Khamis, 27 September 2018

27 September 2018, klinik gigi semenyih


"man, isteri kau memang terbaekkk, takkan kau jumpa isteri camtu?" "itu kawan saya cakap lepas isteri saya meninggal", nada sedih diungkap sorang lelaki cina muslim yang idop 15 tahun bersama isterinya, seorang melayu.


"kalau mata saya tak keluar air, ati saya menangis!"


"kalau orang datang rumah, man takde kat rumah! dia terus tutup pintu. kalau duduk dengan saya dia akan picit-picit tangan saya, peratikan muka saya sambil lap muka saya. kalau dia buat air, abang minumlah! lepas tu dia pulak minum... isteri sekarang? suami minum lebihan isteri!"


"lepas solat, lima waktu, lima waktulah dia akan cium tangan saya... kalau saya angkat suara, dia nanti akan minta maaf kalau-kalau dia salah... saya bagi dia rm2000.00 sebulan, time dia sakit tetiba dia kata; abang duit ada simpan kat sini rm10,000.00. saya terkejut! dia tak pakai duit yang saya bagi cuma dia simpan kat rumah..."


"itulah isteri saya. saya takkan dapat lagi isteri begini!"


itu perbualan saya dengan sorang lelaki cina berusia 68 tahun... sukar mencari pekerjaan dengan umur begini katanya. "orang tua, hukum tembak saja." dia melepaskan keluhan. bila minta bantuan, opis tu kata pakcik kuat lagi boleh kerja, anak pon dah besar! "ok la, saya memang jaga kesihatan... kalu saya kuat lagi tapi awak banyak kawan, kan? tolong carikan saya kerja, kalu dapat gaji sebulan pertama saya bagi kat awak..." dia cabar staf tu.


"anak memang dah besar tapi ada kehidupan sendiri." malang pulak nasibnya, anak-anak tidak begitu membantu ketika dia meniti hari tua... saya hanya menjadi pendengar setia sambil sedikit komen untuk menyejukkan ati lara sorang ayah.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”


(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


moga di sinilah tempat isteri beliau... aamiiin yang rahman ya rahiim

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak