Khamis, 25 Julai 2019

SYEIKH Ibnu Atha'illah mengatakan, "Engkau hendaknya berfikir untuk melakukan amal sebaik mungkin, bukan sebanyak mungkin. Banyak amal jika tidak dilakukan dengan baik adalah seperti pakaian yang banyak jumlahnya, tetapi harganya murah. Sedangkan sedikit amal tetapi berkualiti ( dikerjakan dengan baik ) adalah seperti sedikit pakaian tetapi mahal harganya.

Amal yang berkualiti (dikerjakan dengan baik) adalah seperti sebutir intan berlian, kecil bentuknya tetapi mahal harganya. Orang yang menjadikan hatinya selalu ingat kepada ALLAH SWT dan berjuang untuk melindungi hatinya daripada pengaruh hawa nafsu, maka itu lebih utama daripada banyak melakukan solat dan puasa sunah (tetapi hatinya dikuasai hawa nafsu). Orang yang melakukan solat dengan hati lalai adalah seperti seseorang yang menghadiahkan seratus peti kosong kepada seorang raja, tentunya sang raja akan marah dan selalu mengingati perbuatan buruknya ini.

Sedangkan orang yang solat dengan hati yang hadir (khusyuk), adalah seperti seorang yang menghadiahkan sebutir intan berlian seratus dinar kepada seorang raja, sang raja pun akan mengingati dan memujinya selalu!"

--- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Tajul 'Arus.

"لا تدهشك واردات النعم عن القيام بحقوق شكرك فان ذالك ممايحط من وجود قدرك."
"JANGAN sampai nikmat yang berlimpah membuatmu lupa untuk menjalankan kewajiban bersyukur kerana dapat merendahkan harga dirimu."
--Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa kita tidak boleh terpesona dan tidak boleh lalai untuk menjalankan kewajiban-kewajiban bersyukur kepada ALLAH yang telah memberi berbagai macam nikmat.

Salah satu bentuk syukur adalah dengan cara melihat kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak-hak itu. Kita harus bersyukur atas kurnia ILAHI yang setiap saat kita dapatkan. Sikap lalai itulah yang merendahkan harga diri kita sebagai hamba dan makhluk di hadapan KHALIK.

Jangan sampai banyaknya nikmat yang diberikan ALLAH kepadamu membuat dirimu lupa untuk bersyukur kepada-NYA. Jangan sampai pula kau berpandangan bahawa nikmat yang kau dapat itu datang dengan sendirinya sehingga kau tidak mahu bersyukur kepada yang MAHA PEMBERI.

Contoh bersyukur dengan lisan adalah dengan memperbanyak zikrullah, berselawat, dan beristighfar serta memperbanyak wirid setelah solat lima waktu agar diri kita sebagai hamba selalu mampu mengingat kurnia ALLAH yang tiada tara.

-- Syeikh Ibnu Atha'illah Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

SYEIKH Sirri As-Saqathi mengatakan, “Siapa yang mencintai Allah, maka ia hidup. Siapa yang cenderung pada dunia, maka ia kurang waras. Orang bodoh menjalani pagi dan petang harinya tanpa melakukan apa-apa. Sedangkan orang yang berakal senantiasa meneliti kekurangan-kekurangannya.”
Nabi SAW juga pernah ditanya, “Apa amal yang paling utama?” Maka Nabi SAW menjawab, “Reda kepada Allah dan cinta kepada-Nya. “

Tentu kita adalah orang yang waras. Yang selalu menggunakan akal dan kalbu kita untuk melihat kurnia dan cinta Allah yang begitu besar bagi kita. Demi cinta dan cinta-Nya, Allah menciptakan kita. Dia Maha Pencemburu ketika melihat kekasihnya pindah ke lain hati, atau lebih mencintai dunia daripada Tuhannya sendiri.

Ibrahim bin Khawwas mengatakan, “Cinta adalah terhapusnya keinginan dan terbakarnya sifat dan keperluan.”

Abu Yazid berkata, “Seorang pecinta tidak mencintai dunia mahupun akhirat. Yang ia cintai hanyalah Yang Menguasai dunia dan akhirat.”

Sedangkan Syekh Asy-Syibli mengatakan, “Cinta adalah ketakjuban terhadap kenikmatan-Nya dan tercengang melihat keagungan-Nya."

Suatu saat Sahal At-Tustari ditanya tentang cinta, ia pun menjawab, “Cinta adalah kasih sayang hamba-Nya kerana musyahadah-nya setelah ia memahami apa yang dikehendaki Allah.”

Semoga kita boleh mencinta Allah, menjadi kekasih-Nya, serta siap menerima limpahan cahaya cinta-Nya yang masuk ke relung hati kita masing-masing.

-- Dikutip daripada Al-Mahabbah karya Imam Al-Ghazali.

Rabu, 10 Julai 2019

antu mesia buat kalut




kita slalu fikir dakwah itu susah...




SYEIKH Abdul Qadir Al-Jalailani menjelaskan:

"فلا تحصل محبة الله تعالي الا بعد قهر الاعداء في وجودك من النفس الامارة واللوامة والملهمة وتطهره من الاخلاق الذميمة البهيمية كمحبة زيادة الاكل والشرب والنوم واللغو والسبعية كالغضب والشتم والضرب والقهر والشيطانية كالكبر والعجب والحسد والحقد وغير ذالك من الافات البدنية والقلبية."

"Maka mahabbah kepada Allah SWT itu tidak akan tercapai, kecuali setelah engkau mampu melumpuhkan musuh-musuh yang ada di dalam dirimu sendiri. Yakni seperti nafsu amarah, nafsu lawwamah, dan nafsu mulhamah. Setelah terlumpuhkan, maka bersihlah dirimu daripada sifat-sifat bahimiyah (binatang jinak) yang tercela seperti misalnya mencintai banyak makanan, minuman, tidur dan bercanda yang berlebihan bersih. Dirimu juga bersih daripada sifat-sifat sabu'iyah (binatang buas), seperti sifat marah, mencaci, memukul, dan memaksa.

Engkau juga bersih daripada sifat-sifat syaitaniyyah (sifat-sifat syaitan), seperti sifat sombong, ujub, hasad, dengki dan dendam, serta terbebas pula daripada sifat-sifat badan dan kalbu yang tercela lainnya.

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jaelani kitab sirrul Asrar.

"JADIKANLAH hidup setelah mati sebagai modal dan kehidupan dunia sebagai keuntungan. Jika masih ada sisa waktu, pergunakan untuk kehidupan duniamu, carilah nafkahmu.

Jangan jadikan hidup pada kehidupan duniamu sebagai modal dan kehidupan akhirat sebagai keuntungan sehingga kau menunaikan kewajiban solatmu hanya di sisa waktumu.
Jangan menjual akhiratmu untuk duniamu sehingga kau menjadi hamba nafsu duniamu.

Sungguh, engkau diperintahkan untuk mengendalikan nafsu agar ia mematuhi Rabbnya. Tapi, kau malah tak patuh kepada-Nya dengan menuruti dorongan nafsu. Kau malah menyerahkan kendali hidupmu kepada nafsumu, mengikuti keinginan rendahnya, dan bersekutu dengan iblis dalam dirimu hingga kau kehilangan kebaikan dunia dan akhiratmu!"

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Futuhul Ghaib.

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut. Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya, "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu, "Bukan."
Ditanya kembali oleh Umar, "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"
Dia menjawab, "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."
Umar bertanya lagi, "Kamu hamba atau merdeka?"
Lelaki itu menjawab, "Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata, "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."
Lelaki itu berkata, "Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.
Beliau bertanya, "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"
Dia berkata, "Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

÷ Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

"PANDAI berkata-kata tanpa disertai amalan kalbu tak akan bererti apa-apa. Perjalanan sejati adalah perjalanan kalbu dan perbuatan hakiki adalah perbuatan yang punya erti. Hal ini harus dilakukan dengan jiwa raga tetap memerhatikan batas-batas hukum ALLAH seraya kalbu tetap merendah di hadapan-NYA.

Barangsiapa membuat timbangan bagi dirinya sendiri, ia tidaklah memiliki timbangan. Memperlihatkan amal di hadapan orang lain sama saja dengan tidak beramal apa-apa. Sebaiknya, kebaikan disembunyikan. Jangan perlihatkan kecuali amal wajib yang harus terlihat orang banyak."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.

Isnin, 8 Julai 2019

 SIKAP raja' (mengharap) adalah perasaan gembira dalam hati kerana mengenal Allah dan fikiran lapang kerana yakin terhadap kelapangan rahmat Allah. Sedangkan lawan sikap raja' adalah ja's (putus harapan) daripada rahmat Allah dan berhentinya hati mengingati-Nya. Ini merupakan bahagian daripada maksiat.

Abul-Qasim Al-Qusyairi menyebutkan bahawa, "Raja' adalah tempat bergantungnya hati kepada apa yang disukai dan akan berhasil pada waktu kemudian. Dengan sikap raja' hati menjadi hidup. Ia berbeza sama sekali dengan tamanni (melamun), kerana tamanni menimbulkan kemalasan."

Syekh Al-Karmani mengatakan, "Tanda-tanda sikap raja' adalah ketaatan."

Perbuatan raja' itu bagaikan seseorang menanam benih yang baik pada tanah yang subur lalu menyiraminya. Sebaliknya, seseorang yang menanam benih pada tanah yang gersang dan tidak pernah disiram lalu ia berkata, "Allah Mahakuasa menumbuhkannya, semoga saja tanaman itu tumbuh." Ini adalah tamanni.

Ibnu Khubaiq membagi sikap raja' menjadi tiga (3) bahagian :

1. Seseorang yang mengerjakan kebaikan, lalu ia berharap untuk diterima. Ini adalah sikap raja' yang benar.

2. Seseorang mengerjakan keburukan, lalu bertaubat dengan mengharapkan ampunan. Ini juga termasuk raja'.

3. Seseorang terus menerus mengerjakan dosa dan tidak mahu bertaubat. Lalu ia berkata,
"Semoga aku diampuni." Ini tak termasuk sikap raja'.

Hal yang tepat adalah jika seseorang merasa dirinya banyak dosa, maka perasaan takutnya harus lebih besar daripada harapannya, kerana dengan takutnya itu ia mahu bertaubat dan setelah bertaubat ia lalu bersikap raja" (berharap) kepada Allah.

-- Imam Al-Ghazali dalam Minhajul-'Abidiin.

"تشوفك الي ما بطن فيك من العيوب خير من تشوفك الي ما حجب عنك من الغيوب."

"USAHAMU untuk mencari-cari kekurangan yang tersembunyi di dalam dirimu lebih baik daripada usahamu untuk menyibak tirai ghaib yang terhijab bagimu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam kitab Al-Hikam.

Sahabatku, contoh kekurangan yang biasa bersemayam dalam diri adalah sifat riya', tingkah laku tidak sopan, bermuka dua, suka pangkat, dan haus akan kedudukan. Jadi, engkau harus mengarahkan tekadmu untuk menghapus semua keburukan itu dengan riyadhah dan mujahadah, serta berusaha untuk terbebas daripadanya. Upaya ini biasanya harus di bawah bimbingan seorang guru. Langkah rohani semacam ini lebih baik daripada usahamu dalam menelusuri takdir yang terselubung, pelajaran yang tersembunyi, rahsia-rahsia Ilahi, ilmu laduni atau karamah. Sebab, biasanya, dorongan-dorongan seperti itu semua ditunjukkan demi kepuasan dirimu, bukan demi mencari reda ALLAH.

Maka, janganlah engkau mencari semua itu dengan amalan-amalanmu. Jangan sibukkan hatimu dengannya. Jangan pula berhenti di tempat munculnya karamah tersebut, kerana hal itu justeru akan mengurangi ibadahmu.

Sahabatku, ketahuilah olehmu:
"Jadilah pencari istiqamah, jangan menjadi pencari karamah!"

Jiwamu selalu bergerak dan berkeinginan mencari karamah, padahal RABBmu menuntutmu untuk istiqamah. Kerana itu, tunaikanlah hak ALLAH lebih dahulu daripada kau tunaikan keinginanmu sendiri!

Fikir-fikirkanlah... Renung-renungkanlah!

"انت من الاكوان مالم تشهد المكون فاذا شهدته كانت الاكوان معك."
"KAU tunduk kepada alam selama belum melihat Pencipta-NYA. Jika kau telah menyaksikan-NYA maka alam akan tunduk kepadamu."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa engkau hanya akan terpaku pada alam dan bersandar kepadanya selama engkau tidak melihat siapa pencipta alam itu. Namun, jika engkau sudah melihat Sang Maha Pencipta di dalamnya, maka alam akan bersamamu. Dengan kata lain, engkau tidak memerlukannya, namun kau akan memilikinya. Alamlah yang akan memerlukan dan melayanimu.

Jika engkau melihat sesuatu daripada alam permintaanmu akan cepat terwujud. Jika kau katakan kepada suatu benda alam: "Jadilah!" Nescaya ia akan menjadi dengan izin ALLAH. Kerana itu, tak hairan jika sebahagian ahli ada yang berkata kepada langit, "Turunkan hujan!" atau berkata kepada angin, "Bertiuplah", maka angin itu pun bertiup dan awan menurunkan hujannya. Sebabnya adalah kerana para wali merasa ghaib daripada alam dengan menyaksikan Penciptaannya. Dalam keadaan syuhud ini seorang wali akan kehilangan inderanya dan kehilangan kemanusiaannya, tetapi tidak mesti ia harus mengalami kefanaan.

Oleh sebab itu, Syeikh Ibnu Athaillah berkata: "Adanya keistimewaan tidak bererti lenyapnya sifat-sifat manusia. Keistimewaan tersebut ibarat sinar mentari di siang hari. Ia nampak di cakrawala, padahal bukan bersumber daripada cakrawala. Kadangkala mentari sifatnya terang di malam wujudnya. Kadangkala pula DIA mencabutnya kembali daripadamu dan mengembalikan pada batas semula. Siang tersebut bukan berasal daripadamu dan bukan pula menuju padamu, namun ia datang daripada ALLAH untukmu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.


Jumaat, 5 Julai 2019


🍃“ Setiap kali bertambah sedekah, maka akan bertambah pula rezekimu.

Setiap kali bertambah khusyuk dalam solat, maka akan bertambah pula kebahagiaanmu.

Setiap kali bertambah ketaatan (kebajikan) kepada ibu bapa, maka akan bertambah pula pertolongan dalam kehidupanmu.”🍃

[ Syeikh Mutawalli Sya'rawi ]

"ما حجبك عن الله وجود موجود معه ولكن حجبك عنه توهم موجود معه."
"BUKAN keberadaan benda yang menghijab dirimu daripada ALLAH, tapi yang menghijabmu daripadanya adalah sangkaan adanya wujud lain selain DIA."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, sesungguhnya bukanlah hal-hal duniawi dan ukhrawi yang menghijab kita daripada ALLAH, kerana tidak ada wujud pada sesuatu selain wujud-NYA. Namun, yang menghijab kita daripada-NYA adalah anggapan kita sendiri bahawa sesuatu selain-NYA memiliki wujud. Padahal menurut orang-orang Arif, sebenarnya sesuatu itu tidak berwujud. Wujud segala sesuatu itu seperti bayangan pepohonan di atas air, ia tidak dapat menghalangi perjalanan perahu di air tersebut. Dengan demikian tidak ada hijab antara dirimu dengan ALLAH, kecuali sangkaan kita sendiri bahawa ada wujud lain selain daripada ALLAH.

Seperti seorang laki-laki yang ingin buang air kecil di dekat sebuah gua, ketika dia mendengar suara deru angin dari mulut gua itu dia menyangkanya suara ngauman singa. Kerana itu, suara itu pun menghalanginya untuk buang air. Tetapi, ketika dia tidak mendapati seekor pun singa di sana akhirnya, memberanikan diri untuk menunaikan hajatnya. Tentu saja, bukan sesuatu yang menghalanginya untuk buang air, melainkan sangkaannya tentang wujud seekor singa di sana.

Fikir-fikirkanlah... Renung-renungkanlah!

-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

"تحقق باوصافك يمدك باوصافه تحقق بذلك يمدك بعزه تحقق بعجزك يمدك بقدرته ثحقق بضعفك يمدك بحوله وقوته."
"TUNJUKKAN sifat-sifat (baik)-mu, maka Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tunjukkan kehinaanmu, nescaya Dia membantu dengan kemuliaan-Nya. Tunjukkan kelemahanmu, maka Dia membantu dengan kekuasaan-Nya. Tunjukkan ketidakberdayaanmu, maka Dia membantu dengan daya dan kekuatan-Nya."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al Hikam.

Tunjukkan sifat-sifat baikmu di hadapan Allah, nescaya Dia akan membantu dengan sifat-sifat-Nya. Akui sifat! kehinaanmu, nescaya Dia akan memberimu kemuliaan-Nya sehingga kau akan menjadi mulia, bukan dengan dirimu sendiri.

Tunjukkan dan akui saja sifat kelemahanmu di hadapan Allah, nescaya Dia akan membantumu dengan kekuasaan-Nya sehingga kau mampu berbuat apa saja, bukan dengan dirimu sendiri.


Tunjukkan ketidakberdayaanmu di hadapan-Nya, maka Dia membantumu dengan kekuatan dan daya-Nya sehingga engkau menjadi kuat dengan kekuatan-Nya, bukan dengan kekuatan dirimu sendiri.
Demikian pula jika kau nampakkan keperluan dan kemiskinan di hadapan-Nya, nescaya Dia akan membantumu dengan kekayaan-Nya.

Seandainya kau duduk di hamparan kehinaan, lalu kau katakan, "Wahai Yang Maha Mulia, siapa lagi yang memberi kemuliaan kepada yang hina selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di hamparan kelemahan, lalu kau katakan, "Wahai Yang Maha Kuasa, siapa yang memberi kuasa kepada yang lemah selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di atas hamparan ketidakberdayaan kau katakan, "Wahai Yang Maha Kuat siapa yang memberi kekuatan kepada yang lemah selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di permaidani kemiskinan dan kesulitan, sambil berkata, "Wahai Yang Maha Kaya, siapa yang memberi kekayaan kepada orang yang miskin selain diri-Mu ya Allah?" Maka, kau akan mendapatkan jawapan-jawapan itu datang berdasarkan kehendak keinginanmu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.


Rabu, 3 Julai 2019

jun 2001
tamat zaman bujang aku.

tinggalkan dunia glemer kengkawan pompuan. zaman tu setiap kali balik dari asrama ke kampung mesti ada surat sampai... gamaknya cemuih posmen nganto. sebahagian surat tu masih aku simpan sebagai koleksi peribadi... kikiki... bini jangan la marah, bukan nak dok kenangkan awek2 lama tu, sekadar khazanah peribadi yang mungkin takan berulang lagi.. lagipon zaman masuk melinium ni, mana ada lagik surat cinta, kan...


(saja blurkan pic ni... ni draf surat cinta terakhir kat awek yang telah memfrustkan aku... kunun2 nak anto kat dia, sudahnya peram je la... hik3x)

pnah gak aku mintak kat satu ex-awek tu surat-surat aku dulu. pasal dia kabo masih simpan lagi yang aku anto tu.. bukan apa, sume surat aku besanya akan ada kartun kat ujung surat sebagai penyeri dan tambahan info. setiap surat takan sama ideanya.. kalu bule nak cuba retrieve sume surat2 tu dan matchkan dengan surat yang aku dapat... rentikan laaaa

aku pon tak tau sampai bila nak simpan. bukan kerana sayang pada kenangan tapi memikirkan tentang nilai pada hari depan. kekadang, kita rasa takde nilai pada hari ini, tapi pada masa akan datang akan berguna dan orang yang melihatnya akan mengkaji dari sudut pandang berbeza.

setiap dokumen atau artifak akan mempunyai nilai sejarah, perundangan atau nilai-nilai kemanusiaan lain seperti psikologi yang mungkin kita tak sedari. sebab tu mat salih banyak menyimpan menda-menda gini dan dorang sangat menghargainya.


Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, di tahun 80-an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan di atas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. 

Demikian juga di Syria, aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya dan sombongnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya. Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa di atas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. 

-Ibrahim Al-Khuki-

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya. Tidakkah kita merasa berdosa kepada anak-anak kita, generasi akan datang kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT..?

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan". Bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah diri kita sendiri. Allah SWT pernah berfirman, "Jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih".

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis. Cuba lihat kalau makan di kenduri kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.
Dah menjadi tabiat kita yang tamak, ambil dalam kuantiti yang banyak, tak peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?

Tidakkah kita malu pada makanan, rezeki yang Allah sediakan depan mata kita? Adakah disebabkan makanan itu percuma, kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang kita hanya melihat tanpa rasa berdosa? Makan roti buang kulit, makan cuma secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan hanya secubit dua. Betapa sombong nya kita! Pada rezeki kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?

Nilaikan diri kita sendiri, adakah binatang yang makan sisa dan tak punya akal fikiran itu, lebih baik dari kita, manusia yang dilahirkan sempurna akal fikiran? Bangkitlah wahai bangsaku, perangi diri kita sendiri. Binalah semula saki baki jati diri yang lama kita lupakan itu. Masih belum terlambat. Buanglah ego kita wahai bangsaku..

Jika kita masih leka, hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang untuk meredah ranjau duri yang kita sendiri cari..

Mohon didiklah diri dan anak-anak kita, jangan pandang remeh hal yg kecil di mata kasar kita...sebenarnya amat besar di mata dunia!

YAHYA Ibn Muadz Ar-Razi mengatakan, “Siapa saja yang mencintai Allah, maka ia pasti membenci dirinya!” Menurut Yahya lagi, siapa saja yang tidak memiliki tiga ( 3 ) hal berikut ini, maka itu bererti ia tidak cinta.
Pertama, lebih mengutamakan firman Allah SWT dibandingkan dengan ucapan manusia.
Kedua, lebih mengutamakan bertemu Allah dibandingkan dengan bertemu makhluk.
Ketiga, lebih mengutamakan ibadah daripada berkhidmat kepada makhluk.

Bukti cinta yang lain adalah tidak menyesal jika ada sesuatu selain Allah yang terlewati. Sebaliknya, ia benar-benar menyesal ketika sedetik berlalu tanpa zikir mengingati Allah dan mematuhi-Nya. Ketika lalai, ia segera kembali kepada Allah dan memperbanyak permohonan agar dikasihani dan diredai. Ia juga akan segera bertaubat!

Salah seorang arif billah menuturkan, “Allah mempunyai beberapa orang hamba, yang mencintai-Nya dan merasa tenteram bersama-Nya. Hilangkah rasa sesal terhadap segala yang telah lewat. Mereka tidak peduli mengurusi diri mereka sendiri, kerana Sang Maharaja mereka. Apa pun yang Dia kehendaki, pasti terwujud. Apa yang menjadi milik mereka Dia sampaikan kepada mereka. Apa yang terlewatkan adalah cara terbaik Dia mengatur mereka. Hak setiap pecinta setelah ia kembali daripada kelalaiannya sekejap mata, adalah menghadap kepada Allah dan siap menerima teguran-Nya.
Ia lalu berdoa, “Wahai Tuhanku! Dengan dosa apa Engkau putuskan kebaikan-Mu daripadaku, Engkau jauhkan aku daripada hadirat-Mu, Engkau sibukkan aku mengurusi diri sendiri dan mengikuti syaitan?"

Ini akan menumbuhkan kejernihan zikir dan kelembutan hati. Dengan begitu, tertutuplah kelalaiannya yang telah lewat. Kecepatannya untuk bersegera kembali kepada Allah akan menjadikan kesempatan untuk berzikir lagi. Zikir yang baru lagi. Hatinya akan kembali jernih.

Selama seorang pecinta tidak melihat apa pun selain Kekasihnya, tidak melihat sesuatu pun kecuali ia sedar bahawa itu berasal daripada-Nya, ia tidak akan pernah menyesal, tidak ragu, dan menghadapi semua kenyataan dengan hati penuh kerelaan. Ia tahu bahawa Kekasih perlu dilihat hanya kebaikan-Nya semata.

Bukti kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah merasa nikmat dalam ketaatan. Ia tidak merasa berat dan tidak merasa lelah dalam ketaatan kepada-Nya. Hal ini seperti pernah diungkapkan oleh orang yang pernah merasakannya: “Aku menderita sepanjang malam. Meski 20 tahun lamanya. Tapi, selama itu pula aku merasakan kenikmatan yang tiada terkira.”

Imam Al-Junaed juga menegaskan bahawa salah satu bukti cinta kepada Allah adalah ketika sesorang selalu giat dan tekun melawan hawa nafsu. Fisikal boleh lelah, tetapi hati tak akan pernah lelah. Kerana itu, seorang sufi berkata, “Beramal atas dasar cinta tak akan pernah diliputi rasa letih. Dan, tak habis-habisnya orang mencintai Allah berbuat taat, walaupun harus menghadapi berbagai rintangan besar.”
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah!

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa asy-Syawq wa al-Uns wa ar-ridha.

Selasa, 2 Julai 2019

Terdapat TIGA jenis minuman berasaskan kurma di zaman Rasulullah SAW:


Pertama: Kurma direndam dalam air kosong pada waktu pagi dan diminum pada waktu petang atau sebaliknya. Inilah yang dinamakan NABIZ
Kedua: Kurma dihancurkan atau diramas, kemudian dicampur air kosong. diminum sama ada ditapis atau tidak.
Ketiga: Kurma direbus dgn air kosong sehingga air mengering sekadar separuh atau dua pertiga. kemudian disejukkan dan diminum.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Saya petik daripada
*Fb: Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah*

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- malam yang lepas kami bertemu.
- dia datang ke rumah saya.
- dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah Flat.
- rumah Flat di Sentul

Tuan²...Subhanallah..
- apa kisah hidup dia ni?
- Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
- kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
- tuan² apa yg berlaku?
- kawan dia ni sentiasa hina dia.
- Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².
- tapi tuan² pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi Arkitek.
- anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
- dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bagi RM 1 ribu, 2 orang RM 2 ribu.
- jumlah RM 6 ribu sebulan.

- Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih Mulia daripada kita semua.
- lebih mulia dari saya.
- dia hanya sapu sampah... Allahuakhabar...
- tapi hati dia mulia.
- tuan² dengan RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
- agak² lah apa yang dia buat?
- dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.
- tolong bayar duit deposit rumah.
- cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

- tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
- satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
- org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
- anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
- tp dia kata : "ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."
"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."

- apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
- anak dia tak pernah sakit tuan².
- kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
- zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
- bak kata orang cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Kalau menunggu flight tanpa tiket , pasti dikatakan gila.
Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat.
Mungkin lebih teruk daripada gila.
Dulu iblis dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud
Bagaimana pula dengan manusia...yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang




#ingatanUntukDirisendiri
_🦅tariee🦅_

Apakah amalan2 yg perlu dilakukan... yang amat diinginkan oleh ahli kubur?

1. Perbanyak membaca al Quran.
2. Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.
3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.
4. Melazimi membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah sebelum tidur setiap malam.

5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.
6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.
7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.
8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.
9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.



10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.
11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.
12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.
13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.
14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W:
"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak