kehidupan. datang dan pergi...
barangkali dia sedar aku snap gambar dia, lalu dia menoleh seraya memamerkan rasa kurang senang. barangkali tau akan kesannya, mungkin masuk akhbar keesokannya atau mungkin disiarkan di dalam majalah atau sebagainya. namun aku yakin, dia tak tau bahawa gambarnya mungkin terpampang di sini, bukan seperti yang difikirkan.
yang aku fikirkan pula ketika ia leka mencari ialah, apakah ada sedikit nyawa di dalam tong sampah itu untuk dia menyambung kehidupan seterusnya? andai dia temui sesuatu yang boleh menyambung sedikit lagi nafas, pastilah hatinya girang. lalu bertanya lagi minda yang sendat dengan andaian, perlukah nenek tua ini menghurung tong itu mencari hayatnya yang berbaki.
manusia dan kemanusiaan.
Jumaat, 9 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 zmn org suka mengomen:
salam..
da takde org yg nak bantu dia agoknye sbb tu la dia mencari2 dlm tong sampah tu
Salam Cemomoi. Pada masa yang sama, ramai yang bangga kerana sudah menunaikan haji 3-4 kali, membuat kenduri kendara sampai hari yang ke-100.Entahlah...
Sent by BlackBerry.
Situasi sedemikian amat menyedihkan sepatutnya nenek tuan ini berehat sahaja dirumah sambil bermain dgn cucu serta menambah amalan utk bekalan nanti.
mencari tin tin aluminium untuk dijual..
usahanya lebih mulia dari minta sedekah atau makan rasuah !
assalamualaikum kengkawan semua:
mazru: kot buat part time je kot, deme ni kadang koi tengok sanggup tuko baju nampok cam orang susuoh padehei kaya ya amat
mybabah: tul le.. pegi aji 3, 4 kali tutup peluang orang betul... kalo buat amal jariah bagus juga... harap tak terbalik kata kat diri kita sudah le
akuanakpahang: bang yasin, deme ni rasa dok kat luo lagi tenang kot, maklum le gelagat bebudok sekarang, babil
endiem: tambah pendapat buat pelaburan le tu untuk simpanan harii tua-tua
abg lavendari: betul tu. patutnya kita tunjukkan pada orang yang minta sedekah kat semejid tiap kali jemaat tu la gambar ni
cian nye.. hm, hope one day bila dah ade kerjaya sndiri dapatlah kira nya bantu warga tua mcm ni.. mana agak nya anak-anak die...hish. tolong la ade hati dan perasaan.
Salam..
Sedihnya melihat gambar ini. Sepatutnya nenek berkenaan duduk di rumah melayan cucu2 atau bersama anak2..
Salam..
Sedih tengok gambar ni..kemanusiaan dah hilang atau dia sendiri yg nak berdikari?
Salam..
Sedih tengok gambar ni.. kemanusiaan telah hilang atau dia sendiri yg nak berdikari?
sesuatu yg boleh dpelajari,
skurang2nya dia masih ada maruah dan mahu berusaha.bkn skadar menadah tgn, meragut dan mencuri getoh buku org kampung (maksudnya bkn nenek ni la...)
salam weh
begitu hidup
perjalanan penuh sendirian
walau payah..tiada mudah
mudah mudahan saya sentiasa ingat ibu bapa saya.. amiin..
Salam Cemomoi
Pakcik mohon izin singgah. Gambar nenek dgn tin itu mengundang banyak persoalan & tafsiran, dan memberi banyak pengajaran. Tiadakah ahli keluarga atau pihak berwajib yg boleh membantu? Mungkinkah nenek tidak mahu menyusahkan sesiapa & berusaha berdikari? Adakah dia selesa begitu & menganggapnya satu takdir (tanpa niat buruk sangka!)? Yg berlaku itukah 'kitab' yg para si kaya, yg juga puas hati dgn 'prestasi' keagamaan mereka, tak mampu & tak mahu atau tak tahu baca? Walau apa pun, semoga kita berbaik sangka dlm 'melihat' gambar yg dipaparkan itu. Cemomoi amat perihatin. Tahniah!
hmm..sebak tiba2
salam. sana sini, rata riti masih berlambak org yang bergantung hidup dgn mencari rezeki sebegini. menyelongkar tong sampah demi sesuap nasi.
mungkin kerjaya mereka hina dan keji. Nmaun, ia tetap mulia andainya dia terpaksa dan tiada terdaya lagi.
jujur, mereka jauh lebih mulia daripada profesional yang bernafas dengan wang rasuah.
jujur juga, mereka juah lebih mulia berbanding politikus yang hanya pandai menabur janji.
syira: hingat betul-betul tu, dapat duit gaji pertama sok kene selesaikan niat tu dulu..
nida: kekadang orang tua ni nak bersendirian, maklum le cucu sekarang hyperaktif
kak shaniza: nak layan feeling kot dok kat rumah takde buat apa baik jalan-jalan sambil tu buat kerja amal kurangkan berat sampah
abgpie: setuju tu... dari merempit dan meragut baik cari rezeki halal tak ander hok nok maroh
kelompen: sendirian tiada teman barangkali hati senang tanpa gangguan
ashrafi: aminnnn, sementara ibu ayah masih ada
pakcik temuk: manusia dan kemanusiaan yang hilang dan tiada yang mahu menggantikannya
iman: dah tipon ibu?
shameel: betul tu... kekadang tengok orang potong rumput tepi jalan terfikir gak, barangkali hati mereka lebih tenang dari kita yang bergelumang dengan macam-macam perkara syubhah
Catat Ulasan