Selasa, 2 Julai 2019

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- malam yang lepas kami bertemu.
- dia datang ke rumah saya.
- dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah Flat.
- rumah Flat di Sentul

Tuan²...Subhanallah..
- apa kisah hidup dia ni?
- Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
- kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
- tuan² apa yg berlaku?
- kawan dia ni sentiasa hina dia.
- Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².
- tapi tuan² pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi Arkitek.
- anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
- dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bagi RM 1 ribu, 2 orang RM 2 ribu.
- jumlah RM 6 ribu sebulan.

- Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih Mulia daripada kita semua.
- lebih mulia dari saya.
- dia hanya sapu sampah... Allahuakhabar...
- tapi hati dia mulia.
- tuan² dengan RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
- agak² lah apa yang dia buat?
- dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.
- tolong bayar duit deposit rumah.
- cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

- tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
- satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
- org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
- anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
- tp dia kata : "ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."
"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."

- apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
- anak dia tak pernah sakit tuan².
- kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
- zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
- bak kata orang cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Kalau menunggu flight tanpa tiket , pasti dikatakan gila.
Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat.
Mungkin lebih teruk daripada gila.
Dulu iblis dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud
Bagaimana pula dengan manusia...yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang




#ingatanUntukDirisendiri
_🦅tariee🦅_

Related Posts:

  • TEKNIK MENGENDALIKAN MARAH ANJURAN RASULULLAH SAW RASULULLAH SAW mengajarkan beberapa teknik mengendalikan amarah dalam diri kita. Pertama, dengan meminta perlindungan ALLAH dengan mengucap: "Audzubillah" (Aku berlindung kepada ALLAH). إِذَا غَضِبَ الرَّجُلُ فَق… Read More
  • RIYADHAH UNTUK MELAWAN HAWA NAFSU IMAM Al-Ghazali memberi nasihat: "Sesunggunya ALLAH SWT berfirman, "Dan, hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok."- ( QS 59: 18). Jadi, apa yang telah engkau kerjakan untuk … Read More
  • TIGA RESEPI DASAR SEORANG HAMBA ‘ABDULLAH bin Mas’ud r.a. mengatakan: “1). Laksanakanlah apa yang Allah perintahkan kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling sering beribadah. 2). Jauhilah larangan-larangan Allah, nescaya kamu akan men… Read More
  • UBAT BAGI HATI YANG BERKARAT RASULULLAH SAW bersabda: إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن ” روى البيهقي "Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terke… Read More
  • HINDARI CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, "Syarat cinta adalah engkau mempunyai keinginan bersama Zat yang kaucintai. Lalu, engkau tak berpaling daripada-Nya, baik kerana dunia, akhirat ataupun makhluk. Kecintaan kepad… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,886

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak