bukan nak cerita tentang atuk aku. tapi nak cerita tentang 'awang'. awang satu nama biasa bagi orang melayu khususnya sebelah pantai timur. 'awe' deme ni panggil. penah dengar nama 'Panglima Awang'? nama ini diberikan oleh seorang penulis novel terkenal melayu sekitar tahun 1950-an, harun aminurrashid bagi menggantikan nama Henry the Black untuk tajuk novelnya. penah ke dengar cerita tentang henry the black? barangkali ramai tak tau dan tak kesahkan tentang perkaitan kepada dua nama ini. panglima awang/henry the black dikatakan seorang pahlawan melayu yang ditawan dan menjadi hamba setelah kejatuhan kerajaan melayu melaka. dia dibawa dalam pelayaran oleh ferdinand magellan sebagai penterjemah. dia merupakan orang melayu pertama (barangkali manusia pertama juga) yang mengelilingi dunia setelah magellan terbunuh di kawasan perairan filipina. dia dikatakan telah mengambil alih sebagai kapten kapal untuk membawa pulang ke melaka saki-baki kelasi kapal angkatan portugis berkenaan (yang berkhidmat untuk kerajaan spanyol ketika itu).
membaca novel itu ketika berusia 13 tahun, menyuntik semangat patriotik dan terasa aku berada di zaman tersebut. hebat melayu itu.
kini, hilang sudah kependekaran melayu
14 zmn org suka mengomen:
orang melayu susah nak di catitkan dalam sejarah..
Kehebatan org melayu terserlah jua namun org melayu di hari ini amat berbeza dgn melayu di hari sebelumnya.
Kawan ttp sedih.
ade lagi ke novel tu skang eh?
Macam mana nak cakap agaknya? aku sendiri punya nama berpangkalkan 'Awang' juga [...]
Aduh, bangsaku [...]
Lum penah sampai kat tempat dlm gambar tu... Tingin nak tengok dari dekat...
assalamualaikum:
endiem: sebab orang melayu sendiri pon tak rajin mencatat... tu yang takde sumber tu, dok harap sumber asing je la
akuanakpahang: gitu le ganya abang yasin, kita ni tak ubah 'asyik dok berleter aje...'
mimie: koi baca pon kat pustakaan skuloh, ntoh ander lagi ke dok tak tau le pulok
ampuan awang: barangkali ini le pendekar yang kita cari!
heee tak perasan la pulak.. camni tak ble claim 'tiada kene mengena dengan yang masih idop atau yang telah mati' le yea
kak azieazah: kat melaka je tu... kapal portugis
takkan hilang melayu..huhu
panglima cemomoi bila nak masuk novel?
salam.
namanya memang terpahat dlm sejarah.seorang melayu yg menghabiskan/menyambung pelayaran magellan.tetapi sengaja tidak ditonjolkan kerana kebanyakkan para penulis sejarah adalah para orientalis.tujuan supaya bangsa lain akan akan sentiasa mengkagumi mereka dan merasa rendah diri.begitu juga jose rizal(pejuang kemerdekaan filifina)beliau adalah seorang melayu islam(ttp sengaja diselindungkan)
koi sokong 100% n3 ni. dh lama cari buku tu, kalau ande jmpe, aok jual onlinepun koi beli.
Sekarang bangsa kita sudah di jajah oleh bangsa2 asing..bangla2,negro2 n lain2 bersepah di malaysia..datang malaysia buat onar..So sad.
salam..
menarik bunyi nye cerite te..aok citer la lgi weh..
Salam cemomoi.
Sepupu2 kak dan ramai lagilah rakan-rakan sekampong kami panggil awang.
Kak ni tak berapa minat bc novel dan buku sejarah.
Dulu masa tingkatan 5 tak pernah bawa balik buku tebal tu.. simpan di dalam almari sekolah.
Sekali tu pernah disuruh ganti mengajar sejarah kpd pelajar tingkatan 5 kerana guru asal tu cuti sakit.. bayangkanlah.. namun alhamdulillah tak lama lepas tu ada pengganti.
Panjang pula komen ni. Apa-apapun memang elok sgt jika minat sejarah tp hrp sejarah yg tak dipinda.. sekarang dah mula minat insyaAllah mula membaca sirah nabi.. bukunya dah berzaman dibeli..
tok knl lalu....huhu....tp org dl mmg hebat!
macy: 'pang' 5 cemomoi masyuk blog ajee
pacifist: setuju.. betui tu, jose rizal orang melayu yang dihitamkan identiti
abgpie: koi pon tak ander buku ter, baca kat library masa skuloh dulu
dak kecikkk: jangan sangkut dengan dorang dah le..
mazru: koi pon tak brapa hengat critenya, maklum le umo 13 koi baca crite ter, lama dohhh
kak werdah: saya memang minat sejarah, rasanya sejarah dunia saya dah baca masa derejah 5 lagik.. buku teks sejarah sekolah menengah pak sedara punya yang saya baca tu pon saya simpan lagi
pakcik kordi: ramei awang nih, mana nok kenei yek
Catat Ulasan