![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC7BhRjAIVDiY_91FfNbgdMPZTyoSFNlHguqMVxR6sLTpHPasWRhwfQhhSWxz1V-0OdiBAqM8TL-tIcsw7oLKz9uGS9rjwTIc25Hdu8OJL8fPlHrBGDOuffyV0B7kExvYVI_FsCd0n5BE/s320/P_20150925_144253_1.jpg)
Abul-Qasim Al-Qusyairi menyebutkan bahawa, "Raja' adalah tempat bergantungnya hati kepada apa yang disukai dan akan berhasil pada waktu kemudian. Dengan sikap raja' hati menjadi hidup. Ia berbeza sama sekali dengan tamanni (melamun), kerana tamanni menimbulkan kemalasan."
Syekh Al-Karmani mengatakan, "Tanda-tanda sikap raja' adalah ketaatan."
Perbuatan raja' itu bagaikan seseorang menanam benih yang baik pada tanah yang subur lalu menyiraminya. Sebaliknya, seseorang yang menanam benih pada tanah yang gersang dan tidak pernah disiram lalu ia berkata, "Allah Mahakuasa menumbuhkannya, semoga saja tanaman itu tumbuh." Ini adalah tamanni.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdMX9HsOPwUS5oOmxCD-Z14QB6-3JK-XkVJvkD6-eAVc_a8cBZNYpBVsk107k5KI8kvR5XIf0Y5iNtxWs9BC7r3REo5I8JvlNps6EPYBTgulsJEIuLbCXCYRpAhXOKXBQWfKnbzGjoKTI/s320/P_20170429_110440.jpg)
1. Seseorang yang mengerjakan kebaikan, lalu ia berharap untuk diterima. Ini adalah sikap raja' yang benar.
2. Seseorang mengerjakan keburukan, lalu bertaubat dengan mengharapkan ampunan. Ini juga termasuk raja'.
3. Seseorang terus menerus mengerjakan dosa dan tidak mahu bertaubat. Lalu ia berkata,
"Semoga aku diampuni." Ini tak termasuk sikap raja'.
Hal yang tepat adalah jika seseorang merasa dirinya banyak dosa, maka perasaan takutnya harus lebih besar daripada harapannya, kerana dengan takutnya itu ia mahu bertaubat dan setelah bertaubat ia lalu bersikap raja" (berharap) kepada Allah.
-- Imam Al-Ghazali dalam Minhajul-'Abidiin.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan