"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " (maksud surah Al 'Ankabuut : 2-3)
berita terkini
jalan tun razak menuju kedutaan amerika
takyah aku crita la semua orang ble agak apa yang berlaku
anak-anak diajar semangat jihad.. apalah ertinya ketakutan yang sedikit berbanding penderitaan saudara kita di Palestin
bukan menuntut emansipasi wanita yang menjadi jarum zionis dan sekutunya
berhampiran kedutaan amerika, fru dah tersengih menunggu
nampak heli kat atas tu
cantik tak view? ni hadiah untuk tatapan korang sebelum bahu aku dipimpin dengan baik hatinya oleh fru dan dipersilakan blah, blahh, blahhhhhhh la ko!
seperti suara hati aku dalam n3 sebelum-sebelum ni, hati terasa sebak ketika melangkah ke masjid tabung haji. aku iringi doa untuk mereka dan seluruh umat islam agar dapat bangkit dan berjihadlah - bukan lagi dengan omongan kosong - semoga jihad ini diberkati Allah dan diberikan kejayaan atau kita syahid kerana-Nya.
Jumaat, 4 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 zmn org suka mengomen:
cemomoi pun ikut demo ke? tahniah ya..sekurang-kurangnya kita menunjukkan rasa kebencian kita
Emmm.. nape permit tak dikeluarkan untuk perhimpunan ni??? SBb perhimpunan mengutuk Israel kot.... Cuba kalo perhimpunan puji Israel mesti ada permitkan... Celaka punyer talibarut ISRAEL.....
uhh..mslh gak goverment ni...israel xleh pkaii..dajjal tuh
Jom bersama berjihad ke jalan yang benar Allahhuakbar X 3
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”
wahh.. best nye dpt join, kalau x cuti ni bleh join skali (t_t)
salam ziarah.
kwn pun ke sana td.menunjukkan soladiriti umat islam.semoga semangat kita td kekal sehingga bebasnya baitulmaqdis.jika tidak zaman kita,zaman ank cucu kita,insya'Allah.Takbir...!
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.
Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.
memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup
salam sahabat..
alhamdulillah sekeluarga pergi yek
koi ada dengan pacifist tadi di masjid KLCC..tapi koi tak dapat pergi
tuntutan tugas la pulak..sibuk sket hari ni..perjuangan tetap di hati tapi denagn cara koi tersendiri
mula dah abg pacifist wt entry kat sini..huhu
bgus2.. klo leh maCy pn na join~
Bukan tak simpati...
bukan tak kesian..
tapi untuk turut berdemo, tetap ada gentar dan takut..
jika terjadi sesuatu (maklum tiada permit, katanya) tentu anak-anak dan ahli keluarga lain turut dapat susah.
So, tak mampu lagi la nak join perkara sebegini..
Cemomoi, tahniah sahabt sebab kluar berdemo. Saya kagum dgn anda.
kita berpenat lelah..menentang ..tapi kawan2 yahudi berusaha memberikan sokongan melalui perbagai project sekali pun melibatkan keselamatan negara..
assalamualaikum:
sharom: sesekali lepas gian, ada kesempatan g jugak le
echam: takde masyuk tak sokong la... kalu penuh perut dorang mesti bagi punya
deena farhana: sampai bila?
akuanakpahang: tak dapat angkat senjata, sokong pon dah cukup baik tanda kita bersaudara
melatidaisy: yep, pelajar kita kena kuat semangat, jangan takuttt!
pacvifist: setuju, apa guna sokong sekadar di bibir, tapi tindakan selalu mungkir, biar tak hadir, yang penting boikot tak pernah berakhir
zulkbo: tu keluarga patriotik yang koi minta kebenaran amik gambo, nok letok dalam blog, kabo kat dia
macy: teruskan perjuagan bukan untuk kita, tapi untuk kesinambungan generasi hari muka
kakazieazah: takpe, yang penting kita bantu dalam boikot, Nabi s.a.w pun pnah bersabda antara maksudnya, "janganlah kamu semua pergi berjihad, hendaklah ada sebahagian daripada kamu yang pergi menuntut ilmu"
shameel: sekelumit tetap sedikit... yang penting kita ingat dan bantulah saudara kita ini
abg lanabulu: gelap mata tak nampak jalan di dunia kerana ditimbun harta... la la la,
belum sampai masa kita menghadapi ujian ini syok le mereka berpesta, nauzubillah
Catat Ulasan