaya.”


Fudhail ibn ‘Iyadh mengatakan,


“Semua kejahatan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kejahatan adalah cinta dunia. Serta kebaikan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kebaikan adalah zuhud terhadap dunia.”


Dalam syair disebutkan:
“Kebaikan akan kekal sepanjang zaman
Dan kejahatan akan tetap tercela sepanjang waktu.”


Khamis, 27 September 2018

27 September 2018, klinik gigi semenyih


"man, isteri kau memang terbaekkk, takkan kau jumpa isteri camtu?" "itu kawan saya cakap lepas isteri saya meninggal", nada sedih diungkap sorang lelaki cina muslim yang idop 15 tahun bersama isterinya, seorang melayu.


"kalau mata saya tak keluar air, ati saya menangis!"


"kalau orang datang rumah, man takde kat rumah! dia terus tutup pintu. kalau duduk dengan saya dia akan picit-picit tangan saya, peratikan muka saya sambil lap muka saya. kalau dia buat air, abang minumlah! lepas tu dia pulak minum... isteri sekarang? suami minum lebihan isteri!"


"lepas solat, lima waktu, lima waktulah dia akan cium tangan saya... kalau saya angkat suara, dia nanti akan minta maaf kalau-kalau dia salah... saya bagi dia rm2000.00 sebulan, time dia sakit tetiba dia kata; abang duit ada simpan kat sini rm10,000.00. saya terkejut! dia tak pakai duit yang saya bagi cuma dia simpan kat rumah..."


"itulah isteri saya. saya takkan dapat lagi isteri begini!"


itu perbualan saya dengan sorang lelaki cina berusia 68 tahun... sukar mencari pekerjaan dengan umur begini katanya. "orang tua, hukum tembak saja." dia melepaskan keluhan. bila minta bantuan, opis tu kata pakcik kuat lagi boleh kerja, anak pon dah besar! "ok la, saya memang jaga kesihatan... kalu saya kuat lagi tapi awak banyak kawan, kan? tolong carikan saya kerja, kalu dapat gaji sebulan pertama saya bagi kat awak..." dia cabar staf tu.


"anak memang dah besar tapi ada kehidupan sendiri." malang pulak nasibnya, anak-anak tidak begitu membantu ketika dia meniti hari tua... saya hanya menjadi pendengar setia sambil sedikit komen untuk menyejukkan ati lara sorang ayah.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”


(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


moga di sinilah tempat isteri beliau... aamiiin yang rahman ya rahiim

"Seseorang didatangkan pada hari kiamat kemudian dilemparkan ke neraka hingga ususnya terburai keluar dan berputar-putar di neraka seperti keledai memutarkan alat penumbuk gandumnya. Kemudian penghuni neraka berhimpun sekelilingnya seraya bertanya: 'Wahai fulan! Kenapa kamu begini?, bukankah dulu kamu menyuruh supaya melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran? '

Lalu dia menjawab: 'Benar, dulu saya memerintahkan agar melakukan kebaikan tapi saya tidak melakukannya dan saya melarang kemungkaran tapi saya melakukannya'
 
(HR Muslim No: 5305) Status: Hadis Sahih



Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”

[Hadith Riwayat Muslim]

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda:


"Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar."


(HR Abu Daud No:4257)

Rabu, 26 September 2018

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

"Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara."

(HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih

Dari Sa'ad bin Abi Waqqash RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda,


“Siapa yang mengucapkan setelah mendengar azan: (aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, aku reda sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamaku), maka dosanya akan diampuni.”


(HR. Muslim no : 579) Status: Hadis Sahih


Dari ‘Ali bin al-Husain dari Shafiyyah binti Huyay, isteri Rasulullah ï·º, beliau berkata:


"Rasulullah ï·º sedang beriktikaf pada malam hari. Lalu aku menemui baginda dan bercakap dengan baginda. Kemudian baginda bangkit untuk menghantarku (tempat tinggal Shafiyyah di perkampungan Usamah bin Zaid). Di tengah perjalanan ada dua orang Ansar yang lalu. Ketika melihat Rasulullah ï·º, kedua-duanya cepat-cepat berlalu. Lalu baginda bersabda: “Berhentilah kamu berdua, ini adalah Shafiyyah binti Huyay.”


Kedua-duanya berkata: “Maha Suci Allah wahai Rasulullah.”


Baginda bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan menurut aliran darah anak Adam. Sesungguhnya aku khuatir syaitan menyusupkan kejahatan ke dalam hati kamu berdua.”


HR. Al Bukhari (6219) Muslim (2175)


Selasa, 25 September 2018

Dari Musab bin Sa'd dia berkata, "Abdullah bin Umar menemui Ibnu Amir untuk menjenguknya yang saat itu sedang sakit. Ibnu Amir lalu berkata, 'Tidakkah engkau mendoakanku wahai Ibnu Umar'. Ibnu Umar menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan (harta haram) '


(HR Muslim No: 329) Status Hadis Sahih


Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.

Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya."

(HR Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih




Dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah SAW bersabda:


"Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling mendengki dan janganlah kalian saling membelakangi dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya melebihi tiga malam."


(HR Bukhari No: 5612) Status: Hadis Sahih


Isnin, 24 September 2018

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.
Imam Suhaib Web dalam kajiannya mengenai asal usul Jack Sparrow


itu jack sparrow... tapi di dunia melayu yang mengangkat maruah melayu sebagai bangsa pelayar sapa pulok ye?


panglima awang @ enrique @ henry the black!
mitos?
lagenda?
karut? marut?


ye bagi orang melayu yang malas mengkaji tentang bangsanya dan lebih suka menghodohkan sejarah bangsanya


2010 tarikh tepat lupo lak aii


diarahkan bos jadi 'panel penemu duga skrip dan filem kenegaraan dan warisan' menjadi satu pengalaman baru buat aku. tugas yang nampak simple tapi berat ini terbukti bila aku berhadapan dengan penerbit-penerbit filem yang datang membuat pembentangan cadangan filem yang akan direalisasikan. han isac, serina, mamat khalid, dan ramai lagi orang tersohor hadir ditemu duga.


sesuai dengan topik 'panglima awang @ enrique' ni, eelok le kita kongsikan crita ni. pagi tu sorang penerbit telah membentangkan proposal enrique ni. kebanyakan panel tak tau 'sangat' tentang topik tersebut dan aku cuba membantu semua yang ada untuk memahami latar sejarahnya. barangkali garapan idea yang terlalu besar, cita-citanya yang tinggi melangit begitu sering diremehkan orang maka karyanya kurang mendapat sambutan. aku turut sedih dengan nasibnya.

pada sebelah petang, pengerusi panel baru berkesempatan hadir, dato' mustapha maarof (allahyarham). ketika panel lain masih belum masuk, aku amik kesempatan untuk bercakap tentang hal tu. pandangan aku, kita mungkin takde dana yang besar untuk bantu penerbit tersebut, tapi mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberikan sokongan diplomatik kepada beliau untuk membuat kerjasama dengan pembikin filem dari negara yang terlibat.

gagasan beliau terlalu besar. memang... kalu kita memahami sejarah tersebut.. memang ada ruang dan peluang yang terhidang..

dari segi sejarah, magellan ialah pedagang dan pelayar dari portugal. dikatakan dia memohon dana dari portugal untuk mengelilingi dunia tetapi ditolak. dia beralih mencari dana dari spanyol dan berjaya.. kena faham, situasinya tidak sama pada hari ini. ketika itu, magellan dicop sebagai pengkhianat kepada portugal kerana bernaung dengan spanyol. apabila dia berjaya mengelilingi dunia (dalam kaca mata barat), maka magellan ini patut diangkat sebagi hero dari mana?

di sinilah ruang dan peluang yang patut digunakan oleh malaysia untuk membuat filem ini... kalau dengan bantuan satu daripada atau kedua-dua negara tersebut; kepakaran, teknologi dan kuasa pemasaran, tidakkah filem epik melayu 'panglima awang' ini boleh berjaya di barat?

sian kamu wahai anak melayu!
 
 


Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda:


"Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya)."

(Muttafaqun 'Alaih, hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 6011 dan Muslim, No.Hadith : 2586, lafaz hadith daripada riwayat Muslim)


Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:


"Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap".


(HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih


Abu Hurairah RA berkata, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.”


HR. Abu Daud


Jumaat, 21 September 2018

Dari Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu,ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


“Aku memberikan jaminan rumah di pinggiran surga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia orang yang benar. Aku memberikan jaminan rumah di tengah surga bagi orang yang meninggalkan kedustaan walaupun dalam bentuk gurauan. Aku memberikan jaminan rumah di surga yang tinggi bagi orang yang bagus akhlaknya.”


(HR. Abu Daud, no. 4800. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


wahabi debat? https://generasisalaf.wordpress.com/2014/04/01/kritik-ulama-saudi-arabia-terhadap-syekh-albani/


dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
 
"Janganlah kamu menuntut ilmu agar berdebat dengan para ulama dan dipuji oleh orang-orang awam, atau supaya terpilih dalam majlis-majlis. Maka barangsiapa yang melakukan perkara tersebut maka neraka untuknya, neraka!”

HR. Ibnu Majah (254), Ibnu Hibban (77) dalam sahihnya, Al-Hakim (290) dalam Al-Mustadrak, Al-Khatib (23) dalam Al-Jami’, Ibnu Abdil Barr (1127) dalam Jami’ Bayan Al-Ilmi dan Al-Baihaqi (1635) dalam Syu’ab Al-Iman.



Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."


(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih


wahabi pelik? https://generasisalaf.wordpress.com/category/fatwa-aneh-wahabi/page/1/




Khamis, 20 September 2018

diriwayatkan oleh Abi Musa al-Asy’ari رضي الله عنه ia berkata, Rasulullah ï·º bersabda:


“Perumpamaan orang mu’min yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah utrujjah (sejenis buah limau), rasanya sedap dan aromanya wangi. Dan perumpamaan orang yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah kurma, rasanya sedap namun tidak beraroma. Sedangkan perumpamaan orang derhaka yang membaca Al-Qur’an seperti Raihanah (sejenis pokok), aromanya harum tetapi rasanya pahit. Adapun perumpamaan orang munafiq yang tidak suka membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah, tidak beraroma dan rasanya pahit.”


HR. Al Bukhari (5427 & 7560), Muslim (797), At-Tirmidzi (2865), Abu Daud (4191), Ibn Majah (214), An-Nasa’i (5038) Imam Ahmad (19549) dalam musnadnya, Ad-Darimi (3406) Al Bazzar (8/44 [3028]) dalam musnadnya, Ibnu Hibban (771) dalam sahihnya, Abu Nu’aim(9/59) dalam Hilyah al-Auliya’ dan Al Baihaqi (1821) dalam Syu’ab al-Iman.


Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka melaknat dan yang keji (sama ada perkataannya atau perbuatannya) dan yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”.

Hadis riwayat Tirmizi


Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda:


"Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”


(Hadith riwayat al-Bukhari,No. 10, 6484, Muslim, No. 40)


Rabu, 19 September 2018

kawan
kau memang kawan
kawan yang jadi teman
sahabat sepermainan
jangan la rakan jadi lawan


kawan
kau memang kawan
geng sama membawang
sembang sampai ke petang
jangan la sailang belakang


kawan
kau memang kawan
member sama ngeteh
gelak ketawa ngekeh
jangan la nak pengkeh2





kawan
kau memang kawan
rodong sama arah gerak
sama mengejar satu puncak
jangan la pangkas merampak


kawan
kau memang kawan
saing redah susah payah
tidak dikata sokong bawa rebah
jangan la dah senang nak paling tadah




kawan
kau memang kawan
nyapang dosa dan pahala
carilah aku di neraka
tatkala kamu di syurga
jangan la lupa apakala aku tiada bersama 

Dari Ibnu Umar r.a., katnya: "Nabi saw. puasa pada hari Asyura dan beliau perintahkan mempuasakannya. Setelah puasa Ramadhan diwajibkan ditinggalkannya (puasa Asyura). Dan biasanya Abdullah (Ibnu Umar) tidak puasa pada hari itu kecuali kalau bertepatan dengan hari yang ia biasa berpuasa pada hari itu."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0928.


Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari 'Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka puasa pada hari itu). Jawab mereka, "Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan Bani Israil atas Fir'aun. Kerana itu kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa."


Maka bersabda Nabi saw., "Kami lebih patut memuliakan Musa daripada kamu." Lalu beliau perintahkan supaya kaum muslimin puasa pada hari 'Asyura.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1098.


Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi puasa pada hari Asyura, Nabi saw. bertanya, "Hari apa ini?" Jawab mereka, "Hari ini hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israel dari musuh-musuh mereka, kerana itu Musa mempuasakannya." Sabda Nabi saw., "Aku lebih berhak daripadamu dengan Musa. Kerana itu Nabi mempuasakannya dan menyuruh mempuasakannya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0989.


Selasa, 18 September 2018

24 oktober 2009


walopon dah dok lama kat bandar, sifat kekampungan masih menebal... usia meningkat, tak menghalang untuk aku kembali menjadi kanak-kanak menyertai sekumpulan anak sedara mengagau paya. lagi pon idop ni jangan skema sangat... jangan serius kalu nak awet muda!

sekitar 1980-an


dah lama sangat tinggalkan kerjaya ni. dulu-dulu kami penah buat sampan daripada batang balak, sambil berlaga perahu dalam paya , tolak-menolak untuk kalahkan lawan, kami akan terbahak-bahak ketawakan geng yang jatuh ke dalam air paya. lebih nak pecah perut apabila masing-masing bergegas naik ke darat atau batang kayu yang tumbang untuk memeriksa kot-kot lintah melekat kat badan... paling tak boleh hengat bila ada yang menyelak sluo sambil tayang punggung mintak kawan suh check... keh! keh! keh! panjang beno lintahnyaaaaa

“Tidak sempurna iman seseorang itu dari kalangan kamu, sehingga dia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”


Al Bukhari (13), Muslim (43), At-Tirmidzi (2515), Ibn Majah (66), An-Nasa’i (5016), Ad-Darimi (2782), Imam Ahmad (12801) dalam musnadnya, Ibn Hibban (234) dalam sahihnya, Al Thabarani (8292) dalam Mu’jam al-Ausath dan al-Baihaqi (10613) dalam Syu’ab al-Iman.


Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ibnul Khathab r.a.:


“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia berpergian si isteri ini akan menjaga dirinya.”


(Hadis Riwayat Abu Dawud)


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda katanya:

“Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.”

(HR Abu Daud)



Jumaat, 14 September 2018

Daripada Aisyah r.ha, Nabi Muhammad s.a.w bersabda :


" Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. "


[ Bukhari dan Muslim ]


Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Hadirilah orang yang mengundang, janganlah kalian menolak hadiah dan janganlah kalian memerangi kaum muslimin."

(HR Ahmad No: 3645)
 





Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan,
Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡
ُ (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman."


(HR Muslim No: 51) Status: Hadis Sahih




Khamis, 13 September 2018

Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda :

"Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati."
 
(Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari : 7144, Muslim : 1839, Abu Dawud : 2626, At-Tirmizi : 1707)



Dari al-Hasan dia berkata, "Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya. Ma'qil lalu berkata, Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

'Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya'."

(HR Muslim No: 203) Status: Hadis Sahih



Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Nabi saw bersabda, “Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama)

Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap), maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka sesat dan menyesatkan.

[Hadis 0076] (Sahih Bukhari)
 


Rabu, 12 September 2018


waktu kecik-kecik dulu aku memang kaki bertumbuk... kira budak yang slalu buat family susah ati... kekadang sampai jiran pon dok cari sebab blasah anak dia... huuu tu zaman kanak-kanak punya crita. gist dari crita tu ialah keberanian, dan kekadang keberanian yang membuta-tuli!


aku pnah berambat dengan fru waktu mula-mula reformasi tercetus depan mahkamah kat dataran merdeka kerana pergolakan politik dato' sri anwar ibrahim dulu... beberapa kali join perarakan tapi akhirnya aku tinggalkan aktiviti tersebut. aku bukan peminat sesapa, dan sangat tak berminat dengan hal politik. join kerana merasakan keadilan perlu dipertahankan... apabila perjalanan mereka semakin jauh dengan hal politik, maka aku tinggalkan demonstrasi


4 april 2010, jalan tun razak kuala lumpur


yang nak crita kali ini ialah bagaimana satu hari aku gi solat jemaat kat tabung haji. selepas solat, geng ngo muslim mengadakan protes kezaliman israel terhadap palastin. maka aku join sekejap sebelum memutuskan untuk menjadi paparazi. kali ini dengan lebih berani aku pergi ke trak fru dan mengambil shoot dan angle yang lebih menarik. datang dari belakang fru, aku memberanikan diri amik gambo sehingga berdiri di sebelah sorang awek fru. Nampak gambo perisai fru tu.. mula-mula dia jeling aku, lepas tu aku dengo bos dia jerkah suh halau aku... keh! keh! keh! sebelom aku naik lori polis buat kali keduanya, baik aku bla dan balik ke opis... waktu rehat pon dah nak abih ni

Dari Umar bin Al Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda;

"Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang."

(HR Tirmidzi No: 2266) Status: Hadis Sahih


Daripada Imran bin Husain RA katanya, Rasulullah SAW bersabda


“Malu itu hanya menghasilkan kebaikan.” Atau Junjungan bersabda : “Malu itu semuanya baik.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) (hits:4242)


Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:


“Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.”

(HR Bukhari No: 1077) Status: Hadis Sahih


Jumaat, 7 September 2018

kau!


idop ini
suatu perjalanan musafir
kalau musafir menuju matlamat
kenapa kau kutip
segala barang di sepanjang jalan
bukankah kelak menjadi muatan
batu digalas sementelah tiada beban?


idop ini
suatu perlumbaan
kalau perlumbaan ke garis penamat
mengapa kau berebut
segala barang ketika berlari
tidakkah kau akan ketinggalan
seperti tertinggalnya si arnab dek sang siput
idop ini
suatu pengorbanan
kalau pengorbanan untuk kegembiraan
bagaimana kau masih haloba
membunuh sengsara dideritai manusia
apakah tangisan mereka
membuat kau bahagia?

kau!
 



Abdullah bin Abbas RA berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Sufyan bahawa Raja Herkulis berkata kepadanya: "Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia (Nabi Muhammad) perintahkan kepada kalian, lalu kamu menjawab bahawa dia memerintahkan kalian untuk solat, bersedekah (zakat), menjauhkan diri dari berbuat buruk, menunaikan janji dan melaksanakan amanah". Lalu dia berkata; "Ini adalah diantara sifat-sifat seorang Nabi". ...


(HR Bukhari No: 2484) Status: Hadis Sahih


 wahabi pelik? https://generasisalaf.wordpress.com/wahabi/

Dari Alqamah bin Waqqas dari Umar bin Khaththab katanya: "Telah bersabda Rasulullah:

"Tiap-tiap perbuatan seseorang itu menurut niatnya. Maka barang siapa hijrah kerana Allah RasulNya, maka hijrahnya mendapat redha Allah dan RasulNya dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia atau ingin menikah seorang perempuan, mana hijrahnya itu akan sampai pada yang ditujunya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0073.


Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:


"Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT."


Abu Isa berkata : "Hadith ini hassan gharib."


(Hadith riwayat at-TIrmizi, No. Hadith : 1669)




Khamis, 6 September 2018

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."


(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih


Dari Abu Katsir dari Abdullah ibnu 'Amr berkata: "Seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah, hijrah yang bagaimana yang paling utama?"

Jawab beliau: "Bila kamu meninggalkan apa yang dibenci oleh Tuhanmu". Kemudian sabda beliau: "Hijrah itu ada dua macam. Hijrahnya seorang yang menetap di tempatnya dan hijrahnya seorang yang berpindah tempat (orang Badwi). Adapun hijrahnya orang Badwi ialah, ia datang bila diundangnya, ia taat bila diperintah. Sedangkan hijrahnya seorang yang menetap di tempatnya adalah hijrah yang paling besar ujiannya dan paling banyak pahalanya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4014.



TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak