Rabu, 10 Julai 2019

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut. Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya, "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu, "Bukan."
Ditanya kembali oleh Umar, "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"
Dia menjawab, "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."
Umar bertanya lagi, "Kamu hamba atau merdeka?"
Lelaki itu menjawab, "Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata, "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."
Lelaki itu berkata, "Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.
Beliau bertanya, "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"
Dia berkata, "Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

÷ Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Related Posts:

  • hati bersarang Yahya ibn Mu‘adz al-Razi berpesan, “Hikmah dari langit akan turun ke dalam hati, yang di dalamnya tidak bersarang empat hal: bertekuk lutut kepada dunia, berangan-angan kosong, iri terhadap sesama, dan mencintai orang ka… Read More
  • yang kecik tapi beso efek Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.” [Hadit… Read More
  • kunci kejahatan Fudhail ibn ‘Iyadh mengatakan, “Semua kejahatan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kejahatan adalah cinta dunia. Serta kebaikan ditempatkan dalam satu rumah dan kunci pembuka kebaikan adalah zuhud terhadap dun… Read More
  • cakap tak buat "Seseorang didatangkan pada hari kiamat kemudian dilemparkan ke neraka hingga ususnya terburai keluar dan berputar-putar di neraka seperti keledai memutarkan alat penumbuk gandumnya. Kemudian penghuni neraka berhimpun sekel… Read More
  • hati dibakar, keburukan terbongkar Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud No:4257) … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak