Isnin, 31 Oktober 2011

n3 copy paste dari emel ni untuk renungan kita bersama sempena nak nyambut raya aji ni...

HARGAILAH ISTERI ANDA...

Mulianya isteri di sisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan, jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap waktu itu solat terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu...

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu, layanlah suami... offer lah pada suami. Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala... jangan buat deekkk jeee. Jangan buat alasan itu dan ini pulak… ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih... Orang lelaki tak ada cuti dari solat... solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa ampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurga-Mu... namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu... kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu..."

"Ya Allah. jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" 10 x

28 zmn org suka mengomen:

Aku Anak Pahang berkata...

Tak ternilai harga isteri yang serungkup kepala dgn tong tu hehehe....

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau boleh nak beranak ramai-ramai cemomoi. Tapi Allah kurnia kakak 3 kali saja. Syukur alhamdulillah berbanding yg langsung tak ada peluang.

So Shy Lady (SSL) berkata...

'Laa ilaaha illalLah'

sama2 kita amalkn. tq 4 d infos

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

Benar sangat N3 ni, hargailah isterimu, begitu jugalah dengan isteri, hargailah suamimu, hidup suami isteri adalah saling memerlukan dan saling melengkapkan. Semoga suami isteri kekal dalam sakinah, mawaddah dan rahmah dan apa yang lebih gembira ialah syurga menanti bagi yang redha meredhai, insyaAllah.

wahida berkata...

setuju sgt n3 ni...para suami harus menghargai isteri...

ajumohit berkata...

suami yg benar2 ikhlas dan jujur serta baik ialah suami yg menghargai pengorbanan isterinya...

malas nk ckp pjg2, msti semua sedia maklum kan huhu, nnti org kata saya suke mebebel pulak..

tgk ni nk brenti taip pon susah hahahahha

sahromnasrudin berkata...

sungguh, saya tak mampu buat tugas apa yg istri sy buat la nie huhuuhhh

Tea berkata...

Biasanya semua isteri tahu ini.. Dan minta dihargai..

munna berkata...

bahagianya jadi wanita , isteri dan ibu....mcm rasa nak beranak lagi

iza berkata...

Assalam...
Terima kasih atas perkongsian tersebut. Nanti boleh la suruh suami buat kebajikan banyak2, nak pahala extra.....

cik sakdi berkata...

bro... memang besar pengorbanan isteri tu..mcm nak share je gambar tong tu. huhu.. ye suke entry ni.. nasihat2 dan ada lawak sikit2 hehe

Ati Masrif berkata...

salam,

beruntung menjadi wanita
jika tahu batas-batasnya

lelaki juga bertuah kerana
ada dosa yang tak dapat digugurkan
dgn solat dan berpuasa tapi dapat
dgn bersusah payah mencari rezeki..

alhamdulillah kita bersyukur
dapat juga utk suami kita :)

Anaasuria berkata...

takut bini yang terhegeh2 atas titian Sirat dek sebab mulut nya yang asyik ngaso je cakap ngan laki. asyik membebel dan perli laki itu dan ini.. aikk, ni macam mengata diri sendiri.. huhu..

Woofer Storm berkata...

nak je minta isteri yang soleh,tapi diri kita tak soleh..boleh ke mcm tu???

**orang yang pasti,dapat yang baik..
suka entry ni^^

Tanpa Nama berkata...

ta sabo pla bole beranak. kui2

nur berkata...

untung jadi isteri ye?

ckLah @xiiinam berkata...

Saling melengkapi....:D

sekamar rindu berkata...

salam...

nilai seorang isteri tak boleh nak dibanding dengan apa2 sekalipun..

zulkbo berkata...

salam..
tetiba rasa sayu pula
baca entri nih..bagaimana
la agaknya saya nanti ye..?

Saddila berkata...

suka entry ni .
memang tak ternilai pengorbanan isteri .
sayangilah isteri anda .

ececehh :))

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Alhamdulillah...

Amri Abd Rani berkata...

senang nk cari pahala kan..?
yg penting hati mau bersih, tp kdg2 berlumut jugak...manusia camtu laaa..

Unknown berkata...

Aku sayang bini aku...biarpun hanya boleh bg aku 4 org je...tp dh rezeki,aku bersyukur...

Rawshade berkata...

Biar mana pun buruk isteri,sayangilah mereka.. suka sgt ayat ni.. =)

Nida n' Hanafi berkata...

adeiiiiiiii....

Kesiannya gambar pertama tu. Sedihnya melihat mereka, kalau ada kereta mungkin taklah jadi begini makcik yang duduk belakang tu...

Sedih ler pulokkkk... ingat mak kat kampung.... uwaaaaaaa

Woofer Storm berkata...

'Laa ilaaha illalLah"

selamat malam^^

So Shy Lady (SSL) berkata...

slamat mnymbut hr ry haji buat cmomoi n famili ;D

terokai seni berkata...

assalamualaikum rakan blogger semua:

saling memahami dan bertimbang rasa akan menjadikan kita lebih bernilai di mata pasangan masing-masing. moga Allah pelihara kluarga kita daripada sebarang kesulitan dan dugaan dalam melayari bahtera rumah tangga

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak