Isnin, 24 September 2018

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.
Imam Suhaib Web dalam kajiannya mengenai asal usul Jack Sparrow


itu jack sparrow... tapi di dunia melayu yang mengangkat maruah melayu sebagai bangsa pelayar sapa pulok ye?


panglima awang @ enrique @ henry the black!
mitos?
lagenda?
karut? marut?


ye bagi orang melayu yang malas mengkaji tentang bangsanya dan lebih suka menghodohkan sejarah bangsanya


2010 tarikh tepat lupo lak aii


diarahkan bos jadi 'panel penemu duga skrip dan filem kenegaraan dan warisan' menjadi satu pengalaman baru buat aku. tugas yang nampak simple tapi berat ini terbukti bila aku berhadapan dengan penerbit-penerbit filem yang datang membuat pembentangan cadangan filem yang akan direalisasikan. han isac, serina, mamat khalid, dan ramai lagi orang tersohor hadir ditemu duga.


sesuai dengan topik 'panglima awang @ enrique' ni, eelok le kita kongsikan crita ni. pagi tu sorang penerbit telah membentangkan proposal enrique ni. kebanyakan panel tak tau 'sangat' tentang topik tersebut dan aku cuba membantu semua yang ada untuk memahami latar sejarahnya. barangkali garapan idea yang terlalu besar, cita-citanya yang tinggi melangit begitu sering diremehkan orang maka karyanya kurang mendapat sambutan. aku turut sedih dengan nasibnya.

pada sebelah petang, pengerusi panel baru berkesempatan hadir, dato' mustapha maarof (allahyarham). ketika panel lain masih belum masuk, aku amik kesempatan untuk bercakap tentang hal tu. pandangan aku, kita mungkin takde dana yang besar untuk bantu penerbit tersebut, tapi mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberikan sokongan diplomatik kepada beliau untuk membuat kerjasama dengan pembikin filem dari negara yang terlibat.

gagasan beliau terlalu besar. memang... kalu kita memahami sejarah tersebut.. memang ada ruang dan peluang yang terhidang..

dari segi sejarah, magellan ialah pedagang dan pelayar dari portugal. dikatakan dia memohon dana dari portugal untuk mengelilingi dunia tetapi ditolak. dia beralih mencari dana dari spanyol dan berjaya.. kena faham, situasinya tidak sama pada hari ini. ketika itu, magellan dicop sebagai pengkhianat kepada portugal kerana bernaung dengan spanyol. apabila dia berjaya mengelilingi dunia (dalam kaca mata barat), maka magellan ini patut diangkat sebagi hero dari mana?

di sinilah ruang dan peluang yang patut digunakan oleh malaysia untuk membuat filem ini... kalau dengan bantuan satu daripada atau kedua-dua negara tersebut; kepakaran, teknologi dan kuasa pemasaran, tidakkah filem epik melayu 'panglima awang' ini boleh berjaya di barat?

sian kamu wahai anak melayu!
 
 

Related Posts:

  • HEBAT.. rupanya lebih dari DISANGKAketika berlegar-legar di sanggar blog yang pelbagai, aku jumpa satu artikel panjang yang sangat menarik. aku copy sikit untuk tatapan bersama supaya kita lebih kenal akar bangsa kita. semoga tuan empunya blog ni tak marah le … Read More
  • takyah cari... tv pon dah siarRasulullah saw. bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”. dan berm… Read More
  • KALAULAH... (jangan banyak berangan nanti sesat)emmm... dua entri sebelum ni terlalu berat untuk difikirkan, ditambah dengan kerja dan arahan yang bertali arus.. moh le beralih arah agar mood pon bule tenang dan damai sikit: KALAULAH tu maknanya ada unsur angan-angan. jan… Read More
  • melayu hebat: ilmu melayu 2waris jari hantu - errr apa ke namanya, ilmu 'pengering rimau' ke hapa: makcik tu crito lagi: "maklum la, tok tu orang kampar... moghantau... banyak ilmu eyy" "satu hari, tok masuk hutan dengan anak sedaro dio cari ikan. m… Read More
  • kalu takleh trima, lakarlah sejarah hari depanngeh3x... sebenonya dah brapa hari dok upload video nih. berhempas-pulas dok upload tak lepas juga, rupanya saiz beso sangat... dari 300 lebih/10 minit terpaksa la diedit semula jadik bawah 100mb/4 minit mboh tiga pat hari me… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

359,089

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak